Tak pernah terlintas nak buat air madu lemon atau honey lemon. Dan tipikal masyarakat melayu terutama orang lelaki kalau sebut madu sahaja mesti terbayang makan madu dengan telur untuk kuatkan tenaga batin...ishhh ishhh depa ni asyik benda tu saja dok nak pikiaq nu...
Apa kata mulai hari ini, sentiasa jadi kan madu dan lemon sebahagian daripada bahan penting di dapur dan jadikannya sebahagian daripada minuman panas. Madu ni banyak khasiat. Lemon pula sangat banyak kegunaannya selain daripada mengandungi banyak vitamin C.
Di dapur saya sentiasa ada lemon untuk saya buat minuman atau makan sebagai perahan ke atas banyak hidangan. Lebihan perahan lemon akan saya gunakan untuk menggosok tangan agar tangan saya sentiasa halus dan cantik. Jangan hanya jaga kecantikan wajah sahaja sedang bila tengok tangan keriput macam tangan orang tuwek.hehehe.
Madu juga boleh di buat sebagai minuman harian sama macam teh atau kopi. Sekurang-kurangnya sehari sekali saya akan membancuh madu di dalam secawan air panas lalu saya perahkan lemon. Hmmm memang sangat menyegarkan dan menyamankan selain daripada khasiatnya yang banyak menurut sains perubatan islam.
Minum air honey lemon panas ni memang menyamankan berbanding teh atau kopi.
23 comments:
akn cube InsyAllah,saya peminat kopi tegar
naper kalau wat air dr limau or lemon dia kan rasa kelat2 sikit...terlalu lama di rendam ker
thanks yer...auntie
u silent reader
minuman ni elok untuk jaga tekak dengan jaga suara sekali
kalau pegi kopitiam, suke order nie.. tpi yang sejuk lah.. ^^
ada orang btau saya kalau nk cedok honey tuh guna sudu plastik or kayu.aunty tau x apasal?sbb dkt bekas honey pun kdg2 ada tulis cmtu tp x btau pulak rasional nya
sy juga mahu mencubanya....:)
banyak kegunaan lemon nie ek...nampaknya kena beli lemon dan simpan kat rumah...nak juga tangan yang halus mulus macam auntie...hehehehe...
kt umah tak pernah bt pun..kena cuba ni..thanks kak..
mmg bagus lemon & madu bnyk kebaikan jimat pun jimat
saya suka minum honey lemon sdap
my favorite drink kt kedai tpi kat rmh tk penah trpk nk buat sndiri.
Anyway kak nani, minum madu sblm tidor sok pagi senang bangun tau. brtenaga.
auntie, camne nak gosok perahan lemon ke tangan ? gosok pada kedua2 belah telapak tangan ke?
nampak mcm sedap. bleh cb buat sndr ni.
sedapnya.. bleh cuba ni.
salam..wah minum petang2 tengah hujan ni sedap nih!
Selain teh tu sedap, set cawan lama tu pun mengancam...hmmm
sy hantar email kat aunty.harap baca =)
will try.patot tangan halus mulus jee..tq for sharing~
patut la akak cantik..semua barang dapur akak manfaatkan..suka sgt tgk akak tau..anugerah terindah ILAHI..hot mama,cantik,baik..mcm2 ler..ehee.
salam auntie,
boleh share the cara & sukatan buat minuman nih?
thank you!~
Sue pun peminat lemon juga...
Sue baru tgk akak tadi dlm nona.Memang cantik...:-)
salam,
wah kak nani live@nona ya semlm. Resipi triffle....hehehe
acah cah sakan depan camera..hahah
-boleh x gtau cmne nk sapu lemon kt tgn.?
-kalau x nk guna lemau boleh x digantikan dgn limau nipis?
Post a Comment