Sunday, November 7, 2010

Diulit Riang Disalut Hiba

Minggu lepas Im telefon dari VI sebaik sahaja habis menduduki peperiksaan akhir tahunnya. Itupun aku tahu sebab banyak kali dia telefon setiap kali nak masuk dewan peperiksaan. 'Ma, Im nak periksa, tolong doakan ya!!!'.'Baiklah.. mama doakan mudah-mudahan Im, terang hati....dan dapat menjawab dengan mudah dan tepat. Moga-moga Im cemerlang dalam semua subjek dapat A. Amin...


Selalu anak-anak akan buat macam tu. Telefon sebelum masuk dewan periksa. Khairi pun akan telefon minta doakan. Hanis pun macam tu. Kadang-kadang Hanis malam sebelum periksa telefon. Sebelum masuk dewan telefon lagi. Nak ulangkaji pun kadang-kadang telefon minta doakan. Bila tiba-tiba fikiran buntu.Beku. Tak leh nak terima pelajaran pun dia rajin menelefon minta doakan. Itulah anak-anakku. Selalu tidak lupa minta restu dari ibubapa.


Berbalik cerita Im telefon selepas habis buat exam. 'Ma, apa maksud DIULIT RIANG DI SALUT HIBA. Wah apakah itu? Aku sendiri termangu-mangu mencari maksud ayat tersebut.


Apakah itu puisi? Atau apakah itu peribahasa?.


Hmmmm....panjang keluhan ku untuk menjawab tidak tahu. Aku kesal mengapa ada ayat dalam kertas periksa seperti itu yang aku sendiri tak tahu untuk mentafsirkan.


Sudahlah DIULIT RIANG, bukankah maknanya diri atau hidup yang di limpahi dengan kegembiraan mengapa pula DISALUT HIBA. Yang mana satu riang atau hiba. Entahlah.


Agak sukar anak-anak aku sekarang mahu biasa atau sebati dengan segala datuk nenek moyang peribahasa atau simpulan bahasa tidak seperti waktu aku kecil-kecil dahulu.


Dulu aku dulu boleh relate kehidupan dan aktiviti seharian aku dengan segala peribahasa ciptaan orang dahulu kala. Misalnya.....bila emak aku kata, bapak kau tu DIAM-DIAM UBI BERISI!!!!


Aku rasa aku tak perlu tanya apa maksud emak berperi-peri bahasa begitu. Aku sendiri boleh fikir kerana aku pernah tanam ubi dan tahu bagaimana ubi yang duduk diam dalam tanah itu tiba-tiba sahaja boleh jadi ubi yang besar dan berisi.


Dan sudah tentu aku faham apa maksud bila emak bising-bising mengomel 'kau ni nak jadi KUTU EMBUN'!! ketika aku pulang lewat malam dari rumah kawan sekelas aku kerana mengulang kaji subjek perdagangan tingkatan dua. Waktu itu aku faham apa maksud embun. Aku tahu bila embun datang. Aku nampak bila embun menitik dihujung daun.


Tapi sekarang aku tak fikir anak-anak aku akan faham peribahasa-peribahasa tersebut kalau tak diterangkan sekali apa maksudnya. Anak aku memang tak pernah pun tanam ubi. Apatah lagi cabut ubi. Yang pasti mereka tak tahupun macam mana ubi itu wujud. Entah-entah tak tahupun apa rasa ubi kayu.


Kalau aku kata 'KEDEKUT MACAM TANGKAI JERING' pun belum tentu anak-anak aku faham mengapa samakan kedekut dengan tangkai jering. Sedangkan jering pun mereka tak pernah tengok inikan pula tangkainya.

Jadi aku tak rasa anak-anak aku sekarang mudah relate kehidupan seharian mereka berkaitan dengan simpulan-simpulan bahasa ciptaan orang dulu. Maka tak boleh salahkan mereka jika mereka tak cekap berperibahasa macam aku yang memang dibesarkan mendengar gurindam nyanyian emak ketika mendodoikan adik-adik aku serta naik tebal cuping telinga aku dek leteran emak yang pasti terselit satu dua peribahasa yang aku memang faham dek pemerhatian aku dengan sumber alam sekeliling.

Melainkan untuk mudah jawab soalan periksa maka anak-anak aku sekarang kena beli buku simpulan bahasa atau buku peribahasa lalu menghafal dengan maksudnya sekali.

8 comments:

Lydia Miza said...

Moga anak2 akak lulus dgn cemerlang..Anak2 LM pun tak pandai sgt peribahasa..nak2 x der pelajaran BM di Doha ni..huhu.

azlina aziz said...

Zaman sekarang ni, budak2 tak guna sangat peribahasa. Mungkin betul kena simpan kamus simpulan n peribahasa kat rumah. Senang nak rujuk ;p

Kuri Kuri said...

salam,
blog aunty makin best,
thumbs up to aunty..

Diulit riang di salut hiba,
rasanya macam metafora.

Leen said...

Bukan je budak2.. mereka yg sebaya dgn saya ni pun dah makin susah nak faham peribahasa..

Han Hanni said...

ha'ah la..zaman skrg, peribahasa budak2 biasa hafal pun sbb nk exam..kite yg dewasa pun kdg2 xfhm ng peribahasa..kaki ayam maybe la bdk2 tahu..sbb nmpk aym xpakai alas kaki..hihikk..:)

Yana Heir said...

saya nak jadi macam auntie dah besar nnt..jadi superwoman,hihhihi:)

hana AR said...

rasanya itu metafora.

an15 said...

saya mmg practice call rumah before exam. Sampai dah tua bangka ni, asal ada exam je call rumah :P