Saturday, November 6, 2010
Resepi Sup Tulang Rusuk Kambing nanirostam
Saya selalu perasan yang sup tulang kambing saya adalah antara yang paling sedap pernah saya makan. Tak percaya.....jomlah cuba resepi sup tulang kambing saya dengan syarat harus ikut betul-betul....jangan ngelat.....nanti tak sesedap Sup Tulang Rusuk Kambing nanirostam.
1) Beli tulang rusuk kambing. Rebus dengan api kecil sampai empuk. Kalau nak buat makan tengahari...pagi-pagi tu dah mula tenggekkan periuk atas dapur dan rebus tulang rusuk kambing guna api kecil dan tutup periuk supaya wap terperangkap dan daging cepat empuk. Masukkan dua tiga ketul bawang putih yang diketuk, 1 inci halia dan 2 batang serai yang juga di ketuk.Setelah agak empuk masukkan ubi kentang dan buah tomato.
2) Mesti guna bawang merah dan bawang putih goreng buatan sendiri.(Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis berasingan dan goreng juga berasingan). Tabur tepung gandum, garam dan perasa ke atas bawang hiris lalu goreng ke dalam minyak yang agak banyak. goreng dengan api kecil sehingga garing kekuningan. angkat dan tos di atas kertas tisu dapur. Setelah agak sejuk dan rangup simpan di dalam bekas kedap udara berasingan bawang putih goreng dan bawang merah goreng.
3) Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan (ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah dikisar terlebih dahulu).Setelah garing cepat-cepat tutup api dan tuang kesemua termasuk minyak kedalam air rebusan tulang yang telah empuk.
3) Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih, lada hitam, serbuk kas-kas sehingga lumat. Tumiskan didalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi sehingga naik bau dan agak garing. Tutup api dan masukkan kesemua bahan termasuk minyak sekali ke dalam sup tadi. Masukkan garam dan serbuk pati ayam.
4) Akhir sekali, di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.
Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.
Cara membuat sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih sampai lumat lalu masukkan kicap soya manis.
Kesemua sukatan bahan-bahan adalah mengikut agak-agak dan kesukaan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
bwg putih goreng,menambah kesedapan :)
Aduh! Sedap banget ni kak. Memang faveret husb dan saya :p Insya-ALLAH, akan ku cuba nanti ;p Thanks for recipe ;p
heeheh sedapnyeee... klu sup daging lembu, leh guna resepi yg sama kan???
Per Pia : Betul dua-dua bawang goreng tu memang menyedapkan.....
AzliNazAziz: Mesti cuba.....
ezanoor : Boleh ayam pun boleh guna method yang sama.....
kak nani,
thanks atas resipi sup tulang ni. Mas memang dah lama tunggu resipi sup karya Auntie. Sebab penulisan auntie senang nak faham. Pastu mas nak tanya, kalau buat sup ekor pon boleh guna resipi ni kan? ada masa boleh tak auntie tunjukkan camane nak buat + nak siang ekor tu. sebab cari kat website chef terkenal tak de tunjuk camane nak buat sup ekor. auntie lah chef harapan saya, hehe
p/s: u ar my idols (^_*)
Bagaimana wanita di usia 25 tahun
akak...kambing favourite sy....sedapnye kak..nnt bila2 rase nk try masak sendiri sy cilok kat sini ye....
salam..
sedap tu.. cara akak masak teringat pulak kat mak sy..Mak sy pun buat lebih kurang akak juga..cuma mak x penah letak kas-kas...Orang johor mesti tau buat sambil kicap kan kak lagi2 ada darah keturunan jowo(jawa)..hehehe..sy asal Batu Pahat...
ermmm sedapnya! tp x makan kambing ....tukar rusuk lembu pun leh jugak kan. Nk amik resepi nie leh tak
Thanks for the recipe. Nanti dah kahwin kena tinggal sendiri, takyah call2 tanya resipe dah. Buka je belog mama hew hew hew. Tak pun bawa je satu familiku terjah rumah makan sekali heh
Sedapnya sup, tambah2 makan waktu hujan2 macam sekarang ni :)
auntie kalau nk sedap lagi sambal kicap tu tambah air limau kasturi and sedikit gula.ni resepi ibu saye.orang johor :)
terima kasih sudi kongsi resipi
looks delicious. thanks for sharing the recipe. kebetulan dah ada kambing dlm freezer.
esok menjadilah tu.. thanks once again & selamat berpuasa....
Post a Comment