Friday, November 5, 2010

Photoshoot Alisya

Semalam menemani anak ku Alisya ke photoshoot untuk mempromosikan kartun animasi yang bertajuk Boboiboy. Sebelum ke studio pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Show Lin....wah terasa macam balik ke zaman 60 an bila berada di depan pejabat Utusan. Apatah lagi bila melihat nama Utusan Melayu masih kekal begitu. Di tambah pula dengan keadaan bangunan bersebelahan dan yang di sekeliling yang masih seperti zaman dolu-dolu. Seperti apakah aku pernah ke sini pada zaman dolu kala.....

Aku dan Alisya terus menuju ke kantin utusan yang berada di bawah tangga. Makan di situ dengan menghadap suasana sunyi belakang bangunan yang berpagar dan agak semak bertambah nolstalgia macam tengok citer p.ramlee yang bertajuk anak bapak pulak. Makanan kantin tu simple tapi kami makan sangat berselera dengan lauk telur sambal, peria goreng dan sayur pucuk paku goreng cili. Minum milo ais.

Ya Allah di saat aku menulis ini baru ku teringat yang aku makan terus berlalu tanpa membayarnya. Ya Allah aku teringat ini bila aku nak ingat berapa harga makanan itu. Aduhhh...harus ku ke sana kembali selepas ini hanya untuk membayarnya...ya ampun....


Patutlah masa mula ambil makanan itu hati ku berdetik...mana nak bayar makanan ini......aduhhh....mungkin kerana seronok jumpa beberapa pekerja Utusan yang membaca blog dan menegur...Nani ya.....dan satu group lagi menegur....ada photoshoot untuk Hanis ke....


Ok sessi photoshoot berjalan lancar. Mula-mula Alisya pakai baju kurung pesak. Aku suka dia berbaju berwarna ungu bercorak polkadot putih. Mulanya dia tidak mahu memakai baju kurung tersebut. Aku tahu tidak suka corak pilihan aku itu. Tetapi setelah aku mengatakan bahawa background putih belaka dan warna ungu akan menyerlahkannya,

Selepas itu barulah sessi pakaian santai iaitu berseluar jeans dan t shirt. Aku suka tengok Alisya tersenyum bila bergambar. Dia mempunyai senyuman yang sangat manis.
Alisya dapat watak Yaya dalam filem kartun animasi Boboiboy itu. Yaya adalah heroin yang paling kuat tetapi sangat merendah diri dan sering menasihati kawan-kawan yang agak noti.


Sewaktu di temuramah oleh wartawan utusan Liza, Alisya lebih banyak tersenyum manis dari berkata-kata. Itulah Alisya yang agak pendiam tetapi sangat berbakat dalam berlakun dan menari.




Harus aku ke pejabat Utusan Melayu untuk membayar harga makanan ini.


Alisya bersama sepupunya Ti'ah yang tak disangka rupa-rupanya dapat berlakun dalam filem yang sama. Ti'ah adalah pelakon suara upin-ipin.



Photoshoot bersama budak-budak.


Di bilik persalinan dan solek di pejabat utusan.




Alisya dan Fairuz





Ti'ah, Alisya dan Fairuz



Aku, Alisya dan Diani (salah seorang pengarah Animonsta)







11 comments:

Sheherazade said...

memang manis senyuman itu :)

PSO said...
This comment has been removed by the author.
M. said...

seronok jadi alisya. anak aunty sume berjaya kan :)

Misz-ella said...

Senyuman Allisya memang manis. swit sgt2.

MasReena said...

Comel sangat Alisya ni & ada tarikan tapi tak pasti kat mana.. mata kot. Aunty, mana aunty dapat contact untuk Alisya buat fotoshut ni? aunty ada kenal mana2 agensi model ke?

Biskut Raya Aunty Nani. Mana yang paling sedap??

Anjung Streamyx said...

gud luck.hehe

Rosliza Roslan said...

dtg jenguk aunty nani!
chat2 slalu ya

Unknown said...

"kak nani, kan..?" - kataku pabila terpandang ibu vogue di kantin utusan... salam perkenalan ;-)

Fiza Amran said...

alsiya yg berbakat

ASLIZA said...

AKAK....saya antara yang bertanya...hahaha...takpe2...nnt bagitau je akak ani kat kantin tue akak terlupa...tak pun saya bleh bayarkan...ececeh...

Rocky Raccoon said...

Salaam Kak!

Good Job Alisya. Tak lama lagi recording untuk YaYa version BM akan mula! Get ready!