Secara jujurnya, sebagai ibu harus saya rasa seronok berbaur bangga dengan perkembangan anak-anak saya dan bercerita secara santai apa-apa aktiviti seharian saya sambil cuba berkongsi ilmu dan resepi masakan. Walaupun pun kedengaran dan kelihatannya seperti saya meng 'upkan' diri saya seperti dakwaan sesetengah individu.
Walhal tak da niat begitu sekadar mahu berkongsi cerita tentang kehidupan seharian saya. Secara amnya bukankah tujuan kita berblog mahu menunjukkan sesuatu yang baik, yang bagus, yang cantik, yang terbagus untuk kita kongsikan dimata umum agar para pengunjung juga dapat sedikit sebanyak manafaat daripadanya.
Masing-masing ada cara tersendiri atas apa yang mahu disampaikan di alam blogging ini. Jadi kita tak perlu kita rasa jengkel dengan apa yang mahu dikatakan atau ditonjolkan oleh blogger-blogger lain.
Lumrah manusia, pasti ada mengata itu dan ini. Namun akan jadi kontroversi atau kudis busuk bila sesuatu kata-kata itu ada yang menyampai-nyampai...
Begitulah seperti baru-baru ini kawan saya bercerita tentang dia bekerja di jabatan kerajaan di Putrajaya. Satu hari setelah cuti panjang...dia kembali bekerja seperti biasa. Tiba-tiba ada satu hamba Allah yang bernama makcik ni yang kononya berniat baik menyampaikan cerita tentang officemate kawan saya yang semua didepan sahaja baik tetapi semasa ketiadaan kawan saya, mereka mengumpat-ngumpat kawan saya semahunya.
Setelah mendengar cerita makcik penyampai ni...mood kawan saya berubah, tidur malam sampai termimpi-mimpi yang dia terjumpa gumpalan rambut di dalam makanannya.Dia jadi kecil hati, fikiran terganggu dengan cerita yang didengar itu.
Walhal perkara sebenarnya hanyalah sekadar umpatan oleh kawan-kawan yang tak langsung menjejaskan kehidupannya kalau diamati. Ala orang mengumpat...apa you boleh buat...tetapi akan jadi PERKARA BESAR secara physchologynya bila umpatan itu di sampaikan pada pengetahuan kita. Setelah kita tahu, pasti susah untuk kita berbaik secara natural. Jiwa kita terganggu. Geram. Kesal dan sebagainya.
Mulalah kita merasa tidak seronok berada di kalangan mereka sekaligus tidak lagi seronok bekerja di situ.
Nah itulah sebenarnya yang ingin saya tekankan. Niat makcik tu mungkin baik pada mata kasar tetapi sebenarnya dialah yang mensaikokan kawan saya kalau diteliti secara halus. Kerana banyak kali saya pernah saya katakan...DALAM SETENGAH PERKARA TIDAK MENGETAHUI LEBIH BAIK DARIPADA MENGETAHUI.
42 comments:
betul tu aunty....selalu org yang saiko kita ni lah yang lebih-lebih pulak...lagi buak kita rasa takut...hu3....
betul...saya setuju tu kak...lebih baik tak tau dari tau..bila dah tau sakit!
Salam.
Kak Nani, manusia busuk hati ni macam2 rupa..kerja hanya nak mencari kesilapan dan keburukan..xsatu pun kebaikan yang kiter buat nampak elok di matanya...
cakap senang..kiter kena bersikap positif...tapi di sudut hati hanya Allah sahajalah yang tahu.
betoi tuk kak nani kekadang bila terlalu memikirkan kata2 org boleh jadi stress dibuatnya padahal pihak yg lagi satu tu enak je tido memalam..so kite kena bijak memilih kawan dan kawan plak janganla suke mengeruhkan keadaan tak perlu nak sampai2kan cerita..betui yg menyakitkan kita sbb kita tahu dr mulut org
mmg betul tu nani...lbh baik xtau dr tau...lg pun x baik kita menyampai2 kan citer org..disbbkan kita nnt org lain bergaduh plk..cara yg terbaik kena tgk juga kwn mcmana..bkn nk memilih kwn...tp pilih kwn yg kearah kebaikan.
yup btl tu kak.
better x tahu dari jadi tahu.
sebab certain2 part ade yang x menyenangkan.
;)
btw,sy baru tahu akak ni bonda kpd hanis. ;) sy minat baca blog die.
slmt maju jaya.
saye sendiri lebih memilih - DALAM SETENGAH PERKARA TIDAK MENGETAHUI LEBIH BAIK DARIPADA MENGETAHUI.
betol betol!
dah lali dah kat opis i ni, depan i cakap baik, belakang i kutuk2 i..tapi tak per, i dun mind sebab bagi i mereka2 tu semua tak selevel dgn taraf i..haaa kau..ambek..ha ha ha
btul sgt2..lg2 klu yg mengumpat tu kawan yg rapat dgn kite..geram..!
Manusia selalu cakap "biarlaa apa orang nak kata." Cuma tak tahu macam mana nak biarkan... sebab hati mesti akan sentiasa terdetik kan...
setuju.. kdg2 lebih baik 'tak tahu' drp 'tahu'..
Sebenarnya tak semua orang kita suka begitu juga dengan tak semua orang sukakan kita.
Amat biasa kalau orang tak sukakan seseorang tu dia mengata orang tu dan memang tak fake.
Tapi yang tak leh tahan tu bila seseorang tu tak sukakan sikawan tu dia mengata-ngata dibelakang tetapi ya ampun yang buat meluat tu di depan berdarling2...memuji-muji kemain lagi....tunjuk macam sahabat sejati.
Dan jangan mudah terpedaya...bahawa yang menyampai tupun sebenarnya sama sekaki mengumpat jugak....janganlah ingat dia sekadar menyampai.....
salam..
auntie, salam ukhwah..actually saya adalah p'baca tegar blog nie..tp this is my first time drop a comment...suka sgt blog nie & bnyk yg bole diambil pengajaran...
secara personal saya x penah rasa s.thing yg -ve bila baca n3 auntie psl any good things yg auntie & anak2 lalui...very enjoy reading it & ada few things can be shared...
b'balik pd cerita auntie, saya sgt2 setuju..yes! x semua benda yg perlu kita tau kita patut tahu krn s.times it can be demotivate kita, even ianya sekecil2 perkara..kita x tau niat org waima org yg rapat dgn kita..sejauh mana keihklasan seseorang can't be measure secara zahirnya...
nak carik kawan sejati memang sukar....kita buat sajelah yang terbaik ..Allah maha mengetahui..
betul.setuju dengan auntie. lebih baik tak tau dari tau. macam julya jual tiket flight airasia untuk org2 minang yg nk blk padang. ade sorang tante sampaikan kat mama julya (time ni julya takde kat rumah stay KL ada exam) yg 1 of customer julya bgtaw yg julya salah book tiket dia. padahal masa jumpa julya depan2 dgn customer 2, tak pulak dia cakap apa2. tp julya profesional. ntah betul ntah tidak. jgn cepat melatah. klu tak betul Alhamdulilah. klu betul pun Alhamdulilah juga. bukan kurang pun pahala kalau buat dek je kan.
manusia penyampai ni cam duri dalam daging dalam masyarakat kita. mereka ni boleh memporak peranda hubungan baik sesama,pasangan , teman , saudara dan kenalan. Oleh tu kena kanali manusia penyampai ni, sebelum bercakap apa-apa.
Benar. Apa yang kak nani ingin sampaikan.
semoga saya jadi seorang yang lebih tabah!!InsyAllah
dlm dunia ni memang byk pekara melukakan hati jadi pada kita
sebab tu saya tak ramai kawan..
memang la orang cakap berkawan biar seribu
tapi kalau yang seribu tu buat saket hati, memfitnah, mengata depan belakang, saya lebih rela ada sorang dua yang betol2 saya bleh panggil kawan..
sebab tu kadang2 lebih rela buat2 tak tahu dari tahu...
tak suka ler org saiko nih
owh..owh.. ouch!!
bukan sekadar umpatan je yg boleh me'nyaiko' kita..
kadang tu..body language..
pastu mem'boikot' kita, dgn pasangan kita ckp bukan main, tp dgn kita yg tercongok kat sebelah tu buat2 tak wujud...
tp tu la.. skrg ni fikir satu je, nk cari redha allah, bukan redha manusia.
tp hati ttp tersentuh juaaa.. hehehe ;p
Kak .. yg penting kita tak kacau org, tak kutuk org. Biar la kalau org nk kutuk kita, pun. "Ada aku kesah?" or "Watever ..". Hehe ..
sgt bersetuju dengan anuty nani:D:D:D
Setuju jugak statment tu..
pada saya, Kita buat blog untuk diri kita,
untuk kita bahagiakan hidup kita,
Takkan kita nak buat blog untuk kita bersedi kerananya,
takkan kita nak buat blog untuk kita hina diri kita...
Jadi, pegang prinsip mudah saya..
Ini Blog Aku!!! Kalu suka aku puji, kalu benci aku keji!
DALAM SETENGAH PERKARA TIDAK MENGETAHUI LEBIH BAIK DARIPADA MENGETAHUI.
betoi, betoi, betoi...
nice..suka topik ni..hmm..akn cuba praktikkn skit2..fuhh
wat tak tau ja org mcm ni.. dia mmg ada masalah peribadi yg kronik
Biarpun saya tau sesuatu cerita tu, saya diam je. Buat tak tahu, walaupun dalam hati, rasa nak terbakar je. Orang kat sekeliling nampak luaran je, hakikat sebenar, kita saja yang tahu.
betul...betul...betulll...
lebih baik kita tidak tahu dari tahu sangat-sangat mengganggu jiwa
setuju2..kadang lebih baik diam dari menyampai2 ni...
ada button like tak untuk entry ni? hehehe
salam kak nani..
Tahniah menjadi top 5 blog personal isteri pilihan..
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/11/senarai-undian-peringkat-kedua.html
tahniah pn nani n hanis
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/11/senarai-undian-peringkat-kedua.html
melaga-lagakan orang pun termasuk dosa besar
pernah jadi dkt U sy baru-baru ni.dia saiko orang secara gerila dan last-last dia ckp yang itu adalah untuk kajian psikologi dia.tapi ini melibatkan perasaan orang,dahla dia saiko memang sangat dasyat.semua orang jadi panazzz.bila suruh minta maaf ,tidak pula dia nak minta maaf.lumrah manusia,hidup dalam keegoaan kan.nak buat mcmane.
btw,aunty nani ! kia ade tulis something pasal kek dlm blog kia.try la baca.ada pasal aunty jugak walaupun sikit hihi
http://yourvinylmonster.blogspot.com/2010/11/tak-sanggup-nak-hancurkan.html
Salam Auntie Nani,
bagi saya orang memang senang sangat nak mengata..takde untung pun..buat sakit kepala ada la..just buat tak tau dan katakan Alhamdulillah..sbb,at the end of the day..orang tuh sendiri yg terkena kata2nya..cth : jika si A mengata org seksi,menggatal ke..last2 si A tuh juga dok menyeksi dan menggatal tanpa dia sedari. Sebab sifat manusia mmg tak lari dengan sifat JELES dan IRI HATI..
Maaf menganggu..
saya tertarik dgn entry ni. :)
saya setuju dengan kak nani. lebih baik xtau dr kite tau.
tp... kalau kite xtau ssh jgk. kite xtau yg ada kwn mkn kwn... hmm...
betol tu!setuju sangat.
Betul tu kak...orang yang ngumpat kita tu kita tak bleh nak buat apa la kan...ni yang tukang sampaikan tu plak yang over. Dah kena dah...ingat dia tu baik...padahal slalu nak sampaikan citer tak elok kat saya...buat saya gelisah & sedih. Mungkin jugak dia skali ngumpat saya...so after that memang saya biasa2 je dengan dia. Elok ABAI kan orang macam tu =)
Post a Comment