Tuesday, March 22, 2011

Persiapan Pertunangan Liana (Part 1)

Assalamualaikum....

Pagi yang nyaman. dingin. indah.nostalgia.perut berkeroncong.

Di mana harus ku mulai. Depan atau belakang.

Lap cermin atau lap kipas.

Ubah perabut atau mop dahulu.

Basuh karpet tetapi hari hujan. Tak mengapa. Basuh sahaja. Letak atas pagar. Air tuntas dan tunggu matahari.

Sedang siram karpet. Terpandang kereta di sebelah ku. Teringat pulak karpet kereta sangat kotor. harus di basuh.Fikir semula. tak mengapa biarkan dulu. Tak kan aku nak habiskan masa membasuh segala karpet. Nanti aku suruh suami basuh walau aku tahu pasti berat mulut aku nak menyuruh suami. Aku selalu macam tu. Kalau boleh buat aku tak suka suruh orang. Kadang nak suruh orang pun aku bertangguh sebab aku selalu fikir yang aku akan cuba luangkan masa untuk buat dan tak perlu suruh orang.

Mana orang nak tahu hati aku. Aku cuma selalu berharap mengapa perlu disuruh. Sayangi aku dan bantu aku. Kalau betul lah kan menyayangi aku.

Bila dah basah-basah perut minta di isi. Lapar. Harus ke dapur. Pegang tu pegang ni. Masak nasi sambil bersihkan sinki dan nyahbekukan lauk.

Pergi ke ruang tamu. Sambung mop lantai yang terbengkalai. Pergi balik ke dapur. Mula membancuh adunan kek.

Duduk rehat sebentar melepaskan lelah sambil membuka blog. Tengok komen dan buat entry baru.

Sebelum aku bercerita lanjut mengenai persiapan untuk majlis pertunangan Liana. Yang mana aku tak perlu ada check list. Semua dalam otak. Harus kemas rumah sebersih mungkin. Susun atur perabut. Hanya perlu bentang karpet untuk majlis adat orang melayu. Semua perlu bersimpuh dan bersila.Sofa-sofa main jauh-jauh.

Harus pergi beli barang buat kek kerana banyak nak guna untuk majlis nanti. Harus pergi ke kedai barangan jahitan dan pengantin untuk beli segala dawai dan kertas bunga. Harus pergi ke Chow Kit beli periuk nasi eletrik untuk 100 orang makan. Harus beli tungku dapur berpenunu untuk masak guna periuk besar.

Dulang hantaran dah separuh siap. Tunggu sehari sebelum untuk siapkan kerana hias guna fresh flower. Hias ikut kreativiti sendiri. Lepas ini, sesiapa nak sewa atau upah gubah hantaran bolehlah....jangan segan-segan.

Pinggan mangkuk, sudu garpu, piring cawan harus disediakan. Nanti tak perlu tercari-cari.

Bilik pengantin on the way untuk ubah suai. Tak sempat untuk tunang. Maka kena pinjam dan hias sikit-sikit bilik Alisya.

Banyaknya nak fikir. Belum lagi persediaan makanan dan kerusi meja makan.

Kalau ada masa susun meja makan yang selalu guna untuk party kalau tak sewa satu set khemah. Tengoklah....

Oklah apa-apa pun resepi untuk kawan-kawan tak mahu kulupakan.

Semalam buat umai udang yang paling sedap, ayam percik dan udang goreng sambal....







Umai ni sedap giler doe.....bahan-bahan.....udang hidup segar, buang kulit dan potong kecil-kecil. Perap dengan sedikit garam, 3 sudu makan cuka, 5 biji perahan air limau kasturi. Masukkan dalam peti sejuk.

Selepas setengah jam, camprkan bahan-bahan kisar iaitu cili padi, bawang merah kecil,bawang putih, halia dan belacan.

Hiris halus-halus serai, halia, cili padi, bawang besar, udang kecil, daun sup, daun kunyit, daun ketumbar,

Gaulkan semua sekali, adjust rasa dengan garam, gula, cuka dan jus limau.

Hias dan hidang dengan nasi panas. Walau tak masuk peti sejuk, umai tahan selama dua hari atau lebih dalam suhu bilik tanpa dijangkiti bakteria dan tak basi langsung.


Udang goreng bercili. Goreng udang. Ketepikan. Tumis bahan kisar, cili kering, belacan dan bawang putih. Masuk cuka, gula, serbuk perasa garam. Letak atas udang goreng dan hidang. Bertambah-tambah nasi makan...yummy.

Ayam percik. Perap ayam dengan kisaran halia, bawang putih, bawang merah dan serai, santan pekat. Masak dengan api perlahan. Masukkan asam jawa/asam keping, gula garam, serbuk ayam. Setelah setengah masak. Angkat ayam dan bakar. Tuang kuah santan ke atas ayam yang sudah dibakar dan hidang.




yummm...yummm...yummm...

44 comments:

Unknown said...

sedap nyer ayam percik~

Unknown said...

umai.... hehe sedapnya..mek xsabar nak tgk hantaran pertunangan nanti,,hehe

anwar777 said...

Fuh fuh umai! Terus tak sabar tunggu lunchtime -.- .

aitotyati said...

salam aunti,

aunti listkan je preparation utk Liana tu.

boleh kongsi kongsi.

eh macam Ai pulak nk tunag. kehkeh

Cik Puan Nurul said...

kebetulan ade udang kat umah n xtau nak masak pe..harus buat umai nyum2 sgt suke tau lauk2 ala2 kerabu ni hehehe..bila majlisnya kak musti akak sibuk kan agak2 kalo nk nempah kek boleh lg ke x

Wan Collection's said...

Fulamak. Umai udang tu mmg tak pernah rasa!

Rasa2nya saya nak order kek coklat tu dgn auntie.
*tetiba masuk bab kek sbb saya tgk auntie pandai masak mcm2. sure kek nya sedap!!!

Lulu Junior said...

Aunt, dah makan pun rasa lapar everytime browse blog ni. :)))

Maya Mayana said...

gitulah kak nak jd mak pengantin,semua serba tak kena...semoga majlis bertunang berjln dgn lancar ye...yana tunggu la lg 20,30 tuh maklum la anak sulung lelaki..hehe

auwcak said...

aduss...semua masakan kat blog akak ni semuanya sedap-sedap belaka

MeM nak kurus said...

xper..aunty buat pelan2...stkt nak buat jamuan makan tu aunty dah bese buat dah kan...cuma ada majlis2 adat tu jer...so kasi clear sume benda baru leh duduk tenang bila time nak bincang2 tu...insyaAllah sumer berjalan lancar...

Calvin Charles said...

Auntie, so yummy... Nice entry... Hahaha...

shuhada said...

the best part (for me at least) in your blog is to see the way u decorate your house, bravo kak nani!!!

Ryna Tri Asmara said...

assalamualaikum aunty nani :) i was wondering aunty nani masak sendiri kan nanti. jangan lupa masak sedap² tau. hehehe~ sebab hari tu tengok perkahwinan anak chef wan, chef wan pesan, makanan mesti sedap. sebab itu yang orang akan ingat :)

ira said...

tq kak sudi share resepi.. sy selalu bukak blog ni sb tertunggu resepi baru dr kak nani.. lalala~~

aNIe said...

Nani... akak ni kena buat checklist...sebab selalu terlupa...hehehe...

Hantaran sekarang semuanya simple...terbaru ... just hias dulang hantaran dgn fresh flowers...

Kesian bakal mak pengantin ni...need any help...just sms me okay...

Nani...Umai udang...memang the best...

sya ibrahim said...

terliur...terliur...terliur. dh la malas nk masak. trtengok resepi2 ni terus mcm nk jadi rajin. time kasih tlg menyuntingkn semangat saye yg sebelomnye malas menjadi rajin kini. :)

forever alone said...

Bz-nye auntie nani!bertuah kak liyana dapat mak yang sangat cekap menguruskan segalanya. saya sangat kagum dgn auntie. tak sabar nak tgk gubahan hantaran n majlis tunang kak liyana nanti.hope auntie upload gmbar byk2 kat blog nanti.hv a nice day! As salam.

arabella said...

Da bomb! perghh sedap nya..smpi terliur tgk....bru makan dah rasa lapa r blk..huhuhu

nona hidayah said...

woahhh..sedapnyer..pandai auntie masak..

M u s h y m u s h said...

Salam K.Nani,
Nak tanya la pasal colagen tu. boleh call ke selain tanya pasal kek? :D

Atiqah Ahmad said...

sedapnyeeeeee, ayam percik itu.

Unknown said...

siannya aunty...;)

elyana said...

Salam Aunty Nani,
1st time nak komen kat blog aunti nih....selama nih jadik SR jer ..tapi ahad baru nih jumpe auntie kat tesco shah alam..TERUJA laa...cantiknye....memang MODEL!...tapi segan nak tegur...pandang dari jauh jer...huhu...hanis pun ade..pun cantik...baju pepel...imran kot dok tolak troli..hehehe....anyway...kagum sangat cara auntie layan anak2 auntie...saya akan terus sokong auntie tau!..salam kenal...elyana...

TiNie said...

liyana tunang brapa aribulan aunty? tb2 tringt bulan 6 tahun lepas..sibok buat persiapan tunang..mak sy la yg penat.

Azreen Zunairah said...

x sabar nak tgk kak liyana tunang..msti cantik and x sabar nak tgk aunty masak apa..mesti semuanya sedap2 kan...

aizeepesona said...

pehhh...sedap, enak, lazat, menyelerakan & semua-semualah..!

cik suka senyum said...

ya Allah besnyee nampak udang tuu

cik suka senyum said...

kuatnye aunty ni bole hadapi begitu banyaaakk bende dalam satu mase...dasyat2..jarang jumpa orang macam aunty...

Puan Eka said...

lapa le plak tgk makanan auntie ni..hehehe..tahniah kak liyana

Wanisha said...

Salam auntie...

Saya kagum betul dgn auntie, wlupon sibuk mengemas n buat kek, sempat lg masak lauk-pauk yg best2. TAHNIAH ye nk terima bakal menantu... :)


Wanisha

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ya ampun .. itu listing-bertunang banyak panjang menjelaaa, namun Nani masihi punyai masa masak-memasak hidangan yang yummm..yummmmm lagi, dimana masa dan kudrat Nani selitkan diantara segala kerja rumah, oderan cake dan plus + + itu ??

Ratna habis selesai satu kerja terusan letoi ! Masak pun ..pusing pusing sama je, gimana tu Nani, ada petua yang mujarab?
Salam manis manis madu.

miss raihan said...

auntie cpt2 wat list jugak yek.coz nak amek panduan wat betunang jugak lam taun nie.tq =D

SUSU said...

Kak nani,
Selalunya bila baca cerita akak, terus terbayang akak berjalan pantas dari dalam rumah keluar, dari luar ke dapur, dari dapur ke ruang tamu, sapu sampah laju-laju, cuci karpet pun laju-laju.
Macam tenaga superwoman.

Besar pahala kalau ikhlas dan redha. Amin...

Mat Gebu said...

salam kak nani...nice n3.

lily lotus said...

all the best for preparation :)

Misz-ella said...

tak sabar nak bertunang. Eh .. nak tengok Liana bertunang!! tersasul lak. hihi ..

Oyis said...

sebut umai ni teringat masa baru2 kawen dgn suami, pergi menolong kat kenduri sedara dia. makcik nya suami suruh amikkan umai utk dia. lama saya tenung lauk, yg mana satu la umai ni... sampai kena perli (kuat plak tu) dah besar pjg pon x tahu lg ke yg mana satu umai nya... mmg panas jg masa tu, tp diam kan aje la dah saya ni org klate, tok rajing dengar langsung la umai ko umbai ko, gapo dio tu. tp lama2 dah biasa dan suka dgn lauk ni, dan dah faham dgn nature makcik2 suami yg agak 'lantang' ahem2. tp kenangan la bila sebut umai... nak2 mcm skang ni, lama dah x dpt mkn...

Mrs. Norrie said...

sedapnya...terima kasih auntie....your menu membuatkan saya teruja utk masak setiap hari tuk suami dan anak2 tersayang...tq agains....

Opsss...ader recepi mee bandung tak??? hehehehhe!!!!

Anonymous said...

agaknya kalau jadi Oyis, saya pun tak tau mana satu umai wpun saya mg suka masakan2 kerabu ni. cuma nak tanya, udang tu makan mentah2 mcm tu ke?

NaniRostam said...

Assalamualaikum....


Haha jangan ingat kak nani berjalan pantas ke depan ke belakang.....tak macam tu...

Sebenarnya kak nani tak cepat buat keje...cuma suka menyambil sambil buat itu buat ini.

Umai tu makan MENTAH-MENTAH...ya....macam makan oyster di buffet kat hotel2 tu...kan makan mentah-mentah cuma perah lemon sahaja...umai ni dahlah limau cuka lagi...tu yang dua hari pun tak basi langsung walau tak masuk peti sejuk....

Anonymous said...

Thanks Kak Nani. wow mesti sedap! akan saya try. mmg suka makan mentah2 ni.

cik suka senyum said...

semoga aunty diberi kesihatan n kebahagian selalu..hepi alwayz yaa..

Laura said...

resepi umai akak ader belacan, first time dgr ader belacan tp ikut selera org jugak ye tak :)
kat sabah, umai ni dipanggil hinava. Originalnya pakai ikan, tp udang mmg best sbb manis manis rasa udang segar tu. Maybe akak boleh try buat umai ikan tenggiri pulak. Nyam nyam nyam!

KasehZulaikha said...

kak nani ni rajin giler,tak duduk diam asik buat kejeeee je .