Sepanjang perjalanan hidup ini, orang-orang seperti jannah itu dah biasa sangat bersimpang siur dalam hidup saya. Mencaci, mencerca, mengutuk, memfitnah, ikut sedap mulut mereka, dengan hasrat mahu memburuk-burukkan kita di mata orang. Memang lumrah alam, walau kita tak pernah ganggu, usik merekapun, tetapi selagi mereka manusia, mereka tetap gemar mencari kelemahan, kekurangan dan kesilapan orang lain.
Bila saya menjawab balik begitu bukan bermakna saya terjejas dengan segala cercaannya tetapi saya mahu dia tahu, hidup ini singkat, kita tak perlu mencari salah silap orang kerana belum tentu kita yang betul ni akan selamanya betul. Semakin banyak kita melihat kekurangan orang lain, semakin susah kita nak sedar kekurangan dan kelemahan kita lalu kita terus hidup dengan kelemahan dan kekurangan itu.
Dulu ketika saya baru berkahwin, hidup saya memang susah. Dengan gaji sebanyak rm550 memang tak cukup. Sewa flat PKNS di Seksyen 8 Shah Alam ketika itu rm350. Setiap bulan sementara nak dapat gaji terpaksa meminjam-minjam kerana duit makan, duit tambang bas nak ke pejabat memang kering seminggu lebih awal sebelum dapat gaji.
Hantaran kahwin pun saya tak merasa walau sekadar untuk membeli sebuah katil, sehingga kami terpaksa tidur diatas tilam tanpa katil selama hampir 3 tahun. Itu pun tilam bujang suami saya dulu. Selepas itu hutang pinjaman peribadi sebanyak rm5000 yang digunakan sebagai hantaran dan belanja perkahwinan kami dengan koperasi syarikatnya pun langsai, dapatlah suami saya membuat pinjaman semula untuk membeli set tempat tidur.
Masa dalam kesusahan begitupun, seorang abang ipar saya iaitu suami kakak saya yang pernah saya ceritakan dalam blog tentang dia merendah-rendahkan pencapaian Hanis dalam CGPAnya tempohari, dengan bangganya, menjaja cerita dengan adik beradik dan saudara mara saya dikampung, yang hidup kami macam pelarian, tidur atas lantai sehingga adik beradik, saudara mara, termasuk ibu saya sendiri semua memandang rendah pada suami saya.
Pernah saya ceritakan sebelum ini, dari anak pertama sehingga anak ketujuh, tiada seorang pun keluarga saya menjenguk saya ketika saya sakit melahirkan. Malah anak kami yang meninggal itu saya uruskan bersama suami dan kawan-kawan sepejabatnya tanpa seorang pun dari keluarga saya menjenguk kami yang dalam kesedihan.
Pelbagai hinaan yang kami terima sehingga paras rupa saya dan anak-anak saya pun jadi umpatan. Malah, adik lelaki saya yang bongsu sanggup memaki hamun suami saya dengan panggilan anjing kurap bila kami meminta dia membayar fees suami saya kerana menolong dia disyarikat dia. Masa tu suami saya banyak tolong kerja-kerja disyarikatnya, jadi kami minta bayaran seperti yang dijanjikannya.
Namun semua itu adalah sebahagian dari asam garam kehidupan kita bernama manusia. Saya melihat mereka itu termasuk kawan-kawan saya yang dulu pernah menghina dan mencerca tidak senang pun hidup mereka. Malah hidup mereka sendiri jadi tak tentu arah dan kucar kacir.
Justeru itu saya percaya, jangan lah kita mencerca dan menghina orang lain kerana cercaan dan hinaan dari Allah s.w.t terhadap kita itu lebih hebat. Manusia itu lemah dan pasti ada kekurangan, siapa kita untuk mengata dan sekaligus menghukum mereka.
42 comments:
salam auntie Nani,
itulah manusia auntie. terlalu menilai orang lain sedangkan mereka lupa, kita semua sebenarnya sedang dinilai olehNya pada setiap masa.
sabarlah auntie. hidup ini memang penuh ujian & dugaan dariNya
adik beradik sendiri yg ckp cmtu??isk...bukan ke adik beradik yg sepatutnya bagi sokongan..klu bukan adik beradik sendiri sape lagi kan...sabaa jer laa...n saya xtahu pun ada anak aunty y meninggal..sorry... :)
Salam,
Pengalaman pahit yang dilalui biasanya menjadikan kita lebih tabah dan matang. Walau apa jua cabaran yang diterima, kita mampu mengatasi secara rasional.
salam sis,
mana2 p memang akan jumpa manusia camni ..ntah naper mmg diorang ni ada penyakit busuk hati ..yg heran tu kadang kiter takde kena mengena ngan dia pun boleh jaja mulut sana sini..well life goes on kan..tu buat kiter even stronger..take care sis..
sy sgt sokong pendapat kak nani!!segala apa yg kita buat dlm hidup ni, Allah bayaq cash kan??it just a matter of time....dan apa jugak dugaan yg Allah beri pada kita ni kak, Dia tau semua plan Dia kan...insyaAllah ada hikmah disebaliknya...sy melalui saat getir slps kelahiran anak yg kedua bila secara tiba2 berpisah dgn suami tersayang (now my X la..), tapi saya percaya dan kawan2 selalu cakap ada hikmah disebalik segala yg terjadi...mmg betul, rezeki kami anak beranak agaknya, satu persatu hikmah dilimpahi Allah utk kami sejak itu hingga kini...Alhamdulillah..cuma sy berdoa sgt2 Allah kembalikan semula keluarga kami yg complete kalau boleh....:-(
Nani whats goes round will come around:)
acik jannah tuh?
mmg die sengaja kutuk2 auntie sbb die nak auntie promote die dlm blog kowt.
leh tumpang glamer kan.. x gitu acik jannah? hahaha...
mmg ramai manusia muke syurga hati tahap neraka kat dunia ni.. jdi kite perlu amik pendekatan x hiraukan pompuan yg x sedar diri mcm tuh..
die jeles kat auntie sbb die xde pe yg auntie ader.. hati busuk katekan.....
bagi saya xde salahnyer kiter rase bangga dgn diri dan keluarga sendiri.. besar jurangnya antara bangga dan riyak...
kalau acik jannah x suke ngan penyampaian auntie nani, jgnla bace blog die lagi.. wat sakit ati sendiri jerk..
yg acik jannah kutuk masakan die xsedap, acik punyer sedap sangat ker?
tah2 tahap neraka kowt... hahaha....
saya pun tidur atas tilam tanpa katil..hina ke? org yang menghina tu takde akal...buat ape nak hutang2 semata2 nak dapatkan keselesaan sementara...beli ikut mampu...appara!
p/s : saya selesa bertilam aje tanpa katil sebab yang tilam nie pun sellau jatuh..kalau jatuh katil lagi sakit kan...kikiki
byknye dugaan dah akak lalui, sabarnya akak selama ni...sy suka bc blog akak, byk pengalam & pengajaran...akak ni msti srg penyabar sgt..knpa la sy xjumpa blog akak dr dulu...
kak nani
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Takkan diberiNya ujian pada kita selagi Dia tahu kita mampu menempuhnya. Sekarang ni kak nani sedang mengecap manisnya semua ujian itu kan.
Tak sngka pula rupanya ada adik beradik yg sangat pesimis cam gitu. Sanggup memcerca lagi padahal yg susah tu sedarah sedaging.. betuulah kak, manusia ni walau sedarah sedaging tetap bermacam ragam
wahh...mcm drama tp nilah realiti masykrt kita..pabila keegoan,tamak,dengki,perasan lebih hebat beraja di hati..kenkdg terpiki, mula2 nk menapak dlm hidup byk dugaan..dikala dugaan dr yg Esa, terlihat kelibat cahaya di penghujungnya..kata org,susah dulu senang kemudian..baru kenal erti hamba Allah yg hakiki..supaya kita xlupa diri..nice sharing
salam auntie,
manusia2 ni kan..kalu x puas ati mmg macam tu lah...banyakkan bersabar.Allah sentiasa ada ;)
salam k nani, apa pon org nk kata pasal kita, biarkanlah ... x jadi kudis pon kan ... yg penting k nani& family bahagia, aman damai ..
Assalamualaikum....
saya selalu baca blog akak melalui link dari blog Kak Zar (IbuIka). Suka saya baca blog ni.Semoga Kak Nani terus tabah menghadapi hari depan.
aunty...
tabahnye aunty... sedih baca crita aunty dulu2... Allah maha kaya kan.. dulu aunty susah, skrg hidup aunty da senang dgn anak2 yg berjaya... bangga ngn aunty!! u r my idol!!
salam kak...betul apa yg akak tulis ni...hidup kita umpama roda....usahlah kita menghina sesama kita.....hari ni hari mereka yg dicerca esok lusa mungkin kita pulak....tuhan maha adil & maha kaya.....
Alhamdulillah sebab Kak Nani berjaya menempuh semua dugaan tu dengan baik...
subhanallah..dasat juge ujian hidup akk yer..sy sndiri pun xmerasa mcm tu walaupun baru2 kawin tu mmg serba xcukup,mujur rumah sewa tu dah byk kelengkapan perabot..huhu..
betul sgt tu kak nani..hidup ni trlalu singkat utk buat benda2 xelok dan mengacau hidup org lain..baik risaukan dulu diri tu , fikir byk2 amal tu dah cukup ke..Allah redha kat kite ke idak..haih
setuju. saya selalu tengok orang yang merendah2kan orang lain, berlagak tak tentu pasal, cari kesilapan dan suka memburuk2kan org lain, cuba tengok hidup mereka.tak bergerak.
statik.
mujur statik.ada yg lebih teruk jatuh ke bawah menjunam dengan pelbagai kejadian2 yang tak disangka2.
adik beradik buat macam tu? saya percaya.
tapi takpe, Tuhan lebih mengetahui segala-galanya..
sedihnya apa yg penah jd kat auntie. adik beradik sendiri pun bole buat & ckp mcmtu? ya Allah..
kadang-kadang memang susah nak puaskan hati semua pihak even adik-beradik sendiri sebab kepentingan diri dan suka melihat kejatuhan orang lain.
puan bersabar la..
semoga puan tabah..
salam aunty nani,
selama ini saya silent reader sahaja. tapi bila baca entri kali ini, saya rasa terpanggil untuk meninggalkan komen.
tulisan aunty mengingatkan saya pada arwah mak saya. masa dia hidup, dia selalu ceritakan kesusahan hidupnya sebab dia cuma anak angkat. lepas ayah angkatnya meninggal mak angkatnya tak ambil pusing sangat. cara penceritaan aunty macama mak saya.
sungguh, hidup ini banyak cabarannya. tulisan aunty mengingatkan saya.
terima kasih
bangga dengan auntie...Allah Maha Besar..semoga kita dalam kalangan yang disayangi dan diredhai...
bukan semua orang boleh survive apa yang auntie dah lalui...TAHNIAH!!!
xpalahh.. auntie..
aunti pun da kaya skunk ni..
amek pedoman je..
sedih ....tak tahan baca tidur atas tilam tue...
Hi Nani
Sejak saya muda hinggalah sekarang, tak henti juga saya dilanda ujian. Tapi saya rasa kerana ujian itu lah, saya menjadi lebih tabah dan berhati batu sekarang...
aslmkm kak nani,
hina ke tido atas lantai?Rasulullah saw ialah antara manusia yang paling tinggi darjatnya di sisi ALLAH pun tidur atas lantai je..dierorg takde hak nak menghukum sesorang tu hina atau tidak sbb dierorg pon manusia. Yang penting urusan kiter dengan ALLAH ikhlas,suci dan benar cukup la kak nani. As for them,ALLAH knows best! and honestly speaking,sy suka tgk akak. Cantik dan sejuk mata memandang. tak terlalu over dalam berpakaian. ini pujian yg ikhlas..alhamdulillah.
Allah menguji makhluknye dgn ujian utk memberitahu bahawasanya Dia menyayangi kita. lagi byk ujian yg diberikan,lagi dalam dan kasih cintanya kepada kita. cthnya, Rasulullah saw kekasih no 1 Allah dari kecil sehingga tua diuji dengan bermacam2 dugaan tanpa henti. Dia uji akak sbb Dia tau,akak strong enuff utk menghadapi semua dugaan ni. ;)
Sedih ct membaca nya.. Biarlah tuhan saja yang membalasnya auntie nani.. Ct faham bagaimana perasaan auntie nani pada masa tu.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
semoga aunty dan famili tabah hadapi ujian ni,,ada hikmah smua ni,...byk lagi orang kat luar sygkan aunty..:)
Salam Kak Nani,
mmm... sama or kurang lebih le dgn apa yang saya facing sekarang ni.. harap sangat semua akan berakhir dgn baik..
wallah'hualam
ya ieza setuju dengan apa yg dikata..sbb ieza sendiri pernah mengalaminya..
waktu susah macam2 org kata dn semua nk jauhkan diri..bila dh senang xnk kata apa2 plak..
masih ingat masa ieza ada buat bisnes dulu..
bleh dtg plak semua yg menjauhkan diri tu..memang muka x malu tul..nk kutuk terang2 diorg tu puak2 sendiri gak..nk xnk sabar je la..
kisah kak Nani sangat memberi inspirasi, sangat-sangat! :)
mulut orang ni macam longkang jugak makcik..eh2..kakak..eh2..sila pilih yg mana2..hehe..ramai org skrg lebih dunia dr akhirat.kdg2 kte pn terpengaruh..nauzubillah.
Salam, kak Nani, ALLAH uji kakak sbb ALLAH tahu & maju kak Nani jadi kuat. tanpa kekuatan mcm tu ...mcmana kakak mampu ddk rumah besar mcm sekarang?...berniaga kuih raya..buat kat Ipoh..angkut ke Bukit J?....jaga anak2 dgn baik...
tanpa kekuatan & kesabaran, tak mampu nak buat. Semoga kak Nani akan terus tabah & bersabar. Percaya lah ALLAH itu MAHA ADIL & MAHA PENYAYANG...saya doakan akak akan sentiasa tabah & bersabar.
Alhamdulillah...walau di tahap mana sekalipun saya berada saya tetap akan bersyukur atas segala apa yang Allah beri pada saya.Syukran.
Saya bercerita bukan sebab saya mengeluh. Tidak sama sekali. Saya sekadar menceritakan pengalaman hidup yang pernah saya lalui. Sebenarnya banyak yang lebih pahit daripada itu. Tetapi cukuplah sekadar berkongsi secebis kisah manakala yang lain tak perlu dileraikan untuk tatapan semua.
Tidur di atas lantai itu tidak pernah menjadi kudis dalam hidup saya kerana sekarang pun saya memang suka tidur atas lantai depan tv.
Apa yang pernah menyentuh dan menyedihkan saya ketika itu apabila anak saya meninggal tetapi tiada seorangpun adik-beradik malah ibu sendiri pun tidak hadir menziarahi saya dan suami saya.
Dulu saya terasa hati bila adik-beradik kami tidak seperti adik beradik orang lain yang sangat rapat dan mesra.
Tetapi kini sedikitpun saya tak mengharap dan berasa apa-apa kerana saya amat bahagia melihat semua anak-anak saya saling menyayangi dan mengambil berat antara mereka adik-beradik. Saya terlalu sibuk dengan keluarga saya sehingga saya tiada masa untuk memikirkan perkara lain. Alhamdulillah.
sy gembira sbb tgk anak2 auntie berjaya and bahagia skrg..=)
sedihnya saya membaca citer pn ni..x sangka ye dizaman yg serba-serbi canggih ada juga manusia yg masih jahil...saya kagum dengan ketabahan pn dlm mengharungi hidup seharian bersama suami & ank2
salam kak Nani...
Saya bangga dengan akak yang banyak menempuh pengalaman pahit manis dan jugak sudi share experience akak... kadang2, bergenang airmata saya bila baca entry2 akak... kadang saya senyum hepi bila baca gelagat anak2 akak... walau baru beberapa hari saya explore blog akak, rasa macam dah berpuluh tahun saya kenali akak. Saya bangga dengan hati budi akak!!!
Kak nani ..walaupu
Kak nani...segala kemegahan mereka itu ..Allah telah tarik & transfer kenikmatan mereka itu diberi kpd mu...saya dpt merasa kebahagian akak sekarang ')
Post a Comment