Wednesday, March 3, 2010

Dia Memang Garang....Fuhhh

Bila dah tua-tua ni, anak-anak saya yang kecik-kecik inilah jadi penghibur hati. Kemana saya pergi, mesti selalu saya bawak Imran Hafiiz dan Alisya. Pergi main bowling, pergi tengok wayang, pergi beli stationery, pergi beli barangan seharian di TESCO, pergi makan di IKEA memang aktiviti rutin kami empat beranak.

Satu lagi yang saya bangga tentang anak saya (eceh eceh, bangga lagi, kang jangan sampai ada yang meloya pulak bila saya membangga-banggakan anak-anak saya). Mereka selalu jadikan saya tempat mengadu, bercerita dan bagi saya mereka memang lawak. Terutama Alisya, yang ber suara lemak merdu (sedap ikut suara saya kot). Tadi dah loya kali ini terus muntah hijau pulak kang.

Hafiz dan Alisya ni memang rapat. Kalau saya nak keluar tak bawak Hafiiz, Alisya tak nak ikut. Setiap masa berkepit. Dah tu tak habis-habis bersembang. Saya yang sedang concentrate buat kerja ni pun, tersenyum-senyum, bila dengar mereka mula bercerita apatah lagi cerita tentang cikgu mereka yang bernama Puan Hazlidah. Saya dah pernah jumpa dah cikgu ni. Orang dia comel jer, peramah dan tidak sombong bila dengan ibu bapa. Suara dia pun sangat kecik dan comel...bak kata Hafiz dan Alisya macam suara baby.

"Ma,ma, Puan Hazlida tu garang tapi kelakar, dah lah suara macam baby, tadi kan, masa dalam kelas, dia ajar Bahasa Malaysia dia marah sebab murid2 tak faham. Dia kata sambil menjerit, dalam satu ayat kamu kena guna satu format yang cikgu dah cipta!!! Kamu kena ikut format PARL iaitu person, aktiviti, reason and location. Jangan nak buat ayat bengong!!!. Ayat pendek- pendek, contohnya DIA SEDANG MATI.!!!"

Ataupun, jangan pulak buat ayat pendek bengong yang ulang2 aktiviti contoh, mak sedang kencing. ayah sedang kencing. abang sedang kencing. datuk sedang kencing. nenek sedang kencing ke!." Dalam hati saya, fuhhhh...real betul cikgu ni...

Geli, geli betul Hafiiz bercerita....terkekeh kekeh....dalam pada garang tu pun, dia orang terhibur betul dengan kelas Puan Hazlida.

Nanti saya cerita pulak pasal cikgu tu buat lawak kat kelas Alisya...Alisya ni sangat pandai ajuk balik apa cik gu dia cakap....memang kelakar...bukan sebab cikgu tu je yang kelakar...Alisya yang menyampaikan cerita tu pun kelakar jugak...kalau boleh saya nak rakam cerita dia...heee.

15 comments:

cik shaiDa aZlin said...

akak, lainkali rakam wt video time alisya tengah bcerita. msti comel gila ekspresi muka dia.
thanks sbb sudi lawat blog saya.
kak nani byk bg sy moral support mlalui penulisan akak. buat sy bfikir lebih matang..

Puan Hanis said...

sya boleh bygkan cutenye mereka-mereka ini bercerita....

kalau dah si emaknya boleh tersenyum dgr anaknya berceloteh walau tgh buat kerja lain...mesti kelakar habis tuh...

sya pun kadang2x tergelak sendiri bila tercuri dgr kakak dok borak ngan adik dia yg umor tak sampai 2 tahun tuh..mcm itik brckp ngan ayam...hihihi

rakamlah kak...nak dgr gak cite cikgu comey tuh :)

~Siti Hajar~ said...

budak2 kalu mengajuk mesti dengan penuh perasaan kan..?? bcerita nak bagai nak rak nak kita faham & rasa apa yg mereka rasa...hehehe

Ummi Hanie said...

bestnyeee rutin mcm tu !
sy buleh feel , akak !
x sabor ank anak2 beso camtu . wat masa skrg ni mmg penat ler dok jaga baby,apatah lagi nak anak ramai mcm akk..opss...:)

ieja oewyn said...

sis. rakamkan pliz. sure cute je alisya ckp.

Dena said...

rakam la rakam la ! ;D

TeRRoRRiZZ said...

1 of all tq coz sudi komen belog saye...

ikea???teringat karipap dier yang sedap tuh........

Hafiz dan Alisya, nak tengok sangat gerangannyer...mesti comei macam saye(perasannyer saye). teringat zaman kechik2 rapat ngan abang atas saye...suke gak gossip2..heheheh

cikgu tu pulang memang sempoi...semoge saye jadi cikgu yang disayangi muridnyer..huhuhu

Deco [MisS N] said...

hehe..semuanye bertuah..anak2 bertuah dpt mama yang understanding.mama bertuah coz dapat anak2 yg bijak menghiburkan hati....

:)tumpang gembira membaca kisah keluarga ini..even dulu2 cam perit je idup kan? now da time menuai hasil keperitan dulu2...moge hepi selalu..Amiin

Diarihatiku1976 said...

SERONOK KAN MEMPUNYAI ANAK MCM TU.. SAYA SENTIASA BERDOA AGAR DIKURNIAKAN ANAK.. TAPI BELUM MAKBUL LAGI...

food journal said...

Salam...nak tanya..selalu awning tudung akak slalu beli mat mane ye?ariani atau munawwarah...saya baru nak belajar pakai selendang lepas tgk video hanis tu..huhuhu

food journal said...
This comment has been removed by the author.
Queen said...

dengar diorang sama diorang bercerita kadang seronok tau...macam2 pandangan dari pengamatan tersendiri...halus dan polos..

Mummy Nana said...

seronokkan tgk gelagat anak2.... mmg boleh tersenyum sendiri dan selalu terbayang2 reaksi diorg. Kalau tgh sedih pun boleh terhibur... mesti auntie bangga....peduli org kata atau nak menyampah... anak2 kita... :-) diorg cemburu sebenarnya...

Farydah said...

anak2 saya pun mcm anak2 nani jugek balik dari mana2 pun mesti ada saja ceritanya..kadang tu malas rasa nak dengar tapi bgi reaspond jer lah anak2 kan... kadang tu seronok jugek critanya

_ettyEzudin_ said...

hahaa...so funny! 'jgn buat ayat2 bengong'hahhaa...
as a teacher, i faham this situation....mmg terkadang2 terkeluar jugak..especially, kalau students mmg tak faham n teachers dah tak tau nak explain mcm mn lagi dah... ;)