Sunday, March 21, 2010

Birthday Di Melting Pot, Concorde Kuala Lumpur

Ini mama dah tukar gambar...dah tak gemuk dah......




Tahun lepas saya buat hari jadi Liana 'birthday breakfast'. Tahun ni Liana kata, malaslah mama nak buat kat rumah, penat. Masa tu saya cuma terfikir untuk sambut di 'buffet supper'
Melting Pot kerana harga yang agak berpatutan iaitu 48++ dibanding dengan 'buffet dinner' iaitu rm85++ .

Lagipun dah lama saya tak bawak anak-anak makan di hotel. Saya ni bukanlah orang yang senang sangat. So kalau nak bagi treat kat anak-anak ini mesti kena ada apa-apa occasion seperti hari jadi, atau kerana mereka berjaya dalam exam atau kerana mereka menolong saya membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Selain daripada itu kalau anak-anak nak pergi bercuti atau mereka nakkan sesuatu yang agak mahal, saya tetapkan ianya sebagai reward atas usaha mereka sendiri.

Bagi saya dengan berbuat begitu, ianya merupakan satu motivasi untuk anak-anak berusaha lebih bagi mencapai apa yang mereka inginkan selain daripada menggembirakan mereka pada occassion2 tertentu.

Mula-mula risau juga bawa anak-anak makan waktu supper yang bermula jam 11 pm ni, kot-kot diaorang ni tak larat menahan mata, mengantuk dan sebagainya. Tak sangka pulak, dia orang punyalah enjoy makan sehingga bila waktu hampir pukul 2 pagi saya ajak balik, mereka keberatan lalu kami sambung melepak sampai coffee house hampir tutup iaitu 3.30 am.

Sayang Hanis tak dapat balik meraikannya bersama sebab hari isnin dia ada exam. Tapi tak apa, Hanis bukan enjoy makan buffet pun. Selain pemalu dengan orang, Hanis pun pemalu dengan makanan. Kalau setakat buffet semua tu memang rugi kalau Hanis pergi. Dia tak kuat makan. Maksud saya dia makan banyak tapi mengambil masa yang panjang. Malangnya selalu baru duduk sekejap, cepat sangat nak balik. So tak apalah ya Hanis...lain kali kita pergi Hanis makan ala-carte je ya....hehhe





Terima kasih bakal menantu mithali kerana syer sponsor birthday Liana. 50-50......moga-moga Liana dan Khairi akan bertemu jodoh.







Dua-dua ni nampak je pendiam...tetapi paling kuat buat loyar buruk



Sedap-sedap...enjoynya Khairi si budak cerewet pasal makan ni makan di sini.




Sambil berjalan pun sempat berposing...




Saya dan anak-anak tanpa Hanis




Hafiiz siap menyinsing lengan baju....dialah orang yang paling enjoy sampai tak mahu balik.








Tak senonoh betul chef di Concorde Hotelni....macam ni dia hias birthday kek untuk kami si pembuat kek ni.

La....saya yang bodoh tak pernah belajar masak tinggi-tinggi sampai dapat sijil ni pun boleh buat kek yang sedapla mata memandang.....apatah lagi mulut yang merasa.




Untung bawa Alisya ni....penghabis dessert....di melting pot.




Wah happy, kenyang tapi nak makan lagi.....




Sebaris untuk photo album di Facebook...heeeee



















21 comments:

Khairiah Jelani said...

hepi betday utk liana. tumpang bahagia tgk kebahagiaan org lain. seronok!

aNIe said...

Seronok kalau dpt pi makan2 dengan anak2...sayang Hanis takde...kalau tak tentu lagi sempurna malam itu...

Happy Birthday to both of them...& semoga akan bertemu jodoh Liana dengan jejaka idamannya....

Kalau anielah...bawak pi buffet memang tak rugi tau...hahaha

Liana Ezzana said...

OH LUPA..NAK CAKAP THANK YOU KAT SEMUA ORANG YANG TERLIBAT. I'M A HAPPY GIRL!

Liana Ezzana said...

MAMA KENAPA LETAK GAMBA LIANA GEMOK!!

Ummi Hanie said...

hepi bezday to liana..ehem..sy tua 3 thn jer dari dier...

wow kak nani,u look gorgeous ! doo awet muda !! feel happy 4 u too..

huhuhuu..sy xpenah mkn special occasion kat hotel..mkn pun buffet breakfast jer bile ikut hubby bentang paper universiti...jadilah...alhmdllh..

MisZZy aYien said...

auntie sy br tau wujudnya supper buffet..ingatkan smpai dinner je..hee... auntie liana 23 thn eh tp nape kat kek yg auntie wat 2 cam nombor die 25 je? anyway happy birthday 2 liana n u look beautiful n vogue la auntie ;D

mamashasha said...

Happy birthday to liana..tak lama lagi kak nani
Terima menantu lah kan..nampak mcm adik beradik
Je akak berdua tak mcm mak ngan anak pun..
Ya allah strawberry coklat kek tu sodapnye
Insyallah sy akan order dgn akak nanti..

Sy baru tau ade buffet supper kak..issshh

Zareda Norman said...

seronok berkumpul ramai ramai dan makan makan kan.

Kak nani, mudah mudahan cepat dapat menantu ok

fAjRInA said...

happy family...

Ieza said...

happy birthday liana..
nampak nya x lama gi bleh makan nasi minyak plak ni..

suka tengok anak kak nani..kiut2 belaka..

kelakarnya dengan kek tu..awat diorg hias camtu..cam xde seni jer.. yg koko tu ok..

Vava.Voom said...

nanti dah kawen nanti.. nak jadi macam aunty la..
cantik, isteri mithali.. ibu yang best.. aaa.. perfect la aunty nie.. jeles jeles..XD

tia said...

we....bestnya...
puan nampak cantik!!! bagila tips pakai tudung pula..saya teringin nak pakai tudung dengan elok..

zamieta amran said...

salam. saya slalu baca blog awak. saya suka sgt dengan blog awak. saya juga minat menulis. baru nak belajar sebenarnya. senang-senang lawatlah blog saya http://zamack.blogspot.com/. saya rasa tenang bila baca blog awak. seya ada 4 org anak.tq.

Mak Su said...

wah... bestnyer santap kek di dinihari, ada bakal menantu gaks, moga cepat dipertemukan jodoh, bolehlah akak extend invitation kat saya... hehehe

MeL MikaiL said...

happy bday liana! auntie u're so pretty! no wonder ur children pun cantik2 belaka ;)

eynda said...

Berbaloi bawak anak2 yg suka makan ke buffet...harap2 anak2 eynda pun nanti macam tu hehe...

Hanis Zalikha said...

Redha.

Hanis Zalikha said...

Redha.

NoNiE said...

dah nak dapat menantu...tahniah...

rOmantiCrazY said...

ehh kak nurul malona tu aunty buat ke? tu kwn saya tu..heheh

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Wahh auntie, dah declare menantu mithali nie..
bangga la khairi dengar..hikhik..
sy dengar khairi nak merisik dah anak auntie tue..hehehe..
nak dapat menantu, pastu dapat cucu pulak :)