Thursday, March 18, 2010

Hidup Perlu Kreatif

Makan di Kenny Rogers memang tak berbaloi...mahal dan ayam panggangnya semakin hari semakin kecil. Mungkin sebab saya bandingkan makan di ikea.

Muffin di Kenny Rogers sebijik macam butter cake yang saya buat. Sesiapa yang pernah order pasti tahu.


Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk menempuh segala pengalaman yang amat pahit untuk ditelan. Saya melalui nya dengan pandangan positif bahawa Allah masih sayangkan saya dengan memberi saya kehidupan lagi untuk merasai kepahitan itu.

Dalam hidup ini pengalaman adalah guru yang terbaik pernah kita temui. Jadi jangan biarkan ia tercicir tanpa kita pelajari sesuatu daripadanya. Tempuhilah ia walau pahit bagai hempedu tetapi dengan tekad di hati bahawa Allah ada untuk menilai siapa diri kita.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas rezekiNya yang saya nikmati. Walaupun pada hakikatnya sehingga kini saya masih bertungkus lumus bersengkang mata, mengejar masa, memerah tenaga dan mencari peluang membuat berbagai kerja mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan keluarga tetapi saya tetap berbangga dan bersyukur inilah rezeki dan kenikmatan yang paling besar bagi saya yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.


Waima Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil, justeru Dia tidak akan membebankan hamba-hamba dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh mereka. Jadi kita sebagai manusia yang berakal dan tahu berfikir, hadapilah setiap masalah dengan minda yang terbuka dan tangani ia dengan pemikiran yang lebih kreatif. Insyallah segalanya akan berada di tempat yang betul.


Sama seperti bila saya menyediakan menu untuk anak -anak saya di rumah. Bendanya simple sahaja tetapi apabila kita kreatif ianya menjadi seperti sesuatu yang amat istimewa untuk dinikmati.

Walaupun makan dirumah tetapi dapat rasa macam makan di restoran mahal. Yang penting kena kreatif. Saya hanya masak nasi beryani dan saya hidang bersama drummet dan salad serta dihidangkan bersama sambal melaka dan sos istimewa.

Hidangan yang penuh gaya dan warna memang menjadi kegemaran anak-anak.

19 comments:

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

untung jadi anak-anak aunty..=)

nelly said...

bestnye..uhukk

PinQib said...

wahh.. best nye,, mumi saya x brapa nak boleh sngat masakan ala2 anti.
fulamakk.. the besttt

sweettouchcake said...

mmg untung jd ank2 akak....
lawo le rmh akak..class
bule k akak share resepi butter cake akak? if u don't mind..tq

suhaibah said...

auntie nk resepi :)

~Siti Hajar~ said...

btl la akak bila kita kretif benda yg simple jd mewah..sy pnh bt sandwish & boh sikit mayonis, anak xmo makan, tp bila sy buat sandwish tu ada mata, mulut, hidung dgn mayonis & sos, pulun anak2 makan, sedap katanya. padahal benda yg sama je...btl la kita perlu kretif!

SJ said...

masak kat rumah walau sesimple mana pun, lebih sedap dari makan berbayar kat luar yang mahal

hehe..


Blackberry Silicone Skins @ http://anggunnya.blogspot.com/search/label/Blackberry

ainee cumi2 said...

bestnya!bestnya!bestnya!

Tale Of A Little Big Girl said...

salam kak, love to read ur blog.. keep it up.. thanks for the receipes.. butter cake akak mcm kenny rogers vanilla mufin?? wow fav saya tu.. share la resipi butter cake tu...

HepiUnited said...

aunty,
nampak sedap la.. :)

sapphire said...

saya nk jadi anak aunty boley?? :)

aNIe said...

Nani...ayam Pak Kenny sekarang dah semakin mahal...kan?

abang ensem said...

Air tangan ibu bersulamkan bismillah sblm memasaknya sememangnya menjadi resepi kejayaan anak2nya. Sesuatu yg belum tentu ada pada tukang2 masak kat luar sana tu.

butterfly said...

aunty..aunty.. ambiklah saya jadik anak angkat.. hehehehe.. nak resipe jugak, fav saya tu....

Ieza said...

anak kak nani lawa2 belaka la..
dn beruntung mereka ada seorg mama yg creative dn macam chef kt rumah..tuah badan la tu..

mamashasha said...

kak....org kata air tgn mak sume sedap....masak la apa pun....hubungan keluarga pun tambah rapat...bertuah suami akak dah betapa untungnya anak2 akak......

Sugar Babe said...

aunty..baru nak suruh amik saya jd anak angkat..tengok2 ada org lain pun dah ada hasrat sama haha.

syukur tgk keluarga aunty bahagia.
saya percaya keluarga masing2 ada masalah & susah senang yg dilalui tersendiri.
tapi bak kata aunty sabar jalani dugaan, syukur ada family dan Tuhan masih beri kita peluang.

dgn ada sifat mcm ni kita tak akan lemah semangat dan tidak akan ada sikap iri hati pada org lain.

emma said...

nyum2~ sedapnya :P~ loike this entry :)

mizzura said...

wah..best jugak kan makan hasil kreativit tangan sendiri..!