Tuesday, March 9, 2010

BILA AURAT TERTUTUP

Bagi saya Islam itu mudah. Orang-orang kita je yang sering buat Islam itu nampak sukar dan membosankan.Masih berkisar soal bertudung, pada kebanyakan perempuan, bagi mereka kalau mereka dah bertudung, mereka tak perlu nampak cantik. Mereka tak perlu menghias diri mereka cantik. So dunia mereka seolah-olah sudah berakhir kerana mereka bertudung menutup aurat.

Sebenarnya saya ada pendapat dan prinsip saya sendiri. Saya suka kelihatan cantik di depan suami walau pun saya bertudung menutup aurat ketika diluar. Tak mahulah ketika di rumah bila bersama suami, buka je tudung, rambut terkecut, pendek sejemput. Tak menghairahkan langsung.

Saya masih juga ke salon, merawat dan mencantikkan rambut semata-mata saya suka dilihat oleh suami, anggun dan menawan. Selain daripada saya sendiri memang gemarkan sesuatu yang cantik dan menawan.

Mungkin juga kerana saya banyak terpengaruh dan begitu terpegun dengan kecantikan perempuan-perempuan arab yang saban kali saya lihat di pusat-pusat membeli belah. Sekalipun mereka memakai purdah yang menutup mata, tetapi saya dapat mengintai yang mereka menyolek wajah mereka terutama mata mereka dengan begitu cantik sekali.

Jadi kalau anda memakai tudung menutup aurat, sebenarnya ingin saya tekankan di sini yang DUNIA BELUM BERAKHIR.

18 comments:

Ieza said...

sama la kite..hu3..ieza masih jua singgah salon jap rebonding..jap curl..
walaupn hanya kt rumah ieza ingin tetap dipandang cantik..

Zareda Norman said...

kak nani, saya sangat setuju

Menutup aurat tak semestinya kita tak boleh teruskan bergaya dan berdandan. Somehow, kecantikan yang ditutup itu lebih ekkal lama dari yang didedah dedahkan tu.. ala macam buah buahan yang di pasaraya, yang terdedah lebih cepat rosak berbanding yang masih berbungkus kan.. :)

cheku_sadz said...

Betul lar...saye sokong 100% prinsip / pendapat un-ty...

Affan Ruslan said...

Salam. Betul, dunia belum berakhir.
Sebenarnya, apa yang diperkatakan adalah mengikut apa yang diunjurkan oleh orang Islam. Berhias untuk suami adalah tanggungjawab isteri, begitu jugalah sebaliknya.

Lagipun haram hukumnya berhias untuk orang lain. :)

nadhirah nasser said...

Auntie, thank you for this two post. Memang ini apa yg sedang sy alami sekarang.. tgh confius ikut hati dan akal pemikiran.. sgt2 mencabar dugaan nya.. saya harap.. sy akan dapat hidayah-Nya dlm masa terdekat ni.. Macam auntie.. umur sy pun dh suku abad, sy terpikir jugak.. asyik on n off je.. bila nak permanent... Thanks again for this two inspirational post..!!

http://nadhirahsworld.blogspot.com/

A.I said...

ai SOKONG!! (^_^)

Deco [MisS N] said...

betul tuh....."mengghairahkan" depan suami..tu yg penting tuh :)

untie,
nk tny satu soalan tp tak berkaitan ngan entry nih....
untie ade tak tips untuk masak nasi ayam supaya lembut n enak je..salu lau wat sendiri mesti ceroi/peroi...cam tak best je..kene guna special beras ke?

jannah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ummi Hanie said...

islam itu indah......

nak seribu daya,xnak seribu dalih.tu jer...

syasya said...

like this post :)

tia said...

hehe..pandailah puan

Mak Su said...

stujus... :)

Anak Pak Man said...

nice blog and entry auntie.. keep up the gud work V^_^V

Tyha said...

Cuma adakalanya....pada sesetengah org...kalau berhias pakai bedak and lipstik tu...dinamakan berhias untuk org lain tengok.Soh org pandang cantik.Padahal...tujuannya untuk kita nampak segar dan ceria nak berhadapan dgn user dan customer,bukan dgn muka berminyak dan pucat lesi.Sekadar berlipstik nipis dan berbedak sedikit salah ke?

Tyha said...

Cuma adakalanya....pada sesetengah org...kalau berhias pakai bedak and lipstik tu...dinamakan berhias untuk org lain tengok.Soh org pandang cantik.Padahal...tujuannya untuk kita nampak segar dan ceria nak berhadapan dgn user dan customer,bukan dgn muka berminyak dan pucat lesi.Sekadar berlipstik nipis dan berbedak sedikit salah ke?

shady said...

memang betul..pernah join sambutan raya dgn group2 perempuan arab.

bila mereka ada function, memang kene asing lelaki perempuan. takleh campur.

Sbb bile dalam function, mereka akan tanggal tudung.. and bukak jubah hitam labuh mereka. So nampaklah segala perhiasan mereka dari hujung rambut ke hujung kaki.. dgn pakaian yang sebijik mcm artis2 attend anugerah OScar award tuh...
memang melaram sungguh mereka.

blackcardomompods said...

Saya suka tulisan akak,jgn pula nk keluar rumah pucat lesi,dalam rumah lagi pucat lesi.Bertambah2 lesi si suami tgk.Yang takutnya terbutang mata suami tengok isteri orang yang pakai bju cam artis,make up penuh,pandang isteri tgk lesu...

saya harap dpt contohi kak nani yang sentiasa vogue dr muda smpi skrg.bukan senang,tmbh2 kalau anak ramai.

Khadijah Zek said...

erm..betul la...skrg baru 25 thn. Hopefully lagi 10 thn, saya tak akan tua seperti umur yg semakin meningkat..