Saturday, March 13, 2010

Adakah Nama Anda Sesuai Dengan Peribadi Anda

Saya rasa saya tak perlu faham kenapa ada segelintir manusia disekeliling kita ni begitu gemar mengutuk, mencaci cerca, menfitnah orang lain sesuka hati mereka kerana bagi saya mereka ini sedang berdepan dengan masalah jiwa.

Jiwa mereka kosong oleh itu mereka mahu memenuhi dengan menyibuk dalam kehidupan dan mencampuri urusan orang lain. Jiwa mereka sakit oleh itu mereka mahu orang lain merasa sakit juga dengan kata-kata mereka.Jiwa mereka bernanar sebab itu mereka mahu orang lain menghidu bau busuk hati mereka.Jiwa mereka tenang melihat orang lain tak senang.Jiwa mereka gembira melihat orang lain derita.

Memang sukar untuk mereka mengeluarkan kata-kata indah dan menyenangkan kerana mereka tidak terdidik begitu. Mungkin juga telinga mereka hampir tuli di asak dengan kata cerca yang kesat setiap masa. Ataupun mata mereka sudah buta melihat segala penderaan jiwa ataupun raga di depan mata.

Oleh itu untuk ibubapa yang mahu menimang cahaya mata, kalau kita nak bagi nama anak nama yang indah-indah....nama syurga, nama nabi dan sebagainya...didiklah mereka supaya nama yang indah itu sesuai dengan perwatakannya. Walau nama indah sekalipun...kalau sedari kecil...kita memaki hamun dia atau pun orang...pasti jiwa dia terganggu dan akan terbiasa memaki hamun orang lain apabila mereka dewasa. Walau nama syurga sekalipun kita namakan anak...kalau dia memerhatikan yang kita biasa berhasad dengki dengan orang lain...kesian anak-anak kita...sedikit sebanyak tak tertanggung dan terbawa nama-nama syurga olehnya.

Jadi beringatlah untuk menamakan anak-anak dengan nama yang elok sesuai dengan mendidik mereka agar mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang yang elok juga.

Contoh nama syurga nan indah yang tak terbawa oleh sesetengah individu adalah seperti dibawah ini :-


jannah said...
ramai sgt yang memuji sampai u jadi perasan.. isteri cantik baik konon.. seriously i ckp u takla cantik sgt. cuma putih jer lebih. hidung kemek. mata sepet.. lg nak perasan. suami u panas baran mungkin ada perempuan lain yg jauh lebih cantik, muda dr u menggoda diluar. kalau dia sayang u sgt u takkan kene jerkah nyer

jannah said...
ntah pape.. kalau jiran2 lain u baca mesti die tau problem jiran sebelah rumah u tuh.. xboleh simpan rahsia langsung.. lagi banyak i baca tulisan u lagi meluat. sorila xrespect langsung dah. dulu mungkin la.
February 11, 2010 8:37 AM

jannah said...
ramai sgt yang memuji sampai u jadi perasan.. isteri cantik baik konon.. seriously i ckp u takla cantik sgt. cuma putih jer lebih. hidung kemek. mata sepet.. lg nak perasan. suami u panas baran mungkin ada perempuan lain yg jauh lebih cantik, muda dr u menggoda diluar. kalau dia sayang u sgt u takkan kene jerkah nyer
February 11, 2010 7:45 AM

jannah said...
memang berlagak giler.. padahal biskut yang i beli kat u dulu tak sedap maner pun.. sumpah lillah sedara2 i semua ckp xla sedap mane pun. ha tula jangan berlagak lagi dr org suka teros jadi xsuka.
February 11, 2010 8:07 AM


jannah said...
anak2 u pon xpakai tudung.. pakai skirt pendek lg.. tak payah bebel disini mcm org baik
March 8, 2010 10:50 PM

58 comments:

ieja oewyn said...

ermm sabar jela sis,
die ade hak as a reader to post something here.
tkpe allah bersama org2 yg sabar kn?
dun give up to write.
klu org len x suke baca xpe. tp sy suke.

Chit Ana said...

eh,ada plak org macam tu ya.sedap nama jannah=syurga kalu x silap ana.tu lah nama x seiring dengan keperibadian.auntie banyak kan bersabar ya.mulut org ni xbleh tutup.kalu kita layan,makin suka diorg.Hanya Allah yang maha mengetahui...

suhaili959 said...

salam..
sy ni slalu silent reader je..hihi
tp nama jannah ni sy pernah terbaca kt blog rizalman..die pun mengutuk2 rizalman jgk (-_-")

ni linknyer -> http://rizalmanibrahim.blogspot.com/2009/11/secebis-kata-hati.html

NaniRostam said...

Apa yang saya tulis dalam post ini hanya salah satu tips tentang parenting atau skil keibubapaan. Dan contoh yang paling sesuai ialah komen tersebut.

Sebenarnya terlalu banyak dia mengutuk dan mencerca tapi saya dah delete komen2 itu sebelum ini.

Cuma saya sebenarnya kesian dengan individu yang gemar mencerca seperti itu....ada yang tak kena dengan jiwa mereka.Kalau mereka tak puas hati kerana kueh saya tak sedap...berterus terang...boleh saya bagi refund...

Tetapi saya tak rasa dia pernah beli kueh dan bertemu saya dari apa yang dia describe tentang diri saya. Kerana sesiapa yang pernah berjumpa saya, pasti tahu yang saya tidak berhidung pesek dan bermata sepet. Dan kulit saya tidaklah putih sangat.

Jadi kerana jiwa mereka yang serba tak kena itu ..mereka seolah-olah tak da modal dan asas untuk mencerca saya tapi masih mahu berbuat demikian untuk puaskan hati mereka sendiri.

MaS PuTRi said...

Itulah auntie kan? sbg ibubapa memang t/jawab kita untuk bagi nama yang baik2 utk anak kita dengan harapan anak kita baik, cantik budi pekerti.

malangnya kalau setakat nama baik tapi tiada didikan ke arah itu pon tak guna.

apa la manusia ni. kalau setakat ambil tempahan biskut dari auntie untuk cari kelemahan auntie & keluarga, memang jenis org busuk hati.

i think jannah ni jeles dengan hanis kot. tu pasal dia bagi komen ala2 org sakit jiwa.

pedulikan je org mcm ni. apa2 pon, kalau free jemput auntie & readers baca pasal parenting iaitu about memberi nama kepada anak2. =)

NAMA ANAK ANDA

Syareera said...

hai aunty.
kelakar jannah tue,
buat malu aje name jannah,
sabar ye aunty.
eeuuwwwwwwwww geli tengok jannah tue.. yuccksss

original ialah saya. said...

babi punya jannah.
ha tengok, tak pasal2 aku yg mencarut kat sini, geram punya pasal kat jannah.

mungkin dia yg slalu komen kat blog designer fesyen kita si RIZALMAN tuh. sampai rizalman pun slalu perli2 jannah dlm blog dia..

aunty nani, akak post jer blog dia tuh, takyah delete.. biar sumorang tau perangai best dia tu..

ndz_an said...

sbr je ah aunty ngn perangai org yang camtu...
manusia mmg gitu..
x bleh tgk org senang..
ade je nk mengata..
tp klu org susah, bkn nk tolong...

moga niat baik aunty ni, tuhan je yg mengetahuinya...

p/s: ingt sy lg? sy student pn manisah. kita jmpa ms kat RTM dl...
:)

Wolverina said...
This comment has been removed by the author.
shida is my name said...

salam kak nani, saya x paham kenapa kalau kita cakap kita bagus, kita cantik mesti ada org nak mengutuk? mgkin sbb kita org melayu diajar untuk terlalu merendah diri? cthnya senang je, tbe2 ada orang puji kita cantik hari tu and kita pun bgtau dia biasa2 jelah, u pun cantik juga, tul x?

tapi kalau kita bgtau orang tu, kita memang cantik setiap hari, mesti orang tu meluat and kata kita perasan. pelik kan? maaflah, shida jenis yang plg suka tgk org yang ada keyakinan tggi macam kak nani. salahkah memuji diri sdr? kita bukan buat bnd yang dilarang dlm islam? tp biasalah org akn ingat kita perasan bagus

saya sdr pernah jmp kak nani kat ikea, kak nani berjalan dengan hubby. nk tegur tapi x tau nk ckp apa and betullah kak nani mmg x puih sgt, mata x sepet and hidung x pesek tp comell :)

orang mcm jannah mmg banyak dlm hidup kita,orang yang hatinya x bersih, yang selalu dengki, yang x pernah maafkan orang, yg x boleh tgk orang senang dan bahagia. biarkan orang mcm tu sbb orang tu ada mslah jiwa dan hati. siap sumpah2 tue

anyway teruskan dengan keyakinan tersebut sbb ibu yang berkeyakinan tggi melahirkan anak yg sgt outstanding like hanis :). chow

NaniRostam said...

Saya ingin menjelaskan pendirian saya....bagaimana saya boleh memotivasikan diri saya sendiri apatah lagi orang lain...kalau diblog saya pun, saya tidak boleh mengatakan rambut saya cantik atau saya baik, saya jujur, saya tidak berpura-pura, saya rajin, saya isteri yang baik, dan yang seumpamanya.

Kalau saya suka mengatakan perkara yang serba negatif seperti saya hodoh, saya tak cantik, saya bodoh, saya tak pandai, saya kurang ajar, saya tak sopan, saya yang serba serbi tak tahu buat apa...saya tak baik, saya jahil atau saya jahat so apa sebenarnya yang mahu saya beritahu orang?

Saya tak rasa orang sukakan perkara2 yang negatif begitu juga dengan saya.

Sekalipun saya tak berapa cantik, saya berhak mengatakan saya cantik kerana itu tanda kesyukuran saya pada Allah dan saya berkata begitu kerana saya mahu merasakan yang diri saya cantik walaupun sebenarnya bagi orang lain tidak.

Atau sebenarnya saya perlu berkias seperti bila saya mengatakan yang saya cantik maka perlu disertakan dengan dalam kurungan (eceh eceh masuk bakul angkat sendiri)begitu? maka sesiapa yang membaca akan merasa lega kerana tak nampaklah saya ni memuji diri sendiri.

Tetapi apapun adalah hak anda diblog anda untuk mengatakan siapa diri anda seperti dibawah ini;

Saya bodoh
Saya bangang
saya hodoh
saya malas
saya jahat
saya buruk
saya busuk
saya kurang ajar
saya tak sopan
tiada siapa suka saya
teman lelaki saya pun tak suka saya
teman lelaki pun tinggalkan saya
sebab saya lame....

Sama seperti individu di atas ini, diblog saya sendiri...saya berhak mengatakan apa sahaja tentang diri saya sendiri.

Bahkan saya hanya mengatakan tentang diri saya..tanpa pernah mengusik dan menyinggung hati orang lain diblog mereka. Jauh sekali untuk mencaci atau mencerca diri mereka mahupun hidup mereka.

R I N I . R A N I said...

is this 'jannah' the same 'jannah' yg selalu kutuk RIZALMAN tuh? if yes, she's definitely got some issue. Suka sgt kutuk2 org, tak dapat manfaat apa2 pun...

ingat Jannah, what goes around, comes around. Sy tak nampak pun blog Aunty Nani nih mengutuk kamu sblm nih, so naper kamu msti cari pasal dulu? Kamu happy yer dpt sakitkan hati org lain...

syazana said...

Auntie...forgive this JANNAH..poor her...hahahaha~
Betullah auntie..nama Jannah tu maksudnya Syurga Allah....

Deco [MisS N] said...

saya stuju ngan komen untie nani kat ats nih....pakar motivasi cam dr HM TUAH ISKANDAR pon salu pesan supaya kita selalu mengatakan KITA HEBAT sebagai Booster untuk menjadi kearah yg lebey baik...

takpe untie,kita tak boleh paksa org untuk suka kita n kita tak boleh berharap untuk jumpe ngan org yg baik2 je...maka,hadapi dengan senyuman ye....:)

salam sayang:
si pembaca belog

NaniRostam said...

Memang adat manusia...kalau sesorang itu ramai yang suka dan ramai pula yang akan membenci.

Contohnya saya...suka jujur dan berterus terang, tetapi dianggap buruk sebagai berlagak, memuji diri dan membuat orang meluat.

Dan Hanis yang suka merendah diri ,kata mata sepetla, hidung besarla, tidak suka berterus terang, tetapi dianggap buruk kerana tidak memakai tudung, memakai skirt pendek, mendedahkan auratla...

So moral of the story...manusia memang suka cari kekurangan dan kelemahan orang lain sampai sanggup menulis berjela-jela di blog orang hanya semata-mata mahu memberitahu orang yang dia tidak sukakan orang tersebut.

Minta maaflah ya kalau ada komen-komen yang saya tak approve... pasal Jannah dan Wolverine saya letak diblog ini sebagai contoh...kejap lagi akan saya buang kerana saya tidak suka ada unsur tidak baik atau negatif dalam blog saya...nanti saya terjangkit aura negatif daripada mereka.Saya tak mahu orang-orang yang tidak baik ada dalam hidup saya.

Intan said...

erm,saya selalu juga membaca blog ibu hanis nie..saya x rasa pun aunty nanie berlagak..saya rasa itu cuma gaya penulisan aunty nanie jer..janganlah take serious sgt sampai nak berdengki2..lagi baik mereka yg berdengki tue pergi usaha baiki diri..jd lagi cantik ker,lagi baik ker,lagi pandai baking kuih ker..dengki2 nie will so rotten your souls,tau..

maklongon9shoppe said...

kita tak perlukan aura negetif seperti ini. hidup kena selalu pandang ke depan. kisah orang kita jadikan sempadan.Jika asyik nak mencari salah orang, salah sendiri lupa nak dimuhasabah.

abang ensem said...

Pedulikan apa org nak kata Kak Nani selagi apa yg kita buat tu tk bertentangan dgn syariat. Kalau akak penah dgr citer di zaman nabi ttg kisah sahabat, hamba & seekor unta, tentu kak nani paham maksud teman. Pape pun, teman mmg suka puji diri teman sendiri sbb teman rasa mcm lebih jujur dan ikhlas drpd org lain yg puji teman disebabkan nak 'sumthin'..hahaha.

abang ensem said...

Pedulikan apa org nak kata Kak Nani selagi apa yg kita buat tu tk bertentangan dgn syariat. Kalau akak penah dgr citer di zaman nabi ttg kisah sahabat, hamba & seekor unta, tentu kak nani paham maksud teman. Pape pun, teman mmg suka puji diri teman sendiri sbb teman rasa mcm lebih jujur dan ikhlas drpd org lain yg puji teman disebabkan nak 'sumthin'..hahaha.

~Siti Hajar~ said...

dlm dunia ni mcm2 org ada, ada yg suka kita & ada yg sebaliknya...xpe kak, allah ada bsama org yg sabar..xrugi kalu kita sabar pun...kita pya blog, kita py suka la nak tulis apa pun...kalu ada yg xsuka jgn la singgah blog kita...emo plk sy nih...hhehehe

naza nur saad said...

still..its your blog sis..
hell they said..

to jannah aka syurga.
kalau suka, baca.
tak suka, jangan baca.
tak payah susah2 taip komen yang menyakitkan hati orang~

deal. setel. senang bukan?

cik shaiDa aZlin said...

salam kakNani. urm..sy btol2 suka dgn entri kali ini. mmg kadang2 nama tak menunjukkan keperibadian lansung. tp sedih gaklah sbb ada lg org Melayu yg suka menghentam Melayu spt Jannah de legend-who spread the shit merata-rata..jump from blog to blog org semata2 nk menambahkan kantung dosa. takpe kak, take it as a challenge. sape yg tak rasa tgugat bila tgok org yg cantik,baik, outspoken, gigih dan disayangi anak2 spt akak ni. dia ada ke? nk ckp org cantik tu elo, sila p cermin diri dlu.lau muka ala2 aishwarya rai takpe la gak.
masa mula2 jenguk blog akak dlu pun, hati sy tdetik,'oh my God, ni rupanya mak Hanis.cantik.patutlah anak2nya cantik.' pandai buat biskut[wlupun menurut jannah biskut akak tak sedap-tp, dia ada ke? dia reti ke? wt biskut and then promote kt blog? elo jannah, anda ada ke??]
takpe la kak, biarkan dia dgn life dia. kita yg sentiasa positif ni, haruslah sentiasa positif. jgn mudah goyah dan berjangkit anasir negative dari org2 spt dia tu.

to jannah: i rasa u patut tukar nickname la....

Ummi Hanie said...

sy pun pernah merasa di cemburui...didengki...entahla manusia yg berhati busuk ni..xboleh tgk org lain lebih sikit dari dia,sebenarnya bukan lebih sgt pun..dia je yg rasa dia kurang dari kita...hahaha tu je cara sy nk pujuk diri ;)

Zareda Norman said...

kak nani

ingat ni jer, tak semua org suka kita dan tak semua orang tak suka kita..

kalau kita kata kita lawa, cantik, tertarik ku memang debooom, hei itu memotivasikan diri sendiri. kalau pembaca tak suka, ada aku kisah??? hahhahah tapi tak perlulah sampai nak cerca dalam blog orang itu. Ko buka blog sendiri contohnya.. jannahthebest.blogspot.com then tulislah apa apa ko suka..

Kak nani, org macam ni memang kurang, cetek, pendek pemikirannya.. so ignore je

mamashasha said...

salam kak..lama saya tak datang sini.

besar nye dugaan akak berblog ..
inilah hakikat org kita....tak boleh tengok org lebih...lebih maksud saya dr segala aspek la...

sabar ye kak....mereka yg bersifat begitu biarkan mereka hanyut dalam dunia mereka.

tapi buat akak....teruskan berblog kalau mereka tak suka saya suka!

saya tak paham kenapa mereka ade perasaan sebegitu pada akak....kalau tak suka atau jelik sekali pun nape smpi begitu sekali mengutuk..pada sy senang je tak suka tak payah dtg hatta baca blog org mahupun mengomen!

blog kita kak suka ati kita la nak citer apa kan?

sabar ye kak....jgn patah semangat ye.

MommyAdam said...

Hi kak (takmaula panggil auntie sbb nampak muda je, bukan tak hormat) Nani, saya new reader. pelikla issue ni timbul sbb saya baca entry kak nani pasal rambut cantik tu tak tepikir pun mcm show off. i think it's just honest and also makes a point because mcm Hanis ckp 'menutup kecantikan'.klaka pun ada cara kak nani bercerita. saya rasa jannah tiggal komen mcm tu sbb dia insecure and jealous kot...kesian dia..

yunn mohamed nor said...

sokong Auntie Nani..!! :)
biarlah orang bernama Jannah tuh Auntie...pada sy dia tuh cemburu.

Bila cakap pasal hal nie sy teringat kata2 ibu sy bila sy cakap benda2 x elok (dulu kecik2 sy degil). Ibu sy cakap "haa mumut tuh jangnn janah sangat heh!!"

saya x phm pn maksudnya, sbb asyik lupe aje nk tanye ibu. kalau tgk dr ayat janah tuh mesti 1 maksud yg x elok. maybe ada kena mengena kot dgn nama orang yg dok mengutuk Auntie tuh..hehehe

apapun Auntie mmg wanita yg tabah, nak jdk mcm Auntie 1 hr nti. :)

NOOR FATIN said...

nape la ada org yang suka dengki dlm dunia ni..

dDhAsNidAr said...

congrats puan sbb sgt cool melayankan manusia yg suka mencarik masalah org lain ni..

msg2 ada kelebihan & kelemahan..cukup2la nk komen xelok utk org lain..

dd dudu said...

auntie xpeee, saya suke sebab auntie jadi diri auntie yg sendiri^^ i adore u~ hehehe

saya pun cantek jugak

;P
teeheeeehee

Ms. Cleopatra said...

Nothing else to say except small minds ponder on small things :) we cant please everyone, just carry on the things that you do that pleases yourself.

NUR HIDAYAH said...

macam-macam hal lah...kak nani ceriter je pasal kuih or apa2 ke...kurangkan jer ler hal peribadi..cter jalan2 cari makan ke..apa ke...mmg susah nak senang kan hati orang..sabar je lah,,,tak rugi pun..bukan jannah tu yang bg akak makan..k?

RealFunny said...

Salam auntie,

Its ok,there's a saying.."behind every successful man/woman,there's a pack of haters"...so tak perlu difikirkan sgt komen2 negatif dr org2 mcm tu...if she(jannah) don't like u,why does she bother to read and comment at ur blog,kan?..auntie teruskan menulis k...i love ur blog,ur writing,ur tips,ur stories...i want to hv a beautiful family and kids like yours one day..amin..

p/s: sebelum ni saya silent reader je,tapi kali ni baru terpanggil nak bagi komen...salam auntie.. =)

rina said...

I read your blog and I think you're a good person. It's so obvious that person who's trashing you is a hater. Memang jealous. Memang loser.

nelly said...

hi auntie..manusia memang begitu..sense in jealousy..biarkan dia..sy sgt adore aunty..admire auntie..dan ingin nak jd mcm auntie..sy akan berkahwin tak lama lg..byk tips yg auntie bg yg boleh sy applykan..sy pun tak suke dikelilingi org2 mcm jannah tuh..semua tuh menggangu minda je..elok2 nk jd positif, kite jd negatif..tp dia jeles dgn aunty..takpe, sy tetap admire aunty! ;)))

Ekin said...

Salam Kak Nani. Xpe kak, Allah lebih mengerti hati kita.. biarlah dia dgn hidup dia.. jiwa dia kacau tu.. melilau x tentu hala mencari salah di blog org lain. Memang nama indah tapi x seindah peribadi orgnya.. Memang betul pun akak cantik, pandai masak, pandai mengemas & pandai serba serbi... so what?? apa yg dia jaki sgt haih.. ha, tu karang sibuk nak menjengah blog saya lak cari pasal. mmg kuangjaq la kann...

Rina Najib said...

Salam kenal,

Orang sebegini sewajibnya dijauhkan. Kemungkinan si penkomen ni tidak puas hati dengan diri dia sendiri, let her be, you can't change anything just to please her.

Keep a good work with your blog, and really enjoy reading your blog.

Sale!!Sale!!Sale!! said...

Hai Kak Nani...yang saya boleh share dengan Kak Nani ialah satu pengubat jiwa..erm buat tak tau jer...sebab satu kata2 yang saya x ingat di mana saya jumpa (sama ada saya baca dalam buku atau dengar motivasi not very sure)..tapi boleh buat saya ceria kembali dan kuat hati bila time sakit hati ialah...." jangan biarkan hati kita dan perasaan kita sedih angkara orang lain, sebab hanya kita dan cuma diri kita yang mampu membuat kan kita sedih bukan orang lain, so hanya kita dan diri kita yang sebenarnya mampu buat diri kita nak sedih atau nak gembira, dan kita percaya semuanya terletak pada kita dan orang lain x LAYAK mengapa-apakan hati dan perasaan kita selagi kita tidak benarkan..So Kak Nani adalah d only person yang berhak ke atas hati dan perasaan Kak Nani jangan bagi chance ulat2,parasit2 dan seumpamanya mengganggu"..kalau Kak Nani berjaya ucap selalu benda ni dalam hati maybe suatu hari akak akan berjaya dan rasa hasilnya...saya dah dapat rasa hasilnyer...sekarang saya lebih tenang jika orang sakitkan hati saya..cuma sebagai perempuan emosi menguasai akal kita yang x seberapa so ada gak kadangkala saya tertewas dah SEDIH huhuhuhu..so caiyok2...

bab said...

helo auntie..
sabar yer..i think si jannah nie org yg sama dgn jannah yg kutuk kat blog rizalman...cara dia tulis pun sama..try to cikidout!

Melissa Mjb said...

auntie, saye rs si jannah ni xbole tgk org lain senang agaknye. hati die penuh hasad dengki. saye pon penah bc blog rizalman sblm ni. terbukti die mempunyai masalah dgn org2 yg lebih positif dan lebih berjaya drpd die. jgn berhenti menulis auntie. i'm your kipas-susah-mati. cheers~ :)

jannah said...

elo kak.. tak ckp pun hanis tuh buruk sbb pakai skirt pendek. die dah mmg cantik pakai aper pon cantik... sy suke jer sikap rendah diri die.. sy komen pasal pakai skirt pendek tuh pun tak salahkan die.. tp salahkan akak.. pandai ckp kene pakai tudung sume.. tp anak tak didik pakai tudung.. so post tu xberapa sesuai.. tuh jer.. saya pun berterus terang gak.. so xleh salahkan saya..

amiza_yul said...

kehkehkeh! kelakarlah makcik Jannah ni.Berani buat comment lg kat sini!

Auntie Nani,ini lumrah hidup.kt dunia ni memang ada 30% or maybe 65% orang macam ni.

senyumlah auntie bila baca comment2 kutukan dari orang.Tak sampai 10 minit mungkin auntie akan ketawa sebab ada juga orang yang dengki gaya camni.Kalau kita ketawa hati kita jadi sedikit tenang dan doalah agar mereka ini diberi hidayah oleh Allah.

Kalau nak tegur orang pun.Bahasa kena jaga.Kena pandai susun ayat.Agar tak terguris hati sesiapa.Budi bahasa budaya kita.Ingat tu makcik Jannah. :DD

Semoga ketemu lagi Auntie Nani.Salam :)

Naqiah said...

kesian dia aunt...
tgk ha kat ats tu dia post lg comment dia...org yg slh tetap xkan ngaku salah dia...ada je dia berdolak dalik..kesian dia...mayb dia xsedar semua org kat bumi nie sementara je...

CIKafiza ;) said...

semua makhluk yang dicipta kat muka bumi ni semua cantik2 belaka, tak salah nak puji diri sendiri cantik sebab puji ciptaan Allah,tak sedar ke sebenarnya bila kita menghina or mencerca orang tu hodoh sebenarnya kita menghina ciptaan Allah..nauzubillah..

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

mYlittleLoyang said...

nauzubillah jauhkan la ya Allah dari mendapat kawan seperti ini lebih baik tak de kawan dari berkawan dgn org yg asyik nak tgk kita jatuh je..apa apa pun kak blog akak memang best..

Aimi Zafira said...

well aunty..just look from the bright side..we are all human being.. mngkin die ade mslh hati yg kte tak tau:)..maafkn je:)

ira said...

sabar je la kak.. org mcmtu mmg busuk ati..klw betul dia berniat baik n ikhlas nak nasihat bukan dgn cakap kasar n tohmah mencaci..Rasulullah dulu klw tegur org mesti berhemah .. mana ada guna kata2 kesan..ni jiwa org dengki..

benci la org camni..cili kang mulut baru tau..anyway.. sy yg pi umah kak bulan 12 tahun lepas.. order kek cekelat..pastu bawak anak tgk kucing umah kak.. kak jamu ice cream malaysia yg lazat..smpi anak sy nak lagi wlwpun dh abis....hehehhehe

nurul habibatul amini said...

tak baik sungguh. sabar la kak. inilah manusia. kita bagi kebaikan sering carik kesalahan. walaupun ianya sebesar zarah..kecikkkk je..huhuuu.sedeys

Rozie said...

Salam. Kak Nani, yang pelik tu, dalam tak sukakan kak Nani, masih baca lagi blog ni. Macam member saya sorang tu yang tak sukakan Siti Nurhaliza langsung, tapi lagu Cindai selalu meniti di bibirnya... Pelik gak tuh!!! Alasannya lagu tu ciptaan orang lain. hmmm...

beLLa.boOlat. said...

auntie...saba ye.melampau gile si jannah tuh.tape.tuhan pasti akan balas.cume cash or credit je. :) saba okie auntie.

kakLuna said...

Salam Kak nani,

1 peribahasa dari India pernah mengatakan;

'Pohon yang berbuah manis itulah yang selalu dibaling orang..'

What cant kill you make you stronger, kak..

Have A Nice and Positive Day!

RizQin said...

ini jannah yg sama bikin onar kat blog rizalman ke?

maya mayonis said...

salam
oh well,orang typical malay.suka dengki tak boleh tgk orang lebih skit. itu malay yang low mentality tu.hehehe.

maybe la anak auntie pn tak tutup aurat kan, tapi drp nk kutuk2 anak auntie, lebih baik kita mdoakan supaya pintu hati anak2 auntie akan terbuka satu hari nanti.amin..
ni kutuk2 lak,nampak sangat dengki tak boleh tgk orang senang.

takpe,sabarlah.lagi kita bersabar,lagi byk hikmah kita dapat :)

Mira Mazlan said...

aunty, saya pun pernah kena kutuk juga sbb mengaku diri cantik. apa lah salahnya punn kan. kita ciptaan tuhan sumenya cantik2 belaka. dengan mengatakan diri kita cantik, secara x langsung kita memuji ciptaan tuhan juga kan aunty kann?


btw, saya suka sgt baca belog aunty! :D

pija_adinda said...

Saya teringin nak baca blog Jannah and Wolverine tu, sakitnya hati bila baca apa yang auntie luah dlm blog ni. Pity you :(

miya said...

sakit jiwa agaknya jannah ni... pelik betul aku. mmg tak terbawa ngan nama dia ni. kesian... kalau pakai tudung berlubang dek tanduk bercabang2, keluar perkataan jahat2 dari hati busuk berulat dengki tu. rasanya byk lg yg perlu diperbaiki. Sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan ya jannah yerr....

Mak Wardah said...

Ngeri baca komen Jannah ni...tiba2 ada masa baca entry puan nani yg dolu2. Jannah ni sakit ke? pn Nani memang cantik, baik & anak2 pun ok. Jgn pedulikan org mcm ni.

arlissaa said...

Salam kak nani..
Saya sangat suka baca blog kak nani..i have never post any comments here..saya just silent reader..but this time i want to point out something which i gained from reading your blog..
Bagi saya penulisan kak nani selalunya jujur sehingga kadangkala mengusik tangkai hati saya..tak pernah lagi saya terbaca penulisan kak nani yang berbaur riak atau bongkak..tak pernah ada berbaur kebencian, kemarahan, sarkastik atau pun menyindir..apatah lagi menghina dan mencaci..
penulisan kak nani selalunya banyak yang merendah diri..penuh nasihat tapi bukanlah menasihati..penuh hikmah tapi tidaklah berkhutbah dan bersyarah..penuh kritis dalam puitis dan selalu membuat saya berfikir semula tentang isu yang ditulis..
pembaca blog kak nani yang setia akan lebih mengenali siapa kak nani sebenarnya..sedangkan haters hanya datang jengah sekali sekala dengan tujuan untuk cari salah, silap atau isu yang boleh dihentam pada tuan punya blog..
saya harap kak nani akan terus berlapang dada dan teruslah menulis kerana percayalah..ada banyak penulisan kak nani telah mempengaruhi cara saya berfikir dan menghargai diri sendiri..saya ucapkan terima kasih dan teruslah menjadi inspirasi kepada pembaca picisan seperti saya ini..salam sayang selalu untuk kak nani..moga Allah rahmati kehidupanmu