Wednesday, March 10, 2010

Kesian Mulut Itu

Mulut busuk itu
mengejek
menghina
mencerca
mencari siapa silap
jelajah segala kekurangan
lalu tersenyum puas


Mulut lancang itu
mengumpat
mengutuk
mengata
memfitnah
tanpa sebarang asas
yang jitu dan jelas
lantas tertawa senang


Kemana dia pergi
mulut jahat itu selalu menyongsong
tak pernah tercicir langsung


Singgah di laman orang
jadi tetamu tak diundang
siap maki hamun macam mulut jalang


Bertandang dirumah orang
sah tak ada kerja
mencaci mencerca
lagak macam dia yang menyara


Adakah mulut itu sedang berdakwah
mengapa meletak tarafmu begitu rendah


Adakah mulut itu sedang berceramah
mengapa bongkak tak tahu berhemah


Adakah mulut itu sedang menasihat
mengapa dahsyat penuh hasad


Kesian mulut
Selagi nyawamu dikandung badan
selagi tanahmu belum menelan
selagi tuanmu macam syaitan
selagi itu kau mengikut arahan
walau tak ketahuan
tak tahu asal tujuan

Kesian...
jiwa sendiripun tak keruan
badan sendiri pun tak ketentuan
sanggup merempat mencari bahan

Mengintai ke sana
Mengendeng ke sini
Entah siapa lagi jadi sasaran.
Kesian...kau mulut

16 comments:

nino mok said...

kerana mulut badan binasa.
ada 2 kategori

1 - kerana mulut yang tak de insuran tu boleh mengoyahkan satu dunia boleh perang satu dunia.

2. - kerana mulut yang 'banyak makan' (mentedarah macam tak de hari esok) tu abes merana satu badan dapat penyakit. penyakit darah tinggi penyakit kencingmanis dan macam2 penyakit yang sewaktu dengannya.

so betullah pepatah kerana mulut badan binasa.

Ieza said...

wah menarik entri ni..bleh minta izin nk copy..

abang ensem said...

jangan lupa pakai listerine kalau nak hilangkan bau busuk mulut...

Byzura Mj (By) said...

sgt menarik...boleh copy a certain words tak? hehehehe...nanti letak link skali :D

Zareda Norman said...

kak nani

kerana mulut badan sengsara sebab siapa yang makan cili mulut dia terasa pedasnya.. hehehe

Kekna said...

Bau busuk mulut itu datang dari hati yang bau macam bangkai

PjahFzah said...

mulut busuk = xgosok gigi setahun..hihhi

Mummy Nana said...

True....

Ieza said...

hi kak nanirostam..ieza dh link minta izin semalam..harap kak nani x marah.. lagi pn ramai yg kata penulisan kak nani ni bagus..
pandai kak nani menulis..ieza ambil ni untuk renungan bersama dn ada maksud tersirat gak sebenarnya..maklum la sejak akhir2 ni..hidup cam x keruan jer..hu3
kalu nk minta ieza belanja makan pn boleh..ada masa sesuai kita boleh jumpa yek..insyaAllah..

Ieza said...

ieza rasa ieza tinggalkn komen la minta izin..baru perasan..
tinggalkn link ngan komen tu lain ker..
ieza x pandai nk tinggalkn link..camner tu..x pernah la buat..
maaf la kak nani..

ita cutevirus said...

hai kak nina,

boleh tak saya copy karya akak nie... best la!! **double thumbs up**

Unknown said...

ni mulut yg suka mengumpat org la ni...kerana mulut badan binasa...

Imran Syafik said...

mak saya suka chocolate moist cake. dia kata sedap. terima kasih banyak-banyak.

bila mulut banyak makan. habislah badan binasa. nak jugak tulis berkait..

aNIe said...

Salam nani

Mulut macam tu...dipanggil...Mulut Longkang...heheheh

Ms. Cleopatra said...

Salam Nani

Tak apalah. Pahala yang kita terima and what goes around comes around. Itulah rangkap yang selalu saya motivatekan untuk diri saya. Nampak lame and senang je kan? Hahahaha.. tapi menjeruk rasa and menikam jiwa juga lah.

Asz said...

salam kak nani ... nice poem!