Monday, March 8, 2010

Ketika Aurat Terdedah

Dalam proses saya nak pakai tudung ni...macam-macam cabaran saya tempuhi.Kalau tak silap masa tu ialah 12 tahun yang lepas...proses peralihan itu memang sesuatu yang tak berapa nak lancar. Sekejap rasa nak pakai...sekejap rasa nak tak nak pakai.

Memang mencabar kerana masa tu iman memang goyah.Tambah lagi rambut saya yang memang mengancam.Bak kata sesiapa yang mengenali saya sebelum saya memakai tudung, pasti berkata, teringat u dulu yang vogue dengan rambut perang curly macam rambut shakira. Sebenarnya sampai sekarang pun saya memang memiliki rambut yang lebat, panjang, perang dan spiral curl.

Saya pula ada satu perangai, time orang puji-puji rambut cantik segala, masa tulah gatal kaki nak pergi salon, potonglah permlah, inailah. Sama jugak, masa orang dok kagum dengan kecantikan rambut saya yang curl-curl tu....masa tulah hati tak sabar-sabar nak bertudung. Duduk sorang sorang dalam bilik dok menerai segala tudung...pastu kejap-kejap turun bawah tanya anak-anak, "cantik tak kalau mama pakai tudung macam ni, ok tak?" Asyik dok menanya pendapat anak-anak...sampai anak-anak tak kuasa nak menjawab...mereka pun cuma cakap 'cantik....'.

Masa mula-mula pakai dulu...saya pun tak faham kenapa. Hati nak pakai tapi dalam masa yang sama asyik merungut dengan suami dan selalu sangat kata ' i ni bukan tak suka pakai tudung, tapi i tak tahan panas, pening macam nak pengsan rasa'. Masa tu masuk je kereta terus buka tudung.

Dah tu, anak-anak dara saya pula...asyik dok puji rambut saya cantik maka bertambahlah goyah hati saya untuk terus bertudung. Maka jawab saya, tulah rambut mama cantikkan rasa tak nak pakai tudung. Tapi, anak dara saya yang Hanis ni memang bersuara lantang...ma, salah atiitude macam tu. Kita tutup aurat bukan sebab nak nampak cantik, tapi nak tutup kecantikan. Kalau mama pakai tudung, kira mama terrorla sebab mama nak tutup kecantikan mama.

Dalam proses nak berjinak-jinak dengan tudung untuk menutup aurat saya....ada juga kawan-kawan yang memang tak boleh pakai attitude dia orang nih. Masa tu ketika pulang dari hantar anak sekolah agama, tudung masih melekat di kepala saya. Saya memakai tudung ketika itu kerana terdapat peraturan disitu berbunyi "ANDA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT BILA MASUK KE DALAM KAWASAN". Sekali pun kita keparat macam setan, tak kan lah tak tahu nak baca larangan tersebut. Kita nak masuk kawasan orang, kenalah hormat apa peraturan yang ditetapkan. Kalau kita nak naik bot, peraturan yang ditetap memakai jaket keselamatan tak kan kita nak ingkar. Kalau kita pergi majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya tak kan kita datang dengan skirt pendek, seluar pendek atau seumpamanya. Kita memanglah tak tahu malu, tapi tuan rumah yang menjemput kita tu nanti rasa malu dengan sikap kita yang tak tahu hormat majlis orang.

Berbalik pada kawan-kawan yang tak berapa nak berguna tu, dia tegur saya, hai dah pakai tudung ke? Semalam tengok tak pakai tudung. Maka saya menjawab...oh saya baru balik dari sekolah agama anak, kan nak masuk kawasan tu, diwajibkan pakai tudung.

Kawan Saya : "boleh pulak macam tu, i tak suka hipokrit...buat apa nak ikut orang...kalau kita tak pakai tudung. That said. Nak buat apa pakai sebab orang suruh pakai. Hee i tak reti nak berlakun-lakun ni...nak hipokrit-hipokrit ni.

Saya : Tak adalah, kita masuk kawasan orang kenalah respect peraturan orang.

Kawan saya : eh apa pulak nak paksa-paksa orang pakai tudung.

Saya : Dah u masuk kawasan orang...dia orang tak tengok u punya aurat tu...ikut jelah.

Kawan saya : Eh tak da lah....orang lain boleh la , i sori. Masa balik rumah mak mentua i kat kelantan pun..tak ada nyer i nak bertudung-tudung depan dia orang. I bukan hipokrit.

Saya ; Bukan masalah hipokrit. Just respect orang...kita di tempat orang. dia orang benci kalau tengok kita tak tutup aurat. So buat apa nak bagi orang benci kat kita.

Disebabkan kawan saya ni manusia paling tak mahu kalah kalau bercakap maka...akhirnya saya diam dan berlalu...lantak kau la labu....

Tapi sekarang, alhamdulillah...kalau dulu saya tak malu nak tunjuk rambut saya pada bukan muhrim...tapi sekarang saya rasa tak sanggup dan sangat malu.

Bagi saya, tak mengapa anda mengalami pelbagai dugaan, umpatan atau berperang dengan kemahuan sendiri seperti sekejap pakai sekejap buka, asalkan anda ada niat dan berusaha untuk memantapkan iman di dada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Kita pun manusia biasa, yang masih lemah dan tak cukup kuat lalu sering buat silap. Yang penting jangan hati kita menjadi hitam lalu tertutup dan sedikitpun cahaya tak dapat menembusi. Nauzubillahiminzalik.

33 comments:

Chit Ana said...

auntie nani:alhamdulillah ana gembira dengan perubahan auntie.harap ini berkekalan ya..kalu boleh biarlah sampai tutup dada dan lebih afdal berpurdah.ana,walaupun dah bertudung tapi mahu lebih tutup lagi.namun perubahan ni perlu dibuat secara perlahan2.xnak untuk sementara je kan.yang penting ada niat tu moga Allah permudahkan

aku.gadis.itu said...

thumbs up,akak.......well done!

MommyCT said...

toughkan...i sampai skang dlm jiwa ni still tak stabil..pakai tetap pakai bila keluar rumah tapi hati tu masih merungut panaslah, lecehlah, mcm2 le....and lg satu i belum lg pakai tudung at my mil house or depan my bil....tsk tsk yg ni lagiii tough....huwaaaa!!

mimin@libaba said...

tahniah auntie nani...dulu pun saye berfikiran cm tu...tp bila fikir hukum hakam ugama bertudung itu adakah tuntutan ugama yg tak seharusnya kita ingkar...walaupun umur saye muda lg tp bila mengenangkan semua tu sye jd takut...

Anonymous said...

tahniah auntie nani...dulu pun saye berfikiran cm tu...tp bila fikir hukum hakam ugama bertudung itu adakah tuntutan ugama yg tak seharusnya kita ingkar...walaupun umur saye muda lg tp bila mengenangkan semua tu sye jd takut...

BaBbliNg BaR0nNESs said...

salam...
hmm,betul kata ur daughter hanis tuh
org cantik mmg bnyak dugaan utk tutup kcantikan dia
tapi jika dpt lalui,
wpun kita hina dimata org
tapi tinggi darjah kita disisi Allah
dn yg pnting adalah keredhaanNya..
teruskan menutup aurat kak!
May u alwez b in His blessings 4eva:)

Zareda Norman said...

kak nani

kdg@ memang tak guna berdebat dgn sesetengah org pasal menutup aurat ni. Bagi zar kalau dia tak nak pakai, cakap lah neraka jahanam level paling atas pun dia tak takut... ada aje alasannya. Tapi bagi zar paling tidak pun kalau tak nak sangat bertudung tu, hormatilah bahawa menutup aurat ni adalah perintah Allah SWT. jangan sampai ayat kita tu mencabar perintah Allah tu. Macam dialog kawan kak nani tu la

'tak nak hipokrit dan tak boleh paksa paksa dia pakai tudung" Riaknya, sekali Allah SWT cabut nyawa masa tak habis cakap tu baru tau.. ehhehe *eh emo emo plak zar ni*

Nurul Says said...

saya suka entri ini :)

Ummi Hanie said...

sy ni plak dh dididik bertudung sjak kecik..ank2 pompuan pun semua brtudung dr kecik..tp itu x mnjanjikn bile dh besor akn kekal mcm tu kan...yg pnting sy dah didik dgn agama dr kecil..

tahniah to akk coz dah tetap pndirian dlm brtudung...:)nafsu kita mmg kuat,meronta2 suruh buat prkara yg Allah larang..am i rite ?

nurul atiqah said...
This comment has been removed by the author.
Mummy Nana said...

Alhamdulillah... betul tu auntie... nak buat baik byk dugaannya kan.. semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita. amin.

mrs.syediz said...

sgt setuju auntie. saya pun ada cerita..

ada 1 hari tu say ke pantai picnic dgn husband dn kawan2. sume pakat nk mandi lah. tp suami saya, mmg dh asuh suh bertudung di public... so masa nk mandi tu, pki tudung lah. ada isteri sorg kawan tu, kata kt saya, bukak la tudung. kalau saya xbukak nti suami dia pun xbagi dia bukak. so saya kata la, awak nk bukak, bukak la. saya mmg suami xbagii bukak, dan saya dan biasa camni. dia dgn nada geram, ckp kt saya yg mak dia kata org kampung je yg mandi pantai pakai tudung.

kalau ikutkan saya, nk je saya ckp kalau camtu besok kt syurga penuh dgn org kampung je la kot.

tp hati ni xnak la ckp camtu. diam & berlalu je la, lantak dia lah. kalau dia xnak, xpelah. hak dia. tp jgn cakap lebih2 boleh?

geram betul.

Farydah said...

tahniah,,, diats segala godaan dn dugaan...

Tyha said...

Moga terus kekal hati kita untuk menjadi hambanya yang taat dgn perintah dan suruhannya.Moga berkekalan selamanya dlm jiwa dan diri kita menutup aurat itu adalah kewajipan setiap wanita Islam...amin.

D'lla said...

panas gak topic nih..ni la susah nye org kita..dh terang lagi bersuluh..tmbh lg yg jahil..dh byk Allah bg hidayah secara lembut..jgn sampai dh jd bencana br nk insaf..xpn melalui ujian Allah yg berat..tu pn kalo insaf lg..itu br ngn org kita..cuba kalo org bukan islam tanya..knape bertudung..knpe xbertudung..lg haru..

Miss Twinkletoes said...

Hye auntie nani..
seronok sgt bace post yg kali nie.
neway,betul2,semoga setiap manusia dberikan kebaikan,niat yg baik,usaha yg berterusan utk menjadi lebih baik.
xsemestinya org yg tidak bertudung terdapat banyak kekurangannya,bukan?
apetahlagi org yg bertudung, Tuhan mmg menjadikan setiap insan dgn kekurangan.dan kekurangan itu indah dan cantik bukan.sebab bila dia berubah, kekurangan tersebut bertambah2 cantiknye...=)

p/s:mama sy pun asalnya bukan dari pakai tudung.alhamdulillah.skrg die suke tudung ekin lah..mawi lah..pasni ap plak?jgn kata salih yaacob. =p
saya pun bdoa agar saya ditempatkan di tempat org2 yg beriman,bersama semua pmbaca,aunty nani dan keluarga aunty sumee....=)

abang ensem said...

Akak nampak ayu bile bertudung..

chicky84 said...

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=898&Itemid=72

Ieza said...

ieza memang ada gak dugaan rasa nk pakai rasa nk tutup..tapi setakat ni bila kuar berjalan memang dh x biasa nk buka2..kt rumah dn majlis2 yg di buat kt rumah jer kalu nk buka pn..perubahan yg baik rasanya..

tapi buat begitupn..ada gak mulut2 sumbang memperkatakan..maklum la kt sini bleh dikatakan yg lain sidai kain kt depan rumah pn pakai tudung..
tengok kita sidai kain..rambut mengurai2..ada la yg berbisik2..
nk jer kata ada aku kisah..hu3

Affan Ruslan said...

Salam.
Auntie, moga istiqamah.
Memang kalau orang jahil, kalau cakap pun tak guna. Tapi sekurang2nya tegurlah supaya di akhirat nanti diorang x claim "asal tak ajak aku pakai tudung". Samalah kalau ada kaum keluarga yang tak tutup aurat, kenalah tegur. Nanti kalau kita tak tegur, nanti kat akhirat dorang claim kt kita, nak jawab apa pula kan?

-Biar perlahan2, asalkan istiqamah. Bila bertudung tidak bermakna hanya bertudung fizikal, tetapi biarlah bertudung kecantikan dan akhlak, seta hati yang murni.

*dunia panas, neraka sejuk ke?
cuba cakap kat diorang mcm tu.

syasya said...

bengang gak kalau ade orang camtu..tapi kte xleh nak wat pe..ermm doakan je la die semoga di berikan hidayah oleh Allah.
semoga kite ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amin~

nurul atiqah said...

salam antie. saya mintak maaf kalau comment saya yg berbentuk soalan sebelum ni menyakitkan hati antie/tidak enak untuk dibaca. saya pohon maaf. saya da delete komen tuh..maaf sekali lagi.

The Little Kids Closet said...

salam kak nani, jus came across your blog via ur daughter's. :) You have an interesting blog. :) I particularly can relate to this "kejap rasa syukur dah pakai tudung, kejap rasa cam nak bukak sbb panas la, rambut flat la etc etc". :D But deep inside my heart mmg sedar that at least secara tak langsung, dosa tu berkurang la sket sbb aurat dah ditutup. Benda lain pun takdenye perfect lagi, syurga tak tentu lagi. So mana yg boleh kita buat utk kurangkan dosa tu kita buat la kan. I pray that all of us muslim ladies have the determination and iman to carry out Allah's orders, for He only knows what's really best for us. :)

Wrt your 'non-hypocrite' friend, he he, biasa la tu. It's the norm with ppl who wants to find every excuse from not doing what they are supposed to do. It's the guilt deep inside, that makes them find whatever 'reasonable' excuse that they can think of to not do what they are supposed to do. I can think of a coupla more common excuses:
1) "tiada paksaan dlm Islam"...
2) "bnyk org pakai tudung perangai buruk, so baik tak payah pakai"..

...wallahualam... ;)

Take care yea. :)

rafiza shahean askolani said...

nani..memang nk buat baik bukan senang sebab kita baru berniat untuk buat baik telah dapat pahala..well i pn experience mcm u jugak masa mula2 pakai tudung..sbb tu my daughter pernah tanya i kenapa mama suruh adik pakai tudung?masa tu dia baru std 5 sbb dia kate mama pn pakai tudung bile dh beranak 4 so i pn explain to my daughter dulu mama xdpt hidayah serta xder ilmu setelah mama tau yang wajib menutup aurat dsbnya mama pn berubah la sbb bile kita dh ada ilmu..ilmu tu boleh mengubah kite..just nk komen skt la yg byk org pakai tudung perangai buruk tu tudung bab lain perangai perkara yg lain seelok2nya kena la seiring dgn pakaian ttp aurat akhlak pn kena jaga tp yg kate lebih baik tak payah pakai tu xbetul sbb kalau dia tak pakai dh ade 2 dosa 1 perangai x senonoh(cth la kn) 1 lg xtutup aurat..sekadar perkongsian idea saje..hanya ALLAH lebih mengetahuinya..

Elya Roza said...

sis....cerita u membuatkan i berkobar2 nak pakai tudung...tapi i still takott...hu3

rafiza shahean askolani said...

Elya nmpk dlm gmbr u ni mcm muda lg jer..tp bile dh baligh wajib ttp aurat..lgpn skrg kn dh ramai org pakai tdg lain la mase zaman i muda2 dulu xramai org yg btdg jd i start pakai tdg pn dlm bln ramadhan sbb nk dpt kekuatan itu pn ade my chinese fren 2 tanya rambut i terbakar ke yg i kena cover my hair?mcm2 lg la soalan2 cepu cemas yg i kena jwb sbb sblum pakai tdg rambut i glamour u dgn spiralnya la blorn..2yg kwn2 terkejut bile i start cover myself..nk buat baek mmg susah sbb byk ranjau dn durinya sbb d hjg sane menanti pahala serta syurga utk org2 yg mbuat kebaikan..bile i start pakai tdg i rase kenape la i lmbt pakai n practise ISLAM dr dulu..itu la nikmat iman & islam..well ISLAM is the way of life..

Anonymous said...

As'kum auntie..
suka saya baca artikel ni..saya pon bercadang nak pakai tudung..tapi hati berbelah bagi..banyak yang saya pikir bila nak pakai tudung..contoh saya masih muda,kerja saya memerlukan saya berjumpa dengan ramai orang kebanyakan nya warga asing(bukan mat2 bangla,mat2 indon,nepal mahupon vietnam)..takot bila pakai tudung nampak macam tua..
mungkin pengalaman auntie boleh saya jadikan rujukan..harap satu hari nanti tuhan bukakan hati saya untuk kekal bertudung..insyaallah..

rafiza shahean askolani said...

syah..can i call u syah?ok fyi i also meeting people almost every day cos my nature of job is marketing..i dpt rasa kn perbezaan mase i wat marketing dulu i xpakai tdg dgn bile dh pakai..mase i free hair bile i jumpe client lelaki diaorg mcm nk gatal2 la..tp bile i start pakai tdg diaorg ade skt respect la..sebenarnya yg buat i pakai tdg ialah setiap kali i deliver my baby of course la kn skt bile bersalin so i selalu berjanji pd diri i after i slmt bersalin i nk pakai tdg sampai la anak ke4 xpakai2 jgk sampai la suatu hari srg ustaz ckp kt i knape bile kite syg kt seseorg kite ikut ckp org 2 sdgkn manusia ni akan mengecewakan kite tp klu kite ikut ape yg ALLAH srh ALLAH xkn mengecewakan kite dn ust 2 tnya lg klu u betul2 sygkn ALLAH u ptt ikut arahanya so i rase betul gak ust ni ckp..n fyi jgn pakai tdg kerana ikut org kita pakai dgn ikhlas kerana ALLAH i.allah ianya akn kekal dn kita akan rase nikmatnya ISLAM..ape2 pn u dh ade niat untuk pakai tdg dh kire baik dh di catit kebaikan yg u nk buat tp klu pakai lg berganda kebaikan yg di ctt oleh malaikat..masyallah

Orkid said...

hye untie..suka baca blog unty..
saya pun baru pakai tudung..dlm setahun lebey jugak..samalah situasi kita..bila pakai,banyak tul dugaan,ngan kawan lah,fashion lah,.tp sy still pakai..hope akan berkekalan saya pakai tudung..:)

rafiza shahean askolani said...

oh ajie br pakai setahun lebeh alhamdulilah..tdg ni mmg kite kena pakai sampai kite mati kerana ttp aurat ni benda yg wajib sama dgn solat kite xleh tinggal solat w/pun kite sakit(ade caranya utk org sakit solat)mula2 dl mase untie pakai tdg kt umah klu org yg bkn mahram dtg untie relax jer xpkai tdg tp 1 ari untie tfkr ape bezanya org lelaki yg kt luar tu xleh tgk aurat kite dgn org yg dtg umah kite?so i decide to practise it properly..alhamdulilah dgn adenya sedikit ilmu,iman dan taqwa untie masih menjaga aurat sampai la skrg..terasa betapa nikmatnya membuat ape yg di suruh oleh ALLAH serta mdpt ketenangan hati yg xboleh di beli dgn wang ringgit..amin ya rob

LL said...

baru terbaca post ni.
agak lambt komen :)
i pun baru pakai tudung. ada la dlm 2 bulan lebih.
huh, kekadang tu, setan ni goda je nak suruh free hair balik.
ye la. masa free hair, market tinggi kan.
tp bila teringat balik ' hidayah ' yg tuhan dah bg ni, tak jadi dah :)
lagi pun, lagi cantik kat mata tuhan tu yg perlu :)
im proud wearing tudung. not because everyone else wear it.
im still young, baru 21 but im glad i dah dpt rasa nikmat ni :)
alhamdulillah.

Onelove...Jambu merah warna said...

urm...brani ek kawan aunty ckap gitu..x suke hipokrit, x suka d paksa.. tuhan tak cakap pun tutup aurat bila dah sedia atau smpai seru... tp tuhan cakap tuhan cakap tutup aurat tu wajib..nak x nak kena buat..

Siti Nur Amirah said...

auntie..hari ni macam rajin gila pegi bukak entry yang dari zaman mula2 auntie start wat blog ni..sampai sini terasa nak share..mira pun pnah alami situasi lbh kurang mcm ni..alhamdulillah mira pki tdung dr kcil..cuma nak cerita mira skolah agama..stokin wajib la kan..so bila dah habis skolah tu time nak lawat cikgu2 bila pergi blk skola mira mst pki stokin wlupun mira bkn jnis pki stokin kat luar..sbb respect cg..ada sekali tu nk g braye..mula2 g rmh cg2 yg sempoi tak ajar agama ok la..skali dorg nk g umah ustazah yg pki purdah..mmg glabah gile time tu..tak nk msuk..nsib baik ada kwn sorang tu dia pki stokin 2 lapis dan sanggup bka slapis bg mira pki..kwn yg lain pun ckp la, eh, hipokrit gle ko..lantak je la..bkn kte skolah situ lg..tp tu lah..sy mmg tak blh..pki sbb kte respect die kan..bg mira takpe kot hipokrit dlm buat bnd baik..insyaAllah klu slalu hipokrit mlekat bnd baik tu kat kita kan..Allah maha pengasih..;)