Wednesday, March 3, 2010

Ini Dunia Ku, Anak-Anak Dan Coklat

Walau pun dah berpuluh tahun saya terpalit dengan kecomotannya namun sejak setahun dua kebelakangan ini, hidup saya bertambah comot yang tidak terbendung. Dapur saya yang biasanya bersuasana putih melepak..telah bercampur ton warna coklat lalu jadilah ia macam bayi yang terjumpa coklat cadbury bawah meja.

Serba serbi dah jadi coklat. Kain buruk toksah ceritalah. Setiap kali nak kena rendam klorok.Hari-hari saya bergelumang dengan kek.Hari-hari bergelumang dengan coklat. Dulu selalu benar sang suami merasa tercabar bila saya buat kek coklat untuk anak-anak makan. Katanya 'hee...i paling tak suka bila you buat kek coklat, comot satu rumah'.

Tapi kerana saya isteri yang degil, segala rungutan itu saya anggap macam angin lalu jer.' Sorry ya, i got no choice my dear',

Saya ingat lagi masa saya kerja bank dulu pun, satu malam tak tidur nak kena siap kan empat biji kek coklat sekali. Pagi-pagi saya bawa empat kotak kek ke pejabat dengan menaiki bas. Aduh bayangkan, semua mata pandang saya. Dan mata saya pun pandang mereka balik. Tak jadi hal.

Sekarang bila hari-hari pegang coklat, buat benda lain pun saya tak berapa nak cukup masa. Masak memang dah jarang. Kemas rumah setakat sapu sikit-sikit je.Mop sekali sekala. Nak kata kemas detail tu memang tak da masa. Laman dah lama tak dapat sentuhan saya. Dah lama tak beli pokok. Dah lama tak beli baja. Masih tak jadi hal.

Cuma sekarang yang jadi hal fikiran saya adalah anak-anak saya yang berdua bongsu ni. Hafiiz dan Alisya. Saya keliru dengan apa yang seharusnya saya rasa. Rasa bangga atau rasa bersalah. Saya tahu anak-anak sangat memahami situasi saya bekerja keras cari wang. Hampir setiap malam tak cukup tidur sebab buat dan tunggu kek masak.

Sejak setahun dua yang lepas memang saya jarang basuh dan gosok baju sekolah dia orang. Tetapi yang pasti, bermula tahun baru ni, saya memang tak pernah basuh dan gosokkan baju-baju sekolah Hafiz dan Alisya. Kadang rasa kasihan kadang rasa bangga. Bukan apa kagum sangat dengan Alisya. Kalau baju dia kena warna atau sebagainya, dia dah pandai rendam guna klorok. Sama dengan kasut sekolah. Gosok baju pun nampak sempurna. Kerja-kerja sekolah langsung saya tak pernah tanya dan sentuh. Memang sentiasa ada kesedaran sendiri untuk menyiapkannya.

Bukan setakat tu, kira-kira kalau sinki penuh pinggan mangkuk pun, sambil menyanyi-nyanyi dia boleh menyiapkan membasuh pinggan mangkuk yang menggunung.

Selalu bila saya suruh basuh pinggan, dia akan merungut kerana pinggan mangkuk yang kotor banyak. Tapi saya selalu kata, 'tak pa Alisya basuh yang Alisya larat sahaja. Kalau dah tak larat berhenti' Tanpa disedarinya dia tetap dapat menyiapkannya.

Saya tahu, anak-anak langsung tak pernah berkira atau merungut tidak puas hati kerana mereka kena buat sendiri. Cuma saya sahaja yang rasa tak sampai hati membiarkan mereka yang masih kecil (bagi sayalah) buat semua tu. Tetapi oleh kerana saya bukan superwoman yang boleh buat sendiri semua tugas-tugas mengurus rumah dan mencari duit, maka rasa bersalah saya itu tiba-tiba bertukar menjadi rasa bangga sebab anak-anak gembira, seronok dan bangga saya jadi ibu mereka.

20 comments:

noorul said...

Alhamdulillah..ibu bapa mana yang tak bangga dengan anak2 nya kan?...Saya pun turut bangga dengan anak saya walaupun die tolong sikit jer

D'lla said...

wahh..teringat dedulu..byk benda wat sndri..sebb mak abah g koje.lain smua skolah pg.duk rumah ngn kak yg special..skolah ptg lak tuh.pg p mengaji Kafa..iron bj.lauk org hanto..parent mmg tawakal.harap jenjiran tlg jenguk2.fuh..berdikari dr kecik..xpa kak..insyaallah..nnti ank2 tuh dh besar..xpayah riso sgt..tahniah berjaya membesarkan anak ramai..family sy pn ramai..hehe..

Unknown said...

kdg2 kita xsedar yg anak2 memahami diri kita ni..walaupun masih kecil tp dlm naluri hati mereka ada rs tgjawab & ada rs kasihan kat ibu mereka...sama cam anak sy, kalu tgk sy penat, dia akan bt kerja dia sndiri tnpa ganggu sy..seharusnya kita bangga!

Drama Mama said...

kitorang dulu pun banyak buat sendiri maklumlah mak abah dua2 kerja. tapi ok ja, anak2 berdikari...tak pun terasa benda tu membebankan cuma kadang2 tu complain la gak, biasa la anak2 macam kitorang ni memamgn suka merungut tapi buat gak haha

aku.gadis.itu said...

tak dapat nk bygkan la akak, rupa alisya yang comel tu bila bsuh pinggan.. mesti cumil gila. tetiba teringat adik bongsu kt umah, baya alisya, nama arisya..rajin benor tlg mak bsuh pinggan even tak penah suruh....

Zareda Norman said...

kak nani

bertuah kerana anak ramai, yang itu tolong sikit, yang ini tolong sikit.. masak apa apa pun mesti ramai yang tukang habiskan..

apapun, hidup kita bahagianya kita yang membinanya.. kita nak bahagia makan usahalah untuk bahagia..

Unknown said...

kim salam kat alisya.....

:)

Ummi Hanie said...

kak,best nyeeee..anak2 dah besar,memahami,pandai buat kerja sndiri,pandai pulak tuuu ambik alih kerja2 rumah...sejuk perut ibu mnegandung :)

razzi@ajeet said...

tersenyum n terharu ajeet baca entry ni.. sikit lagik nak kuar air mata..(sowi sy mmg sensitip bab2 mcm ni)

Quiyah said...

kak nani,
takpe.. itu pengajaran buat anak-anak..
nanti diorg dah besar, diorg dah pandai buat benda tuh semua tanpa diajar..
Budak sekarang ramai yg manja sgt sebab ade orang gaji.. langsung tatau buat kerja rumah..
kalau saya, mmg bangga..

MommyCT said...

waaaa...saya nak anak cenggitu...skrg semuanya mama mama mama...(*saya still layan sbb derang 7,5, 2yo...agagaga) =P

Mummy Nana said...

Betul tu auntie nanie. Memang saya rasa bangga dgn anak saya. Baru berusia 7 thn tapi mmg pegi sekolah siapkan diri sendiri mandi pakai baju semua. Balik sekolah jaga adik2... etc..etc.. kawan2 sebaya dia nak pegi toilet pun mak yg tolong lagi. Tapi jauh disudut hati mmg kesian.. kesian tapi bangga...Tapi nak buat mcmna saya seorg diri menguruskan anak2 3 org. Nak buat semua mmg xlarat..

TeRRoRRiZZ said...

Hafiiz dan Alisya mesti bangge ade ibu yang gigih macan untie nani...
nape perlu rase bersalah....
sebab untie treat anak untie cam tu anak untie pandai berdikari....
tol x...
heheheheh....
untuk untie nani...
aja aja fighting!!!!!!!!!!!!

MasReena said...

kesian kat auntie dilema antara cari rezeki untuk keluarga dengan beban rumah tangga yang perlu digalas. nasib baik dapat anak yang memahami. alhamdulillah.

auntie, best la penulisan auntie.. smooth gitu. kadang2 pandai wat joke juga =D


Camane Nak Mintak Gaji Tinggi??

Cik Effie said...

anak2 memang kena didik awal2 lah aunty

whimsicajlottings said...

When I was small, mak saya memang full time keje. Tapi kitorang adik beradik memang sejak kecik dididik utk berdikari. Masa kecik tu memang la merungut pasal kena buat byk housework. Saya paling benci lipat kain. Mak pulak alergik kat habuk, so bab sapu2 memang kitorang adik beradik yang buat. Basuh kasut, kengkadang masak lauk simple2 pon ada. Tp you know what Kak Nani? Sampai sekarang, I SYUKURRRRR sangat2 that my parents brought me up mcm tu. Ramai my classmate, cousin2 I around my age tak reti berdikari,nak masak pon tak reti, I paling bersyukur yg my beloved mama taught me how to cook. Masa blaja dulu2 tu, ha tak renti2 merungut, but my hubby loves my cooking now. (katanya better than his mother's cooking, FUYOOOO) :P So dont worry aunty, by doing what you are doing, you are actually indirectly teaching yr kids to be independent.

Mummy Nana said...

Thanks for droping by my blog... arghhh.. terbayang2 kek coklat auntie... bilalah nak balik mesia ni... confirm nak order and nak jumpa auntie...:-)

mr_abs said...

helo mama hanis.

cute sangat cite cekgu tu.

are u single parent? u always mentioned u + ur children. ok, wrong question *dush dush*

anywhere, be happy. be strong. krm salam kat anis k :) :)

Cik Effie said...

i love baking but xpandai nk decorate

Unknown said...

SALAM AUNTIE..
auntie, erin nak order choc kek auntie boleh? for my hubby.. bday dia 26 mac ni... erin nk buat sndiri..tp erin xpandai masak..
nak bli kat secret recipe mcm da bosan sgt kan? xspecial pon..
i will call u ya..
oh, my hubby is goin to be a daddy soon.. very soon.. now i am 34 weeks.. :)