Sunday, March 14, 2010

Dunia Ini Kecil, Bumi Ini Bulat

Anda tahu betapa bergunanya networking, ramai kenalan, ramai contact dan yang sealiran dengannya. Banyak gunanya. Tidak rugi anda berbaik dengan ramai orang atau semua orang kerana satu hari mungkin kita perlukan pertolonganya. Atau mungkin satu masa, kita perlukan khidmatnya atau juga satu hari kita perlu berurusan dengannya.

Anda tahu betapa tidak bergunanya permusuhan, anti, suka cari pasal, suka cari gaduh, persengketaan, perdebatan, tidak puas hati dan kebencian. Apa keuntungan yang anda dapat hasil dari tindakan tersebut. Tidak ada apa keuntungan pun malah rugi tenaga, masa dan jiwa tertekan.

Bukan itu saja...hidup ini macam roda berpusing. Dunia ini kecil, bumi ini bulat..untuk apa mencemuh, bermusuh, anti, menimbulkan rasa benci, kerana kita tak satu hari nanti mungkin kita akan bertemu lagi, mungkin satu hari kita akan menjadi pekerja bawahannya, mungkin satu masa kita akan menjadi keluarganya, mungkin satu ketika kita terpaksa tinggal sebumbung dengannya.

Kalau tidak ada perkataan yang elok didengar lebih baik jangan berkata-kata.

Saya pun hairan, saya ni bukanlah celebriti, yang terpaksa mencari sesuap nasi hasil dari sumbangan para peminat melalui drama atau lagu. Orang kata 'public figure'. So segala tingkah laku saya tidak boleh walau sedikitpun menjengkelkan hati peminat.Kerana dengan tiket celebriti itu peminat berhak menghentam saya.

Saya juga bukanlah ahli politik yang sedikit sebanyak makan hasil cukai yang dikutip dari rakyat ...maka salah sedikit apatah lagi banyak pasti kena bersedia menerima sungutan dan dihentam oleh rakyat yang tidak puas hati.

Saya hanyalah tak lain tak bukan seorang yang pernah menjual nasi lemak tepi jalan, pernah jadi tukang masak restoran, pernah menjual aiskrim depan sekolah, menjual kek dan menjaga anak-anak orang. Rasanya tak perlulah anda sakit hati semata-mata bila saya katakan saya PALING. Hanya paling dikalangan adik beradik jer. Tak perlulah nak highlight perkataan cantik dalam blog saya itu sebagai membangga diri.Saya tak katapun rambut saya cantik.Saya cuma kata rambut saya mengancam...(nada gurau) Saya cuma kata bila orang kata rambut saya cantik, masa tulah saya nak sangat pakai tudung.


Ada seorang pelanggan saya yang bekerja di Bank, sanggup buang masa, tenaga dan persahabatan dengan meng e-mel saya dan menghentamkan hanya semata-mata tidak puas hati dengan ais krim yang dibelinya dari saya.Katanya, dia tak puas hati sebab ais krim yang saya buat tak sedap pun. Harga dahlah mahal 60sen. Katanya lagi emak dia di kampung (Kedah) buat lagi sedap dan harganya cuma 20 sen. Setelah membacanya, hati saya berkata-kata...kalau dah emak hang buat sedap, kenapa tak balik sahaja ke kampung hang di Kedah tu, dan order sahaja dari emak hang, kan murah 20 sen!.

Secara logiknya, kalau anda beli nasi lemak ditepi jalan lalu anda makan dan anda rasa tak sesedap mana, sanggupkah anda pergi balik kat makcik nasi lemak itu dan komplen mengata yang nasi lemak itu tidak sedap. Tak mungkin bukan?

Kalau anda rasa makanan yang anda beli dari satu kedai itu tidak sedap, lain kali anda tidak perlu beli lagi di kedai itu bukan? Keenakan makanan adalah perkara yang mungkin subjektif. Bagi anda tidak sedap, tapi mungkin bagi penjual nasi lemak itu, itulah nasi lemak yang paling sedap pernah dia buat. So kalau dah tak sedap lain kali jangan beli. Habis cerita. Tak ada sapa yang terluka.

Memanglah puas hati anda sebab dapat komplen. Tapi apa yang anda dapat? Hanya rasa tidak puas hati dapat anda lepaskan manakala ada orang lain yang merasa tersinggung oleh kata-kata anda.Ok fine..itu cerita peniaga tepi jalan yang mungkin tidak akan anda temui lagi.

Tetapi apa yang buat saya terkilan, dialah antara pelanggan yang saya pernah ajak masuk ke rumah, bersembang lama dengan saya, saya hidang kopi, saya hidang chocolate chip, saya hidang strawberi moist chocholate kek. Kalau pun sekali dia sakit hati sebab rasa tertipu kerana aiskrim saya yang tak sedap tu, tak perlulah buat orang tersinggung,.Sekurang-kurangnya, ingatlah besarnya hati saya melayannya ketika dia datang mengambil aiskrim.

Fikirlah sedalam-dalamnya.Kalau tak suka jangan order lagi. Tak perlu nak singgung hati orang. Tak dapat apapun. Hilang kawan.Hilang kenalan.Kurang networking.

32 comments:

Unknown said...

Salam:
saya datang membaca luahan untie..
~~hope untie trus bersabar ea & fight for your right~

Nashrul Sabri said...

Saya pun tak tahu kenapa manusia suka bersengketa sedangkan manusia itu sendiri lahir dari sebuah kemesraan. Wallahua'lam..

Anyway, nice blog. Saya ni salah seorang dari silent readers blog ni. Hari ni baru tergerak hati nak tinggalkan komen. =)

Ummi Hanie said...

heran ye kenapa mesti nak jeles2 dgn org ?? bg sy,tu tanda busukkk hati...kena cuci lg hati tu bersih dgn...xlain xbukan,zikrullah...baca quran banyak2..blaja tgk buruk sendri,tgk kebaikan org...

Easy,Affordable,Gorgeous!

aNIe said...

Nani...dlm dunia ni banyak kerenah manusia...kalau mereka bukan jenis dibuat kawan...tinggalkan mereka kerana kita tidak perlukan kawan atau orang seperti itu berada dalam lingkungan kita...kerana mereka akan sentiasa tidak berpuas hati biarpun kita telah melayan mereka sebaik mungkin...mereka itu sebenarnya sakit jiwa...kurang santapan rohaninya...

Klik your celcom exec....

jannah said...

tengok bukan i sorg je xsuka perangai u.. maknanyer salah dr u sendiri.. fikir2 kan la.. n tiap post yg menasihat, mengomen u delete.. pos puji2 kemain lg u publish.. mencari publisiti u ni.. haha.. dah boring sgt la tu xde aper nak buat kat rumah.. buat blog jaja cerita kebaikan diri sana sini.. husband kat rumah xpernah puji u.. tula sebok cari pujian org lain..

NaniRostam said...

1)Sekurang-kurangnya i ada cerita yang boleh kongsi tentang i bagi orang tu makan minum dan dia pun musibat macam u.

2)sekurang-kurangnya i berani tunjuk muka i cantik ni kat semua orang.

3)sekurang-kurangnya i ada husband yang sanggup tunggu i selama 25 tahun.

4)Sekurang-kurangnya i ada orang nak puji-puji i dan I ada berpuluh pujian yang i boleh publish.

5)Sekurang-kurangnya, i ada banyak masa untuk rasa boring-boring kat rumah...

6)Sekurang-kurangnya hari ni i kesian kat u, i publish juga komen you yang mcm musibat ni semata-mata nak naikkan hit kat blog u kerana selama ni u menagih simpati itu tapi i tak pernah nak publish.I just copy and post.Kesian betul.

You ada apa? You sekadar ada 6 Jahanam.

Insan said...

hek eleh jannah ni...ko marah geram meluat nak baca blog aunty nani ko jgn la baca badol pompuan nih...ko meluat2 sgt yg ko bukak baca jgk tu pasal...sia2 ko ni bodoh bahlol...ko sebenarnya jeles ekk? hahaha..ngaku jek la...mesti ko tak lawa pastu ko jeles aunty nani lawa...mcm bdk2 la ko ni..grow up laa...

MeM nak kurus said...

Hai Kak Nani...yang saya boleh share dengan Kak Nani ialah satu pengubat jiwa..erm buat tak tau jer...sebab satu kata2 yang saya x ingat di mana saya jumpa (sama ada saya baca dalam buku atau dengar motivasi not very sure)..tapi boleh buat saya ceria kembali dan kuat hati bila time sakit hati ialah...." jangan biarkan hati kita dan perasaan kita sedih angkara orang lain, sebab hanya kita dan cuma diri kita yang mampu membuat kan kita sedih bukan orang lain, so hanya kita dan diri kita yang sebenarnya mampu buat diri kita nak sedih atau nak gembira, dan kita percaya semuanya terletak pada kita dan orang lain x LAYAK mengapa-apakan hati dan perasaan kita selagi kita tidak benarkan..So Kak Nani adalah d only person yang berhak ke atas hati dan perasaan Kak Nani jangan bagi chance ulat2,parasit2 dan seumpamanya mengganggu"..kalau Kak Nani berjaya ucap selalu benda ni dalam hati maybe suatu hari akak akan berjaya dan rasa hasilnya...saya dah dapat rasa hasilnyer...sekarang saya lebih tenang jika orang sakitkan hati saya..cuma sebagai perempuan emosi menguasai akal kita yang x seberapa so ada gak kadangkala saya tertewas dah SEDIH huhuhuhu..so caiyok2...

greencupid said...

salam k.nani
saya selalu silent reader je tp hari ni terasa nak komen pulak.

teruskan menulis apa yg akak rasa betul. inikan blog akak. pedulikan komen2 yg tak memberangsangkan tu.
sekurang2nya pengalaman akak tu boleh dikongsi dgn pembaca lain.

'Orang bijak berbicara karena mereka mempunyai sesuatu untuk dikatakan, orang bodoh berbicara karena mereka ingin mengatakan sesuatu.'

Plato (428-348 SM)

HepiUnited said...

hi aunty..

saya pun silent reader aunty..tah hapa2 tah si jannah ni..xelok betul perangai..pape pun aunty sabar k..sy mmg sentiasa suke baca blog aunty..keep it up!

Ms Red Hat said...

Salam kak nani dan jannah

Kak Nani tumpang lalu saya nak bagi sikit education pada si jannah yg nampaknya amat kurang ilmu. Jannah kalau nak menegur anda perlu berhemah dan muhasabah diri sendiri. Pertama sekali kita kena ingat kita ni umat rasulullah yang terkenal dengan kelembutan dan kesopanannya. Baginda tak pernah mencela atau mengutuk walaupun pernah dibaling dengan kotoran oleh seorang perempuan tua yahudi. Pernahkan kak Nani mencerca kamu? Baca setiap ayat yg ditulis oleh kak nani. Beliau hanya berkongsi pengalaman hidup dengan niat ikhlas. Kalau hati kamu tidak buta dan fikiran kamu tidak dangkal dan ego kamu tidak tinggi, banyak yang boleh dipelajari oleh apa yang ditulis oleh kak nani. Sekalipun dia memuji diri atau keluarganya saya tidak anggap dia riak tapi lebih kepada memotivasikan dirinya dan juga pembaca blognya. Ramai pakar motivasi contohnya fadilah kamsah yang tidak segan mengatakan dia seorang suami dan ayah yang hebat di dalam ceramahnya. Kalau penceramah tidak hebat dan berkeyakinan bagaimana dia nak berkongsi ilmu dengan orang lain.

Jannah Lebih baik kamu guna masa yang ada untuk memperbaiki diri dan akhlak, memperbetulkan akidah, dan mengenali agama kita dengan dekat. Belajar mengaji quran sehingga makhraj dan tajwid kamu tepat. Belajar dan hayati tafsir al-quran supaya kita dapat menjaga hubungan kita dengan allah dan manusia. Belajar supaya anda dapat solat dengan penuh khusyuk.

Tak perlu mengutuk Hanis kerana dia tak bertudung. insyallah suatu hari nanti dia akan bertudung. Biar dia bertudung dengan penuh keikhlasan dan kesediaan dan bukannya bertudung kerana orang suruh dia bertudung. Doakan dengan ikhlas supaya suatu hari nanti Hanis bertudung kalau kamu nak sangat dia bertudung dan bukannya mencerca beliau dan ibunya.

Lagi satu jannah saya yakin nama anda sebenarnya bukan jannah dan hentikan penggunaan nama yang baik untuk tujuan tidak baik. Perbuatan anda itu samalah seperti anda mempersendakan agama islam.

Kepada kak nani banyak bersabar dan teruskan menulis. Ramai yang dapat menimba ilmu dari kak nani terutama kami yang muda ni.

Jangan buang masa melayan orang-orang seperti Jannah dan delete sahaja komen-komen yang tidak berfaedah. Semoga kak nani dan keluarga sentiasa diberikan barakah oleh allah

Shana

Asz said...

salam kak nani ... ni 1st time saya ke blog akak ... anw, saya sgt2 setuju ngan komen sale!!x3 tuh .. harap akak tabah & sabar ... ni kan blog akak, akak boleh wat apa je yg akak sker .. take care!

mukasurat17 said...

to all readers yg seangkatan dgn jannah:- think positif dan selalulah bersangka baik dgn org.

*peace*


-seorang budak perempuan yg berumur 22 thn yg suka baca blog makcik nani yg cantik.-

Nashrul Sabri said...

Ada juga manusia yang biadap meraih simpati orang. Perangai tak seindah nama(Jannah).

shidaidris said...

kesian jannah tu, ada masalah jiwa ek?

Melissa Mjb said...

jannah: stop messing around here. be professional. cuba bwk2 mengucap ckit.

auntie nani: be strong! die hanyalah parasit yg hanya nk menjatuhkan org lain.

nor izzah said...

aunty..

komen terbaik defend for urself :)

May GOD bless u

amin

anakmakNabah said...

adakah romanticCrazy itu sedara mara kak nani hehehehe.....yelah jannah pun agak2lah juga nak comment di blog ni.biarlah tuan punya blog nak tulis apa. this is her space. tapi yg romanticCrazy ni pulak mulutnya mcm pondan. sedap2 rasa nak membodohkan org..yang kau terasa sangat kenapa woi!aku rasa kau yg mcm budak2.aku mmg geram kalau org membodohkan org nih pantang nenek moyang aku.kak nani plz publish dis comment.

Intan10 said...

saya x fahamla ngn jannah nie..jannah nie kalau nk berdakwah pun,mcm x kener jer caranya..ingatlah firman Allah, "Dan janganlah kamu memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membangga diri". (Surah Luqman ayat: 18) dan juga firman Allah "Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit"..

jadi janganlah nak pandang rendah kpd orang,kata aunty x pandai didik anak sebab hanis x pakai tudungla,kata suami die x nak puji die sebab ada affair la (btw,tue kan dah jadi fitnah)..kalau jannah nak nasihatkn aunty pun xyah ler nak menyakitkan hati die..jannah bukannya nak menasihati tapi menyakitkan hati!saya yang xder kener mengena ngn aunty pun sakit hati biler baca ur comment tue, tau..

Insan said...

hehe saya bukan pondan la anakmakNabah..saya perempuan sejati..silent reader aunty Nani,takda ikatan persaudaraan ngan aunty Nani pun tapi saudara sesama Islam...tapi tah napa tah rasa nak sound Jannah tu pedas2 seangkatan ngan bahasa yg dia pakai utk sound aunty Nani..bukan membela aunty Nani cuma rasanya dia ni saje2 je nak nyakitkan hati aunty Nani,so saja nak bagi dia rasa sakit tak hati dia bila baca org lain pulak ngutuk dia..heheh...peace.. :)

Ieza said...

kali ni sy bukan saja terpegun dengan apa yg kak nani tulis tapi terkedu jap ngan semua komen2 yg ada..panjang berjela2..kuat penangan jannah nih..

Anonymous said...

auntie dearie,when dealing with people, remember you are not dealing with creatures of logic, but with creatures of emotion...keep on writing.
Any fool can criticize, condemn, and complain but it takes character and self control to be understanding and forgiving. ;D and yesss,, to jannah , we are beautifull !!! ,segala puji bagi Allah yg menjadikan :)) *gratefullness*

Cik Suheela said...

Jannah tu gilaaa :pp

emencer said...

kakak ni,,,ramai betul org tak puas ati ek?sian...takper,,,pekakkan telinga butakan mata.....u mmg hebat...hehe

the Designer said...

i x sure jannah tu the same person yang menempek di blog rizalman or not.
tapi based on ayat, macam orang yang sama.
Sebab fi'il sama.. menyakitkan hati tuan 'rumah'.
I believe you can deal with this small because you had deal with bigger issue before.
Keep sharing your story here..and inspiring people (and yourself too c:)

ira said...

salam kak nani.
sy hairan nape la ada org berhati busuk camtu..klw dh tak sedap ke apa ke dh la..tak payah nak canang..ni kes dengki la tu.mesti dia tu buruk, dh la tak pandai masak, tak reti cari duit..geramnya...

anakmakNabah said...

i thought jannah was one of da AF jury????(^_^)

anonymous said...

Salam
Jannah ko ni nape? Ada masalah ke? Biarla kak nani tu nak cakap ape ke, nak puji diri ke, tu blg die hak die!, kalau ko rasa ko xsuka dia, diam kan diri+ xpayah buka blog dia.
Mungkin benar apa yg kak nani kata, ko ni nak publisiti murahan, nak orang baca blog ko. Kesian la aku tgk ko ni, mesti ko ni seorang perempuan yg hidup dalam alam kesunyian tanpa kawan+keluarga yg rapat dgn ko. Ataupun ko ni 'depressed' or 'menopos' kot!
Nama jannah melambangkan seorang perempuan islam yg beriman+bertaqwa+berlemah lembut, tp bahasa ko tulisni xmelambangkan semua itu. Ko hanyalah syaitan yg bertopengkan manusia dan nama jannah terlalu berat utk diri ko yg serba kekurangan dr segi agama mahupun pelajaran.
Sudah tiba masanya kau kembali ke jalan yg benar dan tiada yg lebih benar melainkn yg benar. Insaflah wahai ko perempuan yg bernama 'jannah @ 6 jahanam'!!..tp yg plg lawak blog ko dh xboleh bukak la..ko takot eh eh eh..hahahaaha

Kak ni teruskan menulis! Keep it up!

anonymous said...

Salam
Jannah ko ni nape? Ada masalah ke? Biarla kak nani tu nak cakap ape ke, nak puji diri ke, tu blg die hak die!, kalau ko rasa ko xsuka dia, diam kan diri+ xpayah buka blog dia.
Mungkin benar apa yg kak nani kata, ko ni nak publisiti murahan, nak orang baca blog ko. Kesian la aku tgk ko ni, mesti ko ni seorang perempuan yg hidup dalam alam kesunyian tanpa kawan+keluarga yg rapat dgn ko. Ataupun ko ni 'depressed' or 'menopos' kot!
Nama jannah melambangkan seorang perempuan islam yg beriman+bertaqwa+berlemah lembut, tp bahasa ko tulisni xmelambangkan semua itu. Ko hanyalah syaitan yg bertopengkan manusia dan nama jannah terlalu berat utk diri ko yg serba kekurangan dr segi agama mahupun pelajaran.
Sudah tiba masanya kau kembali ke jalan yg benar dan tiada yg lebih benar melainkn yg benar. Insaflah wahai ko perempuan yg bernama 'jannah @ 6 jahanam'!!..tp yg plg lawak blog ko dh xboleh bukak la..ko takot eh eh eh..hahahaaha

Kak ni teruskan menulis! Keep it up!

Dewi N Julya said...

salam auntie nani...1st time drop by kat sini. bese tgk blog anis je. 2 pun x pernah komen. saye bangga ng auntie. anak2 yg bijak. kecik2 da ade blog. smpai sy jd malu...well juz nak cakap ignore je ape yg hamba Allah yg kunun nye b'nama jannah 2 cakap. xmati pon klu xdgr cakap die. manusia..biasa la. xboleh tgk org lain senang. klu kite susah d ejek, d maki. masa kite senang mereka akan cakap "itu kebetulan" atau "itu kejap je, tgk la seminggu dua". auntie bawak bersabar k...ciayok2 auntie nani

finie farinie a.k.a datin said...

slm aunty nani...
i'm 1 of ur silence reader n baru skarang tgerak nk comment sbb si jannah tu...die mmg jannah yg asek dok melalak kt blog rizalman dlu...die mmg jns yg xley tgk org glemer agknyer...msti nk tumpang glemer skaly...malu woh jannah...

miya said...

slm kak Nani... sy suka ayat tu, 'kalau tak ada perkataan yang elok didengar lebih baik jangan berkata-kata'. Yess!! sy setuju. Pendirian kita sama pasal yg ni.Lebih baik diam daripada brcakap yg buat org benci,dpt musuh, dpt dosa. sedap2 canang keburukan org tak sedar sndiri tgh menayangkan muka buruk syaitan yg dicover ngan mekap 18inci. Nampak jugak iras setan kat situ. busuk dalam hati tu tersebar jugak..hmm.. sabar ye kak. Tak pasal2 aku emo. haha...

notakaki : penggunaan 'aku' akn digunakan bila dah emo2...

oh ya, lagi satu. pelik bila org skrg nama baik2 tp perAngai mcm jannah (di atas)yang jahanam tu. Geram nak *DUSH* laju2...