Thursday, December 31, 2009

IBU MENGANDUNG JANGAN LANGGAR PANTANG

Pengalaman banyak mengajar saya menjadi seorang yang cekal. Ketika baru mencecah usia 20 tahun saya mengandung anak pertama. Dan ketika usia 21 tahun saya melahirkannya. Sepanjang tempoh itu ibu saya langsung tidak pernah datang menjenguk apatah lagi hadir ketika saya melahirkan anak.

Bukan sahaja ketika saya mengandung dan melahirkan ketujuh-tujuh anak dan sepanjang berpantangkannya, ibu saya tidak hadir, bahkan ketika anak kedua saya meninggal ketika masih di hospital selepas seminggu dilahirkan pun ibu saya tidak mahu hadir dengan alasan ayah saya baru dua minggu meninggal.

Dari mula saya pasrah. Begitu juga dengan suami saya. Kami lalui segala kesulitan dengan penuh ketabahan. Begitu juga anak-anak saya. Ketika saya mengandung dan melahirkan, suami dan anak-anak sentiasa menjaga saya waktu di rumah mahupun ketika di hospital.

Pun begitu saya tetap bersyukur kerana mempunyai suami yang setia dan bertanggungjawab serta anak-anak yang begitu memahami segala situasi yang kami hadapi. Dan alhamdulillah saya pula menjalani proses mengandung dan melahirkan ketujuh-tujuh anak saya dengan mudah dan lancar tanpa sebarang komplikasi. Maka apa yang terjadi memang ada hikmah disebaliknya.

Walaupun tanpa bantuan dan panduan seperti yang insan lain perolehi, namun saya kutip segala ilmu dan panduan melalui pembacaan dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman.

Justeru itu untuk melahirkan anak yang sihat dan bijak anda harus memulainya ketika dari dalam kandungan lagi. Melalui pengalaman saya ketika mengandung ;

1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.

2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.

3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.

4.Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah

5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.

6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.

7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.

8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.

9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.


10. - Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.

Memang banyak terjadi kelahiran yang begitu akibat langgar pantang, walaupun itu semua adalah kebetulan sahaja, namun saya memang jaga untuk mengelakkannya kerana 'at the end of the day' saya juga yang akan menempuh susah payah bersalin. Jadi kalau ada petua mengelakkannya., 'why not?' Bukankah Allah Maha Kaya. Mungkin Dia nak tunjuk atas kedegilan kita. Allahualam.

- Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.

- Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.

- Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.

11. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.

Insyallah, Allah Maha Kaya lagi Maha Mendengar, apa sahaja doa dan harapan kita terhadap anak-anak yang bakal dilahirkan, pasti akan termakbul.

Wednesday, December 30, 2009

DIA MAKCIK SAYA

Dulu saya paling 'adore' sikap salah seorang makcik saya terhadap anak-anaknya.Beliau seorang lemah lembut dan penyayang.

Sewaktu kecil dulu, hampir setiap hari saya akan bertandang dan bermain di rumah makcik saya ini, jadi saya memerhatikan cara dia membesarkan anak-anaknya. Beliau memang seorang ibu yang sangat mengambil berat akan keperluan anak-anaknya sekalipun kehidupan mereka sekeluarga bukan lah senang sangat.

Dari keperluan makanan, pakaian, perkakas dan yuran sekolah hinggalah kepada sesuatu yang kurang perlu seperti barang-barang permainan anak-anak tetap disediakan sebaik mungkin walau pendapatan orang kampung seperti kami waktu itu sekadar kais pagi makan pagi.

Sikapnya yang sangat redha dan penyabar dan mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja, memang sangat saya kagumi. Hampir tidak pernah melihat beliau meleteri anak-anaknya. Ada waktu-waktunya, bila anak-anak membangkang nasihat beliau, beliau cuma menunjukkan kemarahan dan kekecewaan beliau dengan deraian airmata.

Sekarang bila saya mendidik anak-anak, banyak sifat-sifat mak saudara saya terapkan dalam diri saya. Saya jadikan dia sebagai idola saya kerana dalam diri beliau memang ada ilmu 'parenting skill' secara semulajadi.

Bagi saya untuk menjadikan anak-anak anda hebat, anda haruslah sanggup menjadi ibu yang hebat. Namun tidak ada jalan yang mudah untuk menjadi ibu yang hebat melainkan anda :-

1. Seorang ibu yang rajin. Anda akan sentiasa dikagumi oleh anak-anak apabila anda mempunyai sifat rajin. Anak-anak juga mahu sentiasa menjadikan anda idola mereka. Ini menjadikan mudah untuk mendidik anak-anak untuk sentiasa mendengar nasihat anda.

2.Seorang ibu yang suka masak. Menangi hati suami dan anak-anak melalui masakan anda.

3. Jadilah ibu yang suka mendengar daripada didengar. Ibu yang tidak banyak bercakap atau berleter, lebih dihormati dan disayangi anak-anak.

4. Jadilah insan yang penyayang terhadap semua makhluk Allah s.w.t. Sayang binatang terutama binatang kesayangan nabi kita s.a.w iaitu kucing juga merupakan satu terapi untuk mendidik dan memupuk perasaan kasih-sayang dalam diri anak-anak.

5.Selalu duduk bersama semua anak-anak untuk mendengar mereka bercerita apa saja topik dan ambil peluang untuk anda bercerita tentang kisah-kisah tauladan dan kisah sewaktu anda kecil.

6. Cuba sedaya upaya memenuhi apa sahaja kemahuan anak-anak dan terangkan secara terperinci sekiranya kita tidak mampu untuk memenuhinya.

7. Usahakan untuk sering bersama anak-anak walau kemana kita pergi terutama ke tempat-tempat yang disukai oleh anak-anak.

8. Anak pertama yang berjaya akan menjadi ikutan adik-adiknya. Sekiranya anda mampu, pastikan anak pertama mendapat pendidikan yang terbaik seawal mungkin.

9. Jangan paksa anak anda makan banyak. Sekiranya dari kecil anak anda sudah biasa makan banyak, mereka hanya ingat makan, makan dan tiada kepentingan lain selain dari makan dan otak akan berhenti bekerja.

10. Jadilah ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang. Hari ini anda menyayangi anak-anak, esok lusa anak-anak akan lebih menyayangi anda.Apabila anak-anak menyayangi ibu mereka, sudah pasti mereka berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapa.

Thursday, December 24, 2009

BESDAY MOM

Posing sket ah....Dah lama tak melawa ni...

28hb Disember ni hari jadi saya. Wah bukan main gembar=gemburkan tarikh hari jadi. Kalau muda belia tu kot lah ada jugak yang mengintai-mengintai try nak hantar hadiah...paling tak pun setangkai ros atau kad ucapan.

Ni dah jadi mak-mak ni sapa lagi kalau bukan anak-anak berbisik sama sendiri agar tak kedengaran oleh saya rancangan mereka nak cari hadiah yang sesuai dan sepadan dengan kedudukan kewangan mereka mengikut saiz tabung masing-masing.

Tapi naluri ibu ni kuat. Tahu saja segala gerak laku anak-anak tu. Apa taknya nak beli hadiah untuk emak, sorok-sorok tapi pergi shopping sekali dengan emak. Hehe yang si emak tu berlakon je la buat-buat tak tahu ...bagi chance kat depa no..

Seronok jadi emak ni. Semua anak berlumba-lumba nak cari hadiah yang paling dikehendaki dan disukai oleh ibu mereka. Masa tu segala penat dan jerih payah membesarkan mereka hilang begitu saja.

Menjelang harijadi saya ni hadiah yang paling bermakna untuk saya bila anak sulong saya Liana grad dalam kursus ijazah ukur bangunan, Imran mendapat 5A dalam UPSR, Hanis dengan CGPA 3.94 dan hari ini Khairi mendapat 9A dalam PMR. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T termakbul segala doa saya.

Bagi saya anak-anak yang baik dan berjaya merupakan satu hadiah paling berharga buat semua ibubapa.

Tuesday, December 22, 2009

Sekeping Nota Biru

Kau lupa pagi tadi
Dah tujuh hari asyik mesyuarat
Dah tujuh hari pun mampu cuma intai kelibat

Kau lupa malam tadi
Dah tujuh hari tak menyapa
Dah tujuh hari pun belum ingin bermesra

Kenapa kau semakin kalut
Kepala pun semakin serabut
Hati ribut
jiwa pun kabut

Sibuk ke kau
Orang lain sibuk juga
Kerja ke kau
Orang lain kerja juga
Cari kesenangan ke kau
Orang lain nak senang juga

Atau kau tak macam orang lain
Atau kau ada kepentingan lain
Selain aku

kau pandanglah ke tepi langit
Pelangi di situ
Sekejap cuma
Tak berapa lama

Apa yang kau mahu dalam hidupmu
Kalau yang kau hindari itu aku

Apa yang kau simpan dalam hatimu
Kalau yang hilang itu aku

Apa yang kau kejar dalam destinasimu
Kalau yang tertinggal itu aku

Apa yang kau kendung dalam hari mu
Kalau yang tercicir itu aku


Wahai kau
Aku masih di sini
Belum mahu mengira-ngira
Belum ingin mengorak langkah
Masih mahu kau


Selamat malam
Siang tadi hari jadi ku…..

Monday, December 21, 2009

Kalau Itu Lagu Cinta

Apa saja lagu yang tercipta saat itu
Berkumandang menghangat nafas cinta
Yang ku hela
Yang padu dalam dada
Yang ku rasa pendek panjangnya
Yang menggetar
Di segenap tunjang saraf
Rasa rindu yang memukul
Sendi-sendiku
Lalu aku duduk
Ku lunjurkan segenap rasa
Cinta yang singgah
Melekat
Merangkul
Tak ingin ku lepas

Apa saja irama yang bermusim waktu itu
Melagu memanis halwa telinga
Yang ku dengar
Yang ku ikut rentak dalam hati
Yang kuhayati lambat dan cepatnya
Yang ku hafal
Di setiap baris senikatanya
Dan rasa cinta yang menampar
Pipi kiri kananku
Lalu aku diam
Ku depangkan seluruh tenaga
Rindu yang bertandang
Berpaut
Memeluk
Tak ingin renggang

Monday, December 14, 2009

Biar

Kadang-kadang untuk tidak kurang ajar
aku jadi hipokrit

Kadang-kadang untuk tunjuk rasa hormat
aku memang hipokrit

Sampaikan hati aku rasa jengkelpun
aku masih hipokrit

Bukankah kadang-kadang hipokrit itu perlu

Kerana ada masanya aku tak perlu berterus terang
ada waktunya aku tak perlu jujur
ada ketikanya hipokrit itu lebih penting.

Biar aku hipokrit asal tidak sakitkan hati orang
Biar aku hipokrit asal tidak singgung perasaan orang
Biar aku hipokrit asal tidak ada hati yang tercalar!!!


Aku rasa tidak perlu menegakkan sesuatu kalau sekadar mahu menimbulkan ketegangan
aku rasa tidak perlu menegur kalau bukan untuk mendidik.

Lebih baik diam daripada berkata-kata
Lebih baik hipokrit daripada terus terang yang menyerang....


Hipokrit itu kadang-kadang memang perlu!!!
Bagi aku lah.....

Wednesday, November 25, 2009

HATI-HATI DENGAN HATI

Perlukah dengki hati...
Perlukah busuk hati....

Perlukah rasa tak senang hati
Bila melihat orang lain rasa gembira
Bila menyaksikan orang lain rasa bahagia

Buangkanlah busuk itu dalam tong sampah lalu di angkat dan dibawa oleh alam flora.
Lepaskanlah dengki hati itu sampai talak tiga lalu jumpa cina buta dan dan terus meraba-raba.

Bila semua busuk
Bila semua dengki
lenyap jauh

hati jadi bersih
hati jadi lapang
Hilang segala tekanan

Sudah bahagiakah hati kita
Gembira riakah jiwa kita

Kita di mana?
Sudah cukup sempurnakah hidup kita
Sudah melimpahkan rezeki kita
Sudah lengkapkah ibadat kita
Sudah kuatkah iman kita

Hati-hati
Dengan hati.......

Tuesday, November 24, 2009

Resepi Biskut Cornflakes Dulu Dulu

Musim hujan ni....ehmmm, saat yang saya paling suka sekali.



Bila bangun pagi, sambil buat kerja-kerja di dapur, tak pernah lupa menjengah ke luar tingkap dan paling suka tengok pokok-pokok yang saya tanam semua basah dan tampak subur di timpa rintik-rintik hujan. Kejap lagi bila matahari malu-malu menyelinap di celah-celah dahan pokok, tambah meriah tumbuhan di sekeliling mencari-cari makanannya.

Suasana sejuk dan nyaman dari dapur kesayangan saya ini membuat saya terkenang-kenang suasana sarapan pagi di UK.

Musim hujan begini, tumis-tumis bawang dan cili padi pun boleh menyebabkan seluruh kejiranan ini tersedak-sedak menghidu semerbak bau enak masakan.

Ni tengah perah-perah idea, punggah-punggah rak buku masakan. Apa lagi nak masak untuk budak-budak tengah cuti ni. Dia orang ni bila hujan-hujan begini tak ubah macam pirahna. Hidang lah apa je kejap dah licin.

Ok so hari ni saya buat biskut cornflakes yang sedap rangup.Saya bentuk agak besar ala-ala scone kegemaran orang putih untuk minum petang. Dah nak habis pun.....

Hehe..sebenarnya ulang tayang cerita bergambar...sila sila ikut dan buat....tambah tambah kuih raya nanirostam tak cukup buat pelanggan tahun ini...mudah-mudahan tak mematahkan semangat saya dan anda semua untuk tahun depan. Begitulah caturan hidup...kita merancang Allah yang menentukan...kalau bukan rezeki, yang berada dalam genggaman pun boleh terlepas.


Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard

50gm tepung jagung.

Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.

Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

Angkat dan sejukkan di atas redai.

TIPS UNTUK HARI INI.


Tepung - Ada pelbagai jenis tepung digunakan untuk membuat kek. Saya sarankan tepung hendaklah di ayak sebanyak tiga kali sebelum digunakan. Selain daripada dapat membuang sebarang benda asing yang terdapat di dalamnya, mengayak tepung beberapa kali dapat memerangkap udara serta menjadikannya ringan.


Kalau mahu kek anda lebih gebu dan cantik, gunakan tepung superfine bagi menggantikan tepung gandum.

Saturday, November 21, 2009

BENARKAH KITA BERADA DINEGARA ISLAM?

Pasti anda ada banyak cerita untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang anda rasa bertuah dan gembira atau rasa tidak seronok dengan apa yang dah pemimpin kita buat untuk kita.

Namun bagi saya ada satu perkara yang saya rasa tidak diaplikasikan sejajar dengan keperluan rakyat majoriti negara ini. Bukankah negara ini pernah diiktiraf sebagai negara Islam. Memang sepatutnya begitu kerana majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.

Namun apa yang buat saya rasa amat tidak seronok mengenai satu perkara penting tentang ketidakpekaan kerajaan negeri terhadap kewajibannya memberi pendidikan Islam atau ilmu akhirat secara percuma kepada rakyatnya.

Memang amat mengecewakan bila negeri dimana tempat saya bermastautin ini mengiktiraf sekolah agama sebagai sekolah agama rakyat.Di mana rakyat terpaksa membiayai yuran pengajian bulanan. Dan guru-guru yang mengajar mendapat gaji bulanan mereka hasil kutipan yuran bulanan.Walhal sepatutnya sekolah agama dibawah tanggungan kerajaan seperti sekolah-sekolah kebangsaan dan yang seumpamanya.

Mengapa kalau betul ini negara Islam yang penduduk majoriti Islam, para pemimpin Islam negeri ini tidak boleh memikirkan tentang amanah yang dipikul tentang wajibnya mereka lebih mengutamakan pendidikan islam atau ilmu akhirat untuk rakyat mereka. Kalau kerajaan boleh ada peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan, mengapakah tidak langsung mengambil kira tentang sekolah-sekolah pendidikan Islam.

Rakyat pula terpaksa mengambil pelbagai alternatif untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

Wajarkah para pemimpin islam negara ini melayan rakyat yang majoritinya Islam begini?

Thursday, November 12, 2009

RESEPI TRIFFLE DAN JANGAN BERLENGAH LAGI

Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.

Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe.

Friday, November 6, 2009

KALAU DAH BERKENAN DI HATI




















Kalau itu memang jodoh kita pasti ada jalan cerita untuk mendapatkannya. Kalau atas usaha sedaya upaya kita untuk mendapatkannya maka itulah JALAN CERITAnya.


Malah dengan berdiam diri sekalipun kita masih memperolehinya, pasti itulah jua JALAN CERITAnya.


Kalau dah itu jodoh kita apapun di mukabumi ini tidak akan dapat menghalangnya.


Dan kalau bukan jodoh apapun di mukabumi ini tidak berupaya untuk mempertemukannya.


kerana


JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH S.W.T.


Mudah-mudahan doa kita untuk dipertemukan dengan pasangan yang baik dan menyayangi kita sepenuh hati dimakbulkan Allah s.w.t.


Tahniah untuk anda yang telah bertemu sidia yang berkenan di hati bertahta di jiwa. Kalau anda bakal melangkah ke jinjang pelamin pasti ada barang hantaran yang perlu disediakan.


Selain daripada kuih-muih untuk musim perayaan, saya juga ada menyediakan PELBAGAI BISKUT DAN BAKUL-BAKUL PASTRI yang unik dan menarik untuk HANTARAN PERKAHWINAN.

Anda boleh memilih bentuk, warna dan jenis hiasan untuk pastri dan biskut yang anda tempah mengikut citarasa anda.

Bakul bukan sebarang bakul.Bakul dianyam dari tepung dan dibakar lama di dalam oven supaya tahan hingga bertahun-tahun lama. Bukan sahaja unik dan cantik di pandang. Saya berani jamin kalau di antara semua bekas hantaran, pasti semua mata tertumpu padanya dan pasti mulut mengomel-ngomel memujinya.


Maklumlah kalau bakul rotan dah selalu sangat orang tengok. Bakul daripada pastri biskut jarang kita jumpa. Kalau sesiapa yang sukakan konsep inggeris, bakul-bakul pastri ini biasa boleh dibuat hiasan meja atau kaunter dapur dan diisi dengan bun-bun roti.


Hati mana tak gembira bila menerima bakul pastri berisi biskut-biskut tart berbentuk buah-buahan yang begitu cantik dan enak dimakan. Memang boleh dibuat kenangan kerana sesiapa yang mendapat bakul ini pasti menyayangi dan menjaga bakul itu sebaik biskut di dalamnya habis di makan. Tak tahulah kalau ada yang suka sangat sampai nak makan bakul itu jugak. Hehehe....


Sesiapa yang dah berkenan di hati tu apalagi, jangan berlengah lagi telefon saya di talian 012 3959779. Kalau nak senang datang ke rumah sebab dapat tengok sendiri ada lebih 40 bentuk boleh dipilih. Atau e-mail saya di shinarostam@yahoo.com.
Range price antara rm40 hingga rm88. Sekiranya ingin menambah atau menukar mengikut citarasa anda perlu membayar lebih sekiranya ada kos tambahan.

Lebih banyak gambar-gambar di dalam http://inibelogsaya.blogspot.com/ silalah ke sana.

TRIFFLE! TRIFFLE! TRIFFLE!

Scene 1.


Liana : Hello ma, triffle yang mama buat tu ada lagi tak?

Mama : Ehmm dah tak dalah, kenapa gurl?

Liana : Tak lah kalau ada lagi, khairi nak singgah.

Mama : Semalam mama siap buat nasi beryani tomato dan ayam merah, Liana
tak ajak khairi datang.

Liana : Semalam dia sibuk. Kalau tak da tak palah. ok bye.


Scene 2


Alisya : Mama sapa nak datang?

Mama : Ehmmm sapa nak datang?

Alisya : Yalah tu mama buat triffle, ada orang nak datang ke?

Mama : Taklah. Tak da sapa nak datang. Buat makan sendiri jer.

Alisya : Yeayyyyyy!!!!!!! dapat makan triffle.




Triffle ni memang buat saya teringat-ingat. Last weekend buat tak sempat nak menikmati dengan santai tengok-tengok dah licin. Dalam hati berkira-kira yang saya nak kena pergi tesco ni, beli kek span, spc fruit cocktail, susu cair ideal, konyaku jelly, buah strawberi, kacang macadamia untuk saya buat triffle.

Jiran dekat rumah ni, suka sangat order triffle saya. "Kak Shina, boleh tak Nik nak triffle empat bekas". "Eh janganlah sampai empat bekas Nik, Kak Shina boleh buat dua bekas je". Sebenarnya yang dua bekas tu untuk makan saya sekeluarga. Setiap kali ada order, saya akan buat extra untuk makan sendiri. Ehmmm memang nyaman makan triffle yang disimpan semalaman dalam peti sejuk...




Lapisan pertama kek span dan home made pes buah
strawberi.



Lepas tu, tuang konyaku jelly.




Lapisan ke 3 tuang bancuhan custard dan fruit cocktail
dan hias dengan buah peach.


Lapisan ke 4 sapu whipping cream dan tabur dengan
kacang macadamia.


Yang akhir, tuang sedikit baki konyaku jelly dan
hias dengan buah peach.

























Sunday, September 20, 2009

SELAMAT AIDILFITRI BUAT SEMUA

Moga syahdu di aidilfitri ini
Segala dendam terlerai
Segala sengketa dilupakan
ikhlas kemaafan kuhulurkan
Keampunan dari mu jua kuharapkan



Selamat aidilfitri dari Nani sekeluarga
Jemputlah datang ke rumah.

Tuesday, September 8, 2009

KUIH RAYA ONLINE www.nanirostam.blogspot.com

KUIH RAYA ONLINE www.nanirostam.blogspot.com


Kuih raya dan bersiap sedia untuk di ambil oleh bakal tuan yang baru, di tayang di atas para kabinet dan di susun di atas meja sebelum di nikmati keenakannya di satu syawal.

Kepada sesiapa yang sudah membuat pembayaran mahupun yang belum, sila datang ke rumah untuk mengambil kuih raya anda. Sila telefon saya di talian 012 3959779 sebelum datang ke rumah.

Jangan lupa bawa slip bank untuk yang sudah membayar deposit sebagai pengesahan pembayaran. Jika anda telah menghilangkan slip bank tersebut, maka anda perlu menunggu saya membuat print out bank statement dan akan menalipon anda kemudian.

Sekian terima kasih dan jumpa saya di rumah saya.

Saturday, September 5, 2009

Jom ke Pulau-Pulau, di Sabah.

Ha penat-penat...tak pa pc pun dah ada depan mata. Tengok gambar-gambar pergi ke Pulau di Sabah ni memang terimbau keseronokan bercuti tempohari. Walaupun saya tak bawa baju spare untuk mandi, sekadar duduk berehat-rehat di tepi pantai yang pasirnya putih dan cantik memang sungguh mengasyikkan.

Berkobar-kobar semangat nak bawa family pergi bercuti ke Pulau-pulau di Sabah lepas ini. Lagi satu tempat yang tak berkesempatan nak saya nikmati keindahannya ialah Kinabalu Park iaitu terletak di kaki Gunung Kinabalu. Tengoklah nanti kalau ada peluang dapatkan tiket Air Asia yang murah-murah, insyallah saya akan bawa keluarga bercuti di Sabah. Menurut seorang kenalan baru saya, kak Fariza, editor Majalah Perempuan, Rose Cabin di Kinabalu Park menawarkan kos penginapan yang agak berpatutan dan lokasi yang strategi.

Paling saya semangat nak bawa anak-anak bercuti ke pulau-pulau di Sabah, ialah harga tambang kapal terbang yang sangat murah bila kita beli semasa sale dan pulau-pulau yang sangat cantik pantainya dan air laut yang sangat jernih hingga menampakkan ribuan ikan-ikan yang pelbagai spesis bermain di gigi air sambil kita campak roti kering lalu ikan-ikan itu mengerumuni kaki.

Apa yang paling menakjubkan bagi saya ialah, pertama kali saya melihat pantai yang dipenuhi dengan meja makan yang muat 10 kerusi dan terdapat banyak section buffet barbeque. Kalau tak silap saya, setiap seorang di kena bayaran rm38 untuk hidangan buffet tersebut.


Jadi apalagi, makan, kemudian berehat sambil tidur-tidur ayam dan bangun makan lagi. Kami di minta berada di situ selama 3 jam. Memang puaslah makan. Apatah lagi makan free...hehe


Saya ketika di Pulau Manukan


Bergambar sajelah...tak dapat mandi laut....uhuk-uhuk



Ingat lagi sapa dia ni?


Ketika sampai di Pulau Sapi
Tengok-tengok jernihnya air...banyaknya ikan cantik.
Ribuan ikan-ikan....

Makan time...satay pun ada....

Ikan tadi dah kena bakar....

Kak Fariza, Suzanne, Rina Tan dan yang suka makan....



Pegawai dari Kementerian Kebudayaan, yang saya ingat Hairuddin
sebab dia tu jowo, ngomong jowo wae....




Peninggalan sisa-sisa bom

Sanctuary Lodge Resort




Muka-muka tak mandi.....


Sambung makan lagi.....

Cantiknya....yang kat belakang tu...


Kebanyakan yang tinggal, orang finas, orang surat khabar dan orang majalah dan orang rumah. eh, surirumah...hehe


Jom kita ke sana.















































Thursday, September 3, 2009

Pemgumuman,pengumuman kali ke 2

Sesiapa yang ingin, sudah atau belum membuat tempahan sila menelefon saya terus untuk bertanya mengenai kuih atau nombor akaun bank saya. Sila telefon 0123959779 dan dapatkan pengesahan nombor akaun bank dari saya sebelum membuat sebarang pembayaran atau pendepositan ke dalam akaun bank.

Terima kasih.

Wednesday, September 2, 2009

Pengumumam, Pengumuman.







Sibuknya saya dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Keputusan untuk membuat pengubahsuaian rumah saya di saat-saat akhir menjelang bulan puasa menyebabkan keadaan rumah saya macam 'tongkang pecah' dan menyebabkan urusan membuat kek dan sebahagian kuih raya menjadi tidak begitu lancar kerana saya terpaksa memasak di luar rumah.




Minta maaf kepada sesiapa yang ada menelefon dan hantar sms untuk membuat tempahan kuih raya 'last minute' tetapi tidak berjawab. Walaubagaimanapun, saya menyimpan nombor telefon anda semua untuk saya hubungi sekira ada kuih raya extra nanti.



Terima kasih kepada pembaca blog saya yang setia mengikuti blog saya ini dan membuat tempahan kuih raya dengan saya dan juga kepada yang begitu berani mencuba strawberry moist chocolate kek serta strawberry fresh cream cheese kek saya. Saya amat gembira sekiranya anda suka kek yang anda tempah dari saya tu. Yeah, yeay...



Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kepada sesiapa yang sudah memasukkan duit ke dalam akaun saya, sila telefon saya minggu hadapan bermula dari 9 hb September 2009, saya menjangkakan semua kuih dapat di edarkan bermula tarikh tersebut kepada sesiapa yang membuat tempahan awal. Jangan lupa, sila bawa slip bank untuk pengesahan ketika mengambil kuih nanti.



Kepada sesiapa yang lewat membuat tempahan, anda masih boleh sms nama dan senarai kuih, untuk saya hubungi sekiranya ada kuih extra untuk anda. Jangan risau saya sedaya upaya akan memenuhi semua tempahan Insyallah.




Selamat berpuasa.

Sunday, August 30, 2009

KITA SERUPA

Terhambur berselerakan
pecah terbang melayang berbaur angin
tak mahu ku biar menikam dinding hati
mencucuk segenap ruang
bertubi-tubi

sedang kau
tidak pernah lelah
dulupun begitu
sekarangpun begitu

nista yang berulang-ulang
kau taburkan lagi
rasa kejimu
terlekat pada kulitku
pada rambutku
pada hujung kakiku

namun
mengapa jijikmu masih mahu mengongsi ranjangku?

Terhambur berselerakkan
pecah terbang melayang berbaur angin
tak mahu aku biarkan menikam dinding hati
mencucuk segenap ruang
bertubi-tubi

sedang aku
tidak pernah lelah
dulu pun begitu
sekarang pun begitu

tepisan yang berulang-ulang
ku luahkan lagi
rasa benciku
terlekat pada hatiku
pada jiwa ku
pada mataku
namun
mengapa benciku masih mahu mengongsi malammu?

Rasa meluatku yang memual
Rasa hinamu yang meloya
Kita telan jadi sebati dalam darah
busuk jadi nanar

Mungkin memang KITA SERUPA...

Bahkan kita memang dayus
Nah...kita serupa.....

Tuesday, August 25, 2009

Make-up Artis Oh Makeup artis

Kadang-kadang kalau tak kena gayanya, seseorang make-up artis boleh mengharu birukan wajah anda yang anda berangan boleh jadi macam model iklan kosmetik Channel, Christian Dior dan sebagainya. Make-up artis, sepatutnya berbakat menjadikan wajah seseorang yang cantik bertambah anggun dan yang kurang cantik kelihatan anggun.


Bukan sekali dua, bahkan dah berpuluh kali Hanis bergelumang dengan debu bedak asas dan pemerah pipi yang membuat pipi dia nampak macam kena beguk, rungutnya. Serta pembayang mata yang membuat mata dia nampak macam anak cina pakai bunga sena yang baru bangun tidur.

Ini yang membuatkan Hanis semakin tidak percaya kepada kebanyakan jurumekap yang digelar professional berbanding dengan mekap saya dan sering mendesak saya menjadi bidan terjun dari mencalit berus ke atas bancuhan kuning telur untuk di sapu pada jem tart kepada mencalit-calit berus untuk membesarkan lagi mata Hanis yang tak berapa nak besar tu. heh.



Perbezaan mekap oleh saya dengan mekap jurusolek profressional.Akibat tangan jurumekap yang digelar professional itu, mata Hanis yang tak berapa nak sepit tu menjadi macam mata anak cina pakai bunga sena. (Gambar dari majalah tersebut tidak saya sertakan di sini)



Hidung Hanis yang agak mancungpun boleh jadi bentuk bulat macam buah jambu.(Sila rujuk dari gambar Hanis yang keluar kat majalah-majalah)



Dan dagu Hanis yang terkenal dengan runcingnya itu pun jadi nampak macam kena beguk, rungut Hanis. (Yang nampak macam kena beguk tu ada dalam majalah keluaran terkini.)


Friday, August 14, 2009

Kota Kinabalu, Here I Come...

"Mama, please come here, I need you.' sms daripada Hanis membuat saya tak senang duduk. Mula cadang memang nak temankan Hanis ke Kota Kinabalu untuk FFM 22. Tapi kenangkan tempahan kek yang banyak, kenangkan Daleeya dan Arissa, kenangkan transport budak-budak sekolah mana boleh cuti, maka niat nak ke Sabah tu saya padamkan cepat-cepat.



Tapi sms bertalu dari Hanis betul-betul buat saya serba salah. Saya tanya Liana, 'gurl boleh tak Liana tolong siapkan strawberry moist chocolate kek tu?' 'Liana tinggal nak coat cooking chocolate je' pastu, parutkan chocolate, tabur icing sugar dan hias dengan stawberry'. Saya pun ajar Liana macam mana nak potong kek tu, nak sapu melted chocolate.



Alamak baju nak pakai banyak yang belum basuhla...mesin pengering rosak pulak. Tak pa, malam tu jugak saya basuh baju-baju tu dan jemur bawa kipas. Keesokannya, sebaik kedai pakaian di Tesco, buka, saya pun menyerbu mencari dua pasang baju kurung pesak gantung untuk saya pakai di majlis-majlis FFM itu nanti.



Liana, Imran, Hafiz, Alisya, daleeya, arissa dan Khairi dah menunggu saya untuk terus bergegas ke terminal LCCT. Pergi ke kaunter tiket, dan terkejut sekejap...mahalnya tiket Air Asia ke Kota Kinabalu pergi 6 Ogos, balik 9 Ogos rm900 ++. Alamak dik tak da yang paling murah lagi ke dik? Ada tapi kena balik 10 Ogos harga rm719...



Nak beli ke tidak...orang beratur menunggu giliran panjang berjela. Okeylah dik, akak naklah pergi 6Ogos, pukul 2 dan balik 10 Ogos pukul 2 jugak.



Mak mana tak risaukan anak......tambahan lagi anak minta bantuan.

Bila terkenang baju Hanis dari CARVEN ONG dan CARL NG yang sangat vogue tu, saya terfikir, saya perlu ke Kota Kinabalu, semata-mata untuk make upkan Hanis.

Thursday, July 30, 2009

SANTAI.........

Dah lama tak keluar malam dengan cik abe....lepas hantar kek di Subang Jaya, kami terus menyinggah di Geylang Kopitiam.

Banyak betul perkara kami bualkan. Saya dengan suami ni macam tak boleh berenggang. Macam je la kan.

Sebenarnya, kalau suami saya keluar ke manapun saya tak tahu. Sebab dia suka sangat bagi tahu in advance. Saya pulak memang tak masuk dalam kepala. Tak pernah nak ingat apa dia cakap. Banyak sangat benda nak fikir.

Esok berapa biji kek nak kena buat. Lusa berapa biji? Sapa yang order?Bila nak mop lantai, mana nak cari strawberri (tiba-tiba semua kedai tak ada strawberri). Esok hari apa? Sekarang pukul berapa? takut kedai jual barang kek tutup. Kotak dan papan kek cukup ke? Ala macam mana nak bawa Daleeya dengan Arissa pergi hantar dan ambik budak-budak sekolah ni. Ada jugak tu bila nak pergi sungai buluh beli baja pokok. Dan macam-macam lagi.

So lama-lama bila dia nak keluar, dia just keluar. Tapi kadang-kadang tu NAK TERBAGI TAHU JUGAK......



Dialog antara saya dan cik abe ni memang tak ada cover-cover punya....


SCENE 1

Dear : Dear, Hari Jumaat ni, kul 9 pagi i kena pergi Melaka dengan kawan i.

Saya : Buat apa kat Melaka. Ada projek ke?

Dear : Meeting, pasal projek sekolah.

Saya : Agak-agak boleh dapat ke projek tu?

Dear : Ala ni lambat punya cerita, kalau nak dapat pun hujung tahun.



Bila tiba pagi Jumaat....



Saya : Dear, pagi ni boleh tak, lepas sarapan you tolong belikan i butter? I banyak tempahan kek.Lagipun sapa nak jaga budak2 ni, Liana ada hal.

Dear : You ni kan tak faham-faham ke? Kan i dah kata pukul 9 i nak pergi Melaka.
You jangan nak minta tolong i apa-apa. I dah cakap awal-awal. Kalau you ada
hal you, you buatlah apa you nak buat. You jangan kacau i!


Aduh, kecut perut dengar suara macam guruh berdentum tu. Pagi-pagi dah kena herdik.Kecik rasa diri tu.... Dalam hati "hish napolah laki den ni garang sangat. Dio ingat dio yo garang. Den pun garang jugak. Kalau den pogang pistol ni dah lamo den tembak

Saya : La you nak pergi melaka ke? lupalah i....(lembut je suara saya, cuba nak kawal situasi tegang)




Dear : Kan i dah bagi tahu. Tak gunalah bagi tahu you ni. Buang masa I je!





Saya : I terlupa lah. Banyak benda i nak fikir. (Rasa jengkel sebab benda kecik2 macam ni pun dia nak marah marah)





Dear : You fikirlah sendiri macam mana nak buat. Susahlah cakap dengan you ni.
Lain kali tak payah cakap apa-apa dengan you ni.


Kemudian suami saya pula berlalu tinggalkan saya yang melayan perasaan geram dek kena herdik.

10 minit kemudian, tiba-tiba suami saya muncul depan pintu.

Dear : Dear! oh dear!, kejap....



Saya : Asal? tak jadi pergi ke

Dear : Jadi. You nak guna butter tu cepat ke?





Saya : Tak palah nanti i fikirlah macam mana nak pergi beli.





Dear : Kalau you belum nak guna sekarang ni, you tunggulah, nanti i balik dari Melaka, i singgah belikan.

Saya : (Dalam hati, dalam hati je lah kan....)Eh loving mebing pulak laki aku nih. Nape nada suara tu tiba-tiba tukar, macam suara suami dah kena queen control dengan isteri pulak. Kalau dari tadi macam tu kan, sojuk porut den dongar........

Itulah saya dan suami saya. Saya lembut tapi keras hati dan suami saya baran tetapi lembut hati. Kami ni kalau bertemu, pasti ada saja perkara hendak dibincangkan. Walau selalunya berakhir dengan perdebatan yang masing-masing tak nak kalah.

Yang sebetulnya saya dan suami ni pantang bersua atau bersama. Tak kira di mana, ada saje perkara jadi isu. Kalau kat rumah, pantang saya nampak kelibat dia, pasti saya kejar untuk ajak bersembang. Macam tu jugak dengan dia. Kalau dulu, pagi-pagi dia ajak saya sarapan di luar sama-sama. Tapi sekarang jarang dah... sebab kalau keluar dengan dia, pukul berapa nak balik. Banyak betul benda nak buat kat rumah tu....kang satu benda pun tak jadi....

Berbalik Geylang Kopitiam, sebelum sampai kat sana , kami lalu depan sebuah rumah teres lot tepi, yang sebelah tepi belakang rumah tu, ada dibina sebuah rumah kecil dinding batu, siap dengan lubang batu bentuk bintang, mungkin di buat stor menyimpan barang agaknya.


SCENE 2


Saya : Eh kalau tengok rumah kecil macam tu teringat tandas kat kampung kita dulu-dulu kan.... (nak recall zaman kecik-kecik dulu)





Dear : Kampung youlah kampung i mana ada!





Saya : (Dalam hati, tak boleh belah kalau tak condenm isteri sendirikan) Eh ye ke? orang johor je ke tandas kat luar? Orang kedah tak ek? Eee apa pulak...kat kedah pun ada kan....





Dear : Eee dear kampung i mana ada...sorryla....





Saya : Heyyyy....kampung you memanglah....kampung you kat Alor Setar...kan bandar.. dah ada api air... tak kan lah....tapi memang orang utara tak buat tandas kat luar ke?





Dear : Eh HA...AH la...dulu rumah opah i kat Taiping kan tandas kat luar, you pernah pergi rumah opah i kan..., kan tandas dia kat luar...




Saya : Tahu tak apa....Tulah dari tadi i rasa macam tak mungkin.....tak kan cuma orang johor je tandas kat luar...






Dear : I ingat lagi masa tu bila cuti i pergi rumah opah i...masa tu i darjah satu. You kalau nak terberak janganlah berak pagi-pagi buta, masa apek cina angkut tong taik. Ada sekali tu, tiba-tiba pukul 6 pagi i rasa nak terberak. Tengah-tengah dok huuk tu, datang apek cina angkut tong taik tu..





Saya : Iya, habis tu macam mana?





Dear : Habis tu nak buat macam mana? Dia angkat je lah... Lepas tu arwah opah i pesan, lain kali, kalau dengar apek cina tu datang, hang pa buatlah suara berdehem....





Saya : (Hehehe mengelekek saya ketawa).. oh buat apa dia angkat tong taik tu?...





Dear : La...dia pergi buang la.... bulan-bulan arwah opah i bayar...





Saya : Ada jugak you nostalgia tu kan......patutlah selalu orang cakap "from Taiping with love". Banyak betul nostalgia duduk Taiping.







SCENE 3



PASAL KUCINGPUN BOLEH JADI ISU...





Dear : Kucing-kucing ni semua bila you nak bagi kat orang?...
Saya : Buat apa nak bagi kat orang, sayangla....





Dear : Sayang-sayang....orang bela seekor cukupla..konon nak rumah cantik...habis sofa kena cakar, nak jalan kat laman pun susah, ada je taik kucing...sibuk nak bela banyak-banyak.


Saya : Tak pa dear part-part terkena taik ni bagus...nak dapat duit lah tu, murah rezeki you..

Dear : Eh tak tak da tak da....pandai sangat you......

Saya : Ala i sibuk, tak da masa nak beli pasir kucing, Kalau you ada masa you belilah....

Dear : Dah tahu sibuk buat apa nak bela banyak-banyak. Bagi je kat orang....

Saya : Oklah oklah, nanti i buat barter trade kat internet, 15kg Iams x 2.

Dear : Tak payahlah sampai 15kg x 2, mana ada orang nak?...

Saya : Tak nak sudahlah lagi bagus....kucing ni rezeki tau, kesayangan nabi Muhammad. Tengok sejak banyak bela kucing, alhamdulillah projek you berhasil, projek i pun berhasil.

Dear : Ah tak da kena mengena lah....

Saya : Adaaa......


Tulah selalunya kita ni dengan pasangan kita ni tak sama minat dan karektor. Seorang suka kucing, seorang tak suka. Seorang tak makan pedas seorang makan. Seorang pendiam, seorang peramah. Seorang baran, seorang lagi penyabar...Itulah yang mewarna rona terang dan gelap rumahtangga kami......


Di sini semua gambar anak-anak dan antara kucing-kucing kesayangan....kucing-kucing ni sangat pandai, terutama yang baka siam.

Hanis cukup marah yang ini nama asal Danda Sang Utama, panggil Danda...owner baru pergi tukar nama lain pulak. Reyous ke apa ntah!So bila kita pergi melawat,kita cakap danda yang dia cakap lain, so dah tak dalam common.Bising Hanis, tak tepat janji katanya.Nak buat macam mana dah jadi orang punya...masa belum dapat tu memangla......

Ada yang seekor lagi tu Damak Sri Mersing.Panggil Damak. Gambar tak ada kat sini...itupun Hanis sedih jugak, owner baru dah tukar jadi shawn....sabar je lah.....

Darla dan Matilda

Dolce dan Darla
Dolce Vita
Matilda dan Darla

Dewatta Arjuna. Panggil Dewa

Hafiizhullah Ariif dan Darla Little Rascal

Yang ni dah bagi kat Annur, nama antara mambo, merlin dan maskulin
Dolce dan Darla
Maduri, Matilda, Darla dan Dolce




Dewa

Suri, kucing orang buang belakang rumah, masa tu, setiap hari terpaksa saya suap makanan bagi dia kuat dan alhamdulillah survive....



Annur, tolong bagi tahu yang ni sapa nama antara mambo, merlin dan maskulin, seperti yang dipersetujui bersama agar stick dengan 3 nama tu.


Dan yang corak tiger ni sekali........


Tengok, Philip, orang yang bagi kat saya nama tu saya kekalkan nama tu.....Lain kali kalau jumpa orang tu, "Hai philip apa khabar, philip baik, datangla tengok Philip". tak gitu.....


Darla dan Dewa



Matilda dan Maduri