Sunday, August 30, 2009

KITA SERUPA

Terhambur berselerakan
pecah terbang melayang berbaur angin
tak mahu ku biar menikam dinding hati
mencucuk segenap ruang
bertubi-tubi

sedang kau
tidak pernah lelah
dulupun begitu
sekarangpun begitu

nista yang berulang-ulang
kau taburkan lagi
rasa kejimu
terlekat pada kulitku
pada rambutku
pada hujung kakiku

namun
mengapa jijikmu masih mahu mengongsi ranjangku?

Terhambur berselerakkan
pecah terbang melayang berbaur angin
tak mahu aku biarkan menikam dinding hati
mencucuk segenap ruang
bertubi-tubi

sedang aku
tidak pernah lelah
dulu pun begitu
sekarang pun begitu

tepisan yang berulang-ulang
ku luahkan lagi
rasa benciku
terlekat pada hatiku
pada jiwa ku
pada mataku
namun
mengapa benciku masih mahu mengongsi malammu?

Rasa meluatku yang memual
Rasa hinamu yang meloya
Kita telan jadi sebati dalam darah
busuk jadi nanar

Mungkin memang KITA SERUPA...

Bahkan kita memang dayus
Nah...kita serupa.....

6 comments:

iQa said...

Auntie, xde resepi baru nak kongsi ke? share la auntie..most of ur recipe sy dah cuba and ur PENANG ASSAM LAKSA dah jadi one of my favourite to cook.. teehee... thanx auntie bg resepi sodap itu ye..
have agud day (^_^)

buzz said...

hurm...
y anti?
sungguh bermakna karangan puitis itu....

hatim a.r said...

aunty!!sudahlah pandai memasak,pandai memekap,pandai menghias skarang puitis pula!jelesssssssssssss

Nazirah said...

Salam Kak Nani...

Puisi Kak Nani sgt dalam..
Harap segala gundah lenyap di Ramadhan yg berkat ini.. Semoga org itu *whoever the person is* mendapat petunjuk dari Yang Maha Kuasa..
Moga Allah lindungi Kak Nani sekeluarga..

Eer,done lagi tak order cookies? Dapar lepas Raya pun tak per..

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

Jom.

fazlinil irma said...

serba boleh auntie ni..

auntie takde niat ke nak bukak kelas masakan..?