Wednesday, September 2, 2009

Pengumumam, Pengumuman.







Sibuknya saya dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Keputusan untuk membuat pengubahsuaian rumah saya di saat-saat akhir menjelang bulan puasa menyebabkan keadaan rumah saya macam 'tongkang pecah' dan menyebabkan urusan membuat kek dan sebahagian kuih raya menjadi tidak begitu lancar kerana saya terpaksa memasak di luar rumah.




Minta maaf kepada sesiapa yang ada menelefon dan hantar sms untuk membuat tempahan kuih raya 'last minute' tetapi tidak berjawab. Walaubagaimanapun, saya menyimpan nombor telefon anda semua untuk saya hubungi sekira ada kuih raya extra nanti.



Terima kasih kepada pembaca blog saya yang setia mengikuti blog saya ini dan membuat tempahan kuih raya dengan saya dan juga kepada yang begitu berani mencuba strawberry moist chocolate kek serta strawberry fresh cream cheese kek saya. Saya amat gembira sekiranya anda suka kek yang anda tempah dari saya tu. Yeah, yeay...



Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kepada sesiapa yang sudah memasukkan duit ke dalam akaun saya, sila telefon saya minggu hadapan bermula dari 9 hb September 2009, saya menjangkakan semua kuih dapat di edarkan bermula tarikh tersebut kepada sesiapa yang membuat tempahan awal. Jangan lupa, sila bawa slip bank untuk pengesahan ketika mengambil kuih nanti.



Kepada sesiapa yang lewat membuat tempahan, anda masih boleh sms nama dan senarai kuih, untuk saya hubungi sekiranya ada kuih extra untuk anda. Jangan risau saya sedaya upaya akan memenuhi semua tempahan Insyallah.




Selamat berpuasa.

10 comments:

cik CumeY said...

assalamualaikum..

mesti aunty busy kan??
waah....
selamat berusaha aunty...
ct dah jadik follower aunty lagik..
sbb suke sgt kat aunty kowt...
hahahaha...

aunty...
kalo peanut butter sandwich ader kosong bgtau ct yer?
mau gak try kuih raye aunty..
kalo tader tape..
raye ct dtg rase..
hihihii...

ok..
take care aunty..
semoga business makin bagus..
aminnn...

wake me for meals said...

kalau nak order choc chip ngan nestum rasperry boleh lagi tak?

Mimie Azrin said...

salam kak nani,

saya confirm order ye :-

1. choc crumpy - 500 biji
2. hazel truffle - 100 biji
3. almond london - 100 biji
4. semperit - 50 biji
5. choc chip - 100 biji
TOTAL = 850 biji (RM476)

=============================

kalau confirm harga ni, saya nak bank-in kan selewat2nya petang esok.

Mimie
0127304083

Fitriyah Yunus said...

Kak nani, Kalau terhilng slip bank-in tu camne ye?

Fitriyah Yunus said...

Kak nani, Kalau terhilng slip bank-in tu camne ye?

cindataman said...

Salam Aunty.

Saya Ima, yang order choc kek 30hb lepas.
lazat sangatlah kek itu
dah makan kek, minum pulak susu full cream.
pergh!
sayang nak habiskan.
selalu makan lepas teraweh.
hehe.

Terima kasih kerana menggembirakan hari ulangtahun kelahiran saya yg lewat 20-an ini :)

Ima.

Mimie Azrin said...

saya dah bank-in pada akak semalam. maybe isnin baru masuk.

mimie
0127304083

Fleux ER said...

salam auntie..

kalau sy deposit ke account auntie guna cimbclicks..
perlukah resit sbgai bukti??

tq~

NaniRostam said...

Cik Cumey : Hehe memang busy. Ala aunty pun minat kat cik cumey. cantik sangat, kalau dah buang lagi la..tengok nanti kalau dapat aunty gi tau.

Wake me for a meal : Tak pa lagi 3 4 hari nak raya call tanya ek.

Mimie : Hari tu ada call akak minta ac no kan.Jangan lupa bawa resit. tks.


Fitriyah : Ni kes naya ni...nanti aunty call dulu.

Flux ER : kalau pakai CIMB clik pun kena call aunty untuk tanya ac nombor. Lepas bila dah masuk mesti CIMB hantar sms kata duit dah transfer kat ac aunty.itulah buktinya.

Iena said...

assalamualaikum.

aunty, kuih muih aunty buat sorang diri ke?
atau upah orang?

heheee^^