Berkobar-kobar semangat nak bawa family pergi bercuti ke Pulau-pulau di Sabah lepas ini. Lagi satu tempat yang tak berkesempatan nak saya nikmati keindahannya ialah Kinabalu Park iaitu terletak di kaki Gunung Kinabalu. Tengoklah nanti kalau ada peluang dapatkan tiket Air Asia yang murah-murah, insyallah saya akan bawa keluarga bercuti di Sabah. Menurut seorang kenalan baru saya, kak Fariza, editor Majalah Perempuan, Rose Cabin di Kinabalu Park menawarkan kos penginapan yang agak berpatutan dan lokasi yang strategi.
Paling saya semangat nak bawa anak-anak bercuti ke pulau-pulau di Sabah, ialah harga tambang kapal terbang yang sangat murah bila kita beli semasa sale dan pulau-pulau yang sangat cantik pantainya dan air laut yang sangat jernih hingga menampakkan ribuan ikan-ikan yang pelbagai spesis bermain di gigi air sambil kita campak roti kering lalu ikan-ikan itu mengerumuni kaki.
Apa yang paling menakjubkan bagi saya ialah, pertama kali saya melihat pantai yang dipenuhi dengan meja makan yang muat 10 kerusi dan terdapat banyak section buffet barbeque. Kalau tak silap saya, setiap seorang di kena bayaran rm38 untuk hidangan buffet tersebut.
Jadi apalagi, makan, kemudian berehat sambil tidur-tidur ayam dan bangun makan lagi. Kami di minta berada di situ selama 3 jam. Memang puaslah makan. Apatah lagi makan free...hehe
Saya ketika di Pulau Manukan
Bergambar sajelah...tak dapat mandi laut....uhuk-uhuk
Ingat lagi sapa dia ni?
Ketika sampai di Pulau Sapi
Tengok-tengok jernihnya air...banyaknya ikan cantik.
Makan time...satay pun ada....
Ikan tadi dah kena bakar....
11 comments:
sis nani,
bila pi sabah ni? bestnya pulau sapi tu ye.. jauh tak from kk?
Teingin nya nak pegi snorkelling..
Kak Nani bila ke Pulau Manukan ni?..saya pernah 2 - 3 kali ke pulau Manukan.. terlepas peluang terjumpa Kak Nani..uhuhu
Kalau nak ke KK, Sabah bagitaulah..manatau boleh jalan sama2..^_^ huhuhu
nak ikut....plan la...saya kk pernah sampai kat bandar kk jer...then p philiphines market....
bila tah nak gi snorkling ni..huhu..
cantik la k.nani ni.. nampak mudaaaaa jek wlaupun dah beranak ramai..hehe
auntie...saya akan ke sabah bln 11 ni...pegi dgn kwn2..hehe...first time nak travel sendiri..
auntie...auntie tersgt cantik..tersgt cantik! hehe
aunty, ain ni. yang datang ambil kuih tadi. (7.9.09) nnti gi sabah datang rumah yeeee...
View2 tu sume dah tenggelam ngan Gambar makcik cantek!!! isk...
patut la anak cantik, mak lagi cantik upenyer..hehehe, nak panggil akak la plak..hehehe..anyway, memang best kat sabah tu, byk tempat menarik...
p kwsn Ranau plak, kat situ lg byk tempat menarik..huhu
ada banyak options yang murah-murah kat area kundasang selain dari rose cabin tu....
my recommendation is philip garden chalet..sesuai untuk bawak family...unik sebab dalam kawasan kebun sayur and u can pick up the vege and masak (kalau kebetulan sayur tu dah besar)
salam kak,sori kalau soklan ni sensitive...saya cuma nak tau..berapa berat akak eh?seluar size akak berapa?sebab saya rasa badan saya macam akak..tapi msalahnye skunk susah nak cari seluar jeans...mane akak selalu cari seluar jeans eh...lagi satu akak ni pandai bergaya la..mana akak belajar eh.tinggi saya 157cm,berat 62 kg..mebe akak lebih kurus dari saya..if u don mind to share with us...huhuhu..tapi akak ni lawa..ade tips x?akak pernah gemuk x dulu?kalau pernah,camne akak kuruskan badan ye?
cantik la akak ni...so sweet.
Post a Comment