Thursday, December 31, 2009

IBU MENGANDUNG JANGAN LANGGAR PANTANG

Pengalaman banyak mengajar saya menjadi seorang yang cekal. Ketika baru mencecah usia 20 tahun saya mengandung anak pertama. Dan ketika usia 21 tahun saya melahirkannya. Sepanjang tempoh itu ibu saya langsung tidak pernah datang menjenguk apatah lagi hadir ketika saya melahirkan anak.

Bukan sahaja ketika saya mengandung dan melahirkan ketujuh-tujuh anak dan sepanjang berpantangkannya, ibu saya tidak hadir, bahkan ketika anak kedua saya meninggal ketika masih di hospital selepas seminggu dilahirkan pun ibu saya tidak mahu hadir dengan alasan ayah saya baru dua minggu meninggal.

Dari mula saya pasrah. Begitu juga dengan suami saya. Kami lalui segala kesulitan dengan penuh ketabahan. Begitu juga anak-anak saya. Ketika saya mengandung dan melahirkan, suami dan anak-anak sentiasa menjaga saya waktu di rumah mahupun ketika di hospital.

Pun begitu saya tetap bersyukur kerana mempunyai suami yang setia dan bertanggungjawab serta anak-anak yang begitu memahami segala situasi yang kami hadapi. Dan alhamdulillah saya pula menjalani proses mengandung dan melahirkan ketujuh-tujuh anak saya dengan mudah dan lancar tanpa sebarang komplikasi. Maka apa yang terjadi memang ada hikmah disebaliknya.

Walaupun tanpa bantuan dan panduan seperti yang insan lain perolehi, namun saya kutip segala ilmu dan panduan melalui pembacaan dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman.

Justeru itu untuk melahirkan anak yang sihat dan bijak anda harus memulainya ketika dari dalam kandungan lagi. Melalui pengalaman saya ketika mengandung ;

1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.

2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.

3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.

4.Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah

5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.

6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.

7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.

8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.

9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.


10. - Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.

Memang banyak terjadi kelahiran yang begitu akibat langgar pantang, walaupun itu semua adalah kebetulan sahaja, namun saya memang jaga untuk mengelakkannya kerana 'at the end of the day' saya juga yang akan menempuh susah payah bersalin. Jadi kalau ada petua mengelakkannya., 'why not?' Bukankah Allah Maha Kaya. Mungkin Dia nak tunjuk atas kedegilan kita. Allahualam.

- Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.

- Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.

- Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.

11. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.

Insyallah, Allah Maha Kaya lagi Maha Mendengar, apa sahaja doa dan harapan kita terhadap anak-anak yang bakal dilahirkan, pasti akan termakbul.

23 comments:

bunga said...

saya rasa petua makan kacang hijau tu menjadi untuk hanis! :)

Ezany said...

Saya pun sepanjang pregnancy amalkan surah2x yang disebutkan,
Mahu benar dgn anak lelaki, jadi saya lebihkan baca surah yusuf.
Sudah hampir mahu melahirkan, saya amalkan surah yasin hampir setiap hari..alhamdulilah, syukur alhamduliah, Allah yang Maha Pengasih berikan kemudahan dan anak yang kurang ragam.Sekali lagi alhamdulilah.
*Tiba-tiba mahu kongsi pengalaman :)

♥Hernee Nazir♥ said...

tq 4 d info..sy nkcube amlkn ape yg sis amlkn..

fattybombom said...

ma'am,

your relationship with your mom reminded me of the one I have with my mom...

ibusinga said...

salam kenal...
menarik2nya petua2...
nanti kita visit2 lagi..
:)

norhaliana said...

Salam kak nani,

Thanks for posting this entry. It's very meaningful for me..

kdee said...

thanks auntie.saya suka petua2 yg auntie bg..eventhough saya belum kawen lagi,at least there are few things yang boleh dijadikan panduan.tq auntie

cik EPAL said...

waa...nice...nanti before nak bersalin leh amalkan..hehehe...auntie...u look so young...how old are you??? (sebok pula tanya umur orang) hehe...


nnice blog anyway :)

mamashasha said...

Salam kenal kak..sesuai benar title blog akak ni dgn
Rupa paras pemiliknye..akak cantik & manis sekali.bertuah suami
& anak2 akak. Izinkan sy jadikan
Akak ikon isteri & ibu zaman yg serba mencabar ni.
W\pun beza usia akak dgn sy 13tahun tak terluah sy nk
Panggil auntie...anyway tq 4 the gud info..yg pasti sy
Akan kembali lagi...

mangkuk statik said...

1. Bagi aku pantang2 ni terutamanya bab makan2 tu almost all merepek dari segi saintifiknya (except for folic acid). Tapi klau my wife buat, aku tak halang. Dia yg pregnant, so pandai2lah dia lah kan.
2. Amalan dari segi bacaan al-Quran dsbnya, kalau dunia yg kita mintak, dunia lah yg kita dapat (tgk niat kita lah kan).
3. Tapi thanks anyway sebab meng-listkan pantang larang melayu sewaktu pregnant ni dengan detailnya. Dah lama carik tapi tak jumpa.
4. Puan pernah dengar dak org melayu pangil setangh makan tu "panas' dan setenagh tu "sejuk". Jadi bila kene penyakit tu, kita kene makan ikut kategori hot/cold makanan tuh. Boleh dak puan listkan senarai hot/cold tu dalm future post? Nanti saya upah seposen kalau saya bermurah hati!

PinQib said...

waahh.,
bgusnye petua makan ikan tuh.
thankss auntie
kalau kita makan ikan, x mengandung,
kita bole jdi pintar x

Cahaya hidup said...

hi kak ?pekabar?

tak leh selalu gulung paip atau lalu bawah sidai kain sebarangan jugak...takut tali pusat terbelit...org muda sekarang byak potong jer...

nnt tak ley anak ramai cam kak nani...

lily lotus said...

semua petua tu menjadi..InsyaAllah nak amalkan juga kalau ada rezeki nanti

TINIQDIP said...

Salam ziarah.
Menarik la tips kali ni. TQ for sharing.

♥ Ummi Hanie ♥ said...

akk mmg model zaman 80-an dolu2 ker?

kalau diintai2 gaya tu mmg ada..:)

ouh..umo21 dah melahirkan anak..alhmdllh..mude tu.sy pun same jugak tp umo 21 lahirkan anak ke-2 .. hehe..pantang2 tu jaga la sikit2...kalau mak mentua mcm strict sikit tp mak sendiri x strict sgt

maklongon9shoppe said...

Teringat tatkala melahirkan anak ke-2. Parent saya dlm proses bercerai. Adik beradik ibu saya tidak membenarkan ibu saya melawat saya. Malah saya dituduh tidak berada di pihak ibu saya. Ayah saya, penuh dgn ego lelaki juga tdk sudi menjenguk kami. Mengandung di dalam keadaan jiwa yg tertekan, melahirkan secara pembedahan, fizikal dan mental amat lemah ketika itu. Syukur keluarga mertua byk membantu, suami yg kasih kpd saya, dan semangat yg kuat utk membesarkan keluarga.

aNNa said...

salam. minta kebenaran, amik petua dan share pada kawan yg pregnant ya auntie. tq..(^^.)V~~

Mrs. Ishamizu said...

TQ for sharing..:)

Lady RoRa said...

salam kak nani :)

thank u for the blogpost. saya masih sedang belajar tentang hal pregnancy. kandungan pun br berusia sebulan.

kak nani, nak tanya, kalau masa mengandung, katakan la nak masak rendang ke kan, boleh ke potong daging jadi 'cube'. Potong daging tak termasuk dlm menganiayai binatang kan?

sorry soalan mcm freaking out. risau la kak..

NaniRostam said...

Salam. Taklah. Jangan ingat macam tu....lembu, kambing, ayam kita makan kerana Allah. disembelih atas nama Allah. Maka jangan ada rasa kesian atau sebagainya.Kalau kita rasa kesian bermakna kita tak yakin yang makanan itu harus dimakan kerana Allah.

Yakin dengan Allah.

Cuma untuk ketenangan hati janganlah siang benda-benda yang masih hidup. Biar yang begitu orang lain buat.

Wan Hafisah Collection's said...

saya tak boleh, saya sedih bila baca bab keluarga. saya sedih bila saya pernah dipulaukan ibu.

tapi, Allah itu adil kan.

Sejauh mana kita pergi, walau apapun anak yang dipulau inilah anak yg diingati si ibu bila sudah dimamah usia.

H-I-D-A-Y-A-H said...

Salam. Now I'm having my first pregnancy. I just found that I'm pregnant two days ago.

Auntie tahu tak apa-apa pantang ibu mengandung yang berkaitan dgn bahan2 teknologi terkini? COntohnya, laptops, mobile phones..
Do you think that it affects the baby?

I just want to know your opinion.
Tak kisah kalau betul ke tak.
Thanks. Wassalam. =)

Melly Millia said...

nk share sket pengalaman mengandung seorang jiran saya. masa mula2 mengandung sampailah nk melahirkan anak, perangai memang teruk. suka mengata orang, mengeji, mengumpat, maki orang. muka tu memang bengis, takde muka senyum pun dekat orang. sampai ibu dia sendiri bagitau dekat orang-orang sekeliling, dia x tau laa apa nasib anak dia masa saat melahirkan sebab anak dia memang terlalu celupar dan banyak menghina orang. smpai saat melahirkan anak pn memang dia tak mintak maaf pun dengan orang yang dia umpat keji tu. tp takdir Allah, kalau dikira memang saat kelahiran bayinya itu dipermudahkan. anak lahir dengan cukup sifat, tidak banyak meragam, senang dijaga dan muka sentiasa senyumm.. subhanallah.. saya pun rasa pelik jugak.. apa-apa pun hanya Allah swt yg maha mengetahui. wallahualam...