Monday, December 14, 2009

Biar

Kadang-kadang untuk tidak kurang ajar
aku jadi hipokrit

Kadang-kadang untuk tunjuk rasa hormat
aku memang hipokrit

Sampaikan hati aku rasa jengkelpun
aku masih hipokrit

Bukankah kadang-kadang hipokrit itu perlu

Kerana ada masanya aku tak perlu berterus terang
ada waktunya aku tak perlu jujur
ada ketikanya hipokrit itu lebih penting.

Biar aku hipokrit asal tidak sakitkan hati orang
Biar aku hipokrit asal tidak singgung perasaan orang
Biar aku hipokrit asal tidak ada hati yang tercalar!!!


Aku rasa tidak perlu menegakkan sesuatu kalau sekadar mahu menimbulkan ketegangan
aku rasa tidak perlu menegur kalau bukan untuk mendidik.

Lebih baik diam daripada berkata-kata
Lebih baik hipokrit daripada terus terang yang menyerang....


Hipokrit itu kadang-kadang memang perlu!!!
Bagi aku lah.....

21 comments:

ain fathihah said...

betul betul betul!

Nas said...

saye sokong..^_^

umi_e said...

salam... kadang2 memang perlu untuk berlagak hipokrit tapi jangan sampai ia memakan diri...

* jangan terus menjaga hati orang sehinggakan nanti hati sendiri luka parah - sayangilah diri kita sendiri sebab itu lebih utama ;)

Diana Abd Rahman said...

saya setuju sangat dgn akak..pada sy ia bukanlah hipokrit cuma kita kena pandai/tahu apa yang nak dikatakan dengan bijak, pada siapa dan bila hendak dikatakan..jika tak perlu dikatakan baik diam..ada hadis tentang perkara ni..tapi sy tak ingat..

Mimy Hamid said...

kalau diri ada mengatakan sesuatu pada orang lain tetap namanya hipokrit...yess believe that

ai said...

BETOL TU AUNTIE CANTEK!!!

BIAR LA KITA HIPOKRIT DEMI NK MENJAGA ATI ORG..huhuhuhu..MMG SELALU JADI KT AI SENDIRI PON.. :(

lily lotus said...

kesimpulannya..hipokrit biar bertempat :D

NuRuLhUsN@ said...

saya sokong dgn aunty!
saya pon penah wat entri mcm ni...
Saya x malu nak ngaku yg kadang2 kite memang hipokrit..
xde 1 manusia pon yg xpenah hipokrit...
i hate those yg ckp dorang x suke orang hipokrit..sedangkan dorang sendiri hipokrit..kan,kan,kan?

hipokrit ni x semestinya x baik..
depends on situations la kan..

Mak Su said...

sokong!

Zool Blogger said...

Biasalah tu kak.. Jgn hipokrit menyebabkan hidup porak peranda sudahlah..

Zool

Nazirah said...

Memang kita perlu hipokrit bila kena pada masanya..

NIMI said...

sangat setuju tapi aini susah sangat nak jadi hipokrit..
haishh!
i wish i coukd..
aini br je cakap apsal ni on my last entry

Drama Mama said...

saya sangat setuju! tapi kekadang penat jugak jadi hipokrit ni ya kak, it makes u jaded. :-(

~pendekgemukbertompok.~ said...

hello~saya dh lama jadi ur silent reader, baru hari ini terpanggil utk memunculkan diri..hee..nice blog!!!

xoxo
pja

.rafiq. said...

tak berapa maksud hipokrit. saya tak setuju kalau okay jadi hipokrit. tiba-tiba rasa hilang hormat kalau hipokrit ni. lebih2 lagi kalau diri sndiri dipanggil hipokrit.

tapi
kalau nak jaga hati orang dipanggil hipokrit ke?
sy rasa lebih kpd mnjaga hati.
bukan hipokrit.

fitto said...

"Aku rasa tidak perlu menegakkan sesuatu kalau sekadar mahu menimbulkan ketegangan
aku rasa tidak perlu menegur kalau bukan untuk mendidik.

Lebih baik diam daripada berkata-kata
Lebih baik hipokrit daripada terus terang yang menyerang...."


suka dan setuju... =)

a z r e e n a said...

kalau ada button "like" kat sini macam kat facebook, saya dah like entry auntie ni.

kadang kadang senyum tika hati sakit tu perlu sebab nak jaga hati orang sekeliling.

harap dijauhkan segala yang menyakitkan hati auntie ni. amin.

haniekunie said...

saye setuju

haniekunie said...

saye setuju

mrsdjones said...

saya setuju juga. biar jd hipokrit dr menyakiti hati org lain. sbb saya pon tak suka disakiti :) saya suka berdiam diri.

PinQib said...

auntie.,
saya akan cuba berpegang pda kata2 auntie/
thanks