Tuesday, December 22, 2009

Sekeping Nota Biru

Kau lupa pagi tadi
Dah tujuh hari asyik mesyuarat
Dah tujuh hari pun mampu cuma intai kelibat

Kau lupa malam tadi
Dah tujuh hari tak menyapa
Dah tujuh hari pun belum ingin bermesra

Kenapa kau semakin kalut
Kepala pun semakin serabut
Hati ribut
jiwa pun kabut

Sibuk ke kau
Orang lain sibuk juga
Kerja ke kau
Orang lain kerja juga
Cari kesenangan ke kau
Orang lain nak senang juga

Atau kau tak macam orang lain
Atau kau ada kepentingan lain
Selain aku

kau pandanglah ke tepi langit
Pelangi di situ
Sekejap cuma
Tak berapa lama

Apa yang kau mahu dalam hidupmu
Kalau yang kau hindari itu aku

Apa yang kau simpan dalam hatimu
Kalau yang hilang itu aku

Apa yang kau kejar dalam destinasimu
Kalau yang tertinggal itu aku

Apa yang kau kendung dalam hari mu
Kalau yang tercicir itu aku


Wahai kau
Aku masih di sini
Belum mahu mengira-ngira
Belum ingin mengorak langkah
Masih mahu kau


Selamat malam
Siang tadi hari jadi ku…..

25 comments:

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

semoga tenang.


salam hari lahir.
manis selalu, auntie

Brenda Ang said...

Aunty, kenapa ni? Aunty tak blog betul betul dah sekarang ni. Busy ke? Atau aunty tak nak blog dah? Kerana apa yang orang cakap ke? Janganlah hirau kan cakap orang orang tu. Bukannya mereka kenal aunty pun.

Merry Christmas and a Happy New Year. Have a bless year ahead.

miszshain said...

Salam Kak Nani...

I'm one of your silent reader.. suka baca blog kak nani.... anyway.. entry hari ni sungguh dalam maksudnya.... saya amat memahami keadaan seperti itu...

♥Azie♥ said...

hari lahir auntie ker?apapun azie ucapkan hepy bestday..moga Allah sentiasa murahkan rezeki & sentiasa berikan kesihatan yg baik untuk auntie

A.I said...

:(

Alamak auntie cantek...ada 'org' yg terlupa ke?

isabelle said...

kak nani,
abg lupa wish birthday akak ke smlm?

aishah_conteng_je said...

aduh aunty...
sakitnya saya baca.
sedih

Asu said...

Happy birthday kak..may u have a great celeb for this yr and years to come

HappyIrfa said...

besday akak ker?kalau camtu saya nak ucap hepi besday..semoga pjg umur dlm keadaan sihat walafiat dan dimurahkan rezki

Tijah said...

happy bday aunty! semoga panjang umur murah rezeki...

farah-shoppie said...

happy birthday Auntie..xoxo..

alya said...

happy birthday aunty..jangan sedih2 oke? :)

NaniRostam said...

heheh sayang kamu dengan akak ya!
Terima kasih kerana ambil berat...
besday akak minggu depan.Tunggu hadiah ni hehehe...

lily lotus said...

happy birthday! semoga hidup lebih diberkati..amin

NaniRostam said...

terima kasih sekali lagi kerana advance birthday wish. my birthday ialah 28 dec. Yang dalam sajak mungkin ada couple-couple yang terleka dan makan hati sampai tujuh hari kot kalau hubby i keje biasa jer...tak pernah pun mesyuarat 7 hari berturut2. hehe

liya said...

Happy belated birthday kak Nani..

Akak saya tak tahan lah tgk cookies raya akak tu..kalau saya pesan blh hntr ke Jpn tak? :D

liyafendi said...

Salam akak, kalau saya nak order 3 best cookies from akak boleh? Order dr jauh ni from Japan:)) Tak tau nak pilih mana semua nampak sedapp!

Tihara said...

salam kak..saye ni silent reader akak

rasenye 'kau' memikirkan mase depan hingge terleka sebentar akan diri mu..persoalan akak same mcm persoalan saye terhadap suami..tapi saya hanya bertanya dalam hati..semuga semua isteri di dunia ini bahagia selamanya..

Min Azri said...

Its yr birthday??? hope its not too late to wish u a very happy birthday! Walaupun kak min tak kenal u secara peribadi tapi kak min yakin u seorang yang ceria dan baik hati!! Apapun semoga dipanjngkn umur,diberi kesihatan yang baik dan usia yang berkat!

Min Azri said...

salam! lps baca a few comments, baru perasan yg yr b'day sama dgn kak min! MasyaAllah, org yg berbeza namun tarikh lahir sama - mngkn satu petanda baik!!
Salam ukhwah dari kak min

NaniRostam said...

Min : Belum terlambat... besday saya 28hb disember. Lagi 3 hari.anyway terima kasih byk.betul ke besday kita sama min?

A.I said...

Eh..lupa nk ucap (^_^)

EPI SEBEDAY AUNTIE CANTEK..
SEMOGA IDOP SENTIASA DIBERKATI ALLAH SWT HENDAKNYA...amin.

Min Azri said...

yes birthday sama! suka saya! pls read email sbb ada order trifle on the 27th ni!!

MK said...

i really tot ini sajak kisah benar - heheh nasib baik bukan kan.. anyway..happy birthday again

Wan Hafisah Collection's said...

anyway, ok oww..ada someone lupa ur birthday ke auntie??


ekkekkeke..