Wednesday, December 30, 2009

DIA MAKCIK SAYA

Dulu saya paling 'adore' sikap salah seorang makcik saya terhadap anak-anaknya.Beliau seorang lemah lembut dan penyayang.

Sewaktu kecil dulu, hampir setiap hari saya akan bertandang dan bermain di rumah makcik saya ini, jadi saya memerhatikan cara dia membesarkan anak-anaknya. Beliau memang seorang ibu yang sangat mengambil berat akan keperluan anak-anaknya sekalipun kehidupan mereka sekeluarga bukan lah senang sangat.

Dari keperluan makanan, pakaian, perkakas dan yuran sekolah hinggalah kepada sesuatu yang kurang perlu seperti barang-barang permainan anak-anak tetap disediakan sebaik mungkin walau pendapatan orang kampung seperti kami waktu itu sekadar kais pagi makan pagi.

Sikapnya yang sangat redha dan penyabar dan mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja, memang sangat saya kagumi. Hampir tidak pernah melihat beliau meleteri anak-anaknya. Ada waktu-waktunya, bila anak-anak membangkang nasihat beliau, beliau cuma menunjukkan kemarahan dan kekecewaan beliau dengan deraian airmata.

Sekarang bila saya mendidik anak-anak, banyak sifat-sifat mak saudara saya terapkan dalam diri saya. Saya jadikan dia sebagai idola saya kerana dalam diri beliau memang ada ilmu 'parenting skill' secara semulajadi.

Bagi saya untuk menjadikan anak-anak anda hebat, anda haruslah sanggup menjadi ibu yang hebat. Namun tidak ada jalan yang mudah untuk menjadi ibu yang hebat melainkan anda :-

1. Seorang ibu yang rajin. Anda akan sentiasa dikagumi oleh anak-anak apabila anda mempunyai sifat rajin. Anak-anak juga mahu sentiasa menjadikan anda idola mereka. Ini menjadikan mudah untuk mendidik anak-anak untuk sentiasa mendengar nasihat anda.

2.Seorang ibu yang suka masak. Menangi hati suami dan anak-anak melalui masakan anda.

3. Jadilah ibu yang suka mendengar daripada didengar. Ibu yang tidak banyak bercakap atau berleter, lebih dihormati dan disayangi anak-anak.

4. Jadilah insan yang penyayang terhadap semua makhluk Allah s.w.t. Sayang binatang terutama binatang kesayangan nabi kita s.a.w iaitu kucing juga merupakan satu terapi untuk mendidik dan memupuk perasaan kasih-sayang dalam diri anak-anak.

5.Selalu duduk bersama semua anak-anak untuk mendengar mereka bercerita apa saja topik dan ambil peluang untuk anda bercerita tentang kisah-kisah tauladan dan kisah sewaktu anda kecil.

6. Cuba sedaya upaya memenuhi apa sahaja kemahuan anak-anak dan terangkan secara terperinci sekiranya kita tidak mampu untuk memenuhinya.

7. Usahakan untuk sering bersama anak-anak walau kemana kita pergi terutama ke tempat-tempat yang disukai oleh anak-anak.

8. Anak pertama yang berjaya akan menjadi ikutan adik-adiknya. Sekiranya anda mampu, pastikan anak pertama mendapat pendidikan yang terbaik seawal mungkin.

9. Jangan paksa anak anda makan banyak. Sekiranya dari kecil anak anda sudah biasa makan banyak, mereka hanya ingat makan, makan dan tiada kepentingan lain selain dari makan dan otak akan berhenti bekerja.

10. Jadilah ibu yang penyabar dan penuh kasih sayang. Hari ini anda menyayangi anak-anak, esok lusa anak-anak akan lebih menyayangi anda.Apabila anak-anak menyayangi ibu mereka, sudah pasti mereka berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapa.

16 comments:

Syafinaz said...

Salam.Amat tertarik dengan tips akak ini walau saya belum lagi bergelar ibu namun bakal menjadi ibu awal tahun hadapan :)

lily lotus said...

InsyaAllah akan saya terapkan semua amalan itu dalam membesarkan kedua anak saya :)

kdee said...

thanks auntie.boleh jadi panduan ni..

isabelle said...

a good guide for a young mom who's always worried if i cant be a good mom. thanks, k.nani.

happy new yr.

Cik Suheela said...

saye juge mahu jadi ibu yg baik sperti aunty :)

rapheydhillo said...

Kak Nani,
Thanx for the ingatan/tips. Walaupun sy takde anak sendiri tp berguna utk keharmonian rumahtangga.

mira ellyna said...

wah thankz bagi tips2 umah tangga yaa

tie said...

Terima kasih banyak pn nani, tips yg sgt berguna..

cik rye said...

auntie, i nak link/promote kan entry nih kat my blog boley?

nak kasi orang laen baca jugak. everybody must read, very very very useful tips..

touching sangat, sangat berguna untuk semua...


Patut la auntie berjaya..anak-anak auntie sumer berjaya

alamak, macam kekok plak panggil auntie.. huhu.. nampak muda lagi.. kakak la cmtu.

bg la tips awet muda pulak, can hah?

huk huk huk.


=)

NaniRostam said...

Salam bahagia semua. Alhamdulillah moga apa jua usaha murni kita untuk mendidik apa yang di amanahkan Allah s.w.t kepada akan berjaya untuk dunia akhirat.

Ada banyak lagi pengalaman yang ingin saya kongsi dalam melahirkan tujuh orang cahaya mata. Insyallah.

NaniRostam said...

YEAAAAAAAAAH! THAT'S MY MOMMY!

cikyn said...

Salam Aunty Nani,

nak tanya, Aunty bolh buat delivery tak if tempah your cake? Im at UPM and tak ada kereta la, if boleh, how much do u charge ya? thx.


Have a good year

:)

Ieza said...

rasa teringinsgat nk tahu..apa rahsia akk kekal cantik jer..dn mesti ada mengamalkn apa2 vitamin..bleh kongsi2kn x?..

Ieza said...

rasa teringinsgat nk tahu..apa rahsia akk kekal cantik jer..dn mesti ada mengamalkn apa2 vitamin..bleh kongsi2kn x?..

semua said...

Alhamdulillah, syukur sangat dapat tips (tips persediaan..huhu) yg memang mantop gitu.
p/s: adakah saya belum kawin2 kerana memikirkan sanggup atau tidak menjadi ibu yg hebat!..aduh..duh..duhh.. doakan ya :)

Wan Hafisah Collection's said...

Oh my..saya selalu risau bila anak saya tu susut badannya!
mulalah saya suruh dia makan.

salah salah salah ek..


ambil pengajaran dan iktibar dari auntie :)

http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/03/got-to-go.html