Friday, November 6, 2009

KALAU DAH BERKENAN DI HATI




















Kalau itu memang jodoh kita pasti ada jalan cerita untuk mendapatkannya. Kalau atas usaha sedaya upaya kita untuk mendapatkannya maka itulah JALAN CERITAnya.


Malah dengan berdiam diri sekalipun kita masih memperolehinya, pasti itulah jua JALAN CERITAnya.


Kalau dah itu jodoh kita apapun di mukabumi ini tidak akan dapat menghalangnya.


Dan kalau bukan jodoh apapun di mukabumi ini tidak berupaya untuk mempertemukannya.


kerana


JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH S.W.T.


Mudah-mudahan doa kita untuk dipertemukan dengan pasangan yang baik dan menyayangi kita sepenuh hati dimakbulkan Allah s.w.t.


Tahniah untuk anda yang telah bertemu sidia yang berkenan di hati bertahta di jiwa. Kalau anda bakal melangkah ke jinjang pelamin pasti ada barang hantaran yang perlu disediakan.


Selain daripada kuih-muih untuk musim perayaan, saya juga ada menyediakan PELBAGAI BISKUT DAN BAKUL-BAKUL PASTRI yang unik dan menarik untuk HANTARAN PERKAHWINAN.

Anda boleh memilih bentuk, warna dan jenis hiasan untuk pastri dan biskut yang anda tempah mengikut citarasa anda.

Bakul bukan sebarang bakul.Bakul dianyam dari tepung dan dibakar lama di dalam oven supaya tahan hingga bertahun-tahun lama. Bukan sahaja unik dan cantik di pandang. Saya berani jamin kalau di antara semua bekas hantaran, pasti semua mata tertumpu padanya dan pasti mulut mengomel-ngomel memujinya.


Maklumlah kalau bakul rotan dah selalu sangat orang tengok. Bakul daripada pastri biskut jarang kita jumpa. Kalau sesiapa yang sukakan konsep inggeris, bakul-bakul pastri ini biasa boleh dibuat hiasan meja atau kaunter dapur dan diisi dengan bun-bun roti.


Hati mana tak gembira bila menerima bakul pastri berisi biskut-biskut tart berbentuk buah-buahan yang begitu cantik dan enak dimakan. Memang boleh dibuat kenangan kerana sesiapa yang mendapat bakul ini pasti menyayangi dan menjaga bakul itu sebaik biskut di dalamnya habis di makan. Tak tahulah kalau ada yang suka sangat sampai nak makan bakul itu jugak. Hehehe....


Sesiapa yang dah berkenan di hati tu apalagi, jangan berlengah lagi telefon saya di talian 012 3959779. Kalau nak senang datang ke rumah sebab dapat tengok sendiri ada lebih 40 bentuk boleh dipilih. Atau e-mail saya di shinarostam@yahoo.com.
Range price antara rm40 hingga rm88. Sekiranya ingin menambah atau menukar mengikut citarasa anda perlu membayar lebih sekiranya ada kos tambahan.

Lebih banyak gambar-gambar di dalam http://inibelogsaya.blogspot.com/ silalah ke sana.

9 comments:

Cinderella Shoe said...

wow..amazingnyer...so how much anggaran the prices? sangat teruja nk oder ni kak.

NaniRostam said...

Leenvixen : Anggaran antara rm40 hingga rm88. Kalau biskut nak celup coklat ke atau nak celup gula ada caj tambahan dalam rm3-rm5 sahaja.Kalau nak order call je...tak pun datang rumah.

ndz_an said...

klu sy nk order bleh x?
sy dok kat johor...

NSMY said...

kalo luar dr lembah klang? let's say kelantan? menarik sangat.. tapi sy duk jauh..:(

NICOLE SCHERZINGER said...

hye aunty.. x sangka lak dpt masuk blog aunty..hehe, sy yg gi booth aunty kat titiwangsa smlm..
x sabar nak tunggu tempahan siap :-) mesti sedap!!!

~maria~

NaniRostam said...

ndz-an : boleh tapi kena arrange dengan driver bus express. Call akak la.


NSMY : Kelantan pun boleh jugak. nanti saya tanya member2 yang nak balik kelantan. Atau guna khidmat driver bus express je.

Tentang Bulan : E akak pernah stumble kat blog marialah..hehe nanti dah siap akak call ya.tk

cikcida said...

salam k.nani,

choc moist kek tu kalo nak 1kg je blh x? kalo blh bape harga? ade delivery area s.alam tak kak? sori byk tanye, pasal 1st time nak order. sangat tertarik ngn choc and cheese kek akak. tq :)

-syida

cikcida said...

saya minta link blog akak ye.. tq :)

Ummi Hanie said...

hah..dah berhari2 saya nak tanya pasal bakul tu,sbb nmpk unik.betullah telahan sy,bakul pastri ! err..xbuleh makan ke itu bakul kak?