Thursday, July 30, 2009

SANTAI.........

Dah lama tak keluar malam dengan cik abe....lepas hantar kek di Subang Jaya, kami terus menyinggah di Geylang Kopitiam.

Banyak betul perkara kami bualkan. Saya dengan suami ni macam tak boleh berenggang. Macam je la kan.

Sebenarnya, kalau suami saya keluar ke manapun saya tak tahu. Sebab dia suka sangat bagi tahu in advance. Saya pulak memang tak masuk dalam kepala. Tak pernah nak ingat apa dia cakap. Banyak sangat benda nak fikir.

Esok berapa biji kek nak kena buat. Lusa berapa biji? Sapa yang order?Bila nak mop lantai, mana nak cari strawberri (tiba-tiba semua kedai tak ada strawberri). Esok hari apa? Sekarang pukul berapa? takut kedai jual barang kek tutup. Kotak dan papan kek cukup ke? Ala macam mana nak bawa Daleeya dengan Arissa pergi hantar dan ambik budak-budak sekolah ni. Ada jugak tu bila nak pergi sungai buluh beli baja pokok. Dan macam-macam lagi.

So lama-lama bila dia nak keluar, dia just keluar. Tapi kadang-kadang tu NAK TERBAGI TAHU JUGAK......



Dialog antara saya dan cik abe ni memang tak ada cover-cover punya....


SCENE 1

Dear : Dear, Hari Jumaat ni, kul 9 pagi i kena pergi Melaka dengan kawan i.

Saya : Buat apa kat Melaka. Ada projek ke?

Dear : Meeting, pasal projek sekolah.

Saya : Agak-agak boleh dapat ke projek tu?

Dear : Ala ni lambat punya cerita, kalau nak dapat pun hujung tahun.



Bila tiba pagi Jumaat....



Saya : Dear, pagi ni boleh tak, lepas sarapan you tolong belikan i butter? I banyak tempahan kek.Lagipun sapa nak jaga budak2 ni, Liana ada hal.

Dear : You ni kan tak faham-faham ke? Kan i dah kata pukul 9 i nak pergi Melaka.
You jangan nak minta tolong i apa-apa. I dah cakap awal-awal. Kalau you ada
hal you, you buatlah apa you nak buat. You jangan kacau i!


Aduh, kecut perut dengar suara macam guruh berdentum tu. Pagi-pagi dah kena herdik.Kecik rasa diri tu.... Dalam hati "hish napolah laki den ni garang sangat. Dio ingat dio yo garang. Den pun garang jugak. Kalau den pogang pistol ni dah lamo den tembak

Saya : La you nak pergi melaka ke? lupalah i....(lembut je suara saya, cuba nak kawal situasi tegang)




Dear : Kan i dah bagi tahu. Tak gunalah bagi tahu you ni. Buang masa I je!





Saya : I terlupa lah. Banyak benda i nak fikir. (Rasa jengkel sebab benda kecik2 macam ni pun dia nak marah marah)





Dear : You fikirlah sendiri macam mana nak buat. Susahlah cakap dengan you ni.
Lain kali tak payah cakap apa-apa dengan you ni.


Kemudian suami saya pula berlalu tinggalkan saya yang melayan perasaan geram dek kena herdik.

10 minit kemudian, tiba-tiba suami saya muncul depan pintu.

Dear : Dear! oh dear!, kejap....



Saya : Asal? tak jadi pergi ke

Dear : Jadi. You nak guna butter tu cepat ke?





Saya : Tak palah nanti i fikirlah macam mana nak pergi beli.





Dear : Kalau you belum nak guna sekarang ni, you tunggulah, nanti i balik dari Melaka, i singgah belikan.

Saya : (Dalam hati, dalam hati je lah kan....)Eh loving mebing pulak laki aku nih. Nape nada suara tu tiba-tiba tukar, macam suara suami dah kena queen control dengan isteri pulak. Kalau dari tadi macam tu kan, sojuk porut den dongar........

Itulah saya dan suami saya. Saya lembut tapi keras hati dan suami saya baran tetapi lembut hati. Kami ni kalau bertemu, pasti ada saja perkara hendak dibincangkan. Walau selalunya berakhir dengan perdebatan yang masing-masing tak nak kalah.

Yang sebetulnya saya dan suami ni pantang bersua atau bersama. Tak kira di mana, ada saje perkara jadi isu. Kalau kat rumah, pantang saya nampak kelibat dia, pasti saya kejar untuk ajak bersembang. Macam tu jugak dengan dia. Kalau dulu, pagi-pagi dia ajak saya sarapan di luar sama-sama. Tapi sekarang jarang dah... sebab kalau keluar dengan dia, pukul berapa nak balik. Banyak betul benda nak buat kat rumah tu....kang satu benda pun tak jadi....

Berbalik Geylang Kopitiam, sebelum sampai kat sana , kami lalu depan sebuah rumah teres lot tepi, yang sebelah tepi belakang rumah tu, ada dibina sebuah rumah kecil dinding batu, siap dengan lubang batu bentuk bintang, mungkin di buat stor menyimpan barang agaknya.


SCENE 2


Saya : Eh kalau tengok rumah kecil macam tu teringat tandas kat kampung kita dulu-dulu kan.... (nak recall zaman kecik-kecik dulu)





Dear : Kampung youlah kampung i mana ada!





Saya : (Dalam hati, tak boleh belah kalau tak condenm isteri sendirikan) Eh ye ke? orang johor je ke tandas kat luar? Orang kedah tak ek? Eee apa pulak...kat kedah pun ada kan....





Dear : Eee dear kampung i mana ada...sorryla....





Saya : Heyyyy....kampung you memanglah....kampung you kat Alor Setar...kan bandar.. dah ada api air... tak kan lah....tapi memang orang utara tak buat tandas kat luar ke?





Dear : Eh HA...AH la...dulu rumah opah i kat Taiping kan tandas kat luar, you pernah pergi rumah opah i kan..., kan tandas dia kat luar...




Saya : Tahu tak apa....Tulah dari tadi i rasa macam tak mungkin.....tak kan cuma orang johor je tandas kat luar...






Dear : I ingat lagi masa tu bila cuti i pergi rumah opah i...masa tu i darjah satu. You kalau nak terberak janganlah berak pagi-pagi buta, masa apek cina angkut tong taik. Ada sekali tu, tiba-tiba pukul 6 pagi i rasa nak terberak. Tengah-tengah dok huuk tu, datang apek cina angkut tong taik tu..





Saya : Iya, habis tu macam mana?





Dear : Habis tu nak buat macam mana? Dia angkat je lah... Lepas tu arwah opah i pesan, lain kali, kalau dengar apek cina tu datang, hang pa buatlah suara berdehem....





Saya : (Hehehe mengelekek saya ketawa).. oh buat apa dia angkat tong taik tu?...





Dear : La...dia pergi buang la.... bulan-bulan arwah opah i bayar...





Saya : Ada jugak you nostalgia tu kan......patutlah selalu orang cakap "from Taiping with love". Banyak betul nostalgia duduk Taiping.







SCENE 3



PASAL KUCINGPUN BOLEH JADI ISU...





Dear : Kucing-kucing ni semua bila you nak bagi kat orang?...
Saya : Buat apa nak bagi kat orang, sayangla....





Dear : Sayang-sayang....orang bela seekor cukupla..konon nak rumah cantik...habis sofa kena cakar, nak jalan kat laman pun susah, ada je taik kucing...sibuk nak bela banyak-banyak.


Saya : Tak pa dear part-part terkena taik ni bagus...nak dapat duit lah tu, murah rezeki you..

Dear : Eh tak tak da tak da....pandai sangat you......

Saya : Ala i sibuk, tak da masa nak beli pasir kucing, Kalau you ada masa you belilah....

Dear : Dah tahu sibuk buat apa nak bela banyak-banyak. Bagi je kat orang....

Saya : Oklah oklah, nanti i buat barter trade kat internet, 15kg Iams x 2.

Dear : Tak payahlah sampai 15kg x 2, mana ada orang nak?...

Saya : Tak nak sudahlah lagi bagus....kucing ni rezeki tau, kesayangan nabi Muhammad. Tengok sejak banyak bela kucing, alhamdulillah projek you berhasil, projek i pun berhasil.

Dear : Ah tak da kena mengena lah....

Saya : Adaaa......


Tulah selalunya kita ni dengan pasangan kita ni tak sama minat dan karektor. Seorang suka kucing, seorang tak suka. Seorang tak makan pedas seorang makan. Seorang pendiam, seorang peramah. Seorang baran, seorang lagi penyabar...Itulah yang mewarna rona terang dan gelap rumahtangga kami......


Di sini semua gambar anak-anak dan antara kucing-kucing kesayangan....kucing-kucing ni sangat pandai, terutama yang baka siam.

Hanis cukup marah yang ini nama asal Danda Sang Utama, panggil Danda...owner baru pergi tukar nama lain pulak. Reyous ke apa ntah!So bila kita pergi melawat,kita cakap danda yang dia cakap lain, so dah tak dalam common.Bising Hanis, tak tepat janji katanya.Nak buat macam mana dah jadi orang punya...masa belum dapat tu memangla......

Ada yang seekor lagi tu Damak Sri Mersing.Panggil Damak. Gambar tak ada kat sini...itupun Hanis sedih jugak, owner baru dah tukar jadi shawn....sabar je lah.....

Darla dan Matilda

Dolce dan Darla
Dolce Vita
Matilda dan Darla

Dewatta Arjuna. Panggil Dewa

Hafiizhullah Ariif dan Darla Little Rascal

Yang ni dah bagi kat Annur, nama antara mambo, merlin dan maskulin
Dolce dan Darla
Maduri, Matilda, Darla dan Dolce




Dewa

Suri, kucing orang buang belakang rumah, masa tu, setiap hari terpaksa saya suap makanan bagi dia kuat dan alhamdulillah survive....



Annur, tolong bagi tahu yang ni sapa nama antara mambo, merlin dan maskulin, seperti yang dipersetujui bersama agar stick dengan 3 nama tu.


Dan yang corak tiger ni sekali........


Tengok, Philip, orang yang bagi kat saya nama tu saya kekalkan nama tu.....Lain kali kalau jumpa orang tu, "Hai philip apa khabar, philip baik, datangla tengok Philip". tak gitu.....


Darla dan Dewa



Matilda dan Maduri

41 comments:

s h e said...

huhu mama ngan ayah saya pun sama je auntie. bertekak manja2 la katakan...
kitaorg adik-beradik bantai gelak je tengok dorang .haha


banyaknye kucing!
ayah saya suka kucing, mak saya tak suka . saya pulak takut kucing harhar.


p/s: saya suka entri ni XD XD

syak n kinah said...

biase lah aunty idop umah tangga ecece sy cakap macam dh kawen pulak..hehe macam ma n ayah saye pon..ayah sabar ma bising ckit hehe adatlah tue..bout the cat sungguh betol kate aunty umah saye before dis ade belah jugak kucing persian Nemo namenye..tapi dh jadi arwah dh cos virus infection by that time sedih sangat..tapi kami tanam die macam kebumikan jenazah manusia hehe..kucing sgt bawak rezeki kat rumah kite dats the truth ever! hehe

Khairani Bahaudin said...

salam auntie...


kelakar betul auntie dgn uncle.. mmg loving couple betul. Saya dengan suami pun suka berborak2.. :) Saya doakan auntie berbahagia hingga akhir hayat. Amin.

kuizikel said...

sama la plak kita,(johor-kedah)... saya slalu suka je tamo ikut cakap bila laki soh tlg, tapi pastu kesian lak bila tringkatkan dia tlg kita masa kita mintak mcm2... last2 tlg gak... heheehe...

kat umah pon dok bertepuk-tampar gurau smpai tok pon ckp budak 2 orang ni suka bergaduh..

hehehe... indahkan hidup ni

lola said...

aunty xnak trade in kucing ke . i betul2 nak 1 . hehe ;)

pye:rudz said...

rencah kehidupan.

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

miaw miaw!
eeeii, waaa, uuu, comey laa diaekor sume nie!
aunty, bape ekor sumer kucen2 ni u ade?

Yours truly said...

hu..hu.. macam2 ceta suami isteri ni.. macam saya ngan hubby..saya ni kasar skit.. hubby saya lembut..sbb tu la boleh ngam kan?? :-)

saya juga sukaaaa kucingg.. dedulu ada 11 ekor ..now dah tinggal 2 ..baru2 ni ada orang bagi lagi 2..alhamdulillah..

siti aisyah said...

aunty, nk tanye, umah yg u ckp tu kt mana ek..sbb kt usj 4 ada umah lot tepi yg mcm tu..cantik umah die..lin suke...saje tanye..

kdee said...

auntie..kucing tu sgt comel..gebunye...

lily lotus said...

hik hik..sukalah baca perdebatan u n hubby..such a lovely couple!

Tyha said...

Selalu jadi silent reader...tapi entry akak ni...buat saya lebih berfikir yang tolak ansur tu penting dlm rumahtangga.Walaupon ayat2 yang keluar tu kadang menaykitkan...kalo dibiar dan sabarkan diri lama2 hilang juga sakit hati tukan.Samalah mcm entry dia wanita hebat tu...sangat memberi inspirasi.TQ.

Saya suka kucing tapi dok sini x leh bela kucinglah+ anak2 ada yang asthma.

Mimie Azrin said...

Salam Mama,

Mie seronok baca² entry mama (boleh kan panggil mama?) .. selitan² penuh hikmah. Mie ni baru saja mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak, Sarah(2008) & Haziq(2009). Entry² mama banyak membuatkan mie sedar tugas dan beban sebagai seorang isteri, dan ada juga entry mama yang betul² terkena kat batang hidung mie (^_^)..hehe...

mie suka betul resipi² yang mama selit²kan tu.. mie ni suka memasak tapi disebabkan ada anggota baru dalam famili ni, tak sempat²nak masak. Kek² mama tu nampak sungguh menyelerakan lah. Boleh tak kalau mie nak order sebiji? macam mana mie nak order kuih raya mama ni? masih bolehkah?

Salam perkenalan,
Mimie
Kajang.

Ainee Cumi said...

owhh chumelnyer kucing2 itu..
ha a kan tak ske biler org da jnji nak kekalkan nama kucing tapi mungkir janji..busuk je!

ayunie said...

Salam, Puan Nani.

Heheheh. Maaf saya tak ingat mana satu nama apa. Tp balik keje nanti saya tanya adik saya. Alhamdulillah kucing2 tuh sihat2. Makin kuat lari, makin nakal. Hehheeh. Diaorg dah ada mak tumpang. Anyway, saya ni ada 'utang' janji ngan puan. Patut lama dah saya dtg rumah puan amik sample kuih. Tapi tak berkesempatan. InsyaAllah saya akan dtg n saya akan call dulu sblm datang.

-Annur-

ayangluvaanje said...

cantiknya kucing2 auntie...pasni wat byk entry psl cats...i loikeee..moga muraaaaaaah lagi rezeki auntie lps ni kerana memberi kasih sayang&kekenyangan pada haiwan kesayangan Rasulullah.

Nani Rifai said...

Auntie, i love this post. Such a sweet couple, your husband and you. :)

Foxy Farah said...

comel betul aunty n husband.selamba cool je.hehehe.and kucing2 sehat2 belaka and ramainya merekaaaa.nama pun hebat2.hehe.

Unknown said...

kagum dgn name2 kucin.
menarik je sume name tuh.
da r comel :))

Niesa said...

kiutnya kucing2 tu auntie.. fam auntie ne..mcm jad pnternak kucing pulak.. best nya da kucing cmtu kan.. bulu kembang.. kucing saya.. baka siam ja.. tpi bulu dia xkembang

The Cendol Champion said...

Salam mama Hanis. Apa Khabar? camner jadi ke nak maid....he,he

Itu la lumrah rumahtangga...camnerpun isteri jugak kena mengalah....

Tersenyum sendiri bila baca N3 ni...sama pulak kita...

Miha Mus said...

salam... auntie, sy tingin nk tempah kek moist choc tu. tapi sy kt serdang.. cmne nk amk ye?

azwniesd said...

oh! auntie, comel comel lah kuceng2 nee.
sy pon ada kuceng baka siam jugak, tapi bila dah beranak anak2 dia ta ikot mcm dia pon.
smua nampak biasa.
bulu tak mcm dia.
huhu.
tapi still syg smuanyaa.
hehee :)

kuin said...

salam.. saya nak panggil apa ek? aunty ke? kakak ni? heheh

ok.. kuin n hubby pun sama. pas gaduh time sejuk baru nak muhasabah diri hehe.. tapi xpe.. itulah prench rumah tangga... gaduh2 manja.. pgikat kmesraan dan ksih syg.. huhu

saya doakn smoga aunty/kakak kekal ke hingga hujung nyawa... amin.. dan utk rumah tangga saya juga,..

akak jhor ngan kdah ek...
sya timur ngan utara hehehe

ANOI said...

you have a very nice family...and cats too..=)

Nina said...

ala..pasal tukar nama tu jgn la kecik ati lebih2..slalunya org bela kucing memang nak ad feeling yg kucing tu dia punya(walaupun dia barter).memanglah those kitties belong to u guys,tp ini barter kan,bukan nye sewa ke ape.kalau kita harap nama yg kita bagi kekal kat pet tu,takboleh nak ditukar,habis tu org yg bela pet tu sebenarnya tukang jaga free je ke(erks,diorg kan yg bayar mknan n pasir kucing2 newly adopted tu)?tak molek la gitu,ini bukan hal suka2 mungkir janji ke apa,ini hal kita nak jadikan pet tu a part of our family.

peace k,just my 2cents,as a fellow pet owner.

Oyis said...

sayang nye nama2 klasik spt danda dan damak tu dah convert jd nama mat salleh...

SB said...

aunty, saya suka sangat kucing2 aunty! c0melnya!! ;)

dulu saya banyak kucing jugak, tapi sekarang tinggal sekor je,
tak de orang kat rumah yang rajin nak jaga kucing dah..

gadis jumaat said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Aina Aadnan said...

Aunty, mak saya pun setuju yang kucing ni bagi rezeki. Abah saya sama dgn suami aunty, tak bagi bela kucing banyak2, padahal dia seorang ja yg tak suka kucing. Tapi dlm tak bagi tu, dia tlg jgk selamatkan kucing yang tak dpt turun bumbung.hehe. btw aunty, semoga berbahagia dgn family and kucing2 tu sgt adorable ;))

azikin & hidyanie said...

salam auntie. saya ada juwal keropok terengganu.if interested, may visit our blog. thanks http://keropoklazat.blogspot.com/

zielalala... said...

sy beli kek kt aunty ari tu..hehe..sedap sgt2..nk order kuih leh lg ke..

btw singgah blog sy ada gmbar kek tu.. :)

Anonymous said...

comey la kucing2 awk..sy nk beli la...sy n husband tgh mengidam utk bela kucing yg cm ni...
plz mail sy klu nk jual
monot_235@yahoo.com

Aina Aadnan said...

aunty..
kucing saya memey mcm tak sehat je,
bile suruh makan pun die tak mau,
mak saya kate die pregnant,
mak tkt nak bwk pegy clinic coz dulu ade doc tu after die inject je, terus mati.ade tips tak? plss ;(

Kekna said...

Biasalah mama..masa nak trade, kita bagi syarat...oh semuanya boleh aje...bila dah dapat, cakap macam-macam.

Al fageerah said...

auntie.. gambar nih amik pakai kamera aper
cam lomo camera ajer..

eiffa akmal said...

cantiknya kucing2 tu...memang bela byk ye jenis persian? my family kat kg bela kucing kampung je..tp byk juga..geramnye tgk..cutee

a.m.n.i.n.a said...

saya nak kucing sekor..uhuk

Feera Anuar said...

SALAM,

auntie nani klu u ada nk bg kitten pleaseeee bagi kat i..i mmg nk sgt! nk beli xmampu coz mahal sagt..

Unknown said...

comel nye kucing2 auntie..geram tengok.. selalu berangan2 nak ada kucing cantik2 lepas kucing yg dulu mati sbb dah tua..huhu