Usia perkahwinan yang panjang bukanlah penentu kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu. Namun ada kalanya ia sekadar membuktikan samada kita sebenarnya adalah seseorang yang terlalu tabah ataupun seseorang yang terlalu takut.
Pada zahirnya, dia ialah seorang isteri yang sangat setia, taat, rajin, berdedikasi serta dapat mengurus rumahtangga dengan sempurna.Mempunyai anak yang berbelas ramainya dan suami yang sangat cerewet dan garang bukanlah sesuatu pekara yang mudah dalam hidupnya. Namun kerana dia wanita hebat, maka segalanya dapat dilakukan dengan sempurna.
Bolehkan kita membayangkan bila mempunyai suami yang berpendapatan tinggi namun terlalu berkira untuk menyediakan wang perbelanjaan dapur sedangkan mulut yang perlu disuap bukan sedikit. Kerana dia wanita hebat, setiap hari dengan wang perbelanjaan yang tidak mencukupi itu, dia tetap menyediakan makanan yang lengkap untuk suaminya tepat pada waktunya.
Bahkan untuk anaknya yang ramai hampir dua puluh orang itu setiap pagi disediakan misalnya, sarapan pagi nasi goreng, dia akan pastikan siap dua puluh pinggan dan milo siap dua puluh cawan dihidang untuk anak-anak. Sedangkan suami pula mahu sarapan yang berlainan seperti sup bawang, roti atau oat di hidang lengkap dengan minuman panas dan buah-buahan di atas meja yang dibentang kain saprah setiap kali menghidang.
Rumahtangga, makan, pakai suami dan persekolahan anak-anak yang ramai itu diurus dengan baik siang hingga ke malam tanpa mengenal penat.
Mengurus anak-anak kecil yang begitu ramai dengan jarak usia selang setahun bukan mudah, namun dia dapat mendisplinkan anak-anak dengan baik hinggakan mereka tidak pernah mengusik barang yang bukan kepunyaan mereka, menjaga dan memastikan bila dah ambil sesuatu barang letak dan susun balik di tempat asal.
Begitu dia berbakti dengan suami dan anak-anak, namun tidak pernah dia merasa kasih-sayang dan ucapan terima kasih dari suami. Malah selama perkahwinan yang melahirkan berbelas anak itu, bukan sahaja suaminya tidak ingin memanggilnya sayang bahkan telinganya pun sudah lali dengan panggilan "hoi".
Apa yang nyata dia memang tabah menyembunyikan penderitaan dan airmatanya yang tidak mungkin tertanggung oleh orang lain selain darinya. Bayangkan bagaimana hatinya menjerit dan tertekan sewaktu dia dalam pantang dengan anak-anak ramai yang masih kecil,setahun seorang sedangkan suaminya bersenang lenang pergi menonton wayang tanpa memberitahunya. Walhal ketika itu anak yang baru lahir sedang sakit tenat. Puas jiran tetangga yang bersimpati mencari suami namun tak tahu di mana. Hinggakan anak kecil itu menghembuskan nafas terakhir sedangkan ayahnya asyik menonton wayang.
Banyak di antara kita cuba ingin terus menerima segala kekurangan pasangan kita. Tetapi sampai bila? Kitapun cuma manusia biasa yang adakala tidak dapat lari mahukan apa terbaik untuk diri kita sendiri. Adakalanya ia bukan sahaja satu kekurangan malah merupakan satu kecacatan yang amat mengecewakan. Setabah mana kita sekalipun, satu hari pasti terburai jua.
Mentelaah itu, ada setengah di antara kita selalu menganggap, bahawa perpisahan atau penceraian itu adalah satu kegagalan dalam hidup. Kita lebih rela dilihat secara luaran bahagia walhal dalaman bagaikan sekam dalam api, terbakar diri sendiri.Bahkan kita tidak mahu melihat dari satu sudut positif yang ianya merupakan satu penghijrahan. Dari fasa kehidupan yang kurang baik ke satu fasa kehidupan yang lebih baik. Kita enggan menukar suatu perkara negatif dalam hidup kepada suatu yang positif.
Alangkah baik kalau kita semua terus menganggap setiap musibah Allah turunkan pasti ada hikmah berganda Allah limpahkan. Misalnya, memiliki pasangan yang mengecewakan kita bukanlah satu titik noktah dalam hidup ini. Yakinlah seandainya kita seorang yang baik pasti bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Mungkin pasangan yang baik itu bukan hasil daripada perkahwinan yang PERTAMA.
Kalau sudah begitu nanar dan tidak merasai bahagia dengan pasangan kita, penceraian adalah jalan yang terbaik. Dalam Islam, penceraian mempunyai konteks yang sama seperti perkahwinan iaitu merupakan satu perbuatan yang bermoral. Kalau perkahwinan itu adalah satu akad bagi menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan, manakala penceraian pula adalah menghalalkan satu lafaz bagi membubarkan sesebuah ikatan perkahwinan, walaupun ianya amat tidak diharapkan mahupun disukai.
Bukankah kita berhak untuk menikmati kebahagiaan hidup yang sebentar ini di atas mukabumi ciptaan Allah ini? Jadi mengapa harus kita bebankan hidup berhadapan dengan pasangan yang menyakitkan jiwa dan perasaan. Carilah kebahagiaan itu. Dia pasti ada untuk kita.
13 comments:
Oh dear, I feel sad reading this. God bless her.
assalamualaikum,
auntie,
mmg betul apa yang auntie cakap. dan bukan hanya apply kepada mereka yang dah berkahwin, tapi juga for those yang tgh bercinta - terseksa tapi masih nak bertahan.
saya selalu percaya bahawa hidup kita hanya sekali dan kita mempunyai hak untuk mencari kebahagiaan kita.
Assalamualaikum kak!
Menitis airmata saya membaca bait demi baik apa yang akak coretkan itu. Sesungguhnya tidak dinafikan apa yang kita harapkan bukan semuanya kita dapat. Ada hikmah & rahmatNYA atas segala takdir. Teruskan dgn coretan akak. Saya suka mengikuti & membacanya walaupun sekadar silent reader.
Terima kasih kak nani!
SYUKUR!!! Buat masa skang ni sumenya still 'cool' + 'steady'. baru 11 tahun kawen..banyak lagi tahun nk tempoh... :P
salam aunty,
would u mind sharing some tips to bake moist choc cake or butter cake...i mean hw to make it moist and light..uhh i dunno the suitable word i hope u can understand...ur cake look simplydelicious tp apakan daya i live in penang..i wish i could taste it..yummy!!
salam kak nani..
siapakah wanita hebat tu?kagum sungguh saya membacanya..
Salam
Saya simpati dengan nasib perempuan itu, sungguh tabah dia dengan ujian yg melanda.
Mungkin kita juga tidak sekuat dia, semoga dia sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.
salam, tq kak nani for sharing this. i'm a divorcee, and i almost can relate which whatever happens to the person you mention. i did not ask for the divorce, but i feel at peace with myself. sungguh ketenangan ini Allah yang beri atas penderitaan yang telah dilalui.
very well written and full of truths....
dulu2 perceraian jarang berlaku keadaan tak sama macam sekarang. mak-mak sekarang lebih berani hadapi kemungkinan dan lebih berani ke mahkamah/pejabat agama buat aduan. apa-apa pun berserah pada Allah, jika dah berusaha sebaik yang mungkin, hanya Dia pengurus segalanya.
Harap-harap I kahwin dengan orang yang betul. *tiba2, nampak sangat gatal.
assalamualaikum auntie,
saya blogger baru.saya juz browsing blogs then terjumpa blog auntie ni.i must say that reading ur blog really gives me inspirations.thnx auntie..have a nice day auntie..
Salam, while cruising, hit your blog. I couldnt agree more. Am a living testimony... keep on writing. Lurve it..
Post a Comment