Tuesday, July 14, 2009

Saya Jatuh Cinta Sekali Lagi

Bulan puasa dah tak lama lagi ni. Rejab pun dah nak habis Untuk sesiapa yang belum berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dalam bulan Rejab ni jangan tangguh lagi. Memanglah yang wajib dibayar pun belum terbayar. Bukan tak mahu, tapi sering sangat terlupa. NAMUN bila sekali kita dah mula berpuasa macam bateri lepas kena cas kan, sayang nak berhenti ....

Waktu-waktu sebelum bulan puasa sayalah orang yang paling sibuk. Saya mahu pastikan bulan puasa nanti saya dah relax sikit, tak perlu buat itu ini sangat. Jadi dapatlah saya beri tumpuan pada ibadah puasa insyaallah.

Sample kuih raya dah siap. Pekerja dah sedia. Rumah sewa untuk buat kuih dah ada. Kalau sesiapa nak membuat pesanan kuih raya, silalah datang rumah boleh rasa dan terus tempah. Sebelum datang rumah sila telefon saya di 012 395 9779.

Selalunya orang suka berhias rumah bila dah dekat hari raya. Saya pula tidak suka buat kerja last minute. Apa-apa hal pun, dari segi hias rumah, buat jamuan, masak memasak hinggalah ke hal membeli belah sekalipun, saya terbiasa dengan perancangan teliti dan teratur.

Bila tengok hiasan dalaman rumah yang dah tiga tahun nampak sama je, saya dah mula rasa jemu dan terfikir pula lalu mengajak suami membeli cat untuk menukar warna dinding dengan skema warna yang agak kontras dengan warna dinding yang lama.

Sebagai titik fokus, feature wall saya tampal dengan batu slate warna kehitaman agar lebih menyerlah dan tampak mewah.

Bagi saya, daripada menukar langsir yang memerlukan kos yang tinggi lebih baik saya berjimat dengan hanya mengecat dinding rumah dengan warna baru dan sedikit sentuhan tampalan slate di feature wall ruang makan yang kosnya hanya berjumlah lebih kurang rm1000. Berbanding dengan kos menukar langsir yang paling koman pun dalam rm2000. Yang penting hati seronok tengok rumah bertukar wajah dengan kos yang paling minima.


Perabot pula, saya pastikan membelinya hanya dengan potongan 50 hingga 70 peratus. Kalau tak, saya tak pandang. Bukan apa, nak cari duit bukan senang, rasa sayang nak beli yang mahal mahal.Apa yang penting asalkan kita rajin dan kreatif pasti hasilnya memuaskan hati.


Hanya sebahagian sample kuih raya yang ada di sini. Ada lebih 15 yang lain tidak di sini. Seperti biasa harga untuk 50 rm28.





HAZEL NUT SWIRL





SWEET LOVE FOREVER



CHOCOLATE SHORTBREAD


CHOCOLATE CRUNCHY


HAZEL TRUFFLE



LONDON ALMOND


SEMPERIT



TART NENAS



CLASSY PANDAN



Jangan lupa my strawberry moist dark chocolate cake rm60 for 2 kg.



Ini pula.....
Wajah lama.....sofa daybed berwarna putih tu saya beli dengan harga rm69. Kesayangan semua orang dalam rumah.
Wajah yang sedang di make-up......

Sofa berwarna keperangan itu saya dapat dengan harga kilang. Lukisan kerusi sekolah tahun 70 an tu hasil karya Imran.

Sofa merah itu pula saya beli satu percuma satu. Lukisan abstrak di dinding tu hasil karya saya sendiri.

Sofa kulit berkualiti tinggi dari Harvey Norman ini saya beli dengan harga kurang dari rm1000.

71 comments:

Ez said...

Nice house, auntie! Nampak selesa sangat. Auntie belajar decor dari mane ni, ke self educated, serious lawa! Mama saya pun berniaga sikit time perayaan. Die rajin buat kek lapis Sarawak ^_^ biskut2 takde, penat & kitorang adik beradik pun tak larat gak, so just buat kek lapis. Penat nak lapis satu - satu. hehe. Tapi, lepas tengok kek lapis dah siap cantik, it's all worth it kan. Rasa pun sedap! Biskut2 auntie nampak sedap, nak order!! Auntie kalau + shipping gi Sarawak berape agaknye?

Kak Naz said...

Salam Kak Nani,
Seronok bila Kak Nani up-date blog ni.. Hari2 jengok kot ada citer terkini. Semoga sukses dgn bisnes biskut raya.. Aaamin..

Unknown said...

nice!!

Cikgu Nort said...

ermmmm... sy suka tgok umah akak.. suka n kagum dengan nilai jiwa seni yg akak ada!!

♥EeiNz♥ said...

salam aunty...
cantek la umah aunty
berkenan tul saye !! ^_^

The Cendol Champion said...

mmmmm....lama tak update.....bz yer....

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

wah. rapi betul persediaan utk raya. hehe. rasa tak percaya yang sofa putih tu berharga sekitar rm69. kalau di ikea, mahu 2,3 ratus kot?

Ela Eman said...

salam kak nani...

wah akak pun pandai lukis abstrak yer... salute

NaniRostam said...

CC: Terima kasih. aunty ni jatuh cinta bila tgk umah org lain yg cantik2. teringin tapi duit tak berapa ada. so cuma kena rajin sikit, DIY la do it yourself. cat sendiri, lukis sendiri, beli perabut tunggu sale gila2.Jgn risau tau cookies and cake aunty memang yummy. Kalau nak hantar sarawak harga pos agak tinggi rasanya.


Kak Naz : salam. memang sibuk sangat, sekarang ni agak susah nak berniaga aiskrim sebab dahlia dah pandai merangkak, so macam kena duduk menghadap dia jer. Alhamdulillah setiap tahun bila bulan puasa inilah business sampingan saya. Datangla rumah, boleh rasa kuih raya.

Fatul Akrul Ramli : Thank you...


NoRT : terima kasih. Saya rasa NoRT pun suka pada nilai2 seni.

Eeinz : Terima kasih.Dapat jadikan rumah suasana resort sket-sket pun jadilah. Rasa cosy.

Nhayatiz : Nhayatizzzzzzz......sori sangat2 kak nani memang nak link kamu, tapi tak reti.Sekarang cuma mengharap jasa baik Liana atau Hanis.....tipula kalau kata tak sibuk. Bila nak datang rumah.

Lotfi Lokman a.k.a Kamitaken :
Tulah rm69 memang murah.Setiap malam Hafiiz n Alisya berebut nak tido atas tu sampai tak heran bilik tidur sendiri.Memang selesa sangat, sampaikan kalau boleh nak tido situ setiap malam. Tak sakit badan langsung.Sayang akak cuma beli dua. Tu pun masing-masing nak booking suh letak kat bilik tidur dia orang. Ala barang ikea tu bukan bagus sangat, mahal tapi tak berkualiti. Katil budak akak beli harga seribu lebih, baru seminggu beli, sekali Imran lompat atas dia dah patah. Rupanya compress wood..tak berpadan dengan harga.Luar je nampak cantik. Setakat beli cawan n pinggan plastik dia bolehla....

NaniRostam said...

MuMMy SlurPP : Memang nasib baek SPM ada subjek lukisan tau, dapatla jadi penyelamat grade SPM.Ala setakat lukis pemandangan tepi laut ada hutan, buah-buahan, atau pasu bunga atas meja yang ada tone gelap terang tu jer...lobeh2 belum sompek blaja.hehe

umi_e said...

wah... memang kemas dan cantik...

Unknown said...

Salam Kak Nani,

Teruja tgk gambar kek akak tu, teringin nak rasa tp takut lak dia melted kalau dikirim ke Sabah hehehe

isabelle said...

lawanya rumah aunty.
mana gmbr dinding sebelum & selepas makeover?

Mrs Azarol said...

salam perkenalan kak.nani
wah..lama x update
rumah sangat cantik & kemas.
k.nani beli kat mana ye sofa daybed ngan sofa merah beli 1 free 1 tu. berkenan betul :)

Mrs Azarol said...

owh...kek iteww sungguh menggodalah kak. mcm nak makan sekarang :D

semuga sukses dlm bisnes biskut raya :)

Unknown said...

nampak simple but kemas dan cantek. Saya setuju kak Nani, walopon kite beli perabut murah tapi kalo kene gaya susun atur dan make up a bit dah boleh nampak mhl.Mmg tangan berseni akk ni!

Alyea said...

tiap kali tengok moist choc cake kat page hanis or aunty mesti meleleh. tapi sayang, belum ada peluang untuk beli dan rasa.

kalau boleh pos kan bagus, mesti selalu beli.

btw, nice deco! *thumbs up*

Alyea said...

tiap kali tengok moist choc cake kat page hanis or aunty mesti meleleh. tapi sayang, belum ada peluang untuk beli dan rasa.

kalau boleh pos kan bagus, mesti selalu beli.

btw, nice deco! *thumbs up*

Alyea said...

tiap kali tengok moist choc cake kat page hanis or aunty mesti meleleh. tapi sayang, belum ada peluang untuk beli dan rasa.

kalau boleh pos kan bagus, mesti selalu beli.

btw, nice deco! *thumbs up*

Alyea said...

tiap kali tengok moist choc cake kat page hanis or aunty mesti meleleh. tapi sayang, belum ada peluang untuk beli dan rasa.

kalau boleh pos kan bagus, mesti selalu beli.

btw, nice deco! *thumbs up*

Alyea said...

nak beli moist choc cake, tapi jauh. kalaulah boleh pos.

nice deco anyway.

Nas said...

bestnyeee..saye x minat sangat kueh..tp bile tgk gamba2 kueh ni...yumm yumm \0/

Kenape la..saye membayangkan saye tgh landing dkt kerusi puteh tu..hee... =p

lily lotus said...

at last u update jugak sis ;) miss ur writing..hehe..nice home-deco..nice cookies too..bolehlah tempah nanti...anyway u hantar ke rumah customer camne?

and, nak inform i dah tukar blog baru..so klau free2 u update my link ekk ;)


http://myrillys.com

Diana AR said...

Suka tgk cara akak decorate umah..kreatif.

AieZa said...

salam kak.. nak rasa la kuih raya tu.. tp hat choc je banyak.. ke ade lain tp xde gamba?? mcm last yr mcm byk je kuih lain2?

Hanis Zalikha said...

YOU MAKE ME MISS HOME SO BADLY! I LOVE THE ART PIECES BY YOU AND LITTLE BROTHER IMRAN :) SUPERB GILA.

puding roti said...

waah..besnya umah auntie nani. mcm sejuk je pemandangan die

nyam2

Anonymous said...

kak,
.
saya rasa macam nak beli sumer je kueh raya tu, eventho tak rasa.. esp love forever tu. ah! and the moist cake too..! looks really nice! huhu :)
.
and yeah, abstract art is cool! hehe. akak adalah super creative! XD

ANA said...

yes aunty mcm nak pesan gak kueh2 aunty,tp sy still kt overseas, nak kasi utk mak kt semban..so kalau aunty bole pos ke semban ok la jugak,if not sy kene cr rumah aunty dan amik la ke??

Atiqah Adnan said...

nice hOme..!!
sangat selesa..
nanti raye nak datang beraye bolee auntiee... ^__^

psstt if nak jual perabot lame sila inform ye pUan.. saya sukee!! hee~

Munirah Abd said...

tgk pun dah tau sedap..mcm mana nak order auntie...kena email ker??? pastu delivery camna..cod ker???

C!kpuanmuda® said...

kalau lah saya se-kreatif ini... *sob*

Chika Chika said...

Impresssssiveee!
Aunty, tak hantar tempahan kuih raya to Aussie ke? Tahun ni tak makan kuih raya lah saya T____T

CHIKA
http://nurulism.com

Anasfadilah said...

all ur funiture couldnt believe it its cheap like Hanis said..cantik sangat all the sofa!

the daybed..i want one!

kerusi merah juga suka

kerusi harvey norman juga suka!

semua pun suka including all the paintings!

ANAKIRANA said...

cantik2 kak nani decor rumah

kak nani beli katner dpt harga kilang sofa tu...sy minat gak sofa tu..moden

haryani said...

salam kak nani...

dah lama tak order kek..hehehe...
biskut pon nmpak sedap...hurmmm...
klau ada masa nnt nak jugak dtg rasa...

klau tak sbuk nnt sy kol sblm datang yehhh....

Unknown said...

salam Aunty :)

teruja Ima tengok kuih semprit tu.. nak datang ziarah Syaaban boleh? hehehe..

Mai Okinokiyo said...

auntie, suka kusi harvey norman tuuu..tapi aritu saya tgk mcm 3K..kenapa and bagaimana dapat harga murah tu.share laahhh

InaAchik said...

salam kak... i am ur silent reder. tp hr ni tergerak hati nk coret sumthing... nway, ur home deco very superb.

kalo akak x keberatan, leh x akak share kat mn nk beli alat2 nk wak lpainting tu... dah lama saya teringin nk wak painting sendiri tp xtau mn nk beli peralatannya... how bout cost?

Azean Azman said...

Salam kak Nani!

Lukisan Imran cutelah!..

Lukisan Kak Nani nampak 'Mahal'..

Imran dan Kak Nani ada terfikir nak jual painting ke?.. tak nak cuba?.. hehe..

Ainee Cumi said...

cantik sangat rumah aunty..nak cake moist tu..sure sedapkan..tapi tu r ainee from ipoh..jauh!meh r pindah ipoh..kehkehkeh

mrs.syediz said...

salam,
auntie!
ya allah cantiknya rumah!
sgt bekenan dengan daybed sofa ittew!
kat mana auntie dapat hage 69 je?
saya br mlmtd tangkap gmbr umah nk tny member nk buat make over.
x kreatif!
huhuhu.

kalau psl biskut tu auntie buat delivery tak?

kuizikel said...

bila dapat datang beraya ni sambil menikmati biskut raya yg sedap...huhu..

klu delivery elok ke? adoi nak gak rasa.. kang takut pecah di tengah jalan....huhu

Filla said...

auntie canteknyer umah!!!!!! saya mcm auntie sebijik..nak cantik..tp nak murah..heheh.. saya suker slate jugak..saya n hubby byk wat sendiri jugak..janji kreatip..cita2 saya nak tukar sliding door umah baru mcm panel auntie tu... huhuu....cantek sgt...
untung hanis ada mak mcm auntie!!!

anisizatyA.J said...

cantiknya ur house :)))

Amy said...

suka tgk lukisan abstrak tu! auntie ni mmg serba boleh lah. nak sgt lukis lukisan abstrak mcm tu gak tp tak tau camna nak mula kn. auntie blog lah mcm mana nak lukis lukisan kanvas mcm tu yer... mana nak beli bahan2 dia mcm canvas, cat etc.

yattt said...

cool mummy!!!

elynn said...

Very nice and impressive la untie punya home decor!nampak exclusive sangattt...Untie post la banyak2 sket biskut raya untuk jualan tue...ada time schedule ke untuk pergi 4biscuit testing?

shila said...

hye auntie,im shila...from malacca..
kuih muih auntie best2 la...shila bagi my mum tgk blog auntie..n she said,ada auntie jual n pos kan ke rumah...kalau bloeh my mum nak..t inform kat shila k auntie..thankx..
nice umah auntie..!!

m@Ri@ said...

cantik umah auntiw..pandai auntie pilih sofa harga murah tp cantik..sape kata perlu bazirkan duit utk dapat brg yg cantikkan..

mama-syira said...

satu hari akan datang ke rumah auntie nak order kek ngan nak jumpa auntie ngan hanis sekali. sudi tak terima? hehehe

FAZ said...

haah kak..kalau bole saya pun nak tau di mana bole dapatkan sofa day bed rm69 tu?very cheap!saya ni baru sewa rumah..perabot tak beli banyak lagi..tunggu sale juga..tapi tak berapa tau nak cari..

thanks ye kak

I.L.Y.A.N.I.E said...

Salam, auntie.
Terkagum sekejap tgk ruang tamu yg da di make over tuh. Cantek tau.
bagus la auntie neh.
Pandai berjimat dan kreatif.

Nak tanya, kalau nk order biskut raya tuh, boley tak buat delivery ke PJ, area UM?

TQ

=)

Unknown said...

ni masa hanis takde kat rumah ni, boleh tak iz serbu je rumah jugak?

Mama Azlina said...

salam singgah..
sedap nampak cookiesnya tue...
rumah pun sgt cantik...

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. said...

salam,auntie!
cantik la rumah auntie.
betul la orang cakap yang less is more.hehe

i said...

hi auntie..wah..cantikla rumah auntie..pandai auntie make over..

sy selalu bace blog untie..dpt tau dari blog hanis..bertuah hanis dpt mak mcm auntie..=]

Misty Melor said...

santeknyer :D.... really nice :)

JMR said...

lawa giler deco tu..
nmpk cm pro je yg deco..n biskot ry pon nice je tgk..kena tmph awal2 ke..kan abes b4 ry lak..

Azlan Ismail said...

Salam Kak,

Cantik decor, memang berseni :). Mesti suami n anak2 suka duduk kat rumah yg senang mata memandang :)

Tumpang tanya, akak tahu kalau2 ada playschool di sekitar bukit jelutong utk budak umor 1 thn 9 bulan?

Atau, akak sanggup jaga lagi sorang budak , 3 kali sminggu ? :D

Anonymous said...

cantik! tak sangka semuanya dibeli dgn harga murah, tapi nampak mahal..

kena pandai menghias kan..semuanya nampak cantik

:)

Miszunderstood said...

Salam Auntie,

Saya pun nak tanya, beli kat mana sofa putih yang gorgeous tu? Kalau Auntite x keberatan nak kongsi dengan kami.

;-)

Fazlynne Majid said...

salam aunty,

aunty sihat? lama tak jumpa kan.. last skali masa grand finale mdg2. aunty daybed putih tu aunty beli di mana? im looking for one.. tapi tak jumpa yg cantik n dlm budget :)

-lynne-

NaniRostam said...

Terima kasih semua.

Tentang kuih raya :- dah boleh tempah sekarang dengan email atau menalipon saya.

Tentang lukisan : Kalau nak tahu mana kedai barang2 lukisan itu boleh telefon saya.

Tentang sofa : Sofa putih rm69 tu dah tak wujud kot, sebab masa belipun stok dihadkan seorang satu sebab kalau tak silap cuma ada 10-15 unit jer. Kalau tak mesti dah beli 4. Untuk dapatkan harga kilang atau diskaun sehingga 80 peratus, apa yang saya selalu buat, kena rajin baca suratkhabar, hari sabtu dan tengok kot-kot ada sale perabot yang gila2. Pas tu pagi2 dah bersiap untuk sampai di pintu kedai sebaik sahaja sale bermula.haha.

Pancky :) said...

Autie, sy Fatin from Kuala Selangor. I wish to order Strawberry Moist Chocolate Cake for this raya. Boleh? My number 013-2977071.

NaniRostam said...

Pancky : Nak order strawberry moist dark chocolate cake boleh telefon saya, tel : 0123959779. terima kasih.

KnE said...

Kak, i just browse thru ur blog. Wut a small world! i went to ur hse last raya with my daughter Haifa. Admit it ur Interrior Design really nice pun still ade idea mencantikkan lagi rumah :) Read hanis blog too its really luvly to had a chance to meet both of u. Kiss and Hugs to qistina juga same birthday with Haifaa :)

LINA EVERLYNN said...

akak..im one of ur silent reader..suke gler bace blog akak.neway..bler tgk strawbery moist dark choc tu mmg tliur gler..apatah lg tgh berbadan 2 ...hamil anak kembar plak tu..hehe..sy plak kt klantan..mcm ner yek..kene trun kl ler jwb nye ;)

ceriterapelangi said...

kenapa kuey auntie x kemas lsg ?
nnt dapat dalam packaging mcm tu jgak ke ?
tepi2 cup tu ada cokelat meleleh ke ?
tringin nk rasa. tapi rupa x berkenan sangat lah.
CHOCOLATE SHORTBREAD
ada cap jari lah auntie.
nnt dalam yg pack punya ada jugak ke?

The Cendol Champion said...

kak nani.....nanti yatie pindah KLCC,insyaallah, boleh la belajar buat cake...tak pun part time...sampai la umah tu...he,he....

LaLaLovy said...

my mum pun jual biskut. tempahan mmg banyak sgt .. hehe. nice home~