Minta maaf shariza kerana tak sempat nak makan kenduri ke rumah. Nasib baik terserempak di rumah jiran depan...barulah tahu rupanya kenduri doa selamat nak pergi umrah. Selamat pergi dan selamat kembali. Moga-moga diberkati Allah.
Bermula dari hari sabtu memenuhi undangan majlis hari jadi jiran yang bernama Hani yang anaknya yang berusia 2 tahun bernama Tia.
Hafiz yang masih dalam cuti sakit selama 3 bulan akibat patah tangan.
Alisya yang baru potong rambut pendek dek kerana rambut panjangnya yang berpintal-pintal tak boleh diuraikan lagi. terpaksa potong.
Rezeki jangan tolak.....part-part makan ni ha bagi kat Liana n Imran....seronok tengok dia orang enjoy makan.
Bak kata Liana, tauhu bakar ni macam cuma panaskan petis. Dah tu tauhu lemau macam tak bakar, kacang pulak rasa hapak adui....catering ni fail part menu ni.
Bak kata Liana, tauhu bakar ni macam cuma panaskan petis. Dah tu tauhu lemau macam tak bakar, kacang pulak rasa hapak adui....catering ni fail part menu ni.
Laksa penang, tuan rumah tu kata....tapi selalunya laksa penang tu kuah dia mesti ada ikan sardin serta yang banyak bahan serabut yang macam kat Jaya Jusco tu...kalau ni just laksa utara saja. biasanya di hidang tanpa petis atau nenas. Bukan ke laksa utara dihidang bersama telur rebus, cili padi cincang, ulam daun kesum dan timun dan kalau suka limau kasturi sekali?
Sago gula melaka di parutkan ais.....gula dia 'tak kick' dan santan dia cair...sayang...dahlah lama tak makan ...masa nampak tu terkecur air liur tau....
Yang ni memang the best....berselera betul makan....pulut kuning, rendang tok, kurma daging, ayam merah dan sayur campur.
Hari Ahad pulak jiran depan rumah buat besday anak dia amirah......lupa nak bawa kamera....
Malam Ahad pergi memenuhi undangan kahwin kawan baik suami.
Baju ni betul-betul buat saya nampak gemuk....tu yang lebih suka pakai jeans.....
Cepat-cepat sapa nak ikut...Alisya paling cepat siap.....yang lain tak nak ikut...ehmmm
Aiskrim dihidang dengan goreng pisang. "Ni orang johor punya makanan ni, goreng pisang tu dimakan dengan semua benda" komen suamiku...
Hidangan yang meyelerakan dari Dsaji, nasi beriani, dalca, ayam merah, rendang daging, papadam, udang besar masak sambal. umph....servis para waiter dan waiterest pun sangat tip-top.
24 comments:
Kak Nani
saya suka hari hari kak nani yg mcm ni
minggu minggu yg ceria
minggu minggu makan makan
minggu minggu tanpa gangguan!
muka liana dgn imran lebih kurang sama lah..
huhu
tauhu bakar tu nampak sedap?
tapi tak cukup dan lemau ya.
mesti bau dia memikat.
tahniah utk pengantin! tapi looks like u lagi berseri dari pengantinlah sis...camne tu...hiksss
Wawawa. Lama tak makan laksa penang yg betul2 kat penang. Kat kl ni, nama je laksa penang, rasa cam hampeh. :)
On 16 Mei, ada wedding kat dewan tu juga, lauk-pauk sama tapi dessert lain..choc brownies + ice-cream..sgt suka pisang goreng cicah sambal kicap..ummphh..
Hi anty.
I wonder anty cakap pasal laksa penang letak sardin? Actually emak saya cakap yang laksa penang actual ialah yang ada petis. Tapi kan, saya tak pernah pulak dengar resepi dia ada letak sardin..
Actually dulu time degree kat kuching, diaorang letak sardin dalam laksa, sumpah saya rasa marah betul. Terkejut bila anty cakap it suppose to have ikan sardin in it
Bagi menambah kesibukan kak nani, anda di TAG, get enjoy...kalau sudi la...Copy and edit jer....
Rasanya..belum pernah jumpa tauhu bakar yang sesedap mama buat..
Rupanya masih ada lagi konflik antara laksa kedah/utara dengan laksa penang a.k.a assam laksa..
assam laksa tu sekarang dah famous, kat mana-mana pun ada jual..tu pun orang tak dapat bezakan lagi..haih..
~komen dari seorang penchenta makanan~
auntie...
aiskrim +pisang goreng tu nmpk sedap!
*drools*
saya bukan orang johor tapi pisang goreng tu memang kekadang makan nak cecah pape je.hahaha
p/s: haha konon power bm pakai pisang goreng padahal selalu sebut goreng pisang XD XD
mknan tu x wat sy terliur mcm mknan yg aunty buat...hehe..
masih lg pk..bile mau try wat triffle aunty...hehe
goreng pisang makan ngan aiskrim?pertama kali dengar.kalau goreng pisang makan ngan smbl kicap tu penahlah makan.hehe
kak shina...sekarang ni nonie suka makan laksa yang jual kat lori..biasanya dia akan jual kat area glenmari...sedap kak shina...
wau...pisang goreng+aiskrim = simple yet appetising! kalau matsaleh tgk, mst dorg tgk mcm grand je, pd hal pisang goreng tu kite da bese.. ;)tmbh aiskrim je n...walla!
"sir, it's banana fritters with ice-cream..a modification of Malaysian favourite snack"...hehe..tetibe terpikir cm nk promote makanan itu kt org luar.. ;p
neway, aunty...i always think that imran looks a bit like hanis.. ;)
sedap gila gambar makanan tuh la auntie. :)
aisey
join besh ni
makan2
ooh
gmok bdanku
eskrem dan goreng pisang.. sungguhlah tidak match..
kalau dengan dsaji, dessert tapai eskremnya paling meletops
Salam Kak Nani
Bestnya weekend dia..makan2 lagi. Pastu boleh jadi pengkritik makan..hehehe! Orang yang pandai masak, memang pandai komen. Yang tak pandai masak pun, boleh tahan jugak, ya. Whatever its is, gambar2 kat sini buat saya lapar sangat! :)
anak and mak sama-sama lawa. and those lovely photos of food makes me hungry.
salam. akak nanti share la tips kecantikan. even bertudung buleh lagi bergaya ok. tq.
sedapnya pabila daku melihat suma maknan tue...
salam... izinkan link ya :)
Salam kak,
It was you kan di food court IKEA hari sabtu lepas?? With the kids except Hanis.
Rase mcm betul tapi malu mau tegur...hehe
,silentReader yang tak silent lagi dah.. ^__^
Salam Kak Nani,
Laksa sardin yang macam kat Jusco atau kat kopitiam tu ialah ASAM LAKSA. Chinese style. Laksa Penang tu betullah yang macam dalam gambar tu. Malay style. Pakai ikan kembung yang diblend betul-betul, biar ada tekstur sikit saja, bukannya berketul-betul macam sardin kat Jusco tu (oh so ugly).
Condiments untuk laksa jenis ini biasanya bawang, cili merah, cili api, daun salad, timun dan ader yang suka tambah lagi nenas, daun sellom, daun pudina dan limau.
Daun kesum tu masak dalam kuah, sama dengan bunga kantan.
Satu lagi kesilapan yang kedai kat KL nie suka buat when it comes to Laksa Penang/Asam Laksa (yang cek sungguh pantang tok nenek) ialah potongan bawang/timun/condiments yang besar bagaikan hendak tercekik di tekak!!! Kalau kat kampung kita potong halus-halus dan teliti ya, biar orang anggap bawang nie dipotong oleh anak dara yang sopan santun. Awwww!
Sekian nukilan daripada seorang die-hard Laksa Penang/Asam Laksa fan.
Kalau kat KL nie yang Chinese style tu paling famous, sebab tu orang sudah salah anggap.
Post a Comment