Tuesday, June 26, 2012

Mandi Bunga Ubat Pengasih




Assalamualaikum,


Amboi tajuk tak hengat.....betul...naluri mak jemah yang kata macam tu. Bagus mandi bunga. Aura seri bunga-bunga tu meresap dalam gelombang nadi kita dan menyerlahkan seluruh seri pada wajah sehingga diri kita rasa yakin, bersemangat dan jelita. Kalau nak lagi mengesankan, ambil 7 jenis bunga dari tujuh warna dan petik ketika embun masih beruntaian di kelopaknya.... kemain kau...cubalah..nanti ramai yang kasih...

Tulisan ni kalau tak da mukadimah bagai macam keluar rumah tak pakai mekap. Ada orang selalu ingat, yang natural beauty itu adalah tak pakai mekap. Saya tak fikir pulak macam tu. Bagi saya natural beauty itu adalah kecantikan semula jadi. Nak tahu cantik semula jadi ke tidak....selain daripada melihatnya dengan seminima benang di tubuhnya atau tanpa memakai tudung atau menutup aurat. Kadang ada orang kulit sahaja nampak putih, tapi bawah mata lebam, langsung tak nampak seri. Kadang ada nampak cantik memakai tudung, tapi bila buka tudung, rambut kurut, kusam macam nenek kebayan. Sapa yang nak tengok semua tu...mestilah suami dan yang muhrim baginya.. so kalau cantik waktu pakai tudung tapi bila buka tudung...kelakar..maka bukanlah natural beauty namanya.

Lagi satu nak tahu orang tu punya kecantikan semula jadi atau tidak selain dari wajahnya dah memang Allah kurniakan cantik, jiwanya juga harus cantik. Tidak kedekut, berkira, rajin, tidak pentingkan diri sendiri, menepati janji, suka menolong orang, tidak sombong, tidak hipokrit, tidak memilih bulu bila berkawan, tidak suka mengungkit, tidak suka cakap besar,  maka yang itulah sebenarnya natural beauty.

Orang bertanya macam mana saya tips saya jaga paras wajah dan tubuh badan. Selain daripada hobi saya memang suka bermekap, saya tekankan di sini bila kita mekap, maknanya kita telah berjaya melindungkan kulit wajah kita dari segala kekotoran, sinaran uv dan segala pencemaran yang akan singgah menerpa dan melekat pada wajah. Dengan mekap juga kita akan lebih rajin untuk mencuci wajah dengan segala krim dan losyen yang akan secara tak langsung tambah melembutkan wajah kita.Jadi wajah harus dilindungi. Pemakanan harus dijaga. Saya amalkan makan kolagen seratus peratus asli tanpa bahan lain sebagai campuran, waktu sebelum sarapan. Maka perut saya akan rasa kenyang sehingga tengahari. Jadi saya makan tengahari seperti biasa dan skip makan malam kerana tidak rasa lapar.

Sekali sekala jika ada masa saya berjogging waktu pagi sebelum matahari terasa perit dikulit. Alhamdulillah walau tidak pernah sign up di gym, tidak bersenam aerobic, saya masih dapat kekalkan stamina, kekuatan sendi tulang dan tubuh yang agak langsing. Ini mungkin kerana hampir setiap hari saya begitu kerap  menuruni dan memanjat tangga di rumah saya. Selain daripada aktiviti masak dan baking di dapur, melayan tetamu dan pelanggan,  berwindow shopping, mengurus jadual dan menghantar hanis, melayan kerenah anak-anak yang macam-macam tu dan  melayan kucing kucing kesayangan di belakang rumah dan yang paling penting saya cuci  dan kemas bilik air saya sendiri.

Itulah pentingnya mekap, jaga kecantikan luar tubuh badan dan jaga kesihatan fizikal dan jasmani.

Sama macam bilik air. Bilik airpun perlukan mekap. makeover. Sebab dalam memulakan hari hari bilik air adalah tempat pertama dan utama serta sering kita kunjungi.

Kendati bilik air selalunya adalah tempat terakhir yang kita letak perhatian. Misalnya bila kita beli rumah atau sewa, kita sering terlupakan untuk ubai suai atau hias bilik air.

Walhal ketika kaki mula melangkah masuk, meninjau ninjau suasan rumah, bilik air pasti tempat yang pertama kita tinjau. Besar ke , kecik ke....

Namun bila kita sudah mula memikirkan tentang ubai suai, bilir air selalu tidak termasuk dalam senarai.

Apa kata selepas ini kita anggap bilik air itu sama penting dengan ruang lain. Baru kita tahu betapa seronoknya mempunyai bilik air yang cantik, practikal dan selesa. Macam saya, kadang-kadang rasa nak berlama-lama sangat dalam bilik air

Apalagi berendam dalam tab mandi yang dipenuhi kelopak mawar!!!





Ada set facial cotton, cleansing milk, krim tapak kaki, toner untuk memudahkan saya menanggalkan mekap ketika di bilik air.


Tuala muka yang masih boleh digunakan saya gantung dibelakang pintu. Penyangkut yang cantik dan kukuh saya beli di ssf


Sesekali jika tersinggah florist maka dapatlah saya hias bilik air dengan bunga-bunga  segar, kalau tidak saya ambil pokok yang sedia ada di rumah untuk menghias.





Lilin yang semerbak harum saya beli di ikea, memang harum!! menambah bilik air kelihatan sungguh harum dan romantis.

Tuala mandi yang saya  letak dalam bakul ini tersedia apabila tiba tiba saya decide untuk mandi dan tak perlu ambil dari almari.

Lepas cuci harus ada tissue memang mudah kerja.





Menambah seri dengan bunga bunga gaya inggeris


Segala lebih mudah dicapai dan diguna, bakul untuk baju kotor, selipar hotel, almari pakaian yang bersebelahan.










Sesekali manjakan diri dengan kelopak kelopak mawar menambah aura seri wajah

Bilik air juga boleh digantungkan gambar-gambar .








Hand soap, ubat gigi dan berus gigi saya letak bersebelahan dengan sinki agar mudah dicapai.

Tuala muka saya susun di dalam bakul kecil .

Juga toiletteries yang saya kutip ketika menginap di hotel.














Walau memakai tudung, tapi saya amat menjaga penampilan rambuat agar sihat cantik ...maka produk yang saya gunakan adalah hair salon treatment set. Di dalam ruang shower ini pun saya letak satu lagi set untuk gosok gigi ketika mandi.



Masih gambar tumbuh tumbuhan











Inilah bilik air kesayangan saya yang saya sendiri cuci dan kemas. Kadang-kadang bila kucing saya jaguh tidur di bawah sinki tu, saya rasa macam teringin sangat nak join dia sambil baring atas karpet bilik air yang saya beli di urban culture, sungguh lembut dipijak kaki kerana seratus peratus buatan dari kain kapas.Saya beli masa sale dapatlah setengah harga.

71 comments:

Mama Un-A-nas said...

best nye tgk bilik air rumah akak..jeles :)

Zurina Hj.Zainal said...

nice..

Shiela Rahim said...

kak.......cantiknyeeeeee..bilik air!!! :D

Unknown said...

Cantiknya bilik air kak nani... kalau macam ni, hari2 berendam pun sanggup... hehe

Zuraini said...

bestnye kak...mengidam nak toilet camni...

Sheila Adziz said...

rasa rasa nak mandi jer slu kat toilet k.nani tu... hehhe

NURHUDA said...

terbaikkkk lah kak nani.....nak tiru bleh tak kak nani...

Diana AR said...

macam bilik air hotel hehe ada kelas

mama aryan said...

salam..cantik nyer bilik ayor kak nani dah macam hotel,ini mau mandi berjam2 ni,kalu saya la..

Puan Eka said...

cantiknyaaaaa

bilik air auntie..
sukanya tengok

kalau boleh tido,memang syok ni..hehehe

Emma Kasyuma said...

cntik nye bilik air...mcm kt hotel...1 day kalo sy ade rumah sniri sy pun nk buat camni jgk la...u r inspired me la....

Emma Kasyuma said...

cntik nye bilik air...cam kt hotel...1 day kalo sy ade rumah sniri sy pun nk wat cmni...u r inspired me...

Unknown said...

tapikan akak, bilik air kan antara tpt kesukaan syaitan..

LINA EVERLYNN said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa..cantekkkkkkkkkkkknye.suka yg amat sgt!

NaniRostam said...

Jadi? Tak kan kita nak kotor-kotor..kalau kita hias kita bersihkan mesti syaitan tak suka...

Zaman urban punya bilik air tak macam zaman minimalis...dulu tandas memang semata mata tempat berak...bau busuk, tahi bersepah.kencing bercicir, airpun harus bersukat, jauh dibelakang rumah..

ingat saya masa sekolah dulu, berak dan kencing adalah perkara yang paling saya benci kerana akan tempuh tandas yang menjijikkan, betul betul tempat syaitan berjoget

tapi sekarang bilik air pun dalam bilik tidur...bau semerbak harum kasturi...setan yang pembersih kot sanggup datang..dah tu kat luar bilik air tu pun ruang saya bersolat dan beradu..

so kalau tempat macam tu bersih setan suka ke?kakau setan suka tempat yang bersih bukanlah setan namamya..

Chekgu Azrine said...

sis..sukanya..kalau saya nak honeymoon pinjam bilik air akak boleh??..opppsss..hahahah

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Bila lah boleh dapat bilik air macam ni ek...

Miss Moon said...

suka sangat tgk tandas kak Nani ...pandai kak Nani gubah dah jadi cam hotel dah .....ada rupa spa pun ada ...

2 thumbs up kak nani ...........

Zareene Saifuddin said...

kak naniiii.... cantiknya bilik air rumah akak... saya sukaaaaaa....

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

suka la tengok akak berhias rumah. Suka! Suka! Rasanya ini lah pertama kali akak tunjuk gambar bilik air. Saya jadikan akak idola saya. Kadang kan kak, kalau saya balik kerja penat tengok kucing saya dok buang bulu sana sini, rasa rimas. Rumah dah dikata tak sedap mata memandang. Walhal duduk berdua jer dengan suami. Nak vaccum rasa penat dan malas.
Kalau ikutkan suami saya dia kata "eh oklah ni, takde la kotor mana" Tapi saya tak boleh, rasa tak tenteram bila tengok rumah kotor sikit. Bila mengenangkan kerajinan akak, saya gagahkan diri lebih merajinkan diri. Hehehe...

waktong said...

salam,berapa total kos yea? nk kira budjet ni...:D

waktong said...

berapa ye total kos?

nak kira budjet ni...:P

PearlKaz said...

saya ingatkan kak nani buat review toilet hotel la tadi.. hihihi.. cantik sgt. saya pun suke part cuci toilet. rasa lega dan puas hati bila tgk toilet bersih. dan sy pun letak carpet dlm toilet sbb tempat shower ada divider mcm shower kak nani gak. hihihi.. :)

Cikgu Vina said...

aunty...cantiknya toilet..btw, syaitan memang suka kalo kita x jaga kebersihan..islam menganjurkan supaya kita menjaga kebersihan..

beta kupu said...

Wah, sgt cantik & plg ptg sgt la kemas lg teratur...kagum!

ome said...

salam, kak, bleh saya tau maner akak bli laundry basket tu, cantik!!

ome said...

salam kak nani,
laundry basket tu akak beli kat maner, cantik!!!

aizeepesona said...

kenapa bilik air kak nani cantek sangaatttt ??????

aizeepesona said...

boleh menangis tertonggeng tengok bilik air kak nani nie...kerana terlalu suke sgt...suke dan suke ..!!

waktong said...

wah kak....berapa kos nak renovate jd mcm bilik air hotel tu..

NaniRostam said...

Ok saya agak bertuah sebab beli rumah teres tapi dapat bilik air di bilik tidur utama yang ada tab mandi dan dua mangkuk sinki...

Cuma asseseri macam bidet, cermin muka, bidet shower, bidet shower di tab mandi, rak tempat barang/lilin, penyangkut tuala, bekas sangkut ubat gigi, dan lain lain kena beli dan hias sendiri.

Kalau beli rumah tak da tab mandi, boleh besarkan sedikit bilik air yang kecil dan letak tab mandi sendiri.

Tetapi masih boleh jadikan bilik air yang kecil jadi cantik dan cosy dengan menambah sinki yang cantik dan shower yang bertutup serta cermin muka yang bersesuaian.

NaniRostam said...

Selain dari itu lampu lampu juga saya pasang sendiri. Bakul kain baju kotor itu saya beli di ssf.

Anne mahli said...

canteknyaaaa....ala hotel gitu..
kalau dah ada rezeki ada rumah sendiri nak bathroom camni gak la...hehehe..
sangat indah.. :)

Dinas Aldi said...

Betul tu, bilik air sangat penting :)

Segar ja rasanya bila tengok bilik air kak Nani :)

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Aduhai wahai... ber-aura indah sekali bilik mandinya Nani... terpegun jadinya Ratna juga teruja dengan campuran gaya decor modern urban stlye&Scandinavian style itu tampak menawan sekali.

Katanya Moyang Ratna, jika mahu tahu seseorang itu bertaraf pembersih senang dan mudah sekali kajiannya yaitu dari penampilan kebersihan bilik mandi juga jamban termenungnya juga peti es-nya, gitu......!

Adore dengan bathtub yang sarat dengan taburan kelopak-kelopak bunga yang berpancawarna warni umpama mandi berendam untuknya Raden Keraton...

Salam kasihsayang juga salam manis semanis madu.

izz iizza said...

dah macam bilik air hotel gayanya..;)

Atie said...

Kalau dah bilik air cantik, kemas dan bersih macamtu mmg terbukti sgtlah tuan punya diri pembersih yang amat..K.Nani sy nak ambik ilham akak hias bilik air mcm tu gak lah ya..hehe

susumanis said...

suka sangat dengan superwoman cam k nani, cantik, pandai masak, pandaihias rumah, anak anak terdidik baik semuanya, love u kak nani :))

NorHidayah said...

hi aunty..

saya teringat pernah pergi rumah aunty tiga tahun lalu ambil kuih raya.

aunty memang slim! jeles saya!

aunty, please share deco bilik bilik lain dalam rumah aunty... ia menjadi sumber inpirasi saya!

AAR said...

Hai kak..:)

AAR said...

Hai kak, ....:)

love for life said...

amboi cantiknya bilik air kak nani.. macam hotel

Myrantings said...

terima kasih banyak2 kerana share kak..saya tak terfikir pon nak buat bilik air secantik hotel mcm ni. moga akak share lagi banyak tips lepas ni ye. Akak masih ambil tempahan kek coklat strawberry yg sgt sedap dap dap tu tak?

-jos, shah alam-

uji6june said...

salam ..
lama tak singgah blog Nani

bestnya bilik air
cam hotel five *****

:)

Nani, uji suka article Hanis tentang PTPTN tu, memang brilliant anak gadis Nani .. tahniah untuk beliau dan Nani juga ..

uji nak post article tu kat FB
boleh kan?


.

Siti Hajar Masri said...

sy sokong bilik air plg diutamakan..ada sy tgk rumah bukan main cntik..toilet failed..tapi kak naninya bilik air tersangatlah cntik..

gee rahim said...

kak,, kain basahan tuk mandi sggkut mna? ada idea x?

NaniRostam said...

Salam uji, lama tak update blog kan...thank u uji. Boleh silalah....


gee rahim, nama jer kain basahan. tetapi setiap kali mandi kak nani capai yang kering pastu jadi bahasan. Lepas pakai perah dan campak dalam bakul kain kotor. sama macam towel sekejapan itu dah bersusun kering. Itulah faedahnya ada mesin pengering selain mesin basuh. segalanya jadi mudah.

myrantings, kak nani masih jual strawberry moist choc cake.mehla order.

Miamore said...

Love ur toilet...

Unknown said...

maaf puan, jgn la ambek ati..bukan bermaksud toilet tu x boleh nk dihias2.. kebanykn kita mmg dduk umah yg toilet dlm bilik tido..sya pon...cuma bila kata tandas zaman ini bersih tidak saperti tandas zaman dahulu,so syaitan dah x duduk, mebi silap tu..mmg skrg fikiran da maju, fasiliti juga da upgrade, toilet mesti sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian tp x bermakna syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih... sebenarnya bersih yg kite nmpak adalah bersih pada pandangan fisikal. Ambil contoh. Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk?

Begitu juga dengan tandas atau jamban. Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga...skadar pengetahuan seciput..peace no war

NaniRostam said...

Ok unknown...ada tak satu perkataan dalam ayat saya mengatakan bilik air saya tu tempat yang suci. Carilah perkara lain yang lebih berfaedah untuk difikirkan...

Bilik air tetap bilik air, cuma kalau bersih jiwa kita yang sering berada di dalamnya pun damai. Yalah nak bermandi manda dibilik air yang bersih satu terapi minda jugak.Rasa seronok berada di dalamnya. Kalau sesiapa yang tak seronok berada di dalam bilik air disitulah tempat syaitan bertandang.

Dan sekalipun bilik tidur itu bernama bilik tidur, tetapi kotor dan busuk, katil hancing, bakul sampah busuk bau tahi, syer jugak kita sebilik dengan syaitan. Bukan begitu?

Siapa kata kopi bersih? Sifat kopi itu sendiri pun dah hitam tak bersih. Bukan setakat nak berwuduk...nak basuh baju pun tambah kotorkan baju.

Miss Cool said...

saya suka toilet awak!!!!!! end story.

Unknown said...

testing...testing... ;)

Unknown said...

testing... ;)

Unknown said...

testing... ;)

Lela Nasir said...

Ms Nani..i love the deco!!!my toilet yang ceconit ni pun i hias cantik2..i setuju..theres no wrong decorating and keeping our toilets beautifully clean!!!

Unknown said...

Sori...1st time komen.

First...sy suke decoration bathroom aunty. One day ade umah sndri mmg nak wat ala2 hotel gini...kaler putih tu wajib!

Second...sy sependapat ngan "Unknown" kat atas tu.Kaaan...klu azan dlm Islam pon x digalakkan berada dlm bilik ayor. Tmpt syaitoooooon carik perlindungan. Tapiiii......jgnlah plak bhgn ni diambil mudah. Mesti nk bersih,kemas & semestinya wangi! Utk diri sndiri & keluarga gak kan. Geli aaaar comot2...lendir2...guest dtg pon x selesa.

Thats all...


(^_^)

Unknown said...

hi aunty, mndi bunga ubat pengasih? mcm dah jadi syirik bunyinya tu.. skadar teguran ya, and i think you should be more acceptable towards teguran2 yg lain..no offence =)

cahayanoor said...

kak nani....bgtau la akak makan cologen jenama ape?tak jual ke?

cahayanoor said...

kak nani....bgtau la akak makan cologen jenama ape?tak jual ke?

Pn. Ila said...

Salam...
Walaupun namanya bilik air, perlu lah jaga kebersihannya. Macam bilik air aunty ni...kemas dan bersih. Kalau kotor dan berbau, kita nak berwudhuk pun tak selesa kan? Terima kasih aunty sbb tunjuk gambar bilik air aunty ni...beri idea pada saya utk hias bilik air saya nanti.

NaniRostam said...

Mana lagi sudut yang boleh kamu cari silap dan salah saya sekadar menayangkan bilik air rumah teres yang anggun dan bersih dan mandi bunga yang memang banyak faedah sebagai terapi minda dan sumber bahan mencantikkan diri dan seri wajah. Sampai sanggup mengsms, emel bagai yang menampakkan sangat kamu tidak senang hati bila ada yang senang hati dengan hiasan dalaman bilir air saya.....walah banyak sangat kekecewaan dalam diri kamu

Syirik? semata mata buka akaun blogger untuk menuduh tulisan saya yang mandi bunga ubat pengasih sebagai syirik.Sedang bunga itu adalah salah satu ciptaan Allah yang indah untuk kita manusia diberi akal menafaatkan kegunaan alam semula sebagai sumber kecantikan. Bila kita cantik, halus pastilah ramai yang kasih....

Cuba perjelaskan di mana syiriknya sekadar menyebut ubat pengasih. Sedang syirik itu adalah menyekutukan Allah? Sebab otak penuh prasangka buruk, bila nampak perkataan pengasih pun anggap itu syirik. Sedangkan berkasih sayang itu adalah suruhan Allah.

Saya tidak marah atau rajin sangat nak melayan cemuhan cemuhan anda, cuma saya mahu memberitahu anda bahawa jangan jadikan hujah agama semata-mata kerana ketidakpuasan hati anda terhadap saya kerana saya pun tahu agama dan tidak jahil tentang agama.

Isilah blog yang kau baru cipta itu dengan benda benda berfaedah dan mendatangkan hasil.Insyallah satu hari nanti kamu pun pasti dapat memiliki kasih sayang itu,

imalause said...

byk org jeles/d**g*i ngn kak nani ler teww.sabar je kak. kak nani nk tido bwh sinki ngn kucing.kelakar la akk ni.

Lela Nasir said...

I just realized, "Unknown" memang created the account on July 2012!!.just for the sake to give those negative comments?Hahaha I really pity these kind of people.They are retarded in embracing the true meaning of being a muslim. "mandi bunga pengikat kasih" is considered syirik?!?!You have no rights to say so..its how the author's interpretation of her words. Fikirlah secara terbuka, mungkin juga perkataan semanis bahasa in Bahasa Malaysia could give a negative meaning in other languages yang kita sendiri tidak pernah dengar?? Gunalah benak secara luas. Its how we mean each words that matters.*sorry ter-panjang lebar, sekadar pandangan dari wanita yang bencikan hipokrits (suka tetapi sombong dan dengki)*

Engku Artini said...

wahhh cantik meletup d booommm!!

Ira said...

sy cukup tak setuju org yg melarang menghias bilik air sbb guna alasan tempat syaitan..syaitan suka tempat kotor2.. yg geli2..
klw kita hias tempat u cantik2.. syaitan pn rasa tak best wlwpn tu rumah dia secara mutlak kan..

kebersihan tu kan separuh dr iman..sy mmg selesa buang air di rumah sendiri sbb sy hias bilik air sy..sy plg tak suka klw kena pi bilik air awam yg basah..esp mangkuk tandas..

pd sy.. kebersihan harus di jaga dimana2 je tak semestinya ruang tamu etc.. klw ruang tamu gah..tpi toilet tahap toilet awam pn tak best.. dh la tu tempat buang air kecik/besar..pastu tak jaga keindahan tempat tu..mmg amat menggelikan bg sy..

jd utk jadi membuang air dgn selesa..kena la jaga kebersihan n keindahan toilet..

nurul ayuni said...

k.nani......cantek sgtt..!!!besnyer n mesti tenang klu lpas blk keje, mndi kt bathroom cmtu.sy pn br order set sinki n cabinet kt bwh tu.ingt nk ltk bunga gak cm bunga2 k.nani tu..sy mmg dh lm nk cr bunga2 kecik n nmpk kering cmtu.tu bunga hidup ke ye?klu artificial, bli kt mn. hehe. slm kenal.sy silent reader k.nani.
=)=)

Ztee_Azwanis said...

sangat cozy !

Anonymous said...

Saya setuju! Suka baca blig nih ;)

Dory said...

canteknye toilet akak.. sy baru je renovate toilet.. menyesal x bukak blog akak ni.. kalu x boleh tiru.. hehe

Maiza said...

Saya respect akak ni rajin sungguh...kak bole citer tak nanti (next entry)camana ya..akak mendidik anak anak akak start dari mereka kecik hingga da kebesar...bertuah en. Hubby dpt isteri mcm akak..mmg super duper mom ..saya ni nak menuntut ilmu gan akak ni..hehe :D

jules said...
This comment has been removed by the author.