Friday, June 1, 2012

Sukarnya Mencari Kawan yang Setia, Yang Sanggup Berkorban Di Saat kau Susah, Kawan Waktu Senang Ada Di Mana-Mana, Tak Perlu Kau Cari....



    • Bismillahirrahmanirrahim,


      Assalamualaikum, 


      Hari ni kami nak ke penang, hantar Khairi daftar UiTM. 

      Semalam seharian sibuk dengan Khairi. Kejap BSN, kejap Bank Islam, kejap Maybank yang selalu system tak pernah tak down...maklumlah pemes, belum Tesco, belum Mydin, oopsss..Khairi macam tak sudi gi Mydin sibuk minta gi Midvalley, dia tak tahu dulu Mydin tulah tempat dia bermain. Dia lupa agaknya dalam kegawatan ekonomi daddy dia yang tak da perkerjaan bertahun tahun sampai dengan berat seluruh perasaan  mama dia paksa  daddy dia kerja susun barang di Handimart tetiba rezeki Allah nak bagi, daddy dia dapat jual bangunan Handimart tu pada Mydin.

      Alhamdulillah dengan komisyen tu dapat beli rumah ni..Dia tak tahu sejak tu semakin kukuh cinta saya pada Mydin sebab jual macam-macam rempah masakan India dan ikan masin kapak kegemaran sejak zaman berzaman.  Hehehe.

      Petang semalam saya sampai rumah dalam jam 5. Teringat kata-kata Zawiyah, kawan baik saya,, tentang Konsert D J Dave, tetiba teringin sangat nak pergi. Saya bukanlah peminat tegar DJ Dave tetapi hampir semua lagu-lagu dia saya suka sangat. Setiap kali dengar mesti terasa saya berada di zaman kanak-kanak semula. Maklumlah waktu tu umur saya baru 6 tahun tetapi D J Dave dah menyanyi. Dah tua dah DJ Dave...tapi tiba-tiba rindu nak dengar suara dia balik...

      Sampai rumah terus ngadap FB dan meluah perasaan dan hasrat tentang keinginan saya tu.... alhamdulillah..nikmat mana yang mahuku dustakan, tetiba seorang kenalan internet, Aliya yang pernah ambek kucing saya,  menelefon, tanya kak nani nak tiket berapa? Walah kejap-kejap Aliya, nanti kak nani confirm balik.

      Saya berlari menuruni tangga. Kemudian menjerit pada anak-anak, "Mama nak gi tengok Konsert D J Dave, sapa nak ikut?. Kemudian Imran bertanya, sapa D J Dave tu? Ala, penyanyi lama lah...yang nyanyi dengan Uji Rashid tu..jawab saya menerangkan sungguh-sungguh. Hafiiz pulak bertanya sapa Uji Rashid tu...?

      "La u all ni...D J Dave yang nyanyi lagu, sambil saya melenggokkan lagu " INGINNN BERSUUAA DENGAN DINDA, YANG KU PUJAAAA, BAGAIMANA? DI MANA? DAN BILAAAAA...


      Kemudian Alisya dengan gaya pengacara...ma...ma..cukup ma...cukup...kita orang tak nak pergi pun...

      Ok fine...kalau ikut pun tak guna...tak enjoy.

      Then cepat-cepat saya telefon Zawiyah yang sudah berjaya mendapatkan harga tiket di Travel Agent. "Zawiyah, alhamdulillah dapat tiket orang nak bagi, kalau hari ni u boleh ke, sebab esok i nak gi Penang...Ok boleh jer...ok jumpa you kat sana...

      Terima kasih banyak Aliya, terima kash banyak Ikhsan. Alhamdulillah...nikmat mana yang mahuku dustakan...doa kami termakbul.










      Sapa nak belanja kita tengok konsert D.J.Dave, Uji Rashid ni....mod mengharap *wink wink*
       ·  ·  · 7 hours ago · 


        • Zawiyah Mahmud He...he...kita blum dpt greenlight lg..nk jugak pegi..cmner ye..tiket pun tk cri lg ni...hrp2 ada keajaiban dlm sehari 2 ni...amin
          7 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam amin.....teringin woh.....dah goggle ke cara-caranya.....
          7 hours ago · 

        • Zawiyah Mahmud Malm ni kita google....nnti i info
          7 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam sahabat yang baik harus mendoakan sahabat baiknya berjaya...amin....tgk selingan iklan GERMIS MENGUDANG kat TV3 sebak sebak dada i uu.....huhuhu
          7 hours ago · 

        • Anie Yat Alamak nani...akak takde lah...kalau tak boleh kita pakat pergi sama2..kita.belanja nani..nani belanja kita..heheh
          6 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam heheh kak anie...no prob....jom ler...hari ahad ni
          6 hours ago · 

        • Anie Yat Tulah pasal...kak anie kat Tambun ni...bawak si 'Ehsan' sampai Ahad...
          6 hours ago via mobile · 

        • Maria Hakem consert tu dekat sangat ler teman x dapat pergi..sori lain kali ler yew
          5 hours ago · 





       Seorang peminat blog...seronok dapat jumpa mereka ka tempat-tempat macam ni....

       DJ Dave... Konsert dia memang superb...dengar lagu lagu dia macam nak menggenang airmata. Emosi betul, kalau saya ada kesempatan rasaya dari 1 hingga 3 june, saya nak menembeng di Istana Budaya tengok konsert dia.

       Siap dia nyanyi lagu raya Menjelang Hari Raya iaitu lagu pertama dia dengan S Atan. Suara sebiji macam kat kaset..tak puas betul..rasa nak dengar sampai pagi...

      Lagu Titisan Embun, kalau ingat "Inilah dia kisah cinta yang suci.... Lagu kawan setia, "sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup berkorban diwaktu kau susah...Lagu, "Engkau bagai bayang-bayang, menemaniku disisi, kemana ku pergi, kau tetap di sisi...." Dan banyak lagi...

      Pastu pulak tengok Dayang Norfaizah yang bersuara superb..walah

      Marsha pun...fuyoh....

      Kawan-kawan, anda tak akan kecewa walau berapa harga tiket...bukan senang nak tengok konsert kat tempat yang sungguh berprestij, selesa, glemer dan feeling habis. Dulu masa kecik pernah tengok konsert jugak...tapi tengah padang, berasak-asak, gatal satu badan dek miang rumput...itu pun kalau dapat dok depan stage...kalau belakang-belakang jawabnya layan aiskrim malaysia jer ler...nikmat mana yang mahuku dustakan.



      Saya dan kawan baik, yang bukan hanya ada di tempat bersuka ria, tetapi selalu berada di ceruk dapur saya, menolong saya bila kenduri kendara, walau saya tiada di rumah datang untuk membantu saya apa yang patut, low profile, sama-sama cari customer, walaupun bukan bidang saya, saya temankan jer untuk bagi sokongan moral...itulah Zawiyah my best friend ever. Lembut dan pemalu.










4 comments:

The Cendol Champion said...

saya suka lagu...dimana mu kulihat....

Oyis said...

ni lah nama nya rezeki kdg2 dtg dlm pelbagai bentuk yg kita x dpt nak imagine. Alhamdulillah rezeki mempunyai kawan2 yg baik, hajat terkabul dsb nya.

Kifli Mally said...

haha siapa sangka dapat juga saya jumpa blog puan :)

Puan Eka said...

dj dave...

eka suka jugak lgu2 dia..
lagi2 yang heyyy ingin bersua,dengan dinda...yang ku pujaaaaaaaaaaaaaa

mak pun suka..hehehe