Friday, June 15, 2012

Mangkuk Ayong

Pagi tadi aku cuma bersarapan secawan teh strawberry yang aku beli dari London kemudian aku balas dengan susu segar campur satu sudu teh kolagen. Dah berapa hari roti wholegrain breakthru dan kepingan cheese aku beli terbiar sepi. Bukanlah aku tak sudi, tapi perut ni sentiasa kenyang lain macam rasanya sejak kolagen jadi makanan ruji aku.

Lainlah kalau anak-anak bujang balik asrama yang selera tekak macam raksasa...sekelip mata satu peti sejuk aku habis ditibainya. Namun bila tengok makanan penuh dalam peti sejuk tak berusik rindu sangat kat anak-anak.

Itulah aku dan diriku, tak beli salah dah beli pun salah sebab esok lusa mesti roti  wholegrain brekthru yang aku beli 4 hari lepas terpaksa berlepas.

Sejak kebelakangan ini aku semakin kurang semangat nak memasak. Mungkin sebab aku sendiri tak berselera nak makan.Namun aku ni bukanlah manusia yang fikir tembolok sendiri. Jadi kena fikir jugak tembolok orang lain Maka dengan penuh keriangan aku berlari lari menuruni anak tangga..walaupun aku sedar memang tiada bapak tangga sebenarnya....

Belum sempat aku tenggek kuali atas dapur..tiba tiba sony eriksen aku berkumandang lagu sixth sense bertajuk 'tanpa' merintih minta di layani. Aku tekan dan kedengaran suara 'low profile' anak ku liana di ujung talian. "Hallo ma, mama masak?. Cepat-cepat aku jawab, "masak!, nak balik makan ke..? Haah. pendek jer.

Lepas tu aku pun ting tong ting tong elekzander....campak..jadi sotong kunyit, campak jadi sup sayur bayam, campak jadi sambal tutuk.

Tengah sedap-sedap menumbuk sambal yang pasti jadinya sedap, Alisya menegur, hah ma, yang ini batu lesung kan...yang anak dia ni alu kan? sambil menyambung  kisahnya di sekolah tadi."

Cikgu Azleedanya yang garang gegak gempita tu hari ni datang kesekolah membawa lesung batu kerana mahu mengajar anak anak murid yang sungguh urban dah langsung tak kenal apa itu lesung batu...

" Ok kamu semua ini lesung batu." Sambil sebelah  tangan mengangkat anak lesung batu bertanyakan kepada anak muridnya yang sungguh urban itu, "yang ini apa pula? A......

A....? Tetiba ada sorang anak murid yang sungguh blur bukan kerana tak tahu panggilan anak lesung tetapi tak tahu impak maksima kegarangan cikgu Azleeda. " A..ayong cikgu.

Dengan mata yang bundar sebundar bergedil ayam, dengan suara yang berdentum bagai bedil meriam, cikgu Azleeda, menjerit memecah kesunyian, "Ayong...ayong...kang aku mangkok ayongkan kau kang!!!." ini alu la!!" Seluruh kelas jadi gegak gempita ketawa melihat Cikgu Azleeda menyebut mangkuk ayong. 

Kelas jadi bising tak semena mena. Anak murid bercakap sesama mereka.

"Hoi mahkluk dengar sini!!! suara nyaring Cikgu Azleeda menjadikan kelas sunyi seperti hanya kerusi meja sahaja yang ada.


" Kau, Mashita tengok ni!!! sambil menunjukkan alat-alatan memasak itu...sambungnya lagi " mak kau tu dahlah tak selalu masak! Hari-hari  beli makan kat kantin!!"

Kantin sekolah kebangsaan bukit jelutong memang terkenal dengan menjual pelbagai jenis makanan, roti canai, nasi campur dengan macam-macam lauk semua ada. Jadi ramai ibu bapa yang ambil jalan mudah, sambil mengambil anak singgah membeli bungkus lauk pauk yang dijual dikantin.


Murid-murid terkebil-kebil  macam katak puru memandang Cikgu Azleeda memarahi anak muridnya Mashita. Namun jauh di sudut  hati mereka, mereka  langsung tidak menaruh simpati apabila Mashita dihina begitu oleh Cikgu Azleeda. Mungkin kerana Mashita adalah anak Cikgu Azleeda.









Ok ini adalah sambal tutuk. Cara-cara membuatnya:


goreng ikan bilis, garing-garing dengan api yang kecil supaya tidak cepat hangus

masukkan dalam batu lesung

masukkan cili padi  20 biji yang telah dibuang tangkai dan basuh bersih

masukkan sedikit ajinomoto sebagai mengimbangi rasa masin ikan bilis.

tumbuk lumat.


hidang bersama nasi, sup sayur, ayam goreng KLG dan ikan masin kapak.


Hmmm bertambah tambah buncitlah....



31 comments:

Hudalatip said...

Oh kak, sedapnya..terasa di tekak sambal tutuk akak tu..saya tak pernah buat dan terasa nak buat dengan kadar yang segera ni...

Fazlinil Irma said...

haha.. lawak lah cikgu azleeda marah anak sendiri.

tp apa yg kak nani kata mmg ada benarnya. budak zaman sekarang x reti/x sempat masuk dapur sbbkan mak mereka sdiri ambik jalan mudah beli makananan dr masak sdiri.

syukur sy sempat 'tahu' memasak wpun skrg mmg hari2 kejanya makan kedai. setakat mkn sorg, mmg sy beli ja. :)

izz iizza said...

sedapnya..meleleh air liur..huhu

Niza K. said...

Waaa nak cuba sambal tutuk... nampak sedap sgt...!

Mrs. Norrie said...

terus nk gi buat....tima kasih kak bg idea menu mlm nih.....

pinky said...

kak...mmg tmbh aji jer???

Dinas Aldi said...

Kahkahkah cikgu Azleeda memang lawak! Tabik!

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

dulu nenek saye selalu buat,,sedap lau join ngan sayur air,hehehe

NaniRostam said...

Betul. lagi lagi bayam masak air..orang jawa panggil sayur bening...sebening air..hehe

Oh ya...memang cuma 3 barang, ikan bilis goreng rangup, cili padi dan sedikit aji no moto...meleleh air liur...saya jenguk nak ulang makan tengok dah licin....walah

Oyis said...

oo nama masakan ni sambal tutuk rupanya. pernah mkn, kwn saya yg sama2 belakjar kat UK ni yg berketurunan jawa yg buat. tu la 1st time saya rasa, dan masih teringat2 sedapnya mkn dgn nasi panas2.. tima kasih kerna share resipi kak nani

mamasuri said...

sedapnyer sambal tutuk tu..
terliur sy ni hah

aitotyati said...

'Jangan Bening' auntie nani.

teringat pd kakak ipar yg terkebil2 bila mak saya suruh makan sayur bayam tu,

"makanlah Jangan Bening tu"

kakak ipar org KL mana pernah dgr ayat org jawa gtu.

hahahahha

kakrose said...

lama dah tak buat sambal tutuk.jaman kecik2 dulu..sambal ni lauk harian nkami..hehe

Sofie Sofiah said...

Salam Kak Nani..

Housemate sy ade buatkan sambal tutuk ni utk saya... Mmg bengkak bibir la klu makan...HOTTTT! Tapi housemate sy die goreng skali cili padi tu....mmg sdp.....!!!

kak mah said...

salam..walah enak ea..wong batu pahat emang doyan mangan sego karo sambal tutuk iki..hihi..areb ngawe dino iki..tQ nani..

kak mah said...

salam..walah enak ea..jaman biyen wong batu pahat emang doyan mangan sego karo sambel tutuk iki..mabeles!

cikhajar said...

makanan kesukaan arwah abah... i miss him so much.. sambal ni sedap dgn nasik sejuk (slalu mentong dgn mak dulu) pastu dgn kicap

A.I said...

Kelakar giler la pasal cikgu azleeda tu kak! haha..

sambal tu kan, ai selalu jugak buat. tp x mkn dgn nasi. ratah time rehat2 tgk tv ;)

rintzpalil said...

Lucu bila saya baca ayat2 akhir Kak Nani tu.Tentang Cikgu Azleeda dengan anaknya Mashita. Sebab memang biasa Cikgu 'bahasakan' anaknya sendiri di sekolah bukan?!

my everything said...

sedapnyeee tak penah buat nnti nak try lahh heheh tq !!!!

WH said...

sambal orang jawa.. sumpah sedap gila.. nak2 kalau buat pedas2.. meletop!

Unknown said...

kak, serius sedap kak sambal tuh..saya dah try buat..sempoi giler tapi selera..

aizeepesona said...

he eh sedapnya....

mudah dan ringkas...

yun kalau ikan bilis ngan cili padi tu tumis cuma tambah bawang jer...dah boleh buat nasi goreng kampung kan kak nani?

yang kak nani tunjuk blum penah try..conpem nak try sbb senang giler nak buat..hehee

mama-syira said...

Best lah baca entry ni, i like!

Anonymous said...

salam kak Nani..
saya silent reader blog kak nani yang serba serbi best ni..nak2 bab resepi dan falsafah hidupnya.
pertama kali saya dgr pasal sambal tutuk tu..dah cuba malam tadi.memang sedaplah kak...menjilat jari..pedas tapi nikmat..thanks kak..nak share resepi ni dan blog akak ni kat blog saya boleh tak kak?

Unknown said...

salam kak nani...

saya juga silent reader blog kak nani....seronok baca blog akak..ayat memang baek punye,selamba je..sama la kite, org jawa..tp jawa segamat.

walah2...enak ea sambal tutuk..

mrs kayrul said...

tumbuk sambal belacan pakai lesung macam nie la baru terasa kesedapannya...

Ummi Rayyan & Rayees said...

sedapnya kak nani sambal tutuk terlior dah petang2 ni hihi...

yy said...

Salam kak nani,
Macam nak cuba buat je...nampak seperti sedap dan senang sangat..;)
hehehe

MeLyssa NaDiea MRY said...

salam..ok..nak wat malam neh...nyum3

Unknown said...

acik nani acik nani!!! baca tau komen saya ni hehe....suke hati tak panggil akak (sbb umo saya bole jd pangkat anak) mak saya selalu tbh kacang goreng sekali. mamg mabeles!