Friday, June 22, 2012

Tidak Mampu Di Rampas

Assalamualaikum,

Pagi tadi saya call seorang kawan. Sambil tanya khabar ,  minta tips beli whipping cream  brand apa yang bila pukul jadi keras. So that bila nak coating kek jadi cantik halus. Bertanya dan belajar memang tiada penghujung. Dah pandai nak pandai lagi sebab ilmu itu adalah satu satunya harta yang tidak mampu dirampas oleh sesiapa kecuali takdir Allah.

Tiba tiba kawan saya mengucap syukur sebab tengah bengang ada pulak orang yang muncul untuk jadi pendengar. Biasalah masalah duduk dekat dengan adik beradik ipar. Ada pulak adik ipar boleh beli rumah sebelah dengan rumahnya. Maka segala privasi semua tercalar.

Saya faham sangat. Apatah lagi kawan saya pun buat business jual kek macam saya, maka dapur akan selalu macam  kapal karam atau macam kilang coklat meletop. Kalau orang tak faham memang ingat kita orang ni tak pengemas, dapur comot dan sebagainya. Namun perbuatan yang brkaitan dengan coklat adalah sungguh nampak kotor. Walau kotor tapi sedap.....maklumlah coklat harus comot dan jilat.....macam keji bunyi dia kan...heheh tetapi taklah sekeji manusia yang suka mencemuh!

Menurut kawan saya, tepat waktu balik office dia harus segera berkemas walau sedang menyiapkan kek. Duduk rumah sendiri pun takut-takut macam tu. Maklumlah kalau rumah bersepah nanti ada mulut-mulut yang suka mencemuh.

Tertekan juga duduk dekat dengan adik beradik ni. Saya pun pernah mengalami masalah situasi macam tu. Memanglah kita mudah berkata yang kita tak boleh nak please semua orang. Tetapi dalam kes ini memang kita terpaksa please orang orang. Contohnya, kalau adik beradik, kaum keluarga, sahabat handai nak datang bertandang ke rumah jangan sesekali buat tak kisah kalau rumah tak berkemas atau bersepah. Disebabkan satu kali yang dorang nampak dan bawa mulut maka sampai bila-bila mereka akan melabelkan kita sebagai pemalas dan rumah bersepah serta tak tahu berkemas.

Itulah orang kita. Mentaliti masyarakat kita memang suka mencemuh.

Yang pakai tudung bila tengok orang tak pakai tudung, mereka cemuh. Katanya, tak takut ke masuk neraka. Confirm ke dia tahu penghujung masing masing bagaimana. Senang senang hukum orang masuk neraka. Lepas tu yang tak pakai tudung pun mencemuh jugak.tengok orang pakai tudung, katanya buat apa pakai tudung, kalau pakai jeans ketat, pakai baju ketat...la sendiri pun tak betul, tak mampu lagi nak bertudung pandai pulak kata orang lain...Ada jugak tu yang macam dah hilang idea cakap ala bukan budaya kita nak pakai purdah tu...kat padang pasir bolehla.Ada sahaja yang nak dicemuhkan...

Begitulah budaya orang kita.sentiasa suka mencemuh.

Teringat saya pada orang-orang diluar sana yang sungguh iri melihat kejayaan anak saya Hanis Zalikha bila dianugerahkan Anugerah Naib Canselor. Komen mereka, ala buat business bolehlah dapat dean list, cuba tengok buat sains ke engineer ke...?

Maknanya kalau Business Study tu mudah macam makan kacang senang sangat, so kalau ada 6000 orang ambil jurusan itu pasti 6000 orang itu akan dapat dean list begitu...dan mengapa kalau betul jurusan sains dan engineer susah...ada pulak berderet dapat dean list...

Sebenarnya itulah budaya kita SUKA SANGAT MENCEMUH.

Bertandang masuk ke rumah orang pun nak mencemuh tuan rumah. Cuba ajar otak berfikir, "biarlah itu rumah dia...bukan rumah kita.."

Tak tahu adat bertandang!!!






23 comments:

Chekgu Azrine said...

saba ye auntie..biasala manusia ni..tak blh tgok orang bahagia..suka mencemuh sana sini..itula orang melayu kita..mentaliti dah gitu rupenya..huhu

kim said...

dulu saya pun ingat bisnes ni senang, tp lepas tgk kawan2 bisnes struggle giler study, n saya tgk pun susah nyer!!

Unknown said...

sangat betul kak..hidup di dunia muka kena tebal...

zino said...

tahniah utk Hanis Zulikha...

Bintangjauh said...

Salam ratuku Nani,

Terlebih dahulu mengenai cream itu. Petua dari sini, cream semestinya punyai tahap lemak yang tinggi yaitu sekitaran 30-35% fat content, sebelum itu sejukkan cream semama 15 menit juga sebuah mangkuk didalam peti es freezer selama setengah jam, selepas itu putarkan dengan kelajuan yang sederhana sehingga gebu, halus mulus berkilat juga kentalnya sedang sedang sahaja jika tidak akan bertukar menjadi butter nanti, (jika suka gula kan sedikit mengikut selera), disini juga ada yang guna campur kan gelatine/serbuk agar-agar atau campurkan serbuk khas supaya bertahan lama gebunya yang bernama "cremfix", voilà!

Jika diri tidak semenggah cara diri personality-nya, apa juga yang dicita bukan ulam yang mendatang akan tetapi lalang yang dapat maka itu asyik mencebek mencemuh 24 jam seharian!

Dan selalunya orang yang adore mencemuh-cemuh itu ada lah sejenis "species" yang perasan sangat-sangat terhadap dirinya sendiri yang bertaraf atau berpenyakit seperti yang di-C&P, sila ambil perhatian kepada orang yang "tertentu itu" karena jika bersyarah yang berlandaskan hukum-hukum ajaran Islam tidak juga bertaubat dan maksudnya "jeran" pun tidak mahu difahami, jadinya baca lah...

Narcissistic personality disorder is a condition that's characterized by symptoms like a “pervasive pattern of grandiosity, need for admiration, and lack of empathy.”

Narcissistic personality disorder sufferers have a need to be admired in order to bolster their self-esteem, and they frequently underestimate others’ abilities and overestimate their own, so they feel more important and admirable than everyone around them.

Deep down, people with narcissistic personality disorder are very insecure about themselves, so this show of grandiosity is not a reflection of how they really feel; it's an effort to compensate for the self-esteem they lack. This is why, when challenged, they tend to overreact and take extreme personal offense at perceived slights.

They are also very preoccupied with what others think of them, constantly comparing their own appearances or achievements to those of other people. There needs to be constant support and praise from the people around them to keep them happy and satisfied; if their friends do not show admiration or express praise for them, it is possible they will surround themselves with new friends who do admire them.

Panjangkata... kepada yang berluhur murni hati dan jiwanya yang sedari tahu setahunya bahawasanya pahala baik yang dicatatkan oleh Malaikat dibahu kanannya yang akan menyelamatkan dirinya maka akan selamat sejahtera lah nanti... dan jika mengikut disebelah kiri pula pandai-pandai lah sendiri menghitunginya... ingat beringat lah bahawasanya dosa berlidah dua yang mencemuh dengan takburnya begitu jahanam seksaannya, Na'uzubillah...



Salam kasihsayang dari Ratna juga salam manis semanis madu.

~Ati_Hime~ said...

memang masyarakat kita tak suka tengok orang lain berjaya..susah nak ubah mentaliti sebab otak tu dah tepu..hikhik..

Niza K. said...

:) smile. always a nice thought from u, kak nani. suka!

nadia.yusof said...

Siapa ckp business study senang? Cuba buat dulu. I an a degree holder in electrical engineering and now buat master in business admin. Seriously business 2x lebih susah dr engineering. Bagai nak pengsan dah ni nak menghabiskan business course. Engineering dulu mcm byk main je tp blh skor. Yg ni, pasrah sajalah aunt.. :(

The Cendol Champion said...

nak berkawan dengan orang...sampai bila dia mati kita yang tak ada hubungan adik beradik...kita yang disuruh jaga anaknya....it's ok

biarlah tahu adab berkawan....bukan menyakiti hati kawan bila kita tak bagi apa yang dia nak.....

kita tak perlu la orang macam tu dalam hidup kita...ni nak gossip ni...eke2

Norasiah Nasir said...

Salam kak nani,

Sabar lah,kalau nak ikutkan mulut orang..sudahnya kita nnt tak berupa orang kan...hehehe

lagi satu, saya simpan keratan akhbar hari tu,yang ada hanis dpt deanlist tu.. Tahniah hanis & Kak nani, Anak2 cantik, Ibu cun, bijak -bijak pulak anak-anak, jeles saya...

Btw, All the best kak nani, teringin nak rasa pavlova kak nani, tapi saya duduuk nun di utara , jauh....

Cik Puan e'Rynn said...

agree with u sis nani!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pendapat ila.. ila keja kak nani. anak dua. sampai umh jam 8 kadang2 9 kalau meting. takde maid. anak2 lasak kemain. umh? mmg mcm apa je. selaru rasa umh ilala paling sepah kat dunia. tp selalu mcuba bila mak/ mil dtg utk memasak / mgems utk mereka. n ila tak leh buat dua keja serentak. memasak n mgemas. ila sakit belakang. org laki buat mungkin tak sampai tahap yg kta nakkan? sekarang ila da pk dah apa org nakkata tentang umh ila yg serabut. mil pun datang kekadang tlg mgemas.. kelakar jugak tapi mmm biarlah.. kalau ada yg nak mgata tpulang tapi yg dikata inilah yg bantu jana ekonomi rumahtangga.. i.. itu je nk ckp..kiki

Mooniqueen said...

Betul tu kaknani... Manusia kalau takde PHD, memang tak sah...

Mak Wardah said...

Puan Nani,
Itu adalah mentaliti manusia & lebih kepada Melayu. Ada kawan saya buat kueh mcm Puan & rakan2 lain, saya beli dari kawan saya tapi jiran saya pulak kempen kat saya macam ni" rumah dia tu macam kapal pecah, tak lau tengok dapur dia, cam macam mana u lalu makan kueh dia.....etc bla2..Seperti kata Puan Nani namanya coklat mesti lah ada corak sikit kat dapur ...sayapun kalau masak kat dapur berkecah...Nasihat saya ...Puan dan kawan2 yang buat kueh sabar byk2 kerana ada manusia yang sengaja nak beli kueh direct ke rumah puan2 lepas tu buat hearsay yang merapu2 tapi dapur sendiri adakalanya dah pecah pun..Sabarnya...kita doakan Tuhan lembutkan hati2 mereka untuk jadi orang yg positif...

mamasuri said...

inilah pure mentaliti orang 'melayu' kte kan kak...

Aza/Rin/Na said...

...memang benar sangat kak Nani - tapi bak kata orang sekarang kata ..."ada aku k ..." tapi itu cakap mulut aja walaupun dalam hati kita kisah ...

...memang mentaliliti orang kita suka mencemuh :-( sadis

...tapi saya tak mencemuh orang yang mencemuh ya ... ;-)

Miss Cool said...

saya mmg pelik sgt, kita ada pilihan kan. pelik betul dgn org yg suka masuk rumah org n kutuk. Padahal klu tak suka tu jgn masuk, jgn baca. Pegi rumah org lain yg kita suka. Kita baca n kita happy. Habis cerita. Ni tak suka tp dtg lagi byk kali, baca lagi byk kali pastu kutuk pun lagi. Tak paham betul. Bcos we are so happy writing what makes us happy, other people sakit hati n write in such a sakit hati mode. kesian betul lah diorang tu.

IF U HAVE NOTHING GOOD TO SAY, SAY NOTHING. IF U WANNA SAY SOMETHING, MAKE IT GOOD.

Juls Julie80 said...

assalam Aunty nani..
bab2 berjiran dengan ipar duai nih mmg saya betul2 rasa betapa seksanya.

nak2 melibatkan keadaan rumah. kadang2 x sempat nak kemas, tp memikirkan kot2 dorg nak dtg rumah, terpaksa jugak kemas. itu belum masuk bab2 ape yg ade dlm rumah kiter esp mknn, kadang2 lauk ala kadar jer.

sbb tu pernah jadik kat ipar sendiri bila pergi rumah ipar yang lain, tgk rumah x kemas..terus label orang tu PEMALAS etc...

walhal yang komen tu, bukan kemas sangat pun rumahnyer..2x5.. So, senang ckp.. pandai2 la bertandang rumah orang...

Madam Casper said...

Yang tension tu kak..bila qumah bersepah mcm tongkang nak karam lagi 2 minit time tu la ada tetamu yg bertandang. masa qumah kemas teqatok x dak pula nak mai.
dan lagi paling rimas bila tetamu yg datang tu mata kan main liar pandang sini dan sana..huh

Me said...

tiba2 terpanggil nak komen kat n3 kak nani yg nie... sgt setuju... dah tuan rumah bagi masuk rumah tue pun dah baguskan... citer yg baik2 sudah la.. kenapa nak citer yg buruk2.. summore spesies yg mata meliar tengok sekeliling (cari topik utk bergosip bila balik)... dalam islam mmg ada adab2 berziarah...

saya adalah silent reader blog ahkak ;)

Unknown said...

hi kak nani!! mohon share post nie lam fb saya...

sweetazezah said...

salam pagi rabu kak nani!!hambooiihh...kemaen lagik koi-(KUIH,kl sebut biskut,iye dok?)utagha nye slang cam tuh,cer tnye cik hubby kak nani,btoi dak..jijah ni dah mcm org mereng dok bace citer akak tntang kueh bom(cucoq)..hehehe..gitulah,kak dolu2 dok kmpong mane ada air paip sgale tu.cedok air telaga(perigi)gune timba tin(baldi).mcm nak petus urat kentot,buh dlm timba atau besen besaq,bru dpt mandi dgn aman damai..kekadang selut(tanah)pon msuk skali dlm timba..huhu..bebdk skang dah bertuah,tekan punat ja,kluaq ayaq.dlu jamban pon,dah lah kat luaq umah,dgn nyamuk dok mai bantai geget pungkoq lah,sgale mcm bende mai geget..hehehe..kenangan yg xdapat dijualBeLi!!

sweetazezah said...

huh,pedulikan dgn manusia2 mulot yg berbau longkang tu kak!!usah dilayan,yang penting BISNIS akak masyuuukkkk..itu doa sya!!take care!