Monday, June 4, 2012

Erti Persahabatan

Biarpun dia bernama Bintang Jauh namun dia adalah bintang yang dekat di hati saya. Gerak hati saya mengatakan begitu.Walau baru berkenalan terus saya letak di sebagai BFF di link blog saya. Setiap kali dia menelefon saya, kedengaran suara suara nasihat yang mendamaikan perasaan saya. Saya dapat rasa ketulusan hatinya. Dialah tempat saya meluahkan segala rasa,rasa duka dan rasa bahagia..mencetuskan segala idea, mendengarkan segala permasalahan yang menyesakkan perasaan saya.

Kendati disepanjang perjalanan hidup yang berliku sukarnya saya mencari  sahabat yang setia, kini  alhamdulillah Bintang Jauh adalah  sahabat yang selalu ada di sisi saya walau jauh nun di hujung dunia. Memberi sokongan tidak berbelah bagi sekiranya merasakan yang saya begitu down. Melihat semua komen-komennya di blog saya betapa dia menyokong saya walau saya dihentam habis habisan tanpa memikirkan yang orang akan turut mencemuhnya.

Bukan seperti sesetengah orang yang mengaku dia sahabat saya, namun yang sebenarnya sekadar mahu nama. Sahabat yang mengaku saya sahabatnya tetapi blog saya pun tidak ada dalam senarai linknya. Malah lebih komennya diblog anak saya. Blog anak sayapun ada dilinknya...tetapi tidak blog saya...wajarkah dia menjadi sahabat saya?Sahabat yang tidak menghormati dan sensitif apa yang saya rasa. Sahabat yang mulut depan orang punya manis mengaku sahabat ...lain dicerita lain yang nyata....hilang hormat dan membuli  saya setelah lama mengenali saya. Itulah apabila  sifat iri yang sukar ditutup terserlah akhirnya..

Maka di atas tulisan ini saya memanjat rasa bersyukur atas nikmat Allah memberikan saya sahabat yang baik, yang prihatin, yang sanggup menyokong dan membela ketika saya perlukan sokongan . Sahabat yang sentiasa ada waktu jatuh dan bangun saya. Sahabat yang gembira dan mengucap tahniah dan kata-kata indah apabila saya berceloteh tentang kejayaan saya atau anak-anak.  Sahabat yang tahu nilai persahabatan. Sahabat yang berusaha menjaga hati saya dan tidak mahu sedikitpun saya terluka. Itulah gunanya sahabat yang datang memujuk hati yang gundah gulana bukan menambah luka didada.


Baru baru ini kami bertemu. Ini kali ketiga. Pertama kali kami bertemu di Shangri-La. Dia belanja saya makan buffet.  Tidaklah macam setengah sahabat bercerita nak belanja saya sekadar menjaja nama, nyatanya bila pergi makan saya bayar sendiri maka janji tinggal janji ...sekadar nak tunjuk betapa baiknya hati dia......tapi mulut cakap lain..kenyataannya lain...itulah manusia mulut manis.....bukanlah saya nak sangat dia belanja, cuma saya terkilan tengok hati budinya....apakah itu sahabat namanya...nama kawan pun masih belum layak.....


Nasihat saya, kalau mahu bersahabat, biar ikhlas menyayangi bukan atas sebab nak menunjuk atau sebagainya. Mahu bersahabat hanya semata-mata nak menunjuk-nunjuk pada orang yang sahabat  kau tu gaji lima angka, pangkat besar,  berbangga-bangga sangat  dengan sahabat yang jadi  isteri jutawan dan sebagainya... berbangga bangga sangat  bersahabat dengan orang duduk rumah besar. Inilah sahabat palsu, ada untuk bergembira dan  ketika kita senang  akan serta merta menarik diri ketika kita kepayahan.

Kalau kita ikhlas bersahabat maka hidup pasti berkat. Kegembiraan itu bukan dibuat-buat. Satu dunia kau cerita betapa gembiranya dengan kawan-kawan tetapi jauh disudut hatimu hati tetap sepi. Percayalah.


Terima kasih bintang jauh kerana menjadi sahabat yang ikhlas buat diri Nani. Paling ikhlas untuk menggembirakan hati Nani . Sanggup kedepan untuk membela Nani.  Kerana sahabat yang sejati adalah sahabat yang sentiasa mahu menggembirakan hati dan menghormati perasaan kita.Sentiasa ada diwaktu kita memerlukan. 






 Hadiah paling istimewa pernah saya terima dari seorang sahabat yang selama ini sentiasa dibelakang saya memberi semangat dan panduan......





 Paling istimewa kerana dia sahabat saya tetapi tetap ingat hadiah untuk perkahwinan anak saya  Liana.





Syukur. Nikmat mana yang mahuku dustakan.

Terima kasih Ratna Juwita yang ku kasihi.

Salam Kasih Sayang Dari Nani.

31 comments:

aizeepesona said...

untunglah kak nani ada sahabat baik..sahabat yang sentiasa ada di sisi di saat susah dan senang...saya tak ada sahabat baik lgpun siapalah kita ..huhuu..

penah ada sahabat baik ..tetapi setelah apa yang dia buat pada saya...lebih baik tak payah ada sahabat...

tak perlah kak nani biarlah "orang itu" buat macam tu ngan akak..suatu hari nanti dia akan MALU sendiri dengan apa yang dia dah buat pada kak nani yang baik hati ni....

ALLAH kan ada....

Leney said...

Tak apalah Kak Nani. Adat manusia, tidak sempurna. Sama-samalah kita muhasabah diri.

NaniRostam said...

Salam Aziepesona..alhamdulillah, azie pun salah seorang kenalan yang paling baik buat diri kak nani. Insyallah kalau kita ikhlas berkawan, kita akan berkawan selama-lamanya.

Leney : Betul tu, patutnya dah lama kak nani musahabah diri. Anak-anak dah lama mengingatkan...kawan kawan lain dah selalu menasihatkan...dengan pertanyaan "Nani, dah jeran Nani?"Tak cukup-cukup lagi dia mengenakan Nani?"

zalikha ramli said...

aunty nani kuar dalam kosmo la hari ni.. hehe sekali ngn hanis sume.. wahhh untung aunty.. bestnye..

bajookurongkids.blogspot.com.my said...

Salam Nani,

Saya terpanggil untuk memberi komen. Dalam persahabatan perlu ada keikhlasan. Sekiranya tiada keikhlasan ia tidak akan bertahan lama. Saya ada 2 orang sahabat sejati yang kami tidak perlu berjumpa selalu. Tetapi di hati kami sentiasa mengingati antara satu sama lain. Sehingga bila salah seorang baru terasa hendak mendail kepadanya, sahabat yang hendak di dial itu menelefon terlebih dahulu. Alhamdulillah persahabatan kami telah menjangkau usia 30 tahun. Itulah saya rasakan apabila mengikuti blog Nani. Terasa seperti telah mengenali Nani begitu lama. Saya adalah pembaca tegar blog nani. Baru-baru ini rasa nak jumpa Nani semasa Nani menghantar anak belajar di UITM Permatang Pauh. Tetapi anak lelaki saya masuk 3/6/2012. Mungkin di lain masa boleh bertemu Nani.

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Ada kah Ratna bermimpi nan indah dihari ini...

Di-anak hati terukir lembut sebuah senyuman berkumtum cantik harum mewangi ketika ini sehingga lah di-titik noktah terakhir dibaca dengan khusyuknya, sejurus itu serasa bagai dihargai sepenuhnya dari Nani yang Ratna sedari dari permulaan langkah pertama berani kan diri menelephone Nani walau pun tahu dan ngerti gimana nanti reaksi dari Nani (gambaran muka diri Nani yang benar sebenarnya... begitu tulin sejati lagi berhemah tinggi), Alhamdulillah... suara lembut selembut bayu yang menyambut panggilan jauh itu... dan semenjak itu terjalin sudah sebuah persahabatan yang maha tulus, jujur, ikhlas seikhlasnya tiada ayat yang sesuai bagi menggambarkan sebuah persahabatan ini karena seolah seperti sudah ditentukan olehNya, bersyukuran Ratna kepadaNya dapat berpeluang mengenali Nani juga seisi keluarga yang sempurna pekertinya.

Segunung tinggi TerimaKasihnya Ratna kepada Nani terhadap entry dihari ini bernama Erti Persahabatan, semoga-moga hendaknya persahabatan ini akan kekal selamanya diberkati dengan kefahaman yang saling mengerti lagi menghormati sahabatnya tanpa apa juga pertandingan ego karena persahabatan ini berasas tiang memberi dan menerima seadilnya yang menjadikan persahabatan ini seimbang, harmony, mesra semesranya, ikhlas seikhlasnya, jujur-sejujurnya juga memahami sepenuhnya erti sebuah persahabatan... sesungguhnya ikatan persahabatan ini menjadi sehat, lengkap dan sempurna sekali, Alhamdulillah...

Salam kasihsayang juga buat Nani dari Ratna nan jauh...

The Cendol Champion said...

Salam kak nani...always inspire nak jadi mak cam kak nani...siap ada entry khas....

Saya juga bersyukur mempunyai kawan baik seperti wanna dan along....

The Cendol Champion said...

oppss...lupa...terima kasih banyak-banyak membaca blog saya...saya sedar saya cuma sekadar di pingitan...eke2

megusta said...

kak nani saya terbaca komen kat video hanis pasal org tu kata Hanis ada mempersendakan hukum Allah kat twitter? Apakah yg dimaksudkan? Betul ke or commentor tu yg salah fhm?

NaniRostam said...

Salam my dearest yatiku, cahaya hatiku, alhamdulillah syukur pada Allah saya dikurniakan seorang lagi kenalan alam maya yang baik seperti yati.

Minta maaf sekiranya saya tak perasan yati di blog cuma kenal di FB..

Tapi saya terharu diatas hadiah telekung yang yati beri walaupun sbelum ni kak nani tidak begitu rapat dengan yati.

Alhamdulillah orang kata berkawan biar seribu, kerana kita tak pilih dalam berkawan asalkan dia baik insyallah persahbatan pasti berkekalan.

Terima kasih juga sebab yati begitu menyokong business kak nani, dah bagi resepi pun masih nak order pavlova lagi dulu-dulu triffle ya..heheh....alhamdulillah.

abang ensem said...

Terbaik la Kak.

Diari Maya said...

Assalam... yey akhirnye jumpa jugak blog nani rostam. Lama jugak la saya mencari. Alhamdulillah... Salam perkenalan dari saya. Nanti saya listkan blog ni n follow u.

Niza K. said...

kak nani yg cantek.. saya baru saja invite akak ke blog saya. sila la menjengah (malu).

terbaik btol post nih! bahagia gembira 2 org sahabat.

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Alhamdulillah, akak dikelilingi dengan orang-orang yang menyanyangi akak. Walaupun ada yang tidak suka, biarkan. Diaorang hanya cemburu pada akak saja. Tak jadi kuman pun pada akak. Akak seorang yang kuat. Saya tidak ramai kawan dan hanya ada seorang kawan baik yang sudah berpindah jauh. Selain itu suami saya la Bestfriend saya.

Unknown said...

Alhamdulillah..moga2 kita semuanya akan sentiasa dikelilingi orang2 yang tersayang...

NaniRostam said...

Megusta.....

Manusia ni kadang kadang rasa dia baik sangat, bagus sangat...

Tak per tanggungjawab dia sekalipun dia fasik menegur orang...

dan jangan marah pulak kalau orang kena tegur tadi menegur dia semula kerana kefasikannya...


Orang tegur Hanis tak tutup aurat.fine memang berdosa tak tutup aurat. saya pun berdosa. tapi dalam islam tiada paksaaan. Doakan saja dia insyallah satu hari dia tutup aurat.

Lepas tu bila tengok profile orang yang menegur tu rupa dia tulis ' what a life without Maggie Q' so...

Then orang hentam balik ngatakan sekalipun dia fasikh tetap tanggungjawab dia menegur...

So sebab tu juga tanggungjawab Hanis menegur dia semula...

Macam tulah ceritanya....



Doakan mereka jadi pengakhiran yang baik. Mungkin lebih baik daripada kita insyallah.

Unknown said...

Kak Nani,

dalam Islam itu WAJIB menutup aurat. Jika WAJIB itu ertinya MESTI BUAT. TIADA TIDAKNYA.
Sama hukumnya dengan sembahyang. Bolehkah kita kata tak perlu sembahyang kerana hati tidak terbuka, lagipun islam tiada paksaan? Tidak boleh bukan.

Suka atau tidak, memang kena tutup aurat.
Kalau tidak yakin dgn kata2 saya, maka baiknya kak Nani rujuklah pada ustaz2 yang bertauliah. Malah, Kak Nani boleh juga melayari youtube. Tengoklah apa kata Ustaz Ismail Kamus atau Ustaz Azhar Idrus atau ustaz lain juga berkenaan aurat wanita.

Sya menegur kerana tidak mahu Kak Nani berdosa kerana dengan mudah mengatakan Islam tiada paksaan tentang tutup aurat. Saya bimbang jika orang mempercayai kata-kata Kak Nani dan kak Nani sendiri terhitung dalam perbuatan mereka tidak menutup aurat kerana konsep 'tiada paksaan' tadi.

Walaupun saya menegur, janganlah mengganggap saya sebagai musuh. Sekadar menegur. Maafkan saya jika terasa hati.

Wallahualam.

Unknown said...

salam aunty nani . saya suka baca blog aunty :) selama nii sy jd silent reader je . skrg dh jadi follower aunty . hehe. sy suka entry kali . istilah kawan baik . kdg2 diaorg mngaku sbg kwn baik tp hakikatnya tak pun. sbb tuh skrg ni sy anggap semua kawan. kawan baik tuh susah kot sbb dh fobia dgn kisah lama.

NaniRostam said...

Salam orked putih...terima kasih kerana menegur...saya hanya manusia biasa ada tersilap dan terkhilaf...saya tidak kata specific yang dalam islam tiada paksaan menutup aurat. Saya katakan Dalam Islam Tiada Paksaan. Kalau orang tu tak nak sembahyang saya tak boleh paksa dia...seksa dia, kerah dia..mungkin kalau mampu pun saya cuma boleh cakap atau nasihat elok-elok dan paling mampu pun saya berdoa supaya hatinya terbuka.

Itu sahaja. Maksud saya, hukum tetap hukum dari Allah. Tetapi kita tidak boleh memaksa orang untuk mengikut Islam atau beriman sebab islam indah jadi cara menarikpun harus indah..kalau dipaksa-didera..dia mungkin buat atas sebab paksaan..tetapi mungkin hatinya dendam dan membenci islam. Itu pendapat saya bahawa dalam islam kita tidak boleh memaksa... sekadar boleh menasihat, memberi panduan dan berdoa...

Saya tidak berkecil di atas apa sahaja teguran dan pandangan. Tetapi saya pun ada pandangan saya sendiri.

Engku Artini said...

betul.. kawan dan sahabat adalah dua insan yang berbeza..

Engku Artini said...

betul.. kawan dan sahabat adalah dua insan yang berbeza..

Engku Artini said...

betul.. kawan dan sahabat adalah dua insan yang berbeza..

Engku Artini said...

betul.. kawan dan sahabat adalah dua insan yang berbeza..

ummisara said...

salam, all this while jadik silent reader saja. but today terasa terpanggil utk meninggalkan jejak.

saya sangat setuju dengan posting ini...saya rasa saya faham apa yang terbuku di hati kak nani. been there...

pernah menganggap seorang 'sahabat' sebagai sahabat...tapi hmmm....di depan lain di belakang lain pulak jadiknya.

gud luck...insyallah semoga persahabatan kak nani dgn bintang jauh akan terus berpanjanagn :)

Darling Pya said...

Alhamdulillah..susah nak cari sahabat yg sanggup susah senang bersama...acu pun bersyukur kak dikurnia kan sahabat yang begitu...berharap ikatan persahabatan kami kekal hingga akhir hayat :)

rintzpalil said...

Semakin usia saya menginjak dewasa semakin sukar saya mencari teman sejati. Bila di tanya sekarang, berapa ramai teman baik saya ? jawapan saya hanya seorang. Itu sahaja!

puteri** said...

hmm mendalamnyer isi auntie diz time...
bila kenangkan balik,
sy yg masih student ni pon for me...sy xde istilah kwn baik, sy asingkan istilah tu dgn kenalan n kwn, kebanyakkan nya hanyalah kenalan, ape ape pon, sy lebih selesa balik rumah terus di hujung minggu bersama dgn keluarga dr kwn2, ape2 pon family lg best!

nyah said...

bila baca ni..teringat kat mak sy...auntie sama mcm mak sy..dats why u been gifted wit wonderful kids n natural beauty..i think i knw whos dat evil person..if its true no wonder i dont feel any attraction to read her blog..shes such a loser n ugly..auntie nani sgt pretty it shows frm yo motherly beauty heart.tk care auntie nani

nyah said...

bila baca ni teringat kat mak sy..auntie sama mcm mak..no wonder u been gifted wit wonderful kids and pretty face..i think i knw whos dat evil lady..if am rite no wonder i dont feel any attraction readin her blog..shes such a loser and ugly..tk care auntie nani n keep on rockin.

HONEY LEMON said...

salam k.nani...sy silent reader k.nani..suka sgt bc cerita2 k nani n kegigihan k.nani dlm menabur bakti pd family.k.nani mmg wanita n ibu yg hebat...betul2 hebat...tahniah utk anak2 k.nani...zaman sekarang ni org hanya akan berkawan ngan kita klu kita ada pangkat n harta...itu realiti..susah utk cr kwn sejati...kwn yg ikhlas tanpa menikam belakang kita...hope k.nani sabar n tabah ngan kerenah manusia2 ini...kuatkan semangat demi family k.nani...enjoy yr life...suker sgt tgk muka k.nani...sweet sj...you're a great lady....cheer up sweet mummy!!!...

Puan Eka said...

betul.Persahabatan kalau ikhlas,telus,memang manis.


eka pun baru je kenal blog sis ratna tahun lepas.Itupun dari blog auntie nanie.terus eka suka dengan blog dia,tulisan dia.cepat betul mesra.sampai terbawa ke mimpi.dengan auntie nani sekali masuk dalam mimpi tu...

hehehe