Saturday, June 16, 2012

Dato' Dr Fadzilah Kam To me

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

Entri ni saya tujukan khas buat seorang teman yang sedang dilanda masalah yang sungguh mengganggu jiwa.

Sesungguhnya kehidupan ini tidak pernah sempurna. Sebagai mahkluk yang diberi akal fikiran dan segala kebijaksanaan berbanding makhluk Allah yang lain, saya andaikan bahawa setiap dugaan itu insyallah akan ada hikmah disebaliknya maka harus kita gunakan sebaik baik akal fikiran untuk kita cari jalan penyelesaian yang paling baik sebagai  melabelkan yang kita sebagai manusia yang mempunyai jiwa yang besar dan sentiasa mahu berbahagia dan  tidak perlu memusuhi sesiapa.

Ya ya minda yang cerdas ya...jiwa yang tenang...hatipun senang ya. Ok yang ini versi Dato' Dr Fadzilah Kam..to me....bila menyebut kena ikut gaya Johan sambil mengayakan dengan mulut yang penuh. (Oh ya Alisya sungguh pandai imitate gaya Johan)
(Saja selit selingan  ini untuk santaikan hati sket)

Ok sambung balik ke versi yang lebih serius...

Sebolehnya tenangkan jiwa, positifkan minda, lepaskan tekanan dan segala kegundahan dalam hati. Siapa lagi yang mahu menghargai diri kita kalau kita sendiri tidak tahu menhargaiynya. Siapa yang bakal mencorakkan hari-hari yang  bakal kita lalui. kalau bukan diri kita sendiri.

Jika diri disayangi, jangan sia-siakan kasih sayang mereka. Letak penghargaan kita terhadap kasih sayang dan cinta mereka. Namun jika diri sudah dibenci jangan sampai kebencian mereka terhadap kita menyeksa diri kita sendiri. Jadikanlah titik kebencian mereka itu sebagai satu titik tolak untuk kita jadikan satu semangat yang dapat mengubah diri jadi yang lebih baik.

Apalah kebencian manusia berbanding kebencian Allah terhadap kita dan apalah kecintaan manusia berbanding kecintaan Allah terhadap kita. Apa yang penting Allah tahu di mana kita berada. Allah tahu hati kita.  Allah tahu niat kita.

Jangan sesekali menggangap dugaan itu sebagai sebuah kemusnahan atau kegagalan. Justeru semestinya kita teguhkan dalam hati dan pendirian bahawa tanpa kegagalan mana mungkin kita punya ruang untuk mencari kejayaan dan kebahagiaan.

Jangan menyalahkan orang lain apatah lagi takdir. Kendati mencari setiap sudut kesilapan dan kekhilafan orang lain pun akan membuat jiwa kita tambah tertekan., tidak keruan dan tidak tenang Selalu pahatkan dalam jiwa  supaya tidak melulu menghukum dan mencemuh orang lain kerana kita tidak tahu hakikat sebenar atau dalam ertikata lain kita tidak menyarung kasut yang sama jadi kita tidak tahu bagaimana rasanya bila memakai kasut itu. Mungkin sekadar membayangkan diri kita berada ditempat merekapun sudah memadai bagaimana rasanya jadi mereka.

Dalam perhubungan sesama manusia pasti ada budi ditabur budi dirasa. Jika ada budi yang pernah kita tabur, jangan disebut-sebut. Kerana setiap sebutan tentang budi akan menggugurkan segunung pahalanya. Kerana tidak layak  mengelarnya budi kalau tiada keikhlasan. Bila diri sendiri tidak pernah ada keikhlasan, maka jangan mengharap sebarang kebahagiaan.  Justeru keikhlasan yang kita beri, maka ketulusan yang kita dapat. Keikhlasan dan ketulusan  itu jua yang memadam segala api dendam. Bila  kita ikhlas menyayangi  pasti kita mahu mereka bahagia walaupun tiada lagi cinta mereka untuk kita.Bila tiada lagi cinta mereka untuk kita pasti kita lebih layak untuk cinta yang lain. Percayalah, hidup ini macam roda kereta lembu. Hari ini kita di atas, namun esok  adakala kita menggelek tahi lembu itu sendiri. Begitulah seterusnya sampai nyawa dihujung nanti.

....anak sungai lagi berubah
.....inikan pula hati manusia

Hati manusia sukar diduga. Hari ni dialah intan dialah payung. Esok lusa..dia yang tikam dia yang racun. Hari ini dialah  kasih dialah kesayangku. Esok lusa dialah musuh dialah seteru. Hari ini dialah penghibur segala lara.  Esok  lusa dialah punca segala sengsara segala derita.

Memang hebat perlakuan mereka terhadap kita namun jika kita sentiasa ingat bahawa itulah manusia. Rambut sama hitam hati lain-lain. Jika kita sedar yang kita pun manusia....ada kemungkinan satu hari kelakuan kita tak ubah macam mereka, sikap kita sama macam mereka maka  bermusahabah lah diri bahawa manusia itu seperti kita tidak pernah sempurna.. mempunyai hati yang tidak tetap. berbolak balik keadaannya. Jadi  jangan mencemuh kekurangan mereka. Bahkan jadikan segalanya satu  dugaan untuk kita. Hadapi dengan seribu kekuatan. Jika itu takdir buat kita kita syukuri kerana tanpa hari ni maka tiada esok...tanpa ada ujian maka tiada pembelajaran.

Memanglah tidak semua jiwa itu besar, tidak semua hati itu kuat kerana namapun manusia biasa, hambaNya yang lemah, namun bila kita diberi akal fikiran, tahu di mana mahu menangani  keadaan, tahu dimana mahu bertindak dengan kebijaksanaan maka segala permasalahn dapat kita atasi apabila kita percaya bahawa kita sedang berusaha berserta doa dan harapan serta pasti dan yakin bahawa Allah akan selalu meyertai kita kalau kita sabar akan segala ujianNya.

Insyallah, terimalah hakikat bahawa cinta mereka bukan kita lagi. Kalau mereka sudah benci lepaskanlah mereka pergi. Buat apa menyeksa diri untuk orang yang tidak sukakan kita lagi. Buat apa memikir bermati mati sekadar cinta yang tidak bersisa lagi.

Terus melangkah kerana hari tidak menunggu kita lagi. Carilah pengganti diri kerana pasti ada lain yang lebih baik untuk kita lagi. Maka kita pasti dapat bersyukur bahawa semua ujian dan dugaan Allah adalah untuk memberi kita hari ini sesuatu yang lebih baik dari semalam.

Lepaskanlah segala yang palsu dan pura-pura. Kita berhak mendapat yang lebih jujur dan tulus.

Insyallah.











8 comments:

Nor Azira Mohd Yunus said...

Exactly....They said :

Anger weakens the liver,
Grief weakens the lungs,
Worry weakens the stomach.
Stress weakens the heart and brain,
Fear fails the kidney....

Mohon share some of the advice dkt facebook saya boleh? Saya akan quote kan sbg dari Nani Rostam - Model 80an.

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Ulasan buah pandangan yang lengkap sempurna ada lah petanda "reflection" dari seorang yang teramat peka dengan keindahan sebuah hidup. Mengapa "keindahan" bukan "kehodohan"? Karena petanda beliau punyai sebuah jiwa dan nurani yang bersih, itu sahaja!

Pabila bersih segala yang dipandang lihat dengan sediakala tampak bersih, suci dan mulia.

Apa sahaja dugaan yanga melanda yang bertaraf kesengsaraan itu terima lah sebagai pengajaran yang Allah Ta'ala telah tetap kan (Qadha'&Qadar) lantas memilihnya diatas sebab sesuatu yang ada terpencil didalam sanubarinya yang berbau busuk dan hanyir! Maka itu jangan sesekali menyalahkan keadaan karena setiap dugaan ada sebabnya, salah satu penyebab ialah tersalah pilih atau kedua-duanya sememangnya tidak sesuai&serasi jadinya tercipta lah "sengsara" yang dikata kan dugaan itu.

Didalam sebuah hidup ini terima lah dengan seadanya yang berlandaskan kesyukuran dan penghargaan kepadaNya senantiasa... meski pun pemberian itu sekecil kuman karena ia-nya bernama berkat, berkat yang sudah diperkenankan dariNya, namun manusia didunia nan luas ini menerimanya dengan tadahan secara mencebik dengan angkuhnya karena baginya tidak mencukupi dan maka itu jangan menjadi hairan mengapa rezeki (ada pelbagai bentuk rezeki yang telah ditetapkan olehNya) itu ditarik balik menjadi payah untuk dikecapi seterusnya!

Panjangkata... anggap lah duka lara itu sebagai warna warni sebuah hidup, dan renung kan lah kembali mengapa warna yang dipilih itu tidak sepadan sedondon dengan "diri dan dia" dan cari lah penyelesaian yang mengikut sebuah minda yang bertaraf waras bukan dari hati dan jiwa yang bertaraf putus asa... jika diri murka dengan apa yang dihadapi lagi murka semurkanya Allah Ta'ala terhadap hambanya yang cepat lemah semangat, berputus asa dan berpaling diri kepada kehinaan sebagai membalas dendam walhal anak minda yang diberi yang dikatakan waras lagi cerdas tidak digunakan dengan setimpalnya...

“Only a fool can be happy. For happiness consists of two contradictory elements: contentment and pleasure. Enjoy pleasure and you have no contentment; be content and you have no pleasure. For this reason happiness is conceivable only for those who enjoy themselves without thinking that they will always want more and thus be discontented, or for those who are content without thinking that they have no pleasure. Whoever reflects can never be happy, unless he is a fanatic and thus blinded…thus exercising control over his intelligence with his feelings, instead of the other way round”
-Marcellus Emants.

Salam hari minggu yang ceria juga salam kasihsayang buatnya Nani.

Anonymous said...

MasyaAllah.. Segala apa yang diperkatakan kt entri ni mcm tau tau je apa yg saya tgh rasa. Mungkin ni salah satu petunjuk dariNya ;'(

Mass said...

setuju dengan kak nani..
dari segi pengalaman yang pernah sy lalui sendiri..apa yang kita cemuh dan kita kritik org walau org itu nyata bersalah...nanti kita pula melakukan perkara yang sama dgn mereka.

kita semua manusia memg lemah....hati mudah berubah-rubah mengikut situasi.

memmetlenggeng said...

sangat best!!! Pinjam ye kak nani!!Bole ke?

LINA EVERLYNN said...

bagus entry nie :)

Mak Wardah said...

Puan nani,

Seperti mana pendapat Puan Ratna, sayapun sama. Pendapat Puan Nani betul dan tepat pada saya. Tabah dan sabarlah kerana itulah jalan yang terbaik untuk beliau. InsyaAllah akan ada hikmah disebaliknya...

norinaomar said...

Masya Allah..kena juga dengan situasi..saya punya kesedihan tak habis lagi ni..tiap saat memujuk hati..biarlah orang nak hina saya asalkan saya tak buat kat dia..ALLAH MAHA MENGETAHUI