Friday, July 15, 2011

Hantu Cermin

Assalamualaikum....


Pagi ni saya bangun awal seperti biasa. Di luar bunyi gemersik angin kedengaran sayu. Terus tuju ke dapur, pinggan mangkuk penuh di sinki. Malam tadi nyenyak betul tidur...sedar-sedar bunyi hujan turun.Buka dan selak daun tingkap luas luas.. Suka sangat melihat daun-daun tertunduk-tunduk kuyup ditimpa air hujan terasa dingin seluruh alam.

Sesekali menjenguk ke ruang makan kerana di situ ada cermin besar. Saya paling suka mengintai cermin sewaktu bangun dari tidur bila melihat wajah halus licin dan rambut yang cantik seolah-olah tersisir dan terasa masih lebat. Tak tahulah perasan sorang-sorang ke...tetapi bila lihat muka halus, rambut sihat memang suka betul pandang cermin lama-lama.

Setiap hari adalah bermula hari yang sibuk bagi saya...terasa macam 24 jam tu terlalu singkat. Tidur saya setiap hari selewat 2 pagi dan bangkit seawal 5 pagi. Sepanjang siang hari saya langsung tak dapat untuk melelapkan mata kecuali kalau keluar dan suami memandu disebelah.

Buat kek, keluar menghantar kek, keluar membeli barang, rumah memang tak pernah terkemas...kalau kemas pun hanya mampu ala kadar..cuit sana cuit sini sikit. Menghantar anak sana-sini.Mengandam pengantin, menjaga anak-anak orang namun saya masih curi-curi masa untuk menjahit tudung dengan hiasan bunga-bunga. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan datang ke rumah atau secara pos.


Mencuri masa untuk menghantar Hafiiz dan Alisya ke kelas Street Dance di Subang Jaya.



Inilah kolagen yang saya amalkan...berharga rm150. Sangat bagus untuk menjadikan kulit anjal, menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku, menurunkan berat badan dan membantu menyembuhkan sakit tulang atau eostoprosis (betul ke eja). Sesiapa yang berminat sila emel shinarostam@yahoo.com atau telefon saya 0123959779.



Walau dah dinihari saya masih mengalu-ngalukan kedatangan kawan-kawan semua termasuk yang baca blog datang mahu merasa dan menempah kuih raya.



Mehlah datang rumah...'ku menunggu'



Tempahan Strawberry Moist Choc Cake saya tetap saya terima bila-bila masa.




Kain tudung yang saya jahit sendiri. Sesiapa yang berminat boleh menempah dengan mengemel saya di shinarostam@yahoo.com atau telefon saya 012 3959779.



Terdapat dalam 2 warna. Light purple dan torqious. Material kain adalah


100% cotton. Terletak dan sangat selesa. Harga termasuk pos rm50. Kalau datang rumah harga rm40.


















Sekian terima kasih.


















Wasalam.



















26 comments:

Mrs. Norrie said...

wah akak..memang betul2 bisnesswoman..cayalah akak...teringin jadi mcm akak satu masa nanti, tapi kene tambah banyak ilmu didada...

KasehZulaikha said...

bisnes!bisnes! bagus kipidap!sy suke.

yusrina said...

Teringin dtg rumah akak tapi jauh... T__T

Anonymous said...

dapnyer kek. tumpang lalu puan

The Cendol Champion said...

rajin...n makin kurus la kak nani

Mrs.fRss said...

sgt segan nk dtg umah akak.. walpun hanye mau kn"tester kuih raya itu" owhhhh

Leana said...

berblog walking sebentar.. kolagen tu macam best je kak nani..mcm nak terai.. :D

Unknown said...

cantiknya kakak...talented betullah....

ALLYyana said...

salam untie nani (seswai ke pggil untie sbb nampak sgt cantek n mudaanyaa)..saya dhlama admire kt untie..tiap2 hr mesti bc blog untie..kagum,teruja smualah esp in ur beauty n expert in cook...wow kagum2..tp saya pernah try red velvet tu..nape ek dia punya creamcheese dia tu melt sgt ekk??..soalan ke2 saya..collagen untie pakai tu boleh tahan bapa lama ek?saya sgt teringin nk jd cantik n sihat..skrg dhla baru ada baby sorg..dh sakit2 merata..hope untie leh tlg saye...=)

yana (26thn kulim,kedah)

Fuza Marquis said...

alamak, akak close up sikit la tudung tu bagi nampka bunga dia.

ehehi kak nani, tengkiu puff lova dat day sedap! siap saya buat review di http://tigapersembilan.com (:

rintzpalil said...

Akak beri inspirasi untuk saya kerja kuat

Nurhasliza Nordin said...

Tangan kalau dah dilahirkan berseni, memang bertuah.. Segala benda buat menjadi je.. Beruntungnya Akak.. Serba serbi power.. =)

lily lotus said...

u're so inspiring ;)

aizeepesona said...

kak nani kalau boleh akak ameklah gambar akak pakai tudung tu skali lagi..sbb tak berapa jelaslah kak..

kreatif daripada segala sudut..

apa kekurangan akak yer...sbb byk betul kelebihan kak nani nie...

Fauziah said...

rehat mesti cukup kak... semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan terus maju dalam perniagaan serta apa jua bidang yang diceburi. moga dilindungi dan dalam rahmat Allah selalu... aminnn..

mama-syira said...

Memang superwoman!
Saya berdoa agar dapat jadi macam kak nani. doakan saya juge ye.

Misz-ella said...

Alahai kakak cantek ... nape la asyik2 foto aku adikmu ini?? Hihihi.

*Mrsfarahzaki * said...

Akak...Strawberry Moist Choc Cake tu sedappppppp....tak sangka dapat rasa kek buatan akak.. Margarita Estrada tu kwn saya..sedap!! TQ for your lovely cake...

anggunpesona said...

Memang kak nani ni serba boleh. Teringin nak ikut jejak, tapi rasa tak boleh pun. Nak tanya pasal collagen tu, ada apa kesan ke bila first time cuba. Apa rasanya pulak.

hamzah ian said...

sedapnya kek.. wahhh

Mama_Fatin said...

uii bertamboh lagi bisnes akak ek..murah rezeki.

Anonymous said...

Salam Nani,

Intro yang baik yang membawa kepada barangan yang ingin ditawarkan. Semoga terus maju jaya. InsyaAllah.

keet said...

jenjalan sini :)

Hazey said...

Salam Kak Nani..
Selalu jadi stalker/silent reader je kat sini.. :) tapi hari ni nak join sama lah.. tahniah dan semoga bertambah sukses dalam apa juga bidang yang diceburi..

Nanti nak order collegen ya.. hari tu dah email akak, later kita roger2.. (tunggu dapat vitamin 'fuuuluuusss')

Masyithah Ma'arof said...

kak nani... osteoporosis ejaan yg betul :) saya ni ntah bila la nak sempat singgah umah akak rasa kuih raya ni... ish ishhh.... lembab sungguh saya ni. hahahahah :P

Masyithah Ma'arof said...

osteoporosis ejaan yg betul kak :) oh no... saya ni ntah bila la nak sampai umah akak rasa kuih raya ni. ada je hal yg last minit. sungguh byk songeh saya ini... hahahaha :P