Tuesday, July 5, 2011

Mak Mana Tak Macam Akak

Assalamualaikum....


Teresak-esak akak dengar Alisya nanges. Biasa lerr Alisya...homework tak siap nanges, baju tak iron nanges, tak da benda nak makan nanges.


Asyik asyik ...Ku menanges.....membayangkan ....betapa.....(ok sila sambung sessi karoke kat sini ya).


Tapi kali ni akak syak dia nanges, lebih pada drama. Ha betul dah....bila akak tanya...nape nanges...dengan airmata yang macam banjir musim tengkujuh...dia jawab "Alisya nak pergi PD...Alisya nak mandi pantai"!





Part ni yang kadang-kadang akak maleh citer-citer kat dia. Akak citer tak dapat pergi, dia pulak menanges nak pergi...




Jadi kan...ibu mana tak macam akak...kalau part-part anak nak joli ni...ibu mana tak macam akak ni yang lemah semangat sungguh. Anak-anak pulak kaki joli...sorang nak gi tengok wayang...emak mana yang tak macam akak...boleh ke marah2 anak tengok wayang....sorang pulak nak keluar dengan kawan kawan kat ou...emak mana tak macam akak...nak tegah-tegah anak gi ou....kan....

Pastu nak joli sakan main bowling and makan-makan dengan kekawan....mak mana tak macam akak ni dok hulur-hulur 50 hengget 100 hengget sorang-sorang nak menjoli.

Ceciter emak mana tak macam akak......

Bila anak-anak dah besar ni memang itu la ceritanya......

Dulu masa anak-anak akak kecik-kecik lagi tak lah akak dok lemah semangat macam tu. Apa kemahuan anak akak ikut. Tak.

Dulu masa dorang kecik kalau baring pengsan2 nak mainan tu belum tentu akak turut kemahuan dorang. Kalau beli barang mainan tak sampai 24 jam dah jahanam maka jangan mimpi akak senang-senang nak belikan yang lain.

Part-part perkara yang nak manjakan anak sampai dia orang jadi naik kepala memang tak ar. Sebab tu anak-anak akak tengok akak lembut tetapi tegas. Sebab tu anak-anak akak susah nak buat perangai kurang ajar bila depan orang. Sebab tu anak-anak akak ni pemalu semuanya...sebab mereka tahu hormat emak ayah dan juga orang lain.


Berbalik pada cerita Alisya tadi, bila ela mesej akak ajak gi PD duduk banglo LPPKN, maka dengan sedihnya akak menolak kerana hari jumaat dan sabtu, ahad ada dekat sepuluh tempahan kek. Hari Ahad pula ada mekap kan orang bertunang.

Tapi bila tengok Alisya sedih tak tentu hala, maka cepat-cepat bagi tahu ela yang akak setuju join Yanti dan Zana dan keluarga mereka sekali.

Maka hari jumaat dan sepanjang pagi sabtu akak siapkan semua tempahan kek dan petang sabtu itu kami bertolak ke PD secara konvoi.

Keesokkan harinya dia orang stay...sampai petang ...akak pukul pukul 8 pagi dah bertolak balik ke Shah Alam untuk ambil kek dan terus ke Bukit Beruntung meneruskan kehidupan mencari rezeki untuk menampung kewangan keluarga.

Petang baru Imran dan Alisya balik sama-sama dengan ela menumpang keretanya dan menghantar sampai rumah. Terima kasih banyak ela.Lepas ni kita gi Melaka pulak ya....insyallah.




Bila travel akak selalu fikir yang mudah dan sedap dimakan. Sambal kicap akak bawak dari rumah. Sampai di situ akak terus goreng tauhu.






Semua orang sampai mandilah segala....akak tuju dapur terus goreng tauhu...ela grill udang butter dibantu oleh Alisya dan Imran grill hot dog.









Ha nanti akak bagi resepi ya...












Tauhu goreng tepung.














Akak dan Alisya...yang tangkap2 gambar adalah Imran.








Yanti beli barang-barang untuk minum, roti, beras, gula, tepung dan minyak.








Lepas mandi zana basuh pinggan, yanti buat air dan kami menyiapkan makan malam.






Budak-budak tengok citer merong mahawangsa.







Zana bawak nasi impit...edi bawak dan bakar sate ayam dan kepak ayam, Ela bawak udang dan hotdog, akak bawa tauhu, tepung, kek strawberry moist choc kek, cheese kek, pineapple tart, salad dan thousand island serta buat special untuk besday ela iaitu kek pavlova. hepi besday ela...sahabat kesayanganku.












Tengok mata akak yang tak cukup tido.....





Yanti dan aiman dan makanan.






Mak mentua lalu belakang pun tak sedar yanti...



ni makanan di pinggan akak.








Ela memotong pavlova ku........




potong kuihnya...potong kuihnya...potong kuihnya sekarang juga.....






Sepotong




Lepas makan dan gelak2 dengan bebudak....kami pun terbongkang....





Imran dan Alisya seronoknya tengok pantai...





Aku hantar anak-anak ke pantai sebelum bertolak balik ke KL.





Demi anak-anak nak berjoli dan bercanda di pasiran pantai penat dan letih tolak tepi.....







Di Bukit Beruntung mekapkan Norliana dan Mohd Fadil bertunang.





Hijau pucuk pisang...warna tema..













Terima kasih Norliana kerana memberi kepercayaan pada akak untuk merias wajahmu kelihatan cantik anggun dihari pertunangan. Selamat Bertunang hingga menjejaki di jinjang pelamin.
























































23 comments:

Emira Darmia said...

untung anak² aunty ada mama mcm aunty.

auwcak said...

rajinnya kak nani...bangga dengan kak nani...

cikgu su said...

Shanteknya....prapengantin ni.
Sedapnya kek tu...
Kita pun mama yg mcm akak...
Sape x sayang anak kan kan?

Aida said...

kak nani, baju kak nani yg belang² lengan panjang tu cantiklah .. kak nani beli kat mana ??? hehehe

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

alahai manjenye alisya ... eh lamenye sy xkomen2 sini ye kak...

akk mcmmanepun tetap nmpk lawa..mata panda ke..ape ke...hihi...

ain hamzah said...

cantik mekap..nmpk nice n natural jer...

yana halim said...

amboi yanti....dapat pun makan pavlova idaman kalbu. hehe..

kak nani....saya dah hasut yanti tulis blog jugak...hahaha

Siti Nur Amirah said...

super women...hehe..
dasyat alisya ye..huhu..mira kuat nangis..tp idak la sampai macam alisya..T_T

LUNA LANUN said...

perghhhh!!! pavlova tujugak yg plg mngiurkan! grrrr... akak dengan anak akak memang x ubah kakak dgn adik! serius kena mntk petua awet muda dr akak ni... nak2 lg umo dah nk menginjak ke 30 lg 3 thn... huk3!

Entri best la ni, pilih je mana yang korang nak baca:
1. VIDEO : Peristiwa Berdarah 13 mei 1969 Jangan Dibiarkan Berulang
2. Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin
3. Cerita Di Sebalik Malam Pertama Saya
4. Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
5. Siapa Tak Nak Laki Macam Ni?! Aku Nakkkk!!!
6. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
7. Udah-udah Ler Tu Luna Nak Ganggu Dia, Tapi Dia Sangat Comel Okeh! Seriusss!!!
8. Adakah Siput Sinonim Dengan Lembab dan Lambat Sahaja?!

by LUNA LANUN

Izz Latif said...

~wahhh~
they shud b thankful to have u as their mother...

(^_^)

www.izzlatif.blogspot.com

Cik Eka said...

hehehe...sempat jugak kan.camtulah emak kan auntie..tak sampai hati tengok keinginan anak dia tak dicapai...

NUN@ said...

kak..saya berjaya buat puding karamel resipi akak tue..:) sedap sangat2..tapi salah teknik..jadi hancur masa terbalik kan..kui kui

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, tajuk kepala diatas maksud-ertinya apa, Nani? Tidak lah Ratna ngerti, gimana tu?

Pabila Ratna bayangkan gimana Nani boleh kesampaian cekop sana dan cekop sini, atas-bawah kanan dan kiri, ya ampun ... penuhi hasrat Anakanda semua, sediakan hidangan dan terus pergi mekap kan yang bakal bertunang ... Mon Dieu/OMG ..........! Hanya yang cekalan semangat dan kudrat yang super powerful sahaja yang dapat memenuhi ke-semua permintaan hidup tersebut, jika Ratna .. dah lama ter-letoi kaput!

Pabila anak tersenyum manis hati seorang Ibu serentak sama berbunga-bunga rasa perasaan ... ya Nani, jadi lembut dan halus.

Salam manis manis madu.

kak ina kl said...

memang tak sampai tak nak ikut kemahuan anak-anak..kadang-kadang habis duit pun tak apa.


selamat hari jadi ella..fuhh sodapnya pavlovva itu.

Ilhamny.com said...

cantik akk make up...

kakchik@ella said...

Hihihi .. best kan kak, malam tu? bersengkang mata kita bergelak ketawa menunggu detik 12 mlm. esok pagi, siap berkung fu taichi di dapur ber2 masak nasik lemak.

Thnks for the lovely Pavlova, kak nani .. kekanda kesayanganku.

Aku Ibu Muda said...

kak nani mmg super woman...hihi

Aien said...

Kak Nani,

Nanti kalau nak gi area bandar Melaka staylah kat Guesthouse saya ye..Ni ikhlas ajak ni...

http://noorellsguesthouse.blogspot.com/

Sophie Salim said...

pergghhh sedapnyee pavlova..yum2..

cotton vietnam: http://sophiesalim.blogspot.com/

azrinna said...

Kak Nani,
Macmna akak didik anak supaya hormat pada orang tua ? Mungkin kak Nani blh share dlm entry akan datang.

ynadona said...

salam antie...sy peminat belog antie dan masakan antie...suke sebab antie x lokek ilmu bg resipi.dahla superb sedap sumer...tp, boleh x lepas ni antie label 'resipi' kat semua entri resipi dan masakan antie..sng tiap kali nak carik..itupun kalo antie x keberatan....plz......!!!

Peri PiA said...

saya mau jd kuat mcm pn nani n kc

hai kc!!b'day hihi

Rosniena said...

sedapnye pavlova..nak tempahler jugak..berapa rm ye kak nani?bila sebut sambal kicap teringat pula mak saya..i'm johorian loves sambal kicap cicah tahu or tempe..marveles