Tuesday, July 19, 2011

Hidup Ini Tak Banyak Pilihan

Assalamualaikum ....


Orang mesti pelik bila tengok saya. Orang mesti hairan bila fikir tentang saya. Orang mesti fikir kenapa saya ni macam semua benda pun nak buat...semua benda pun nak grab...

Cehh...boleh pulak saya baca apa orang fikir...apa orang rasa tentang hidup saya....

Semua saya nak buat...buat kek macam-macam, buat biskut macam-macam,jaga anak orang, makeup orang, business itu ini...

Siapalah sanggup jadi macam saya. Ramaikah yang sanggup. Sedang saya sendiri pun sering rasa tak sanggup. Bak kata Liana anak saya..."kalau saya ni robot pun boleh pecah!" Mujurlah Allah yang jadikan saya...maka kepadanya juga saya berserah. Segala kudrat saya adalah pemberian dari Nya.

Kadang kala pagi buta, jam 3 -4 pagi saya masih berdiri memukul telur sedang seisi rumah sedang nyenyak dibuai mimpi. Mengapa saya harus mendera diri begitu. Mengapa saya harus menyusahkan diri begitu. Kerana saya yang memilih begitu. Saya yang memilih untuk tidak cukup tidur atau berehat. Saya yang memilih untuk membuat mata bertambah cengkung dan badan tak cukup rehat. Saya yang memilih begitu kerana saya tiada pilihan lain.

Kalau saya ada pilihan, saya lebih suka jadi seorang perempuan yang dimanjai oleh suami, diberi apa yang diingini, dibawa pergi bercuti, membeli belah, makan-makan dan sebagainya....dan sebagai imbalannya saya mahu jadi isteri yang hanya masak-masak dan berhias untuk suami dan anak-anak.

Dalam hidup kita tak banyak pilihan. Kalau saya pilih untuk merehatkan badan, maka tak adalah biaya untuk saya menyara pelbagai perkara termasuk makan dan pakai anak-anak yang masih ramai bersekolah. Bukan sikit-sikit duit yang harus disediakan.

Dalam kes saya juga, saya hanya diberi satu pilihan untuk terus berjuang demi menyara anak-anak. Insyallah dengan segala redhanya Allah maka saya masih mampu mengutip sedikit semangat untuk menjadikan siapa saya hari ini.

Salah satu usaha saya adalah menjual kuih hari raya....menyambung tradisi setiap tahun, mudah-mudahan tahun ini dilimpahi rezeki anak-anak oleh Allah yang Maha Pemurah.

Saya berharap anda semua memberi semangat dan sokongan buat saya terus berdiri. Alhamdulillah dan terima kasih banyak pada pembaca blog saya yang budiman yang percaya akan produk dan hasil usaha saya yang tak kenal waktu rehat dan waktu tidur. Mudah-mudahan Allah juga memurahkan rezeki anda semua. Amin ya rabbal alamin...











Sesiapa yang masih berminat untuk membuat tempahan sila telefon saya 0123959779 atau emel shinarostam@yahoo.com.


Semua kuih berharga sama iaitu rm30 untuk 50pcs sebalang.


Bank di CIMB 12090001687526 dan mms resit setelah buat bayaran dan telefon saya untuk list nama kuih dan pengesahan tempahan.


Sekian terima kasih.



Wasalam.





27 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina tahu kenapa nani buat semua tu, sebab nani rasa bahagia bila buat semua tu. good luck

Cik Eka said...

fuhh semua sedap..nak rasa.hehehe

azrinna said...

Kak Nani, kadang2 keadaan sekeliling kita yg buat kita harus cekal selalu.

Intan & The Boys said...

:)
puan macam mak saya. tak reti duduk diam. ada je dalam otak dia tu nak buat macam2. hehe.

O'gosh said...

gud luck in everything kakak..ngah pikir2 lagi nak amek ke x kuih kak nani ni..takut nak g umah orang kaya..hehe

iekaz said...

kak nani memang hebat! dan mmg betol apa yg kak nani tulis, hidup ini tak banyak pilihan.. u lose some, u gain some..

yanhamid said...

nani...kita semua kene sabar hadapi dugaan hidup ni betul tak..niway tq sb layan sms i..suka blog u!!

Azura Abdul Jamil said...

suami tak bantu ker..kenapa kak nani kena wat semua..kecian kak nani...

pearls.. said...

kak nani..

tak letak kat food court the mall ker? lagi senang pearls nak dtg rasa kuih tu.. heee.. opis pearls kat tingkat 15 jerk.. the Mall tuh..

Intan Haryati said...

kita ni sama kak Nani. buat berbagai-bagai untuk meneruskan kehidupan. tapi mmg betul kata akak "hidup ini pilihan kita". saya doakan supermom2 mcm akak akan dpt teru smemberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

muhammad Saufy said...

semoga Allah berkati makcik dan keluarga.
Kerja keras itu kenikmatan hidup, makcik.
Insyallah diakhirat balasan tak terbayangkan Allah akan bagi.

gadizgula said...

sama la kita Aunty,

Kita pon dari kecil dah biasa buat semua kerja. Mak ajar bekerja dan berdikari kalau nak duit. Sbb tu dah terbiasa sampai besar. Bila hari biasa kita promot mekap service. bila bulan puasa kita amik upah jahit manik & buat kuih. Kene grab peluang yg ada. kalau kita x buat siapa yang nk bg kita duit free2 kan... yg penting kita x mintak duit org. Allah suka hambanya yang kuat berusaha. Semoga kita sama-sama berjaya.

lizabassam said...

tabik hormat pd kak nani, serba boleh dgn dikurniakan anak2 yg bijak. yg musykilnya,hubby kak nani tak contribute ke..or at the moment takde kerja???

puffyfluffy cake said...

yes...lakukan yg terbaikk untuk keluarga dan anak2..berusaha selagi bernafass...tahniah kak..chaiiyokk...:)

~iz~ said...

akk camner nak oerder ni nama xde..

Isabella Iman Iskandar said...

kak nani. Biskut2 ni nampak sedap. Kalau order..agak2 bila penghantaranya?

lily lotus said...

insyaAllah selagi ada usaha dan tawakal, Dia selalu bantu kita...

yuccabud said...

dear reader..
Biskut aunty nani mmg sdp..SUMPAH
I went 2 her house & rasa sendiri..
smpai x smpt nk rasa semua sbb byk pilihan :)

yuccabud said...

dear readers
Sy dh rasa hmpir kesemua biskut homemade aunty Nani..

smpai bikut yg sy suka ulang2 sy mkn

SUMPAH..sdp okay ~.~

Nanie Khairani said...

but u look young and beautiful eventho tak cukup rehat/tidur..
i admire tau.. :)

aesh came said...

org mmg byk ckp~~ u keep up the god work~ Allah knows best~

P/s: looks yummy those cookies~

Fatin Nurul said...

This entry is touches me aunty...semoga allah kurnia kan kudrat buat aunty..you are such a bionic woman..i'll pray that you'll be a successfull bussiness woman :)

Fadzillah said...

seorang ibu sanggup buat apa saja untuk pastikan keperluan anak2 sempurna..disamping nafkah yg suami beri.. ^_^

FizaMustafa said...

blogger semangat waja ^_^

Mak Wardah said...

U r superb!!! Proud reading your blog. Tak apa itu adalah cara halal mencari rezeki.

ummi said...

kak nani kan kuat..

sweetlavender86 said...

bile sesorg tu dah ade keluarga,dah ada anak2.die dah xkire penat ke,xcukup tdo ke nk mencari rezeki.nk bgi anak2 cukup mkn pakai,hdup selesa.die akan sanggup korban kn masa dan tenaga.cuba mcm2 cara nk crik duit.gud luck kak nani.sy harap2 sy pun mampu ikut cara kak nani membantu suami.hanya org yg penah merasa je tau mcm mane susahnye mncri rezeki nk mmbesar kn anak2.