Assalamualaikum...
Saya selalu sembang-sembang dengan adik saya nadia yang kita ni mudah sangat berprasangka buruk pada satu-satu perkara atau apa-apa tentang orang lain tanpa tahu apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat.
Sebab tu dalam diri saya, saya tak suka jadi hipokrit. Dalam diri saya juga, saya tak suka mencampuri urusan dan kehidupan orang lain.
Sebagai manusia biasa yang penuh sifat kesabaran ini kadang-kadang saya mahu jadi begitu anggun tipu diri sendiri bila kaki terlanggar batu cuma melompat-lompat tersenyum-semyum.
Tetapi bila dah terlalu sakit, tipulah kalau saya boleh terus anggun melainkan mulut mengomel-ngomel marahkan batu...babi, sial, setan..celaka kau batu...sekadar nak menghilangkan rasa kebodohan diri sendiri kerana berjalan tak tengok-tengok. Itulah saya yang tak tahu hipokrit dan saya tak tahulah bagaiman orang lain pula.
Mungkin disebabkan kelemahan saya jenis ibu yang tak banyak cakap dan tak suka mengamuk, menjerit, berleter dan memukul anak-anak maka apabila sewaktu-waktu anak-anak terlalu mencabar kesabaran saya maka tekanan itu kadang-kala membuat saya hanya berdaya mengeluarkan perkataan bodoh. Walaupun dalam usaha cuba sedaya upaya banyak bersabar kadang kala terlepas jugak perkataan bodoh, satu-satunya perkataan yang tak ingin sekalipun saya ucapkan terhadap orang lain apatah lagi anak-anak.
Namun Allah Maha tahu hati saya...perkataan bodoh itu sekadar perkataan, bukan niat atau doa dihati untuk anak saya jadi bodoh.Buktinya alhamdulillah..semua anak-anak saya pandai-pandai kerana Allah Maha tahu apa yang ada dalam hati saya.
Kata-kata saya sekadar melepaskan tekanan dalam diri saya tanpa niat mahu anak jadi bodoh.Begitu juga anak-anak...mereka tahu yang selama ini saya tidak pernah mengamuk dan memaki hamun, jika sekali perkataan begitu keluar dari mulut saya maka mereka tahu betapa terlukanya hati saya terhadap mereka yang tidak mendengar kata.
Kalau ada sesiapa diluar itu mahu mengajar saya tentang bagaimana mengajar anak-anak saya ucapkan terima kasih. Saya bukanlah ibu yang pandai mendidik anak-anak. Malahan saya terlalu kagum dengan anda kerana adalah ibu bapa mithali yang sangat pandai mendidik dan menjaga anak-anak dan pasti merupakan ibu-bapa yang paling penyabar dalam dunia.
Saya hairan mengapa ramai antara kita begitu mudah berprasangka buruk terhadap kenyataan saya. Saya hanya bercerita mengenai kehidupan saya, anak-anak saya dan apa yang saya lalui.Sebagai ibu adalah hak saya memujuk dan menasihati anak-anak walau apapun cita-cita mereka.
Tidak pernah saya berkata waima terlintas sedikitpun difikiran saya bahawa kerjaya guru adalah ditahap rendah dan bergaji rendah. Sedangkan saya tahu gaji guru adalah gaji yang paling mahal di antara kakitangan kerjaan.Ketika saya muda dulu saya pun tidak layak untuk menjadi guru kerana tidak tinggi kelulusan.
Saya hairan mengapa ramai yang begitu mudah membuat kesimpulan sendiri kerana apa yang saya tulis hanya merupakan gurauan dan usikan saya terhadap cita-cita anak saya sekadar nak menduga sejauh mana pendirian anak saya.
Walaubagaimanapun ingin saya berteru terang, sebagai ibu saya punya pandangan tersendiri terhadap apa sahaja cita-cita anak-anak saya dan berhak menasihati dan memberi panduan kerana mereka anak-anak saya.
Salah satu contoh bila anak saya khairi menyatakan cita-citanya nak jadi pilot, lalu saya nasihatkan nya supaya menukar cita-cita kerana saya sendiri takut dan tidak suka naik kapalterbang.
Dulu Liana mahu jadi chemical engineering, saya katakan bahaya bermain dengan chemical. Begitu juga bila Alisya mahu jadi cikgu saya ada pandangan tersendiri yang bagi diri saya walaupun kerja sebagai cikgu sangatlah mulia tetapi ia juga amat membosankan kerana saya sendiri bila datang ke sekolah melihat guru-guru terutamanya guru lelaki mengajar lalu berfikir dalam hati, bosannya kerja jadi cikgu, setiap hari terpaksa mengadap papan hitam dan duduk di sekolah sahaja dan berhadapan dengan macam-macam kerenah anak murid.Kalau anak murid baik2 syukur, kalau dapat yang tak makan saman boleh sakit jantung. Dah tu bila balik rumah setiap kali terpaksa menghadap buku-buku latihan. Pasti bertahun-bertahun begitulah rutin mereka yang bagi saya itu adalah sangat membosankan.
Itu hanya pandangan saya terhadap kerjaya guru, tak da kena mengena dengan kedudukan atau gaji mereka. Dan saya berhak menasihati anak saya berdasarkan pandangan saya. Itu sahaja.
40 comments:
Guru. Nampak senang tapi susah. Sbab susah tu la depa dapat ganjaran yang banyak di sisi Allah
Saya sokong kak nani..betul tu..anak kita kan, jadi kita ada hak..saya bukan nak bodek akak, tapi bila saya baca cerita akak, tak terlintas pun yang akak ni merendahkan pekerjaan guru...suami saya pun guru dan saya paham hakikat pekerjaan guru zaman sekarang..
sabar ye kak nani, mungkin org yg baca entry akak sebelum ni tak faham maksud akak yg sebenarnye. saya sendiri tak perasan pulak klu tulisan akak tentang cita2 alisya yg nak jd cikgu tu, ada merendah-rendahkan kerjaya cikgu tp pemahaman org kan lain2.
teruskan menulis luahan akak ye.
Auntie Nani,
Setuju dgn auntie. Mak saya pun macam auntie. Walaupun dia dental nurse dia tak setuju kalau anak2 dia ikut jejak dia. Sy rasa ibu-ibu mesti lebih tahu yang terbaik pada anak mereka.
Salam....Saya pun tak faham mengapa cikgu beria-ia nak menerangkan tugas mulia dan mencabar jadi cikgu macam semua orang dalam dunia ni tak mahu jadi cikgu.
Sedangkan permohonan jadi cikgu ada beratus ribu tak dapat dipenuhi oleh kerajaan.
Saya tak faham mengapa tiba-tiba ada cikgu yang terasa ibu bapa tidak suka anak-anak kerja jadi cikgu sedangkan cikgu tu yang banyak membaca patut tahu yang kerjaya guru adalah impian semua orang dan semua ibu bapa.
Betapa banyaknya ibu bapa bangga anak-anak jadi cikgu. Jadi tak perlulah cikgu-cikgu nak highlight sangat macam tercabar giler bila saya usik Alisya suruh up kan cita-cita dia kepada pensyarah. Tak perlulah saya tipu diri saya sendiriyang saya lebih teruja tengok anak jadi cikgu tadika berbanding jadi pensyarah.
Cuma kadang-kadang bukan gaji atau kedudukan guru di mata masyarakat tetapi bagi saya kerjaya juga perlu diukur dari segi bosan atau tidak.
Bagi sayalah....
Jadi saya bagi laluan ratusan cita-cita orang lain yang mahu jadi cikgu .Biarlah bagi kat mereka yang tidak mengambil kira tentang bosan atau tidak sesuatu kerja itu.
Bagi saya yang lebih mengambil kira tentang bosan atau tidak sesuatu kerja, biarlah saya yang memainkan peranan bagi nasihat anak-anak tentang kerjaya kalau boleh.Kalau dah itu yang anak-anak saya minat terpulang. Sekurang-kurangnya saya ada pandangan saya sendiri.Harap maklum.
Nurdiyana...anda berbincang lari dari tajuk.
Saya hanya memberi pandangan dan nasihat terhadap anak-anak.
Saya tidak pernah memaksa anak-anak.
Cubalah tengok cara saya berkata pada anak-anak.
"uplah sket,,uplah sket". begitu saja.Nampak ke seperti saya memaksa.
Memang ada ibu bapa yang tak munasabah memaksa anak jadi doktor dan profession yang glemer2 seperti lawyer, engineer dan pensyarah.
Tetapi ada juga anak-anak yang tak munasabh memilih jurusan yang sukar untuk mereka mencari kerja kerana tidak mendengar nasihat ibu bapa.
Tetapi nasihat saya pada alisya tidak lari dari landasan cita-citanya. Kalau dia bercita-cita jadi cikgu bukankah cikgu dengan pensyarah itu satu aliran. Sebagai ibu, pasti saya mahukan anak-anak saya meng upkan professionnya walau apapun yang dia pilih.
Mengapa mesti hipokrit. Kalau anda jadi CIKGU pun tipulah dalam hati tak teringin jadi PENSYARAH. Kalau anda gaji rm2500 tipulah tak mahu naik jadi rm3500.
biaq pi la depa nak cakap pa kak..haha sebenarnya kan mmg kebykkan mak pak kalo bleh suka anak dia masuk maktab ke apa jd cikgu.dulu kan mak sy ni harap sgt jd cikgu ke nurse sbb pandangan mak sy time tu selain kerja tu mmg mulia satu lagik adelah senang terus dpt keja takdela duk menganggur lama2 kan..tp saya mmg xberminatla nk jd cikgu or nurse sbb tahu diri ni mmg xsesuai.bukan semua org sesuai ade org sekadar minat je atau sebab ats kelebihan tertentu bg saya la kan sy sgt respek la cikgu yg seikhlas hati mengajar kt kwsn pedalaman xde la merungut2 itu ini(haha ade mmber suke update status kt fb sbb dia mengajar kt ulu mana tah)
ttg perkataan kasar yg akak keluarkan tu is normal je kak..selagik kita ni manusia konpemla ade perkara yg bukan smua kita leh kawal..kite bukan superman ke apa yg sntiasa sempurna.bila kita marah bukan nya kita bermaksud nk ckp camtu ia lebih kpd nk sakitkan hati org tu je..biasanya cepat marah cepatla sejuknya xdela kan nk simpan mende tu berhari2 ahahaha
salam, akak...
kalau betul kita rasa kita dah buat yg terbaik dlm kerja kita, dah ikhlas mendidik ank2 bangsa,(ank2 org) kita xkan perlu beria-ia bersusah-payah mmpertahankn diri, kononnya kerja kita plg mulia, kita yg plg byk berkorban utk sekelian manusia dlm dunia ni.
Keikhlasan dtgnya dari hati... kalau betul2 jujur, tak perlu pn sanjungan dari org lain. Pujian akn dtg dgn sndirinya.
(khas ditujukn buat guru-guru yg telah bersusah payah "berkorban" dan berhempas-pulas "mempertahankan" kerjaya murni mereka.
Salam..
Biaqlah aunty Nani nak tulis apa-apa...ni kan blog die..pendapat dia..pada saya aunty Nani just nak bercerita lepas penat masak kek.. kite enjoy dahlah...chill up guys!!Saya suka cerita aunty nani!!
salam aunti,
kdg2 mmg ade org2 yg sengaja tak nak phm bahasa n sengaja nk besar2kan perkara kecil.
Ai seorang guru. Ai paham ape yg auntie tuliskan. no big deal.
sebenarnya, apa sahaja jenis pekerjaan, kalau kita lakukan bersungguh2 dan ikhlas pasti akan ada kepuasan.
dan kepuasan bagi setiap org adalah berbeza-beza. ada yg puas dapat RM yg banyak, ada org puas bila hasil kerja diiktiraf, ada org puas bila hasil kerja lebih baik berbanding dahulu.
:D
ASKUM BLOGGER...ALREADY FOLLOW UR BLOG..JEMPUT JD BLOG FOLLOWER DAN KLIK LIKE FB FANPAGE GHUMAISHA UTK MDAPATKAN UPDATE TUDUNG2 TERKINI DI PASARAN..TQ
semua kerjaya adalah mulia.. tapi saya akui yg sebagai ibu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi cita2 anak2 mengikut minat ibu itu sendiri
sebagai cth: sy sgt2 nak jd doktor dulu, dan doktor pon adalah kerjaya yg sgt mulia, tapi mak sy beria2 xbg sbb xnak sy kerja shift mlm..sampai gaduh2..
last2 masa isi borang 'U' saya dah terisi civil engineering, dan dah jd engineer pon skrg..
dan skrg bila jd anak pula, dr kecik lg, sy dok meracun anak2 sy supaya jd doktor, meneruskan minat sy yg x jd..walaupun anak2 sy mcm x berminat..:)
sy paham maksud akak..
guru...bini aku seorang guru..she been through a lotttt.but i can see the satisfaction in the eye when she tell me her student understood what she teach.
Asmkm Kak Nani...Saya seorang guru yg telah berkhidmat selama 12 tahun...Saya faham perasaan Kak Nani bila kerenah anak2 semakin mencabar diri...Nasihat saya, banyak2kanlah beristighfar bila nak marah...Perkataan buruk, bila disebut seorang ibu walaupun tanpa sebarang niat, adalah DOA...Ingatlah Kak Nani, doa ibu sangat mustajab...Wallahualam...
Assalamualaikum....simanis....saya dah jadi ibu selama 24 tahun...jadi saya tahu siapa saya dan yang penting anak-anak tahu siapa ibu dia. Cuma tak perlulah hipokrit dan mengaku dalam hidup ni diri terlalu sempurna waima sebagai ibu atau apa sahaja.
Saya bercerita yang benar bahawa saya sebagai ibu yang perdidikan agama pun dan tahu semua perkara itu tak elok tetapi tetap ada kekurangan yang kadang kala tersasul juga perkataan yang cuba kita hindarkan walau sekali dalam hidup bila be hadapan dengan kerenah anak-anak yang mencabar.
Jangan tipulah anda sebagai gurupun boleh bersabar bila anak murid kurang ajar dengan anda.
Bila saya tertekan saya faham apa yang saya lalui. Kadang-kadang perasaan geram perlu diluahkan walaupun tak elok didengar. Cuma kalau boleh hindarkan dan janganlah jadi kebiasaan seperti bagi sesetengah ibu bapa yang memang suka memaki hamun anak-anak.
Tentang perkataan ibu adalah satu doa itu saya dah belajar lama. Tahu. Tetapi doa itu adalah sesuatu yang hati kita niatkan dan mahukan. Doa juga merupakan perkataan yang kita sebut selalu dengan harapan ianya terjadi.
Tetapi dalam kes saya, maksud perkataan bodoh itu bermaksud, mengapa hafiiz buat kerja bodoh.
Ada sesetengah ibu bapa yang gemar memaki hamun anak-anaknya. Itu barulah doa.
Tetapi kalau anak-anak kurang ajar dan tak mendengar kata dan kita terlepas kata kenapa bodoh? Maka saya berharap Allah tahu niat saya yang tertekan.
Apa yang lebih utama asalkan ibu sentiasa redha dan retu hidup anak-anak maka insyallah hidup anak-anak akan dirahmati Allah.
Contohnya lihat betapa setelah melihat ibunya yang sangat penyabar ini marah dengan perkataan kurang elok anak saya begitu cepat memohon maaf. Kerana anak-anak saya kenal siapa saya.
sensitif sgt la guru tu, terasa pulak sedangkan apa yg k.nani tulis tuh takderlah menghina pun... Walaupun k.nani mmg niat nak suruh alisya up cita-cita jadi pensyarah krn gaji lebih besar (selain maybe kurang boring), its normal what.. Ibubapa semua nak yg terbaik utk anak2 kan? Kalau kita tau potensi anak lebih besar, of course we will ask them to grab the bigger opportunity. Tak payah nak hipokrit lah. Mak bapak saya dulu dua2 cikgu, gaji kecik sara 6 anak smpai masuk universiti. Saya penah perlekeh kerjaya guru, kater takmo jd guru... Hah tup tap, its my calling, skarang jadik lecturer sbb mak bapak galakkan jadik lecturer. Takkan la mak bapak saya sendiri perlekeh kerjaya dorang sendiri pulak. Haih pokoknya jgn jadi hipokrit!
Anyway, kengkadang jealous tgk kawan2 yg jadi guru2 ni, sbb rasa mcm best jer ajar budak2 huhuhu
aduh.. sya penah terlepas ckp perkataan 'bodoh' kpd anak sbb telalu nakal... hati jadi gundah semalaman. Saya berdoa semoga Allah maafkan saya dan jgn dijatuhkan bodoh kpd anak saya kerana itu BUKAN NIAT sebenar saya. Allah maha penyayang dan memahami apa yg ada di dalam hati kita.
hehe..
yep,normallah tuh ibu2 bergurau dengan anak2 kan..nak tgk sejauh mana kesungguhan anak2 tuh dengan cita2 yang dicita-citakan....see, alisya tetap jugak dengan pendirian dia even auntie goda-goda dia suh 'upkan sket'...
sy rasa tiap org ada cara tersendiri dlm mendidik anak..lagipon bukan ada "undang-undang cara mendidik anak"..ikut kreativiti masing2 asalkan anak-anak tidak terabai..
sekian
alahai kaknani.. sian kaknani..apa jer yang kaknani cakap sure dikontroversikan kat sini..dah jadi satu keje plak kaknani kene mempertahankan diri.. tapi takpe, kita tau apa yang tersirat dalam hati kita.. sapa lah plak kat dunia ni nak doa anak sendiri bodoh? ye tak? ramai tul orang sensitif kat dunia nie.. bila kita ni jenis cakap sekadar suka-suka ramai plak yang take serious..chilllll chillllll.. dah suruh jer dorang chill.. banyak bepikir hal orang..kang dorang gak yang cepat tua..*peace*
Salam kak nani..
Kita pernah jadi pensyarah. Politek n maktab. Tapi kita tuko jadi cikgu. Bukan la sebab mulia ke apa..cuma kepuasan kot. Puas bila nengok anak2 lulus add math lulus kredit kimia!!" " cikgu!!! Kita dapat A! Boleh la mohon matrik"!!! He he he alhamdullilah ea...rasanya semua yg jadi cikgu suka tentang kepuasan diri. Menolong orang jadi pandai. Tu je.
Salam kak! Kita tetap adore akk....semua org kan ada pendapat kan? The right thing is speak up!
yg penting Allah tahu niat kita sebenarnya :)
dalam family saya, 3 kakak semua cikgu.abg saya pensyarah,kira guru jugaklah.mereka kerja dah bertahun2.tak pernah pulak dgr rungutan.mungkin sbb mereka terlalu minat kerja tu, dan setiap hari mereka treasure perkara baru wpun kita yg tgk ni pun 'cium' bau bosan. bukan title pekerjaan tu yg m'jdkan kita bosan utk bekerja.saya yg x jd cikgu,pun kdg2 rasa bosan dgn kerja saya :-D lain org, lain la yg difikirkannya.
Salam kak Nani,
Relaks kak..maybe ade readers yang kurang faham ape yang akak cuba luahkan. Saya suke aje baca blog akak ni, yelah at least ianya adalah point of view seorang ibu yang ade anak-anak dari peringkat remaja dan dewasa. Bukan senangkan nak jadi ibu yang perfect..? Saya pun kengkadang akan jadi tarzan bila anak-anak tak mendengar kata..he..he..
Bagi saya, bila baca blog orang, kita ambil ilmu2 yang bersesuaian ngan cara kita dan amalkan kerana blog nikan luahan peribadi masing-masing.Tak perlulah kita nak jadi pengadil pula.
Apepun..teruskan menulis kak Nani..
Bye (",)
nampaknye tahap penilaian seseorang itu sangat berbeza...
sy sebagai seorang guru ada jugak le tak setuju dgn kata2 kak nani tu. tapi sy ambil positif le sbb pandangan org lain2. pengalaman sy pulak, rasa bosan tu takde langsung. kenakalan studens, kedegilan studens atau kelemahan studens tu saya jadikan cabaran. Cabaran utk sy imnprove kan cara, kaedah, teknik dan pendekatan sy mengajar. itukan cabaran..bila dah ada cabaran, lagi membuat kita lbh bersemangat.
hmm..sebenarnye kak nani, dulu sy tak suka jugak jadi cikgu, mak sy yg suruh. Dah jadi cikgu ni, mak sy suruh upgrade lg jadi lecturer pulak..:-)
Assalamualaikum semua...
Saya tak kisah apapun pandangan masing-masing tentang guru atau cikgu..atau pensyarah...kerana masing-masing ada tanggapan tersendiri terhadap setiap kerjaya yang ada.
Jangan ingat semua cikgu seronok sangat dengan kerja dia, begitu juga jangan ingat semua doktor seronok dengan kerja dia.
Cumanya janganlah kerana terasa dengan kata-kata sempoi saya yang tak berniat langsung menyindir profession guru itu sebagai saya mengganggap kerja cikgu bergaji rendah.
Ini semua mengingatkan saya bahawa walaupun anda seorang guru banyak membaca dan belajar tinggi tetapi anda boleh tersilap menafsir cerita saya atau anda jugak punya ego yang tinggi dan merasa terhina kerana tidak boleh menerima pandangan seorang ibu yang tidak mahu anaknya menjadi cikgu kerana anda menganggap perbuatan ibu itu seolah-olah menganggap kerjaya guru dipandang dan bergaji rendah.
Tak perlu diwar-warkan semua itu. Apapun pekerjaan...sama ada suka atau tak suka...bosan atau tak bosan...minat atau tak minat...ikhlas aau tak ikhlas... at the end of the day kita terpaksa menerimanya jika ditawarkan kerana hanya itu rezeki kita untuk mendapat sesuap nasi.
Salam aunty!!
Saya dapat rasa yang aunty sbnrnya tak berniat pun nak kata mcm tu dkat anak2 kan.Untung aunty anak2 pandai ambik hati dan diorang tak perasa. Saya pun kadang2 dengan adik2 ada gak terkeluar perkataan2 yg tak sepaptutnya dan mengamuk bila kita dh berbuih2 suruh buat itu ini, tapi haromm nak bergerak 10x sound baru nak buat dengan muka masam mencuka. Mana tak hot kan. Lepas dh marah2 tu memang rasa menyesal dan walau apa pun lepas tu, blia si adik ambik hati si kakak, memang cair lah. terus baik. Inikan pulak hubungan antara ibu dan anak..My mum dulu tangan dia laju berjalan kalau anak2 nakal. Sy faham yang tugasnya seorang ibu terutamanya surirumah + bekerja sambilan + perlu uruskan tugas2 harian seorang diri tanpa bantuan sesiapa memang sangat mencabar dan bukan semua orang boleh lakukan...Tahniah kerana aunty salah seorang yang kuat untuk melaluinya!!
Assalammualaikum Kak Nani...
Tidak mahu berkata banyak di sini.
Cuma satu sebagaimana yang saya usulkan dulu,
Kak Nani patut jadi penulis - may be novel atau buku tentang anak-anak.
Percayalah, Kak Nani akan jadi penulis yang hebat.
-dari kaca mata seorang ibu yang minat membaca dan menulis juga :D
ibu dan abah saya adalah guru dan alhamdulillah saya sekarang belajar dalam bidang dental surgery..dan abah saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat phD di UKM
dulu saya pernah bercita-cita utk menjadi guru namun abah saya kurang senang dgn cita2 saya itu dan berkata>> cukuplah abah dgn ibu je yg jd cikgu..
cikgu sekarang xsama dengan cikgu dulu..sebab murid sekarang pun xsama dgn murid dulu.
cuma pendapat remaja bwh umur..hihi
Saya pun seorang guru, kalau ada peluang memang saya nak jadi pensyarah. Bila ada pilihan antara 2 yang terbaik tentulah nak yang lebih baik. mestilah harapan ibu bapa tinggi. Siapa yang tak nak kerja senang , dan gaji yang lebih tinggi, Kalau ada tawaran gaji 3500 dengan gaji cikgu mestilah nak yang lebih tinggi .
Kalau dekat luar negara mmglah senang dan seronok bercerita tanggungjawab guru dan sebagainya, cuba letak diri jadi guru di malaysia nie.
Betul kata Nazihah..tanggungjawab guru dulu dan kini tak sama. Kalau rasa tak mampu, tak perlu jadi guru..
kak..sy pn kdg2 bila terkasar dgn anak mmg rasa tertekan sbb luahkan sesuatu yg tak patut luah.. cuma bodoh tu tak pernah la keluar..
tp klw terkeluar jugak istighfar je byk2..sbb insyaAllah Allah Maha tahu apa yg tersirat dlm hati kita..kita bukan niat nak cakap pn..malah dlm doa setiap kali doakan kejayaan diorg..
pernah dulu mak sy marah sgt dgn sy ms sy nak PMR, dia kata nnti sy tak pass PMR baru tau..sy nangis sbb takut doa mak makbul..kata2 ibu kan makbul..tapi abah sy cakap mak tgh marah sgt tu.. dia hari2 doakan anak dia berjaya.
alhamdullah sy dpt 7A 1B(BI mmg tak bole nak A sbb sy ada kisah silam dgn guru BI masa darjah 1 dulu :( huhu)
sbb tu la.. sy pn paham kak terkeluar perkataan tu..mesti jauh disudut hati tak bermaksud pn anak tu bodoh..cuma perempuan.cepat emosi.. sy pn bila anak tido baru rasa menyesal klw ter'over' marah dia..
insyaAllah niat di hati yg Allah nampak.. tak sengaja bole dimaafkan kan.. hehe
salam aunty,
saya paham maksud aunty. saya sendiri merupakan guru praktikal dan sememangnya saya mahukan pekerjaan atleast sebagai pensyarah. kos hidup kini hanya bergaji rm2500 amatlah tidak mencukupi. sebab itu kalau boleh kita perlu menuntut ilmu setinggi yang mampu.
profession perguruan bukan lah pilihan utama saya di mana rata-rata mentaliti guru kini terlalu singkat dan pantang di kritik. saya lebih suka bekerja dengan swasta di mana saya bebas memberi pendapat dan tidak terkongkong idea pemikiran.
teruskan memberi semangat kepada alisya untuk berjaya dan sekurang-kurangnya jika dia teringin untuk menjadi seorang guru maka amat sesuai lah menjadi guru bahasa inggeris. orang kita lebih suka mengkritik tanpa berfikir panjang walhal bangsa lain sangat mengkagumi kita mempelajari bahasa mereka. guru di international school amat lah berbaloi.
-insan biasa-
salam...
biasalah..kata-kata orang...
masing-masing ada corak berfikir masing-masing...
sebab itu lah ada yang tersalah erti (ikot corak masing-masing)..
Apa yang penting, kita tau apa yang kita niat..
Insyallah...
Salam.
Kenyataan yang saya tahu tentang guru.
Seharusnya diakui cikgu adalah orang yang paling penting dalam hidup setiap orang.Tanpa guru tak mungkin wujud bijak pandai. Tetapi jangan lupa di luar sana terlalu ramai yang mempunyai impian menjadi guru. Tak boleh dinafikan dalam sesetengah diri manusia lebih berkeinginan mengajar daripada di ajar. Kerana minat mengajar dalam diri itu menunjukkan yang kita mahu diketahui lebih pandai dan lebih tahu sebab itulah kita mahu mengajar.
Siapa yang mahu menafikan beribu anak-anak bangsa d luar sana mempunyai impian dan cita-cita menjadi cikgu.Ibu bapapun sangat hormatkan guru dan berlumba nak berbaik dengan guru. Cuma samaada guru tu rajin atau tidak melayan ibu bapa.
Ramai pemegang sarjana muda (degree holder) yang belajar jurusan lain akhirnya menjawat tugas guru dengan tangga gaji bermula rm2500.
Ramai cikgu sekarang terutama di tempat saya sudah tidak ambil kisah untuk bermesra atau mahu memulai senyuman dengan ibu bapa seperti satu ketika dulu. Mungkin kerana yang mengajar di kawasan saya ni merupakan bini orang kaya-kaya.
Guru besar merupakan pemangkin pada duru-guru untuk satu target misalnya mencapai semua A dalam UPSR.
Tanpa guru besar yang berdedikasi sukar untuk setiap guru memberikan yang terbaik.
Banyak juga guru yang agak giveup untuk mengajar bersungguh-sungguh bila ada campur tangan sesetangah ibu bapa yang agak berkedudukan.
Anak saya seronok berangan jadi cikgu di bandar kerana bila hari guru tak cukup tangan nak angkat hadiah dari murid2 bila hari guru. Maklumlah ibu bapa menurut sahaja apa kehendak anak yang sangat excited nak bagi cikgu hadiah.
Saya adalah antara ibu bapa yang sangat rapat dengan guru-guru dan sebagai kawan. Kerana sangat penting rapat dengan guru untuk kebaikan anak-anak kita. Itu prinsip saya.
Saya sampai hari sangat menghormati dan menyanjung tugas guru yang mulia di sisi Allah tanpa sebarang penolakan.
Kalau anak saya nanti jadi guru pun saya memanjat syukur kerana bukan senang nak dapat jadi cikgu. Terlalu ramai yang inginkan tugas itu.Kalau diamati karangan saya itu cuma sekadar mengusik.Harap sebagai cikgu harus faham isi kandungan karangan saya yang sungguh simple untuk difahami.
Saya harap kenyataan saya ini tidak lagi mencabar rasa kewibawaan guru-guru sehingga ada yang sms saya bagai.
Terima kasih dan salam kemaafan buat guru-guru yang saya hormati.
takpe la kak nani.. biolah mereka nak berasa hati ke apa ke..sbb mereka tak paham dan kenali diri kak nani yang sebenar-benarnya.. itulah namanya dunia blogging..ehhehe.. nak-nak kalau dah femes mcm ni kan..
salah kuar kenyataan walaupun sebenarnya kita tak bermaksud sedemikian, maka adalah manusia yang akan berasa hati..pastu kena hantam plak.. jiwa kacau la kan.. biasala tu..
kot mana pun, keep on writing ye..
jgn patah semangat pula.. (saya pernah patah semangat nak menulis sebab ada manusia yang buat jiwa saya kacau.. ehhe)
bukan senang nak bagi semua orang puas hati kak nani oittt..
sabo yo lahh.. keekkeke
p/s: love ur cooking :)
H Follow blog auntie =)
Ok, saya nak jadi cikgu. tp sy sedar dan setuju apa yg auntie ckp.
kenaikan gaji pekerja kerajaan mmg berperingkat dan tidak byk. peluang nk jd cikgu besar tu ssh la nak berangan mcm gtu! hehe.
cuma, kerja cikgu mulia. sy pun rasanya xkan sabar spjg masa. smpi skrg sy msh tggu offer jd cikgu sekolah sbb sy nk kerja HALF DAY padahal kerja cikgu jugak sakit kepala.
salam
saya bangga menjadi seorang guru
saat berjaya memanusiakan manusia sama ada lulus cemerlang dlm akademik atau berjaya membetulkan sahsiah mereka..itulah jasa guru
semua org boleh berkata2..tapi jika hendak tahu situasi sebenar profesion ini..kita harus berada di dalamnya.masuk ke kelas..mengajar dan mendidik..tugasan2 lain yg guru buat selain mengajar
perlu diketahui bahawa..seseorg yg tidak pernah masuk dlm kerjaya guru mungkin hanya mengetahui bahawa tugas guru hanya masuk kelas sahaja..bekerja sehingga jam 2 mungkin
tetapi kedaan yg sebenar ialah tugas guru selain masuk kelas macam tugas kakitgn yg lain..ada kerja2 perkeranian..dsb
jika menyentuh hal pendptn..sama shj utk mana2 kakitgn awm mengikut skala gaji yg ditetapkan sama ada kelulusan diploma atau ijazah..bukan gaji guru yg paling mahal..
sekadar pendpt utk dikongsi..
Post a Comment