Wednesday, March 2, 2011

Pakatan Rakyat Konon

Baru-baru ni aku agak tertekan. Eh bukan ke memang dah biasa tertekan.

Hari tu rumah sepah giler beb. Kalau nak tahu keadaan rumah aku cun-cun berada di luar kawalan maka silalah lihat bawah-bawah karpet. Segala pen buku pensil,seluar dalam baju dalam, sudu garpu, pinggan mangkuk, semua dah tak sanggup kena pijak-pijak dek budak-budak bertuah dalam rumah aku lalu semua pakat menyorok bawah karpet. Yang berada di luar kawasan karpet tu kira-kira mereka-mereka yang dah tak kuasa nak hipokrit konon-konon geli kena pijak. Kain baju toksah citer...asyik dok ulang alik masuk mesin basuh walaupun belum pakai lagi...dalam erti kata sebenar kotor dek kena pijak bukan kena pakai.

Kalau dah dalam keadaan genting begitu, maka aku sangat-sangat perlukan pakatan rakyat. Walaupun baru malam tadi aku meroyan betul dengan MPSJ yang berada dibawah pakatan rakyat kerana menyaman kereta aku letak tepi jalan belakang wisma consplant pada masa semua orang nak tidur. Kau bayangkan selama aku menghidu udara di tanah malaya ni belum pernah aku kena saman dek parking tepi jalan nak pergi atm tengah malam. Pergi tidurla....

Ok sambung balik citer pasal pakatan rakyat. Aku tak tahulah mimpi aku yang tengok rakyat malaysia berpakat itu memang mimpi atau mengigau.

Tapi yang jelas menjolok mata aku, rakyat dalam rumah aku ni kalau diajak berpakat
kena siap-siap pakai mic yang pitching boleh buat duit mak jugak yang kopak kerana terpaksa hangkut dia orang jumpa doktor pakar ENT.Eh betul ke dah lama aku tak jumpa perkataan ni.

Bangun pagi aku jadi ibu yang sungguh berkarisma. Maklumlah tepat jam 4 aku dah mula perah-perah mop.Selesai ruang tamu. Aku cepat capai penyapu untuk sapu ruang makan pulak. Gedebak gedebuk jam dah pukul 8 pagi. Kemas rumah tak setel lagi. Aku lari ke dapur bancuh kek pulak.

Anak-anak bertuah si Hafiiz dan Alisya dah bangun. Aku pun naklah berlaku adil dengan diri sendiri harus turunkan tugas pada anak-anak bertuah.Sebab tak mahulah mati berdiri sorang-sorang kat dapur sambil basuh pinggan pulak.

Hafiizzzz.....aku masih tak guna tanda seruan untuk memanggil hafiz. Melainkan zzzz sahaja sebab akulah ibu yang tak tahu nak guna tanda seruan untuk memanggil anak-anak.

HAFIIZ BASUH PINGGAN. ALISYA SUSUN ya......

OK jawab Hafiiz nak menyejukkan rasa perutku mengandungkannya sambil dia dan alisya terus berjoget lagu halil chik usik mengusik. Kemudian menari kejar mengejar ikut tema lagu broery dan sharifah aini.

Beberapa jam kemudian......

Acara usik mengusik dan kejar mengejar berakhir dengan pelakon airmata neng yatimah tergenang-genang merembes macam hujan mengadu kat aku yang budak bertuah si Hafiiz berjaya membuatkannya bakal jadi pelakon airmata yang menjulang anugerah.

Aku sabar lagi. Sungguh-sungguh sabar. Dalam dok tertekan tak perasan pulak yang tangan aku sebenarnya dok menekan pinggan mangkuk dengan span pencuci. Akhrnya selesai aku membasuh pinggan tanpa bantuan pakatan rakyat. nasib baik masih hidup berdiri.

Selesai satu tugas penting, aku capai bakul beisi kain baju depan pintu yang aku suruh Hafiiz bawa naik atas rumah semalam tapi masih tak berganjak dari situ. Memang bertuah sangatlah budak ni. Baju gantung dengan hanger dan baju yang tak gantung dengan hanger digaul sebati dalam bakul tu. Mentang-mentang selalu tengok aku gaul tepung sampai sebati dia pun teringin dan buat jugak.

Kali ni barulah aku terfikir nak guna segala tanda seru, tanda soal dan segala tanda yang ada.

HAFIIZ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!????????????????????????????????


Hafiiz pun tiba-tiba terpantul depan mata walaupun badannya masih tergeliat sana tergeliat sini. Wah kalau aku tahu...betapa berkesannya guna tanda seru banyak2 pasti selalu aku guna...cuma larat dengan tak larat je nak guna....

Ni sapa yang angkat kain baju semalam????????????????? HAFIIZ.

"Bodoh ke apa Hafiiz ni...ha kenapa hanger tak hanger hafizz campur sekali...bodoh...bla-bla...bengap bla-bla........

"Ma...tak baik cakap anak bodoh" berani lagi budak bertuah ni menjawab.

"Memanglah bodoh...kalau pandai Hafiiz tak buat kerja macam ni. Ingat tak de keje ke nak asingkan balik. Sekarang Hafiiz asingkan balik!!!!!

Selepas mensetelkan kekusutan kain baju dalam bakul itu sekaligus mensetelkan kekusutan dalam otak aku, aku terdengar alisya gelak-gelakan abang hafiiz dia.

"Uztazah alisya cakap, kalau ibu kita cakap kita bodoh, nanti kita dapat satu tiket pergi neraka" haha haiyok abang hafiiz....dah dapat satu tiket pergi neraka".

Aku tengok hafiiz tak senang duduk bila alisya cakap macam tu. Aku buat muka dek jer macam tak tahu apa-apa. Kemudian dengan badan tergeliat-geliat Hafiiz datang kat aku.

MA, HAFIIZ MINTA MAAF SEBAB BUAT MAMA MARAH DAN CAKAP BODOH KAT HAFIIZ. Sambil dia capai tangan aku salam dan peluk cium aku. MAMA MAAFKAN HAFIIZ TAK?

Maaf....jawab aku perlahan.

Kemudian dia melompat kegembiraan mengalahkan orang yang menang rm1,000.000 apabila mengisi minyak di stesen petronas.

Yeay.....Abang hafiiz dah minta maaf dengan mama. Dah tak da tiket tu......

Tiba-tiba aku rasa insaf sendiri. Betapa hebatnya penangan tugas sebagai guru. Anak-anak aku pun lebih percaya cakap guru dari cakap aku sendiri.Patutlah Alisya berdiri teguh dengan cita-cita nak jadi cikgu. Walau bagai nak giler aku cuba alih-alihkan minat dia dari jadi cikgu.

"Alisya dah besar nak jadi cikgu? Haah.

"Ala up la sket- up la sket.

Jadi pensyarah pun ok.....

57 comments:

missbby said...

cerita yang menarik kak nani..betul la memang anak-anak lebih percaya kata-kata cikgu dari mak ayah dia..situasi macam ni penah je berlaku kat diri saya jugak kak..hehe.

Mama Zara said...

Huhu...adakalanya bila kita tertekan memang tak dapat nak kawal apa2 yang keluar dari mulut ni kan kak nani...

Yuyu Zulaikha said...

bhahahaha~ comel je si alisya dengan hafizzzzzz tu~

Misz-ella said...

Nice entry. Buh la butang 'Like' kak. ela nak tekan. hihi ..

Pink Mama said...

Kak Nani, kalau ada ikon LIKE kat blogger ni dah lama saya tekan button like tu Kak untuk post Akak hari ni =)

Leney said...

so sweet...cepat2 dia mintak maaf..

Siti Hajar Masri said...

auntie,byk2 bersabar ye..kalo saya duk rumah je memg lama2 sy jd gila..sbb tu sy suka kerja..haha~

mummy_icha said...

saya yang anak masih 1 ni pun selalu dah terjerit2 guna tanda soal, seruan segala yg boleh :-) cuma belum guna cursing words je lagik. tp, jadi cikgu pun bagus jgk kan, masa flexi,boleh bawak kerja balik rumah sambil jaga anak, dan yg penting glamer dikalangan anak2 murid dan parents.hihi

Norma Jean said...

saya cikgu geografi... kalau saya kata sekejap lagi Tsunami, agak2 murid2 saya percaya tak XD

anwar777 said...

heh part mati berdiri tu agak lawak!

aizeepesona said...

bila dah marah2 kat anak-anak ni. bila tengok muka dorang masa dia tido tu syahduuu...jer rase hati.tapi anak2 mmg perlu di asuh dari kecil apabila sudah melakukan kesalahan mesti minta maaf..kalau tak nanti bila dah dewasa takut dorang menjadi seorang individu yang suka "EGO tak bertempat".

umimiqdad said...

salam
kata2 ibu memang satu doa..tp bila kita marah tak dpt control jugak kan..

p/s: saya cikgu jugak tp arwah anak tetap kata cikgu dia sahaja yg betul..hehehe

Cik Puan Nurul said...

kalau dah marah sangat apa2 pun main keluar je kan dr mulut kita walopun kite xmaksudkannya pun huhu..mujurla ank akak jenis yg reti nak mengalah tau salah diri,merendahkn ego mohon maaf yela drpd dia hangin merajuk hempas pintu kuat2 masuk bilik..

Unknown said...

nak senyum je..;)

feenaz's world said...

pn nani,
mencabar kan nak membesarkan anak2 nie....tue anak yg dah besar,yg masih boleh faham aper kita tegur...nie pnaz punyer anak amsyar (5thn), alya (3thn)...punyerlah tak makan saman...sabar ya amat...kekadang tue kesian sebab asyik kena babab ajer...biler kita tak sabar....ermm....tue yg pnaz lalui biler jaga mereka nie ketika masih dkm tempoh berpantang...jaga anak dari bgn seawal kul 5 pg...siapkan b/f...lauk t/h siap seawal 10.30..sbb amsyar nak gie skull...

oklah dah melalut nie...:P...have a nice day

SurayaHarris said...

tak salah pun jadi cikgu aunty.saya pun cikgu.in fact jadi cikgu lebih rapat dengan murid dari lecturer dengan students dia.=)

payedd said...

wahh..cita2 alisya sama la dengan saya..

bulan 5 ni dah start ngajar dah.. mmg dari dulu lagi nak jd cikgu..
x mau dah keje lain. haha

Firdaus said...

kalau ibu marah anak tandanye sayang..btul x auntie?? So klu sy sbg anak suka tgk mak marah2.. hehe.. :p

CheQ Sue said...

kat umah sayer yg rakyatnya 12 pun x jadi pakatan rakyat...jadi pakatan lanun ader laahh....

last2 masing2 jaga tanah/hasil jajahan sendiri...tp ada jugak tolong2...

cik suka senyum said...

klaka la aunty pasal tande seru tu..hikhikhikhik

NorhayatiHjBasri said...

haah..dulu cikgu sekolah saya pon ckp mcm tuh..alhamdulillah mak tak pernah ckp mcm tu walau anak nya ini nakal ;P

Eiza GreenAppleKu said...

Follower no. 3964..salam kenal mama..if got free time, jom ler terjah blog saya yer..nak jadi anak angkat mama blh..sebab mama comel sgttt...

NaniRostam said...

Salam.

Sue Andy : Anak murid akan percaya seratus peratus cakap cikgu sehinggakan, cerita Alisya tentang hari pertama murid-murid naik kelas, lalu seorang gurunya yang sangat garang mengucapkan "SELAMAT DATANG KE LEMBAH MAUT" sambil didengari beberapa murid yang takut lalu menangis.huhuhuk.

putribongsu said...

ingatkan kisah politik...hehehe

Izuan Kunang-Kunang said...

Kak Nani, mak saya suka menggunakan kata seruan memanjang especially bila kejut subuh pagi-pagi. Would be nice to have her around to scream at me and remind me my responsibility. I'm very close with my mum. Kira anak mak le ni. The fact that she live 4000 miles from me are unbearable. Bab masakan tu jangan cakap la. Rinduuuuuu!!!

The Cendol Champion said...

hi kak nani...bukan senang la nak jaga dan mendisiplin anak-anak..orang bila tengok besar berjaya...pandai budak budak...tapi sepatutnya...mak dia yang pandai hik,hik...

sama la cam saya ni...ha...
http://myhayatiz.blogspot.com/2011/02/hati-ini-terlaku-kerdil-tapi.html

apapun kita marah kita sayangkan...macam mak2 kita dulu..

The Cendol Champion said...

lupa la..satu lagi...kita kena ada sikap KISS KICK KISS...

NaniRostam said...

Salam. Mujurlah saya ada Hanis yang garang wakil untuk marahkan adik-adiknya.....

Kalau dia tak da kat rumah, saya ni memang kena buli jer dengan sibudak hafiiz tu. Nak pukul kejar pun tak pernah dapat...setakat apa yang sempat saya lempar. Itu pun dia gelak-gelakkan saja.

Dinas Aldi said...

Apa..Alisya nak jadi cikgu? Adehh..

Saya pun cikgu. Banyak benor dugaannya...

Sila terus pujuk Alisya upgrade cita2 dia tu, kak Nani.

Anonymous said...

ni 1st time annas komen, annas satu campus dengan hanis and selalu berkontek2 dgn anak auntie yg bijak bestari tu! blog auntie ni comel!

http://akulelakidialelaki.blogspot.com/

dyna syamsuri said...

hahhaha, auntie kelakar la.
" SELAMAT DATANG KE LEMBAH MAUT"
hahahahaha

Mat Gebu said...

sweet kann...

lily lotus said...

ahaks!

cik suka senyum said...

dasyatnye ade cikgu cakap mcm tuh..ish..ishh.ishhhh...

azie said...

"Alisya dah besar nak jadi cikgu? Haah.

"Ala up la sket- up la sket.

Jadi pensyarah pun ok.....

guru adalah kerja yang mulia walau gaji tak se up mana. peranan dia pada saya lebih besar dari pensyrh. boleh dikatakan biasanya pensyrh juz masuk kelas bercakap pung pang pung pang then keluar dari kelas bagi assignment berlambak2. mengajar tidak..jadi tak heranlah kalau ramai orang lbih sayangkan dan ingatkan jasa cikgu berbanding lecturer. kalau tak caya boleh tnya orang yg pernah masuk universiti-tanya anak aunty sendiri pun boleh.

peace!

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Nani yang saya hormati. Saya seorang pembaca tegar blog Kak Nani. Saya begitu kagum dengan cara Kak Nani menjalani hidup Kak Nani. Syabas saya ucapkan kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi begitu hormat-menghormati dan berjaya dalam pelajaran.
Namun saya terpanggil untuk meninggalkan komen apabila membaca artikel ini. Terus terang saya katakan, saya kecewa dengan komen Kak Nani yang inginkan Alisya merubah cita-citanya untuk menjadi guru.
Pada pendapat saya, masyarakat di Malaysia begitu gemar memandang rendah akan kerjaya seorang guru. Walhal, setiap hari anak-anak dihantar ke sekolah dan kepercayan mendidik dan memantau mereka selama lebih kurang 6 jam sehari diberi kepada para guru.
Saya menetap di UK dan di sini, seorang guru sangat dihormati dan di pandang sebagai seorang ‘profesional’. Saya juga merupakan seorang graduan dalam Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai TESL. Setelah mengajar di tanahair untuk beberapa lama, saya berkahwin dengan suami yang berbangsa British maka kami menetap di sini. Setelah itu, saya bertugas sebagai Penasihat Pelajar (Student Adviser) di salah sebuah universiti di utara United Kingdom sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pemasaran dan Penerbitan untuk bahagian hal ehwal pelajar mereka. Disamping melakukan kerja saya itu, saya juga belajar untuk peringkat Sarjana dalam bidang Penerbitan (Masters in Publishing Studies) secara separuh masa. Setelah memperolehi Sarjana saya, saya mula bekerja di sebuah bandaraya terkenal di UK sebagai seorang Pengarang dan Pegawai Penerbit. Apabila saya meletak jawatan untuk melahirkan anak saya, hingga kini, bekerja secara bebas atau freelance sebagai penulis dan pengarang. Hajat saya, bukan untuk meninggikan diri, tetapi saya ingin memberi Kak Nani kata-kata semangat supaya tidak cuba merubah cita-cita Alisya.
Pada pendapat saya, orang lain begitu mudah me-label kerjaya guru sebagai kurang hebat, tak komersil dan sebagainya. Tetapi, harus saya katakan, hampir setengah rakan-rakan saya (dalam 200 orang semuanya, dan kami dihantar ke merata UK) kini mempunyai Sarjana atau Masters dalam pelbagai bidang tertentu. Ada yang mengikut suami ke Arab Saudi atau UK dan kini mereka menjadi pensyarah, dsb. Ada yang berjawatan tinggi di Pejabat Pelajaran, ada yang menjadi pelakon (sila emel saya untuk mengetahui identitinya ;)), ada juga yang menjadi Penerbit Filem hebat di Hong Kong. Selebihnya, masih mengajar tetapi mereka adalah guru-guru yang begitu kreatif dan komited kepada kerjaya mereka. Ini kerana kursus perguruan yang kami ikuti, melatih kami menjadi seorang yang serba-serbi boleh. Ke atas pentas boleh, menulis boleh, mengajar boleh, belajar pun boleh. Kami diasah untuk konfiden dalam kerja-kerja pembentangan dan pertuturan. Disamping itu, sebelum dihantar ke UK, kami diberi kursus agama yang agak intensif supaya kami dapat menjaga diri di mana juga kami berada. Berani saya katakan, kalau tidak kerana kursus perguruan tersebut, tak mungkin kami semua memperolehi tahap hidup sekarang ini.
Saya ingin minta maaf sekali lagi jika ada yang terkurang atau terkasar tetapi besar hati saya sekiranya Kak Nani menghubungi saya jika Kak Nani atau Alisya sendiri yang inginkan pendapat atau ‘tips’ untuk menjadi seorang guru dan ke mana karier itu boleh membawa Alisya seterusnya. Hubungi saya: FSquare3@aol.com
Akhir kata, izinkan saya meninggalkan pesan untuk Alisya dalam Bahasa Inggeris:

You are what YOU make yourself be; not what others want you to be…

Assalamualaikum, Kak Nani.
Bekas Guru

NaniRostam said...

Salam semua.....haha mengenai cita-cita Alisya tu saya bergurau sahaja.

Memang masa kecik dulu dia giler nak jadi cikgu tadika....so saya selalu nasihatkan dia upkan sket...up kan sket..jadi pensyarah ke....

yang kelakarnya dia minat jadi cikgu hanya sebagai announcer di perhimpunan...haha lagi kelakar setiap kali balik rumah dia ulang guru bertugas diperhimpunan tu punya dialog.

Saya tak kisah anak saya jadi cikgu ke apa janji kerja halal. Infact liana pernah kerja jadi salesgirl still saya anggap itu rezeki yang baik.

Hari tu Liana saya tolong ambekkan borang mohon jadi cikgu tapi gagal.

Tak da hal lah.....sekadar kata-kata gurauan....tu...

NaniRostam said...

Salam Nur...minta maaf tak da niat nak merendahkan guru. Kan saya sebut betapa hebatnya penangan tugas sebagai guru.

In fact saya sangat sayang dengan guru anak saya yang bernama Puan Azlida yang garang macam singa tu....selalu rindu nak dengar cerita dia bila anak-anak balik dari sekolah.

Takda beza pensyarah dengan guru cuma pensyarah belajar lagi lama..perlu master dan phd...lagi banyak knowledge sepatutnya.

Kalau nak tanya anak saya yang dah belajar diuniversiti lebih baik jangan....hanis sangat baik dan sayang dengan pensyarah sama macam dia sayang cikgu-cikgu jugak. Dulu masa sekolah dia kumpul duit kelas suruh saya beli loket emas untuk puan too cikgu darjah enam dia.

Bila diUitm...dengan pensyarah pun macam tu jugak. Loving mebing dia dengan para pensyarah. Selalu puji-puji pensyarah dia sebab bagi ilmu dan pengetahuan kat dia.

Oyis said...

bila anak minta maaf, hati si ibu cpt cair. aisyah skang kalo tahu dia buat salah dgn saya, dah pandai, 'sorry mummy...' alahai... x jd marah.

illey ibrahim said...

saya bakal menjadi seorang guru dan saya bangga dengan profesion ini walaupun kerjaya ini di anggap kurang glamer bagi sesetengah orang.

599565d4-4596-11e0-a2bd-000bcdca4d7a saya mahu menuntut ilmu dari anda,,:)

ellysufian said...

Salam Kak Nani, saya teman sekuliah 599565d4-4596-11e0-a2bd-000bcdca4d7a sewaktu kami berada ni UK dahulu. Kini, saya bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor. Saya terdetik untuk meninggalkan sepatah dua kata disini kerana saya ini menyatakan tugas guru dan pensyarah tiada bezanya. Tugas kami adalah satu iaitu, mendidik walaupun pendekatan yang digunakan adalah berbeza disebabkan fator usia dan kematangan pelajar tersebut. Keinginan Alisya untuk menjadi guru adalah sangat perlu digalakkan. Tugas guru adalah berat kerana mereka perlu memahami emosi setiap pelajar disamping memberi ilmu. Bermain dengan emosi anak-anak kecil di sekolah tidak sama dengan mendidik anak-anak di rumah. Emosi anak-anak di sekolah perlu ditangani segera agar tidak mengganggu corak pembelajaran mereka. Oleh itu, impian Alisya untuk menjadi guru adalah satu perkara yang sangat dipuji. Memang diakui ramai ibu bapa dan masyarakat memandang sinis terhadap kerjaya perguruan kerana ianya bukan lah profession zaman millenium. Tetapi, masyarakat terlupa dengan ada nya profession perguruan ini, terciptalah banyak profession millenium sekarang ini. Ini disebabkan guru-guru inilah yang membetuk minda pelajar agar sentiasa maju kehadapan dan mahu melakukan perubahan.

Saya minta maaf jika kata-kata saya di atas tidak senangi oleh mana-mana pihak. Tetapi pendapat saya itu datang dari hati seorang pendidik.

Salam

KD Ismalasari said...

Saya juga terpanggil untuk meninggalkan komen disini setelah membaca 'post' puan.

Sememangnya, guru di Malaysia ini seringkali di pandang rendah oleh kebanyakkan ibu bapa sedangkan banyak tanggung jawab yang diserahkan kepada guru.Saya pernah belajar di Amerika dan juga UK sewaktu kecil serta di peringkat universiti. Guru sememangnya di pandang tinggi di sana berlainan dengan di Malaysia.

Saya juga graduan TESL UK, dan memang seperti yang sahabat saya jelaskan, kursus perguruan dan industri pendidikan inilah yang menjadikan saya seperti diri saya sekarang.

Saya pernah menjadi pensyarah dan juga cikgu di sekolah. Saya juga pernah menjadi manager di Galeri Seni, Wellness consultant, membuka spa sendiri, Event Manager, Perunding Imej untuk program Imej 2 di RTM pada tahun 2004,Perunding Jenama peribadi Datuk Maznah Hamid dan perunding keusahawan di Gerak Usahawan bersama beliau etc etc etc. Kalau saya nak sebut segala karier yang pernah saya ceburi mmglah panjang.Seperti sahabat saya, bukanlah tujuan utk meninggikan diri tetapi memberi gambaran sebenar kepada puan betapa bernilainya kelulusan & pengalaman perguruan yang saya miliki sehingga boleh melakukan pelbagai karier.

Kini, saya membuka pusat bahasa saya sendiri iatu LANGUAGE POWERHOUSE dan juga Firma Perundingan Imej & Penjenamaan Diri. Disini saya ingin menekankan bahawa dalam banyak banyak industri, industri pendidikanlah antara industri yang 'recession proof' DAN MENGUNTUNGKAN. Jadi, tidak rugi menjadi 'cikgu' ni..

Benar seperti yang sahabat saya katakan, lulusan perguruan menjadikan kami sungguh 'versatile' dan fleksibel.

Jadi, suntiklah semangat kepada Alisya dan kalau boleh janganlah mem'bodoh'kan anak kerana apa yang dituturkan oleh ibu itu adalah doa.

Ia juga menggambarkan jenama diri puan. Sebenarnya anak puan boleh jadi apa sahaja yang dia impikan dan kursus perguruan merupakan salah satu latihan terbaik dan tiket untuk mencapai impiannya.

Teruskan hasrat murni Alisya!YOU ARE YOUR CAPITAL!

NaniRostam said...

Salam saya tak tahulah....kenapa semua nak terasa lebih2.

alisya cuma bercita2 nak jadi cikg tadika...saya suruh upkan jadi pensyarah....bukan saya pandang rendah pada kerja cikgu...

bukankah elok cita2 biar tinggi melambung

lepas tu kalau tak boleh capai....dapat yang rendah sedikit pun tak apa....

ini belum-belum cita-cita nak jadi rendah...kalau macam tu susah nak capai yang tinggi.

A Malaccan By Heart said...

Terpanggil nak tinggalkan komen sedikit. Adakalanya bila ibu mengatakan seseorang anak itu bodoh, maka bila terbuka pintu langit, kemungkinan besar akan Tuhan makbulkan doa seseorang ibu tersebut. Ikutlah rasmi orang Cina puan, guru dihormati dan dijulang2, kerana ilmu itu yang dikejar. Orang Melayu sentiasa memandang hina kerjaya seorang guru dan memandang rendah martabat guru, kerana itulah ilmu itu tidak pernah sampai. Guru tadika, guru sekolah rendah, menengah atau pensyarah universiti semua tugas nya sama iaitu mendidik dan mengajar kita. Tanpa guru, di manakah kita semua sekarang? Puan sendiri pun belajar mengenal huruf A, B dan C daripada seorang guru. Datuk dan ibu saya juga guru- jadi secara lahiriahnya, saya sangat terkesan dengan entri puan. Maaf...

isma ishak said...

salam akak..sy ni peminat akak...suka sgt tgk cara hidup akak dan cara akak urus diri sendiri, rumahtangga, bisness...

akak salah seorang idola saya...walaupun cantik dan ada segalanya akak tetap seorang yg super duper rajin dan rendah diri..

mengenai entry akak menegnai cita2alisya tu, saya pun macam sebilangan cikgu2 kat atas tu..sedikit rasa kecik ati...tapi memang betul keje pensyarah lagi bagus di mata masyarakat kita. Kalu cikgu tu kurang sikit la popularnya...

tapi ada sedikit info yang mungkin ramai orang tak tahu mengenai kelulusan cikgu2 sekarang ni..saya ada paste satu entry dari blog saya..just nak share info..

http://ismaishak.blogspot.com/2009/09/doctor-wanna-be-teacher-im-proud-of.html

anyway, sy tetapa peminat akak dan tetap akan minat akak forever...(^__^)

isma ishak said...

salam akak..sy ni peminat akak...suka sgt tgk cara hidup akak dan cara akak urus diri sendiri, rumahtangga, bisness...

akak salah seorang idola saya...walaupun cantik dan ada segalanya akak tetap seorang yg super duper rajin dan rendah diri..

mengenai entry akak menegnai cita2alisya tu, saya pun macam sebilangan cikgu2 kat atas tu..sedikit rasa kecik ati...tapi memang betul keje pensyarah lagi bagus di mata masyarakat kita. Kalu cikgu tu kurang sikit la popularnya...

tapi ada sedikit info yang mungkin ramai orang tak tahu mengenai kelulusan cikgu2 sekarang ni..saya ada paste satu entry dari blog saya..just nak share info..

http://ismaishak.blogspot.com/2009/09/doctor-wanna-be-teacher-im-proud-of.html

anyway, sy tetapa peminat akak dan tetap akan minat akak forever...(^__^)

isma ishak said...

salam akak..sy ni peminat akak...suka sgt tgk cara hidup akak dan cara akak urus diri sendiri, rumahtangga, bisness...

akak salah seorang idola saya...walaupun cantik dan ada segalanya akak tetap seorang yg super duper rajin dan rendah diri..

mengenai entry akak menegnai cita2alisya tu, saya pun macam sebilangan cikgu2 kat atas tu..sedikit rasa kecik ati...tapi memang betul keje pensyarah lagi bagus di mata masyarakat kita. Kalu cikgu tu kurang sikit la popularnya...

tapi ada sedikit info yang mungkin ramai orang tak tahu mengenai kelulusan cikgu2 sekarang ni..saya ada paste satu entry dari blog saya..just nak share info..

http://ismaishak.blogspot.com/2009/09/doctor-wanna-be-teacher-im-proud-of.html

anyway, sy tetapa peminat akak dan tetap akan minat akak forever...(^__^)

murnie sangat said...

saya slow sikit, tp saya tak perasan pulak kata2 kak nani yg merendah-rendahkan cikgu. pastu saya konfius, since kerjaya cikgu tu mulia ( i do think so, and still memandang tinggi dgn kecekalan cikgu) nape ek cik puan kd ismail dgn yg rakan2 yg mention di atas tu tak stay jd cikgu?sbb saya ada jmpa cikgu yg taknak naik pangkat dan jd pensyarah w/pun ditawarkan gaji yg lebih tinggi kerana sayangkan kerjaya perguruan mereka. betapa tegarnye cikgu tersebut.

anw, jgn marah ye, just my 2cents opinion.peace

emak. bukan penari tiang said...

guru pun manusia biasa

ada yang best yang sedar tanggungjawab

ada jugak yang jadi guru sebab nak 'keja gomen'

saya ada kawan yang jadi guru yang sangat beretika guru

dan saya ada kawan yang bekerja sebagai guru tapi kalau tengok di luar orang takkan kata dia adalah guru tapi ialah seorang minah clubbing!

keluar masuk club, minum, scandal, sexy (walaupun ada fb tapi guna nama laen sebab takut guru besar sekolah nampak)

mak menakan saya sendiri pun cikgu, dulu janda, la ni merampas laki orang, jadi bini nombor 2!


saya dulu pun penah kena cabul dengan ustaz dalam kelas masa darjah 5, dia seluk tangan dalam baju saya depan kawan-kawan! tapi dah time tu bodo, tatau apa..tu pasai tak buat report semua! lagipun mak ayah dulu-dulu jenis tak percaya anak cakap apa, percaya cikgu lagi!

any explaination for defense?

GURU JUGA IALAH MANUSIA tak kesah la dia pensyarah ka, ustazah ka, waima ibu sendiri pun guru juga!

benci lah orang yang letak-letak qualification kat sini

tadak sapa nak pandang ijazah masters hang tu! ini blog maknani, sukahati dia la nak suh anak dia jadi apa pun! aku nanti pun tak mau anak aku jadi cikgu sebab boring! haha!

mak nani bagi galakan kat alisya suh jadi ja apa dia nak..restu ibu lagi penting! sebab apa ibu ajaq tak dapat duit, guru mengajaq dapat gaji! ikhlas tu kita tatau! bila tak dapat bonus dari gomen, bising kalah lanun!

Kruzar said...

Assalamualaikum...

Ini pestaim komen kat sini..saya terpanggil untuk memberi komen sbb saya baca komen nur tentang kerja pensyarah..pensyarah tau masuk kelas pungpang2..bg assignment bnyk2 kat budak2..tu jek..hahah..u r definitely wrong ok...sebelum komen tentang kerja org lain..buat survey menyeluruh dulu ok..

saya seorang pensyarah n saya tak pandang rendah pada guru..infact..kerja guru mmg sgt mencabar dan memerlukan komitmen tinggi..cuma nak cerita..pensyarah bukan seorang guru..so dia x mengajar mcm guru n suap2 je ilmu yg mmg dah ada dlm buku tuh..semata2 nak dptkan a good pointer..dunia universiti tak boleh disamakan dengan dunia sekolah..n our job is not just all about the student..peranan kami lebih kepada fasilitator..so..peranan kami tak boleh dipandang dari luaran sahaja..

nak tau apa lagi kerja pensyarah? suruh alisya jd pensyarah ye kak nani..huhuh..sgt interesting..i`m very sure about that..sbb mmg tau tak ramai yg tau sgt apa sebenarnya keje seorang pensyarah..kurang pendedahan..

KD Ismalasari said...

Cik Murni Sangat,

Tidak salah memberi pandangan dan cuba mendapatkan jawapan. Sudah dasarnya blog, jadi sudah pasti pembaca akan memberi komen. Itu juga tandanya pembaca peka dan berminat dengan perkembangan Pn. Nani.

Untuk pengetahuan Cik Murni, saya masih seorang guru dan usahawan pada masa yang sama. Saya mengusahakan pusat bahasa & latihan. Pelajar saya terdiri dari usia 3 tahun hinggalah dewasa.Jadi tak kiralah pensyarahke, cikgu tadikake, cikgu di sekolahke semuanya adalah guru.

Apa yang saya cuba kongsikan dan tekankan disini adalah profesyen dan latihan perguruan itu sendiri yang membentuk seseorang individu menjadi lebih bernilai dan ia boleh menjadi tiket utama untuk ke peringkat seterusnya. Kalau nak jadi pensyarah pun perlu latihan perguruan seeloknya supaya boleh menjadi pendidik yang lebih berkesan. Sebagai guru tadika pula saya rasa lagi hebat kemahiran yang diperlukan kerana pada usia tersebutlah, sahsiah serta perwatakan anak terbentuk dan tidak mudah mengajar kanak-kanak pada usia tersebut.

Jadi jika Alisya ingin menjadi cikgu tadika lagi bagus kerana kalau di oversea memang guru tadika perlu memiliki ijazah sekurang-kurangnya, di Malaysia juga ada kursus Montessori di peringkat diploma di UIA. Malahan, pendidikan pra sekolah bukan sahaja sangat penting tetapi merupakan industri yang cukup menguntungkan. Kalau tidak masakan SMART READERS, LITTLE CALIPH dll tumbuh bagai cendawan. Kalau tak penting, masakan Datin Sri Rosmah wujudkan program PERMATA.

Maka, impian Alisya untuk menjadi cikgu tadika adalah lebih bagus dan ia masih cita-cita yang cukup tinggi serta perlu digalakkan. Apa yang penting adalah untuk mengembangkan imaginasi Alisya. Jangan hadkan setakat ingin makan gaji sahaja, dia boleh membuka tadikanya sendiri. Selain berbakti ia juga merupakan jihad ekonomi.

Pn. Nani, saya meminta maaf jika komen yang diberikan mengganggu Pn. Nani, tetapi bila Pn. nani cakap Pn bagai nak 'giler' cuba mengubah impian Alisya ia seperti Pn cukup memandang rendah terhadap profesyen perguruan itu. Maka ramailah guru, 'bekas guru' dan yang seangkatan dengannya memberi komen. Niat kami hanyalah untuk berkongsi realiti sebenar profesyen dan industri ini. Ia juga menunjukkan yang kami mengambil berat kalau tak buat apalah kami nak membuang masa menulis komen. Pn. Nani juga perlu bangga kerana ramai yang mengambil berat pasal Alisya dan bangga dengan cita-citanya.

Yang utamanya disini, kelulusan & latihan perguruan itu boleh menjanjikan masa depan yang cerah Insya Allah buat Alisya, sama ada sebagai cikgu tadika, cikgu sekolah mahupun pensyarah. Jangan hadkan pemikiran kita. Industri pendidikan ini seperti yang saya nyatakan sebelumnya, juga merupakan industri yang 'recession proof'. Insya Allah berkat doa ibu, Alisya akan berjaya, restu pn.yang diperlukan.Restuilah dia jika perguruan yang dia pilih, pasti masa hadapannya cerah.

nor'aini said...

boringnye la baca komen2 cikgu2.dlm byk2 org kerajaan, cikgu la plg byk komplen.x caye buka paper.ade je yg cikgu2 x puashati.in my line of work, sy x nk sgt cikgu jd klien sy, sbb cikgu sgttttttttttt cerewet & kedekut

Ruwaida Ridzwan said...

tue la kan..boring giler baca komen kat ats nie...

adoiii...

x phm la nape cikgu2 nie kecik ati sgt.

padahal x de ape pon..

IlyanaHashim said...

Saya baca entri kak nani tuh takde pulak mention pasal apa2 yang merendahkan martabat cikgu... so, saya jd confuse bila ada komen2 negatif yang dok cakap kak nani macam2.. anak dia, biar la apa dia nak cakap or nasihatkan.. adehh!

MamaZana Baharum said...

sabar je la kak nani... kita ni just nak bercerita pasal kehidupana anak2 je kan... itupun ada pulak yg rasa terkesan..

tak faham... tak faham...

Unknown said...

aduhai cikgu-cikgu... cukup-cukup lah nak terasa tak tentu pasal..
Kak Nani takde cakap pon yang dia tak suka cikgu.. Kak Nani just cakap, dia harap Alisya upgrade cita-cita supaya jadi pensyarah.. semua ibu-ibu nak anak-anak bercita-cita tinggi.. nobody ever said that teacher is a bad job!
dari kecik, saye nak jadi nurse.. tapi mak saye cakap, alang-alang jadi nurse, blajar rajin-rajin lebih siket supaya dapat jadi doctor...
and now I am a doctor, adakah saye pandang remeh dan hina pada pekerjaan nurse?? TIDAK sama sekali..

please, teachers.. tak perlu terasa lebih-lebih atau nak berhujah menyenaraikan semua kelebihan dan kehebatan anda belajar oversea dan menjadi pengajar..

Alisya tu anak kak Nani, so ikut suka dia lah nak Alisya jadi ape...

Alisya, ikut cakap your mum.. because she knows better what is suitable for you..

-qurratul ain-

ira said...

pd saya la.. kak nani cuba cakap yg dia nak alisya sambung belajar smpi master n phd..sbbnya dua2 ni requirement klw nak jadi pensyarah..sapa kata pensyarah senang?kene buat research, paper, etc.. guru pulak cabarannya pd student.klw student ok, untung la..klw yg mcm samseng..diorg gak yg teruk.. mmg ada guru yg betul2 ikhlas..tp ada yg tak..dan guru yg betul2 ikhlas tu yg betul2 beri kesan +ve pd anak murid.. dan yg tak ikhlas tu pn beri kesan..cuma kesan -ve..dulu sy benci subject BI sbb teacher sy rotan betis smpi pecah darah hanya sebab sy lupa bawak buku exercise (buku tulis kulit cekelat tu).baru je darjah 1 time tu.& sy sgt suka subject science sbb cikgu yg ajar tu sgt222222 best.. smpi skrg terbayang2 cara cikgu tu ajar.. huhu.. sedih..

tp pd sy.. ni kan blog kak nani..apa dia nk ank dia jadi bior le kat dia..even sy pn klw diberi choice nak jd pensyarah lagi.. maybe lebih flexible. tapi sy tak pernah pdg rendah pd kerjaya guru sbb kakak sy pn cikgu..dr engineer tukar profession kpd guru..mmg cita2 sedari kecik dia cikgu..

sy pulak dr engineer bercita2 jd pensyarah.. sbb nak didik anak bangsa..

setiap mak mesti la nak yg terbaik utk ank2 dia.. dr segi kerjaya, dua2 sgt mulia.. cuma pensyarah scope kerjaya lebih luas.. sbb dia bukan sekadar mengajar tapi jugak buat research.. buat project2 ..

k la..bebel le pulak.kekekkee