Thursday, March 24, 2011

Mencari Pelamin Untuk Majlis Liana

Assalamualaikum.....

Hello sayang apa khabar? Harap semua diberi kesihatan oleh Allah s.w.t. Jaga kesihatan melalui pemakanan. Macam saya sekeluarga cuma biasa makan siang sahaja. Waktu malam kami jarang dinner atau beria-ia makan. Sebab tu banyak orang tegur mengapa saya suka masak tetapi anak-anak kurus-kurus belaka. Macam tulah citer dia........

Dalam saya sibuk tunggang terbalik, saya selalu dapat sms dari seorang kenalan yang saya kenali ketika sessi fotografi di Karangkraf menjemput saya ke majlis-majlis yang sering diadakannya termasuk majlis rumah terbuka. Punyalah sibuk buat kek sampai satu undangan pun tak dapat saya penuhi. Minggu lepas bila saya terima sms darinya menjemput hadir ke majlis harijadi anaknya cepat-cepat saya menelefonnya. "Assalamualaikum Hani...." "Sara lah kak nani...lupanya..." Minta maaf sara...muka ingat lagi tapi nama lupa"... hehe.

Saya pun berjanji dengan sara akan cuba datang ke majlis hari jadi anaknya. Majlis mula pukul 10 pagi hingga 1 tgh.

Tup tap...dah pukul 2 ptg saya masih dengan sos chocolate.

Anak-anak seperti biasa...mula-mula tanya semua tak nak ikut. Tapi bila saya dah bersiap dan nak bergegas pergi barulah mereka sedar akan terasa macam hidup tak bermakna bila ibu tak depan mata hoho . Sebab kalau duduk di rumah tak da ibu memang tak happening kannnnnn........

Makanya.....kemana saya pergi selalu dengan anak-anak. Salah satu petua....saya adalah ibu yang tak suka berleter. Nak ikut..ikut. Tak nak ikut...tinggal. Sebab saya macam tak da masa kot nak berleter atau bising-bising kerana mind saya sentiasa terlalu sibuk untuk fokus tentang tempahan kek yang banyak.Alhamdulillah. Kadang-kadang bila anak-anak datang mengadu itu ini saya hanya sempat mengangguk sahaja tanpa paham jalan cerita sebenar.... dah tu bila dah free tanya balik kat anak-anak...eh tadi you all cakap apa?

Jam 3 ptg saya baru nak bertolak. Telefon sara bertanyakan dia..."sara...masih boleh datang ke?"

Sara kata, boleh datanglah kak nani...makanan ada lagi.

Seronok sangat pergi rumah sara. Makan sedap-sedap. Layanan sangat istimewa. Sara, PA dia, emak dan suami sara yang sangat friendly. Terima kasih banyak-banyak sara.

Sempat jeling tengok suami sara rajin didapur, saya dan anak-anak sempat berbisik-bisik...untungnya sara dapat suami warak, rajin, penyayang, kaya dan pandai masak.


Kemudian kami beransur ke majlis bertunang kawan Liana.

Selepas tu kami settle hal photographer untuk majlis Liana.

Catering dah dapat beberapa yang harus dicobain rasa masakannya.

Canopy masih dalam perbincangan.

Cuma kini masih mencari baju pengantin untuk disewa dan juga mencari pelamin ...huhuhu....

hehe...menunggu meja disiapkan....sebab meja makanan kat luar dah nak kena kemas....





Sempat......ini adalah gambar dalam gambar...macam mimpi dalam mimpi tu...sebab scanner dah rosak....





Sempat.....
Si sara pot pet.....pot pet....kami sekeluarga khusyuk mendengar...heheh ke khusyuk makann....




sampai tonggeng-tonggeng mangkuk bubur pulut hitam budak si hafiiz ni.....
sedap giler doe bubur pulut hitam tu...


Sempat..........


Tulah tadi nak pergi buat rambut tak sempat kan......


Soto....berselera tengok sara makan saya pun berjangkit...........



Emak si sara....khusyuk bersms...kot...menu nasi lemak sambal sotong sedap sangat (biasalah saya selalu kagum dengan masakan orang lain)...esoknya saya pulak buat menu yang sama.....hehe nasi lemak sambal sotong.....berpinggan-pinggan hafiiz dan alisya makan. Lepas ni nak buat bubur pulut hitam pulak.


Uiks...setelah dok promote-promote nasi lemak tu kat Khairi....tengok tuh...

Selepas rumah sara kami ke rumah kawan liana Chia..bertunang...




Selepas rumah Chia kami ke Desa Parkcity, berbincang dengan fotographer.....untuk tunang dan wedding Liana insyallah.

30 comments:

saperakue said...

wooo padatnya jadual aunty..
jaga kesihatan aunty ye =)

aitotyati said...

wahhh auntie mmg bizi

khairul farhan said...

'Sedap gila doe bubur pulut hitam tu' Kah3 cool gila ayat ni. Itu hafiz ke mak dia yang cakap?

Btw, moga majlis tu nanti berjalan lancar. Insyaallah

Misz-ella said...

Audition pegi tak??

YUL said...

wah2. seronok betul bila satu keluarga berkumpul cmnie kan, huhu, cantik hanis zalikha, hehehe

kisah aku said...

ayooo.....bestnya mkn mkn mkn....
wahhh semua anak ikut ye..bgs...

Cik Puan Nurul said...

cantiknya..rumah pn saraa tu..huhu muka beliau pun cam biasa dilihat jee..

Farah Shahidah said...

wah mesti happening nak tggu majlis kak lyana kan...
anyway congrate buat untie sbb bakal dapat menantu.hehehe

Unknown said...

wah..dasat betul jadual kak nani ye..kalau saya maunye flat dah tu....

aizeepesona said...

wow padat jadual kak nani nie..

Wan Collection's said...

Tahniah Liyana!

Siti Hajar Masri said...

Auntie,jangan lupa jemput..hehe~

shiori_LA said...

selamat menerima menantu kak nani...semoga kedua-dua majlis berjalan lancar...Amin...


p/s dah tengok boboiboy kat tv3 best2 hehehe

Nani Shahabudin said...

untung anak2 serahkan kat auntie buat preparation tunang and wedding. saya dulu pun serahkan kat mak bapak sbb dorang yang excited!

pinky said...

bestnyer...mak yang sporting...

Puan Eka said...

waaa padat betul jadual auntie kan.....

ousna90 said...

Saya kenal kak sara ni..frenly gila..dy org kedah...

Siti Nur Amirah said...

sapa kak sara ni??perfect nya suami..untung kann..;')

Farah said...

Alisya is getting so much prettier :))
Your family is so united aunty, I respect that!!

kuccieda said...

tumpang lalu kak nani

http://kuccieda.blogspot.com/2011/03/wajib-baca.html

ishiko said...

straight... bestnye kalo ikot mak keluar smpai ptg cmnii.. mlm terbgkah tido...
kekna tak lama lg la tu.. taniah~

Wan Collection's said...

Saya ada masak Laksa Kelantan hari ni..

Maybe Auntie sudi datang sini kalau ada free time,http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/03/kisah-3-beradik.html

cik suka senyum said...

sedapnya bubur pulut itam..lame x makan

cik suka senyum said...

ns lemak tu pun sedapp nampakk...hehe

cik suka senyum said...

hope everything pasal wedding liana is doing fine n berjalan lancar..xsabar nk tengok ank aunty, liana kawin..hehe

cik suka senyum said...

baiknyee puan sara tu..dah la cantik..

Unknown said...

hye auntie.
i juz wanna know, liana dy kje kat mne?kt drb hicom ke?

lily lotus said...

again. semoga semuanya berjalan lancar

SUSU said...

Indahnya hidup. pegi mana-mana, semua anak-anak ikut. berderet macam keretapi.

Marya Hana said...

semua yg aunty masak nampak menarik betol..