Assalamualaikum,
Sewaktu saya baru mendapat result SPM dan mendapat kerja kerani bank di Kuala Lumpur di bahagian pengurusan yang untuk dapatkan duit tambahan kerja lebih masa memang tak mungkin, dengan gaji pokok rm410 belum tolak EPF, NUBE segala, adalah tak musabah untuk saya menghulur sebahagian wang gaji yang sering mak harapkan saya beri padanya.
Bayangkan dengan gaji yang sebanyak itu, saya harus membayar sewa bilik sebanyak rm100, duit tambah bas mini no 33 ke sungai way perlu ada rm100 kerana kadang-kadang terpaksa menaiki teksi. Itu belum lagi transport sekitar kuala lumpur untuk saya bergerak.Duit makan di tempat kerja campur makan malam perlu standby lebih kurang rm200.
Maka untuk beri mak sebanyak rm50 pun macam dah tak tahu nak cari kat mana. Sehingga ada satu ketika saya terpaksa meminjam-minjam dari kawan-kawan hanya untuk beri kepada emak di kampung.
Walau sentiasa tak pernah cukup, rasa bangga dalam diri sebagai anak yang sudah bekerja pasti terbetik dihati mahu menghulurkan sedikit wang untuk mak walau dalam hati meronta -ronta yang saya di tengah-tengah kota inipun sentiasa ketidakcukupan waima untuk makan tengahari di tempat terpaksa meminjam.
Mak pulak seakan mendesak kerana sering mengeluh sini sana sebab anak-anak kerja tak ingat nak bagi dia katanya.
Kadang-kadang rasa cemburu dengan kawan baik saya yang setiap kali dia mahu menghulurkan sedikit duit kepada ibunya, ibunya hanya menolak dan berkata 'Ya Allah nak...kau ni nak bagi mak duit, gaji kau tu cukup ke untuk kau makan sampai hujung bulan. kalau tak cukup tak payahlah bagi' suara lembut ibunya menolak pemberian anak kerana faham yang gaji anak tak seberapa.
Itu dulu. Pada satu ketika saya rasa terbeban, kerana dengan gaji kecil untuk survive sendiri di tengah-tengah Kuala Lumpur pun sangat menyesakkan apabila setiap kali dapat gaji harus bayar hutang.
Sikap emak yang suka membebel jika anak-anak tak hulur duit, membuat saya tebal muka meminjam sana meminjam sini semata-mata tak mahu merasa amat serba salah jika pulang kekampung dengan tangan kosong.
Namun kini saya amat bersyukur rupanya segala wang yang memang tak ada tetapi saya cuba adakan itu untuk saya beri pada emak memberi keberkatan yang berkali ganda dalam hidup saya.
Maksud saya berkat beri duit untuk mak ayah apabila kalau saya susah macam manapun akan sentiasa ada jalan Allah s.w.t tunjuk untuk saya menyelesaikan segala masalah dengan jayanya. Alhamdulillah.
Seharusnya kita sedar akan keberkatan memberi wang hasil daripada pendapatan kita kepada ibu bapa. Walaupun kini ramai ibu bapa yang berada dan mempunyai wang yang banyak dan tidak sedikitpun hairan dengan wang anak-anak tetapi kemanisan dan berkat untuk anak-anak itu sendiri tidak sama dengan duit sendiri.
Alhamduulillah kini apabila saya sendiri mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa saya mengingatkan dan mendidik mereka tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa. Walaupun sebagai ibu bapa kita tak boleh memaksa, tetapi biar sedikit harus ada peruntukan untuk diberi kepada mak ayah sebagai mendapat berkat dan rahmat dari Allah.
Dan alhamduliallah anak-anak saya kini bukan sekadar menghulur tetapi banyak meringankan beban kewangan yang saya hadapi.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati dan melipat gandakan rezeki yang diperolehi. Amin.
30 comments:
See, anak-anak harus sedar dan harus ada kesedaran sivik begini..
alhamdullilah..berkat tak lupakan ibu bapa..rezeki semakin melimpah ruah. Betul kata kak nani tu..kekadang mereka tanya gaji bukan nak mintak pun..mereka tak mintak balasan..Tetapi yang jadi anak tu sedar2lah sikit berkat mereka kerja bagus2 gaji2 besar tu hasil keringat dan wang ringgit siapa ? Siapa yang modalkan?..Ingatan untuk diri sendiri juga..:)
Betui tu kak..biar sedikit yg ptg ikhlas dan ade keberkatannya,restu mak ayahh..kdg tu kalo xmmpu beri duit mungkin boleh masakkan sst ke,kalau pandai menjahit buatkanlah sst yg pasti org tua kite tetap tersenyumm menerimanya..
well said! :)
mmg patut anak2 beri duit pd parents walaupun skit.
cter nie lbh kurg cm pengalaman hidup mak sya..huhu
T_T
patot lah mak tak pernah putus bagi duit kat wan dan atok di kampung sehingga atok pergi buat selama nyer, malah duit tersebut tros double di berikan kpd wan sya.
salam auntie,
ya btul. sbb bila ibu bapa gembira, keberkatan itu kembali kepada kita.
:D
hurmm rajin betu auntie ni update blog..sronok mmbacanyA
Betul Kak Nani, ikut pengalaman saya, masa awal2 keje tu mmg tak beri duit pada ibu bapa sebab rasa tak cukup nak bagi and mereka pun faham la kan bahawasanya anak mereka ini kebutuhan wang.
Tapi duit setill rasa tak cukup2 pun.
Lepas dapat advised dari sorang member, alhamdulillah mungkin sebab keberkatan bagi duit kat ibu bapa, semua jadi cukup :)
betul tu auntie. afni susah mcm mana pun, bila mak mintak, jd x sampai hati, biar x cukup mkn, janji mak senang hati =)
Sifir matematik Allah dengan manusia lain. Kalau matematik manusia, kita ada RM100, sedekah kat orang lain RM50, kita tinggal RM50. Berkurang. Tapi kalau matematik Allah, kita ada RM100 dan sedekah RM50, Allah akan tambah duit kita. Mungkin RM50,100 atau lagi banyak. Cuma yang membezakan lambat dan cepat je.
:-)
salam aunt :)
betol tuh.. tiap2 bulan MESTI nak bagi duit kat parents even dorang masih berkemampuan.. itu dah jd tanggungjawab seorang anak rasanya.. kan lagi berkat duit.. :)
Hi aunty..
Tersentuh pula hati saya membaca ceta aunty ni..memang ada benarnya..saya sendiri pun walau mcmana susah n cukup2 je gaji nak bayar loan keta/kredit kad/rumah/bil/petrol n belanja makan tiap bulan, pasti saya akan hulur juga wang sedikit kpd mak ayah.. Alhamdulillah, amazingly kalu time2 saya sesak tu pasti Allah datangkan rezeki lain - anjakan gaji, kenaikan pangkat, menang peraduan, org bayar hutang dll.. maknanya wang/rezeki yang dapat mmg tak pernah putus.. mungkin itulah berkat kita berbakti kepada ibubapa... saya syukur sgt2..
betul2...sgt betul. Tak kisah berapa pun tapi bg dgn keihklasan...mudah2an berkat. Bukan duit je, ada mcm2 cara lg. cth: Belikan brg dapur sket pon da memadai kan :)
pengalaman yang sama. tapi anak² belum ada yang bekerja. walaupun gaji kecik, bagi orang tua ckit secara tetap tiap bulan. tak penah pinjam, sentiasa berkecukupan. tapi sekarang bila dah tak bagi lagi(sbb adik semua dah abis belajar&mak dah ada income tetap) rasa mcm selalu je tak cukup.
betul.. harus ada peruntukan, sebagai mendapat berkat. Bukan ibu bapa mahu atau perlukan sangat duit tu, tetapi sebagai tanda kita mohon restu dan berkat.
salam.. mak sy dikategrikan dlm mak yg jrng skali mntk duet kt ank2.. sy akui kdg2 mmg x ckp nk beri lgsg.. tp ats dsar tggungjwb, sdkit pon sy beri.. if x dlm bentuk kwngan, mgkn beli keperluan rumah .. alhamdullilah kak, wlpn sdkt, rezeki sekeluarga ttp ada biar sesulit mn pon kdg2 thap kewangan dlm keluarga. alhamdullillah..
sangat setuju, kalau mak bapak dah takda macam saya ni,wang itu boleh disedekahkan bagi pihak mereka kepada yang memerlukan.
Sebak bila baca catitat my late father yang sentiasa menulis ungkapan Alhamdulilah selepas merekod pemberian anak2 di dalam diari.
salam kak nani,
lepas baca entry akak terus masuk maybank2u nak transfer duit ke mak.
thank you :)
jemput join giveaway di blog saya
http://hebatkan.blogspot.com
:D
N3 berguna tip top..
tq aunty nani
tetiba teringat umi kat kampung :(
kerap terleka bagi duit sebab kesuntukan memanjang...huhuu
Salam..
saya teringat masa saya mula2 keje saya nak belikan mak peti sejuk dengan mesin basuh. dah berpuluh tahun pakai sama jugak. mak kata mak nak peti besar sikit, kiranya upgradela dari yang satu pintu.
lepas bayar lebih kurang rm1850 cash, maleh nak utang2...susahhh, saya rasa sempit sangat.pastu kawan gitau "ko ni dik, ajak keluar makan slalu takde duit, ko watpe ngan duit gaji?". lepas dh citer, dia cakap "rezeki ko murah, ko tengokla nanti.masa ko susah macam mana pun, mesti ada rezeki ikut mana2".
dengan gaji rm1650, saya mampu beri mak rm600. takpelah tak mampu nak beli bonia ke, coach ke, takpe..tu semua tak bawak kemana jugak. saya bagi mak duit sebanyak yang mungkin sebab mak dh tua, tak keje, dan sebab saya ingat lagi mak saya bergolok gadai nak sekolahkan saya sampai lah saya dapat first degree, mak seorang ibu tunggal dengan gaji rm600 sebulan pun mampu tanggung saya sampai umur 25, apatah lagi kita.
saya terkilan dengan org2 yg dh kawin buat alasan..ada anak, dah tak mampu bagi duit kat mak ayah, tapi belikan pakaian anak2 beratus2 sepasang mampu pulak.
satu lagi benda tak mampu lagi nak bagi kat mak..insya Allah lagi 3 tahun cukupla kumpul duit nak anta mak pegi haji. selagi mak bapak kita hidup, cubalah susahkan diri demi diorang. jangan dah jadi yatim piatu baru menyesal.
salam aunty,
terbaik la post nie..
sy pon dari kecik dah di didik tuk menghulur gaji kat parent bile dah ade duit sendri..
tiap kali nk bank in kn duit opah sy, umi sy yg mintak sy tolong bank in kn...didikan secare xlangsung..
dulu masa nk tunggu result spm keje part time kejap.. ade la sikit duit...bagi umi sikit, ayah sikit, opah sikit...paling xtahan rase terharu sgt bile opah ckp "terime kasih, anas nie cucu petama yg bg duit gaji kat opah.."
betul kata kak nani kerana saya penah ada pengalaman bekerja di KL lebih kurang 12 tahun yang lalu.. betapa tersekat-sekatnya saya berbelanja kerana nak bagi mak RM100 sebulan. W'pun mak tak mintak tp saya rase kesian kat mak masa tu baru kehilangan abah. saya sorang jer baru bekerja.gaji plak dalam RM800 jer tolak epf, duit bas, sewa rumah, makan dsb..pehh..genap2 jer. Tapi kerana keberkatan duit saya tu alhamdulliah saya boleh idup kat KL tu ..sbb ada diantara bgtau kalau masa tu keje di KL tak cecah RM1,000 jangan haraplah boleh bertahan.walaupun gaji berpuloh ribu kalau tak berkat duit kita tu..mesti rase kenapa tak cukup-cukup...
As Salam k.Nani.... Entry k.nani sentiasa berjaya menyentuh hati sya....
betul...jangan dilupa untuk hulur pada mak ayah walaupun sikit
ermmm..:(
sy study+keje+tanggung keluarga+adik2 yg maseh blaja..
selama ni bagii jer....ari neh disebbkan tekanan blaja++ n mak ayah mintak duet n duit mmg ade 500 jer balance + pikir nk bayar tok wt research mmg wt aku jadiii giller..!!
aku hilang kawalan..aku msg mak aku..aku kata aku nak behenti blaja.,..aku x larat tanggung neh sume...!!!! aku menanges semahunya...aku x larat...aku x mampu da nk wt yang terbaek..!!!!
aku x tahu aku x tahuuu....!!!!! :''''''((((
errrmmmm :'''( ntah la...aku buntu....
aku stdy+keje+tggung fmily,adik2 yg maseh blaja...
duet gaji tolak sgala bagai +/- RM500.. skunk ngah serabut nk wt dissertation n asgmnt n presntation mggu neh...skali mak aku mintak duet.. aku cm da hilang pertimbangan..aku rase aku da x mmpu nk tggung sume...aku x mmpu da nk wt yg terbaek..aku x tahuuu...aku hanya pkir nk bhenti stdy jerrr...aku buntu..sangatttt buntuu..!!1 :'''(
errrmmmm :'''( ntah la...aku buntu....
aku stdy+keje+tggung fmily,adik2 yg maseh blaja...
duet gaji tolak sgala bagai +/- RM500.. skunk ngah serabut nk wt dissertation n asgmnt n presntation mggu neh...skali mak aku mintak duet.. aku cm da hilang pertimbangan..aku rase aku da x mmpu nk tggung sume...aku x mmpu da nk wt yg terbaek..aku x tahuuu...aku hanya pkir nk bhenti stdy jerrr...aku buntu..sangatttt buntuu..!!1 :'''(
Alhamdulillah
Macam mana plak yer...pemberian anak plak mak x nak....katanya ..dia x nak makan2 duit yg anak bg.....hu...hu..sedih plak rasanya bila dia ckap camtu...rasanya anak dia nie x de buat salah apa2pun...satu je ckap ngan dia...makk kena redha pemberian anak2....insya allah ...sy doakan mak panjang umur n murah rezeki ...amin
Post a Comment