Percaya atau tidak salah satu sayur kegemaran Alisya adalah masak lemak daun turi. Alahai macam orang dolu-dolulah Alisya.
Pokok daun turi sangat mudah tumbuh. Cuma potong dahan dan cucuk atas tanah maka ianya dapat tumbuh dengar subur tanpa perlu baja atau sebagainya.
Pucuk muda daun turi sangat berguna untuk mengatasi masalah kekurangan pengaliran susu ibu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi kalau anda mempunyai masalah tersebut maka amalkan memakan lauk pucuk daun turi.
Selain daripada pucuk muda yang boleh dimakan, bunga daun turi juga sangat enak dimakan. Cara memasak bunga daun turi hanya dengan menumisnys bersama udang dan sos tiram.
Bunga turi
Pokok daun turi sangat mudah tumbuh. Cuma potong dahan dan cucuk atas tanah maka ianya dapat tumbuh dengar subur tanpa perlu baja atau sebagainya.
Pucuk muda daun turi sangat berguna untuk mengatasi masalah kekurangan pengaliran susu ibu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi kalau anda mempunyai masalah tersebut maka amalkan memakan lauk pucuk daun turi.
Selain daripada pucuk muda yang boleh dimakan, bunga daun turi juga sangat enak dimakan. Cara memasak bunga daun turi hanya dengan menumisnys bersama udang dan sos tiram.
Bunga turi dan pucuk muda daun turi
Bunga turi
Hidangan tengahri saya berasaskan dari pokok turi.
Resepi - Pucuk daun turi hendaklah direbus sehingga empuk dan dibilas dengan air biasa dan perah. Kisar bawang merah, sedikit cili padi, kunyit hidup, udang kering, buah keras. Tumis kering tanpa minyak dalam periuk. Masukkan sebatang serai dan sedikit lengkuas yang telah diketuk. Masukkan santan daun turi, udang hidup, rebung, asam keping, garam dan stok ayam. Didihkan sebentar dan angkat.
Resepi - panaskan sedikit minyak, tumiskan udang, sedikit bawang putih dan masukkan sos tiram serta masukkan bunga turi. Tumis dan angkat.
55 comments:
Aunty, saya suke sgt2 makan lemak daun turi ni..mmg sedap sgt2..tp tang bunga tak pernah makan lagi..nmpak sedap..
salam auntie,
mohon jasa baik upload gambar full pokok turi tu boleh tak?
*sambil buat muka kesian*
mataseyh aunti!!
alamak... sedapnya daun turi... lama giler xmakan.. slurrpppppppppppp..
auntie
lapaaaaa~~
hahaahaha
first time dgr pasal daun turi nie. tpi tgk masak lemak tu.. pergghh meleleh air liur @_@
kak, leen tak pernah makan sebarang bunga. nampak macam ajaib masak bunga turi. :) terasa macam nak try pulak haha.
pokok turi?1st time dgr pokok turi..seblum nie xprnah dgr pom..
wah...nak try la masak bunga daun turi berudang..mcm bestt
BTW,
Selamat hari wanita auntie
Kak nani bagi kita idea la.
Muahhhh!
Menanyah pokok turi kat kebun.
Boleh la cuba masak munge dia plk. Seumur 36thn ni cuma makan pucuk dia je....
tengok lauk pauk tu terus meleleh air liur. thanx for the great2 recipes.. :-)
waaaaa... prut trus jdik lapa..!! rsa trus nk balik penang masak resepi nih sbb blkg umah byk pokok nih,tembun2... cuma xpnah lg makan bunga die.. huhu
saya x pernah dengar pon nama pokok ni..huhu..~
sedappnye untie masak..tgok pon leh tau sedap ke tak..hehe
anyway..mak saya pon selalu masak daun turi..sedap2
Nani...akak selalu masak daun turi masak lemak putih dengan keledek... akak tak rebus... terus masukkan dalam santan tu... memang sedap...
Sini susah nak cari turi... kalau akak nak nanti boleh ke dtg ke rumah nani...hehehe
bagusnya resepi kak nani.. sihat, murah dan bersih serta berkhasiat
aunty kate ia baek utk ibu2 yg mnyusukn baby. tp sy takde baby lg. dan takde suami. camne ek aunty?
sodapnya ish ish
sodapnya ! ish ish
Bunga turi tu rasa dia manisss kannn....
pokok ni nama turi ke? laaa... dulu2 masa kitaorg ekcik2, dpn umah sewa tu ada pokok ni, ada satu makcik tu slalu mintak ngan mak saya, nak buat masak katanya. kami x pernah la plak tahu daun dan bunga ni bole mkn, so mak saya izin kn aje la. buat masak lemak rupanya...
lapa terus tenguk menu harini. daun turi uh rasa macamana ye? :D
aunty, apa rasa daun ni? lemak ke pahit ker? sejujurnya Amy yak pernah mkn daun turi ni... huhu. tp orang india selalu mkn buah dia kan?
ooo..kak nani panggil daun turi ye, mak saya panggil pucuk geti la..
sangat sedap dimasak lemak putih, nyum nyum..
Sedap sgt....
sayur lemak dun turi masakan istimewa nenek..3@4helai daun turi disimpul terus msk periuk masa nk mkn buka simpul tu dn lurut je besttnyaa kadang2 ratah sampai x ingat dunia..hehe
Assalamaulaikum,
Sebelah utara panggil daun pucuk turi sebagai pucuk geti.
Boleh dimasak lemak putih atau kuning dicampur udang atau ikan bilis.
Rasanya seakan-akan pucuk ubi dan pucuk cekur manis tetapi dia lebih sedap.
Boleh terus dicampur ke dalam santan tanpa direbus dulu. Tetapi kalau direbus dulu dan bilas air lain serta perah dulu dapat menghilangkan angin.
Sangat sedap dan bunganya pula rasa manis lebih sedap dari rasa sayur kobis.
Baik untuk ibu menyusu anak tetapi untuk yang tidak menyusukan anak makan sedap keenakannya.
bestnya nampak lauk pauk tu aunty..nyumnyummm...sy pn 1st time tau tang daun turi.tapi tang daun geti tu mcm penah dgr.ehehe...
slamat hari wanita aunty..
wah,bunga nya bkn sje cantik blh di ngap lagi
pucuk geti biasa makan..tang bunga dia ni tak penah...ha boleh la try nanti..:P
terliur plak...zaman tinggal di kg dulu kerap gak mak masak tapi sekarang dah susah nak jumpa daun turi ni...salam perkenalan....jemput singgah
http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/
kak tak pernah makan bunga turi..nampak cam kubis gureng plakkk terliur laaahh
salam auntie,
tima kasih sbb buh kan gambar pokok turi tu di sini!!!
gitu rupa pokoknye. nampak sangat Ai ni belum khatam lagi belajar jenis2 pokok. huhuhuhu
mana nak cari pokok ni, nak tanam la. hmm mcm penah nmpak tp mmg confim tak penah makan
kalau tak jumpa pokok ni utk tanam, next time beli kek ngan akak, boleh mintak tak dahan pokok turi ni? pls pretty pls :)
Salam. sesiapa yang nak kan dahan pokok turi untuk ditanam dirumah sendiri, sila datang rumah kak nani. Boleh ambil sahaja di belakang rumah kak nani.
untie, saya makn pucuk turi, tapi saya tak tahu pulak bunganya pun boleh dimakan..heheh
Sedapnyeeeeeeeeee.... Bila la nak merasa masakan kak nani ni??? huhuhu
kak nani boleh tak akak tolong kerat-keratkan batang pokok turi tu nanti saya datang ambik..heee..acah jer..
kak nani daun turi tu ada tak rase dia macam pucuk manis ?
kalau N3 masakan kak nani selalu mesti saya akan cakap "Maaaak aiiii sodap eee yaiii.."hee
Salam,
lama tak makan lemak daun turi ni... dulu arwah mak selalu pakai ikan bilis dan taruk keledek je.
saya suka sayur ni.. masak lemak mmg best.. :)
masa saya kecik2 suka masak lemak daun turi dgn labu yg mak saya masak..makan dgn ikan goreng dan kicap sgt selera!
aunty,perut sy yg td nya x rasa lapar,tp skang sungguh lapa dok tgk lauk pauk aunty..bila la sy dapat msk macam ni kn...ermm..
daun turi tak pernah dgr tuh la kot yang tak best nyer anak bandar smpi makanan khasiat2 org melayu pn tak tahu T___T
Assalamualaikum aunty nani,
Saya Isma yg dtg ambil moist choc cake strawberry kelmarin ..it was superb! thanks for taking my order at a short notice..it was for my boyfriend's birthday and die suka sangat..i pun suka baking,if aunty x kisah can you share the recipe for the moist choc cake? dh cuba a few recipe, but rasenye aunty punye taste the best..thanks ;)nak cuba recipe red velvet cake this weekend..thanks for sharing..
wa sesuatu yang baru bagi saye
x sangke bunga pon bole jadi lauk..hihihi macam x caye je...
eh bolehlah cik suka senyum..macam bunga durian pon bleh buat lauk tau..mesti kak nani tahu ..sedap jugak tu.
Ni mmg faveret Lin, hajat di hati mmg nak tanam... but tak pernah jumpa org juai kat pasar mlm...
Harap suatu hari sampai la Lin kat umah kak nani ni...insyallah.
laa, mati2 sya igtkan sayur kubis bunga turi tu..kretip akk ni :)
huh!! masak lemak kegemaran ku... tapi kalu rebung tu tukar ubi boleh tak?
thanks kak sbb benarkan amik :) .. I've been looking for this pokok in Labuan these past few days tp mcm takder. Nnt balik kg nak carik jugak. Kalu masih tak jumpa, mmg konpem next time pi kl beli kek ngan akak, i dtg bawak parang sekali huhuhuhu
kak nani,
baru tau daun geti ni leh bykkan susu ibu..will try..tp now ni susah nk jumpa jual kat pasar kan..kena cari kat kampung bru jumpa..
salam kenal...
sedap nampak sayur daun turi...lama dah tak mkn...kalu duk sblh umah mau gak minta dahan tuk semai...sedapnyeeerr bile teringat sayur nihhhhh
turi boleh dibuat sayur dan banyak khasiatnya
Assalam puan... Saya ni mengidap sakit kepala tahap boleh tahann juga la..saya ada baca yg daun turi ni ada khasiat nya utk ubat sakit kepala ...saya tak tau nak dapat kan dimana kat kl ni ..boleh saya beli sedikit dari puan utk buat ubat kepala saya yg pening ni..saya terbaca yg pyan ada tanam belakang rumah..kalau boleh la
Boleh contact saya kat ahza@hotmail.com
Daun turi ni mcm tiada org makan di Sabah... Dulu masa kecik2 di JB arwah mak selalu masak daun turi masak lemak...
Post a Comment