Aku melangkah lagi
tiada yang apa harus kupandang lagi
dihadapan adalah jalan yang lebih bermakna bagiku
dihadapan adalah permulaan bagiku
Kau dah tertinggal
tiada apa yang perlu kutoleh lagi
dibelakang hanyalah jalur jalur mimpi yang tak bererti lagi
dibelakang hanyalah sisa-sisa bayangmu
Udara segar di sini
kunikmati sekali lagi
sentiasa ada begitu untukku
cuma aku yang kurang tahu.
Kini aku belajar menyayang diri
mencari cinta sejati
membeza mimpi dan realiti
mengenal pada yang hakiki
memanjat syukur pada Illahi.
8 comments:
header blog naissss ! =)
ayat ni reka sendiri ke..berbakat besar ni..hehe..apa kata aunty tulis novel..novel cinta..hehe~
sy tak suka baca sajak. sbb bukan jenis otak sastera kot. tapi sy tabik pd kak nani sbb pandai manage your life as a housewife. blh buat bisnes lg.. *tabik*
admire u....serba serbi boleh....anggun lg tu....
aunty ni mmg rajin n banyak idea betul..dalam bz tu sempat lagi buat sajak tuh..hehe
minta izin copy ye aunty c:
minta izin copy ye aunty c:
penuh dengan maksud bagi setiap kata2 itu
Post a Comment