Wednesday, March 31, 2010

Solekan Bertunang


























































Si Kecil Yang Keras Hati


Wah anak dara kesayangan saya ni dapat pandai cari job sendiri. Susah payah telefon dari sekolah semata-mata minta izin untuk pergi ke sekolah semula pada jam 2 sebab katanya, ada budak dari u datang nak cari sapa-sapa pandai berlakon."Ma...boleh tak nanti alisya pergi sekolah pukul 2, sebab ada budak u datang nak cari budak-budak pandai berlakun."



Minggu lepas saya dapat email dari Hanis yang tawarkan dia pergi audition untuk suara kartun animasi. Tapi bila Hanis tak boleh pergi, dia suruh saya bawa adik-adik dia pergi audition tu. Masa tu memang sibuk sangat tetapi saya untukkan juga masa pergi menghantar anak-anak untuk audition tersebut. Lepas mengandam kakak Cikgu Yati dari Klang untuk makeup bertunang terus ambil Imran yang bersekolah di Victoria Institute, then ke Cyberjaya untuk audition tersebut.



Saya tahu Alisya ada bakat. Masalahnya dia ni tak da confident. Terlalu pemalu. Tempohari sebelum masuk studio tu..menggenang airmata sebab tak mahu masuk studio untuk audition. Puas saya memujuk...keras betul hati dia...memang tak mahu. Dia duduk tepi dinding luar studio tu menangis-nangis. Saya katakan alisya ada bakat, cubalah. Dia tetap tak mahu sambil menggelengkan kepala dan menggoyang-goyangkan badan tanda tak mahu. Bila tengok dia macam tu saya rasa geram dan saya pun kata' ee alisya degil woh....kecik lagi pun tak nak dengar cakap mama'.

Lepas tu bila kami semua dipanggil masuk, daddy dia pun beritahu director tu yang alisya bagus english dan minta dia cuba suruh alisya audition. Dia setuju dan pada permulaan nampak malu-malu dan kekok. Lepas beberapa minit, keyakinan dah mula datang, terus dia melakonkan suara watak kartun animasi itu dengan baiknya.

Semalam saya dapat panggilan telefon mengatakan dia berjaya ke final audition dan hari ni pula dia volunteer untuk uji bakat jadi pelakon tambahan untuk projek budak-budak u mungkin.

Bila dah pecahkan ais barulah dia rasa yakin dan sedar yang dia sebenarnya ada bakat. Mudah-mudahan dia berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya mencipta nama di atas bakat terpendamnya selama ini.Insyallah.

Friday, March 26, 2010

Anakku dan Facebuknya




11 hours ago via Friend of the Day • Comment •LikeUnlike • Your Friend of the Day

Remove


Alisya Zainal kite nak ckp psl markah periksa.bm(penulisan)highest 75%,bm (pemahaman) 80%,maths 85%,sains 94% .tu je.bi blom dpt!!! kepada sape2 yg jeles sila berusaha
Yesterday at 10:01pm • Comment •LikeUnlike • View Feedback (2)Hide Feedback (2)

Mohd Khairi
Good job alisya.keep it up! Nanti aboiri bw main bowling+mkn subway :)
Yesterday at 11:49pm •

Alisya Zainal
cam haritu je.lebihlah skit
8 minutes ago •




Bila saya menjenguk facebook intan payung saya yang seorang ni...tersenyum-senyum saya sorang-sorang...pandai melawak jugak anakku ALISYA ni......

Wednesday, March 24, 2010

Semalam Di Teratak Ku

Semalam. Semalam lagi. Agaknya dah terjangkit analysis oleh NuffNang *stat for today are delay by one day" heh.

Kawan blogger, kak Anie datang rumah. Ingat nak lah jamu nasi lemak sambal sotong and strawberry moist chocolate cake.Tup-tup dia telefon dah sampai dekat kawasan rumah. So awal lah 2jam. Apalagi melepaslah nak makan nasi lemak saya buat. Tak apa Anie ken kali ya.Cuma dapat hidang chocolate kek jer.....

Minggu ni je, saya rajin. Saya ambil peluang tunjuk rajin bila tak da tempahan strawberry moist chocholate. Mulai esok tempahan berderet-deret masa tulah saya tunjuk belang saya yang sebenar. Saya singgah jer mana-mana, beli apa yang patut untuk budak-budak di rumah. Kadang tu dari highway KL pun saya boleh corner ke Subang Jaya untuk beli nasi ambang bungkus yang jual kat Petronas .

Anak-anak tak cerewet. Kalau dapat makan mee segera pun saya tengok macam dah bahagia sangat dia orang ni. Bagus dia orang ni, lagi kalau dah kebulur, memang kreatif. Berebut-rebut nak tunjuk skill masing-masing di dapur. Seorang buat 'scamble mint cheese' lah, seorang lagi buat ' scramble tomato chillies' lah, yang seorang tu pulak tak tahu apa nama scramble sebab dah caca marba sangat, sampai tak tahu nak bagi nama apa, pun lupa bahan apa masuk tadi.

Kalau bercakap part skill sediakan makanan, memang tip top plus skill sepahkan dapur. Tapi seorang pun tak ada skill nak kemas balik. Tunggang terbalik adalah. Larat ke tak larat...kenalah tunggu saya larat...baru saya saya kemas balik. Mungkin tak cukup power motivasi saya bagi ....apatak nya nak berpesan-pesanan secara lemah gemalai, 'dah masak nanti kemas iya...' memanglah...kirim salam je...



Ha inilah budak yang paling ada skill tu.Skill memunggah....


Ha ini pulak budak yang suka makan kertas...sebab tu muka dia macam kertas..putih.





Hafiiz part skill menyusun-nyusun makanan bagilah kat dia. Sebab orang suka makan ni memang suka menyusun.hehhe





Semenjak dua menjak ni suami ku dah pandai makan kat rumah. Terdengar-dengar aku nak masak nasi lemak kukus sambal sotong....sanggup dia tinggal kawan balik rumah, jenguk-jenguk kot-kot apa yang didengar tadi jadi kenyataan...tadaaaaa...tadah je..pinggan tu...tu hafiiz nak tolong cedokkan.

Sesiapa yang nak resepi cream puff tu no problem...stay tune....ok





Tuesday, March 23, 2010

Siapa Mahu Jadi Macam Saya

Semalam seharian duduk di rumah. Dah lama tak memerap macam tu. Hari lain selalu keluar masuk, keluar masuk. Sampai satu kerja pun tak dapat buat. Tak dapat concentrate. Tengah-tengah basuh pinggan, teringat nak kena ambik anak sekolah. Tengah-tengah nak mop lantai teringat nak beli strawberry. Bukan penat buat kerja. Penat tak tentu hala.

Rumah kejap-kejap dah macam tongkang pecah...kemas macam mana pun susah betul nak bertahan lama. Paling lama pun 30 minit. Kejap Arissa lah dok makan kertas sana sini. Pantang jumpa kertas..berselera betul dia makan. Bagilah blueberry cheese tart ke, ferra roche ke tak jalannya de. Kertas jugak yang diidam-idamkan. Paling dia suka kalau terjumpa kertas tag harga pada baju baru beli memang itulah idaman kalbu. Bak kata jacklyn victor apa tu bertamu dikalbu? heh

Lepas tu budak Dahleeya yang tak makan saman ni. Macam kucing nak beranak pantang nampak benda kemas mesti dia nak campak sana campak sini. Kusyen kecik-kecik pun boleh campak depan bilik air. Tengah-tengah dok sibuk-sibuk ke depan ke belakang, boleh terpijak geran kereta yang sepatutnya ada dalam drawer. hisk-hisk.

Setakat ini dah lebih rm300 lah saya kerugian dek perbuatan budak Dahleeya ni. Apa tidak nya, jumpa contact lens saya dalam drawer dia buang dalam bakul sampah...dah selamat di angkut dek Alam Flora baru saya terperasan. Belum krim kolagen saya, belum night cream saya, belum yang saya tak tahu lagi..huh.

Setakat hampir dua tahun jaga budak-budak ni sabar dan redho jelah.Nak marah anak orang. Heh heh anak sendiri pun tak reti nak marah. Macam mana nak marah, baru dok jege mata kat dia, dah bergenang-genang air mata. Sapa-sapa producer drama nak ambil pelakon airmata....tolonglah telefon saya boleh saya panjangkan kat mak dia.

Bila dah redho tengok tongkang pecah tu, pandang dan lihat sahajalah. Bukan saya sorang yang pandang dan lihat...seisi rumah ni pun ikut pandang dan lihat. Amboi anak-anak ku sayang, suami ku terchenta...janganlah buat-buat tak nampak kain baju berlambak-lambak. buat-buat tak rasa sampah terpijak-pijak. Buat-buat tak faham yang kita pun sibuk nak bagi orang satu rumah makan.

Tak apalah demi anak-anak tersayang, demi suami terchenta...demi nak mempertahankan gelaran isteri mithali... bila masa pulak dapat gelaran tu heh, tak dapat pun tak apalah, dah lama redho,ku kuatkan hati, ringankan tulang, rajinkan diri, berperang dengan kemalasan untuk sediakan lunch buat you alls. Lepas tu siap buat the best cream puff in town untuk minum petang.

Wahai anak-anak tesayang, jangan lupa bila dah besar nanti, jamu mama makan high tea kat tempat best-best tau. Duhai suami terchenta, hargai dan layanlah isterimu ini sebagaimana yang patut ya...


Hanis sabarlah anakanda ku di perantauan ek. Asam pedas ikan merah, acar timun, sayur bayam dan ayam goreng...ibunda masak untuk hidangan tengahri semalam. Tengok Alisya macam mana tak slim..depan tu ada ayam goreng pun khusuk betul membaca.Tahniah!
Sabarlah lagi sekali anakanda ku Hanis, ibunda buat hidangan petang cream puff kegemaran mu ini ketika kau jauh diperantauan. Cream puff yang paling sedap ever..jangan marah....
Bersusun-susun, ingat banyak sangat ok....tak sempat nak jamu kawan blogger datang tengok-tengok dah licin. Kena buat second round....


Ok noughart tolong jagakan laptop ya...takut nanti kena rebut dengan Hafiiz...Hafiiz tu tak boleh main facebuk tahun ni UPSR tau.

















Tips


Banyak orang tanya tentang wajah saya yang segar dan awet muda. Jawapannya, alhamdulillah semua tu kurniaan Allah. Terima kasih Allah kerana beri saya kulit licin dan bersih, badan yang masih ramping dan apa yang paling utama ialah sihat dan cergas walaupun usia mencecah 44 tahun.Kalau orang lain tertanya-tanya, saya apatah lagi! Nak kata keturunan, tak juga kerana kalau saya berjalan dengan adik bongsu saya yang 7 tahun lebih muda dari saya pun banyak yang ingat saya yang adik.

Saya pun tak amalkan petua tertentu untuk nampak awet muda. Cuma saya cuba jadi diri saya. Mungkin secara kebetulan ianya memberi kesan kepada penampilan diri dan wajah saya.

Dibawah ini serba sedikit tentang diri saya dan kehidupan saya seharian :

(1)
- saya seorang yang suka sangat berkawan
- saya suka keluar berjumpa kawan-kawan
- saya seorang yang peramah dan mudah memberi senyuman
- saya mudah tertawa walaupun dengan lawak-lawak bodoh
- saya suka menggembirakan orang lain terutama anak-anak saya
- saya tidak kedekut terutama dengan anak-anak saya
- saya suka bercakap jujur dan terus terang
- saya tidak banyak berahsia
- saya setia pada seseorang tetapi kalau saya dah tak suka sukar untuk saya kembali menyukai.
- saya tidak suka dikongkong
- saya seorang yang penyabar
- saya tidak suka marah2
- saya tidak tahu marah
- saya tidak pernah moody
- saya seorang yang pandai menghargai
- saya seorang yang pemaaf
- saya seorang yang mudah melupakan persengketaan
- saya seorang yang menggemari seni
- saya seorang yang tidak mudah berputus asa
- saya seorang yang berfikiran terbuka
- saya seorang yang gemarkan hiburan
- setiap kali saya rasa susah hati saya akan berwuduk dan membaca ayat-ayat Al-Quran dan memohon dari Allah.
(2)

- saya jarang sekali sarapan pada awal pagi
- saya selalu makan bermula jam 11 pagi keatas
- kadang-kadang jam 2 ptg baru saya menjamah makanan
- sejak kebelakangan ini saya jarang masak dan makan di rumah kerana kalau saya masak makanan sendiri saya akan sentiasa mengulang makan sepanjang hari...sebab saya tak tahan melihat makanan yang enak-enak itu.
-Bila saya beli makanan diluar, saya beli hanya sedikit, bila dah habis...anak-anak akan masak yang mudah sekiranya mereka masih lapar. Contohnya mereka buat roti telur dan saya tak perlu makan lagi.
- saya gemar membasahkan muka saya dengan air walaupun ketika itu muka saya masih ada makeup.
- saya cuci wajah saya menggunkan cleansing milk secara rutin
- saya memakai penyegar dan pelembab secara rutin
- saya memakai krim kolagen secara rutin
- sekali sekala bila teringat saya ambil supplement zinc, kalsium, alfafa, beta carotene, omega dan multivitamin
- saya hanya exercise dengan membuat kerja-kerja yang biasanya di lakukan oleh pembantu indon
- saya mencuci rambut setiap hari
- saya menggunakan kapsul treatment dan mask rambut setiap kali lepas mandi
- saya masih pergi ke salon untuk mencantikkan rambut
- saya banyak menggunakan produk makep yang bermutu dan berjenama seperti bobby brown.
- saya memilih pakaian yang menampakkan saya muda
- saya elakkan memakai tudung yang mempunyai labuchi supaya tak nampak macam orang tua.
- saya pergi ke kedai pakaian kegemaran anak-anak remaja saya.
- saya meminta anak-anak yang memilih pakaian untuk saya kerana taste mereka adalah taste orang muda.

Sunday, March 21, 2010

Birthday Di Melting Pot, Concorde Kuala Lumpur

Ini mama dah tukar gambar...dah tak gemuk dah......




Tahun lepas saya buat hari jadi Liana 'birthday breakfast'. Tahun ni Liana kata, malaslah mama nak buat kat rumah, penat. Masa tu saya cuma terfikir untuk sambut di 'buffet supper'
Melting Pot kerana harga yang agak berpatutan iaitu 48++ dibanding dengan 'buffet dinner' iaitu rm85++ .

Lagipun dah lama saya tak bawak anak-anak makan di hotel. Saya ni bukanlah orang yang senang sangat. So kalau nak bagi treat kat anak-anak ini mesti kena ada apa-apa occasion seperti hari jadi, atau kerana mereka berjaya dalam exam atau kerana mereka menolong saya membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Selain daripada itu kalau anak-anak nak pergi bercuti atau mereka nakkan sesuatu yang agak mahal, saya tetapkan ianya sebagai reward atas usaha mereka sendiri.

Bagi saya dengan berbuat begitu, ianya merupakan satu motivasi untuk anak-anak berusaha lebih bagi mencapai apa yang mereka inginkan selain daripada menggembirakan mereka pada occassion2 tertentu.

Mula-mula risau juga bawa anak-anak makan waktu supper yang bermula jam 11 pm ni, kot-kot diaorang ni tak larat menahan mata, mengantuk dan sebagainya. Tak sangka pulak, dia orang punyalah enjoy makan sehingga bila waktu hampir pukul 2 pagi saya ajak balik, mereka keberatan lalu kami sambung melepak sampai coffee house hampir tutup iaitu 3.30 am.

Sayang Hanis tak dapat balik meraikannya bersama sebab hari isnin dia ada exam. Tapi tak apa, Hanis bukan enjoy makan buffet pun. Selain pemalu dengan orang, Hanis pun pemalu dengan makanan. Kalau setakat buffet semua tu memang rugi kalau Hanis pergi. Dia tak kuat makan. Maksud saya dia makan banyak tapi mengambil masa yang panjang. Malangnya selalu baru duduk sekejap, cepat sangat nak balik. So tak apalah ya Hanis...lain kali kita pergi Hanis makan ala-carte je ya....hehhe





Terima kasih bakal menantu mithali kerana syer sponsor birthday Liana. 50-50......moga-moga Liana dan Khairi akan bertemu jodoh.







Dua-dua ni nampak je pendiam...tetapi paling kuat buat loyar buruk



Sedap-sedap...enjoynya Khairi si budak cerewet pasal makan ni makan di sini.




Sambil berjalan pun sempat berposing...




Saya dan anak-anak tanpa Hanis




Hafiiz siap menyinsing lengan baju....dialah orang yang paling enjoy sampai tak mahu balik.








Tak senonoh betul chef di Concorde Hotelni....macam ni dia hias birthday kek untuk kami si pembuat kek ni.

La....saya yang bodoh tak pernah belajar masak tinggi-tinggi sampai dapat sijil ni pun boleh buat kek yang sedapla mata memandang.....apatah lagi mulut yang merasa.




Untung bawa Alisya ni....penghabis dessert....di melting pot.




Wah happy, kenyang tapi nak makan lagi.....




Sebaris untuk photo album di Facebook...heeeee



















Saturday, March 20, 2010

Resepi Egg Tart Dan Si Gemoq-Gemoq Buruk Lantak





Plain Egg Tart

200gm butter (cold and dice)

80 gm icing sugar

400gm wheat flour

1 egg

1tsp vanila paste


Whisk butter and icing sugar at a low speed for a while. Add in egg, vanila paste then add in flour.Mix all ingredients and form a soft dough. Rest in fridge for 15 minutes. Divide dough into 15 pieces according to size of mould. Press pastry into moulds. Fill mould with egg mixture and bake for 25 minutes at 160 celsius.


Tart Filling


440gm full cream milk

200gm sugar

5 eggs

2tsp vanila paste

2tsp vinegar


Boil sugar and full cream milk until the sugar disolved and leave to cool. Beat egg and add vanila paste and vinegar. Pour into sugar solution and mix well. Filter and pour the mixture into tart shell.





Ini semua muka gembira kekenyangan buruk lantak mentedarah gemoq perut buncit...dekat pukul 4 pagi dengan berat hati rasa tak bersalah nak tido kat sofa coffee house terus ke apa ntah..kejap dah bangun nak balik pastu duduk balik sambung melantak pastu kena sergah baru nak beredar dari Melting Pot @ Concorde KL sempena meraikan besday Liana and belated besday Khairi. Berbaloi bawak dia orang ni pergi makan buffet....seronok tengok dia orang enjoy giler makan.....cerita seterusnya di post akan datang....


Thursday, March 18, 2010

Hidup Perlu Kreatif

Makan di Kenny Rogers memang tak berbaloi...mahal dan ayam panggangnya semakin hari semakin kecil. Mungkin sebab saya bandingkan makan di ikea.

Muffin di Kenny Rogers sebijik macam butter cake yang saya buat. Sesiapa yang pernah order pasti tahu.


Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk menempuh segala pengalaman yang amat pahit untuk ditelan. Saya melalui nya dengan pandangan positif bahawa Allah masih sayangkan saya dengan memberi saya kehidupan lagi untuk merasai kepahitan itu.

Dalam hidup ini pengalaman adalah guru yang terbaik pernah kita temui. Jadi jangan biarkan ia tercicir tanpa kita pelajari sesuatu daripadanya. Tempuhilah ia walau pahit bagai hempedu tetapi dengan tekad di hati bahawa Allah ada untuk menilai siapa diri kita.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas rezekiNya yang saya nikmati. Walaupun pada hakikatnya sehingga kini saya masih bertungkus lumus bersengkang mata, mengejar masa, memerah tenaga dan mencari peluang membuat berbagai kerja mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan keluarga tetapi saya tetap berbangga dan bersyukur inilah rezeki dan kenikmatan yang paling besar bagi saya yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.


Waima Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil, justeru Dia tidak akan membebankan hamba-hamba dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh mereka. Jadi kita sebagai manusia yang berakal dan tahu berfikir, hadapilah setiap masalah dengan minda yang terbuka dan tangani ia dengan pemikiran yang lebih kreatif. Insyallah segalanya akan berada di tempat yang betul.


Sama seperti bila saya menyediakan menu untuk anak -anak saya di rumah. Bendanya simple sahaja tetapi apabila kita kreatif ianya menjadi seperti sesuatu yang amat istimewa untuk dinikmati.

Walaupun makan dirumah tetapi dapat rasa macam makan di restoran mahal. Yang penting kena kreatif. Saya hanya masak nasi beryani dan saya hidang bersama drummet dan salad serta dihidangkan bersama sambal melaka dan sos istimewa.

Hidangan yang penuh gaya dan warna memang menjadi kegemaran anak-anak.

Wednesday, March 17, 2010

Tidur Atas Lantai

Sepanjang perjalanan hidup ini, orang-orang seperti jannah itu dah biasa sangat bersimpang siur dalam hidup saya. Mencaci, mencerca, mengutuk, memfitnah, ikut sedap mulut mereka, dengan hasrat mahu memburuk-burukkan kita di mata orang. Memang lumrah alam, walau kita tak pernah ganggu, usik merekapun, tetapi selagi mereka manusia, mereka tetap gemar mencari kelemahan, kekurangan dan kesilapan orang lain.

Bila saya menjawab balik begitu bukan bermakna saya terjejas dengan segala cercaannya tetapi saya mahu dia tahu, hidup ini singkat, kita tak perlu mencari salah silap orang kerana belum tentu kita yang betul ni akan selamanya betul. Semakin banyak kita melihat kekurangan orang lain, semakin susah kita nak sedar kekurangan dan kelemahan kita lalu kita terus hidup dengan kelemahan dan kekurangan itu.

Dulu ketika saya baru berkahwin, hidup saya memang susah. Dengan gaji sebanyak rm550 memang tak cukup. Sewa flat PKNS di Seksyen 8 Shah Alam ketika itu rm350. Setiap bulan sementara nak dapat gaji terpaksa meminjam-minjam kerana duit makan, duit tambang bas nak ke pejabat memang kering seminggu lebih awal sebelum dapat gaji.

Hantaran kahwin pun saya tak merasa walau sekadar untuk membeli sebuah katil, sehingga kami terpaksa tidur diatas tilam tanpa katil selama hampir 3 tahun. Itu pun tilam bujang suami saya dulu. Selepas itu hutang pinjaman peribadi sebanyak rm5000 yang digunakan sebagai hantaran dan belanja perkahwinan kami dengan koperasi syarikatnya pun langsai, dapatlah suami saya membuat pinjaman semula untuk membeli set tempat tidur.

Masa dalam kesusahan begitupun, seorang abang ipar saya iaitu suami kakak saya yang pernah saya ceritakan dalam blog tentang dia merendah-rendahkan pencapaian Hanis dalam CGPAnya tempohari, dengan bangganya, menjaja cerita dengan adik beradik dan saudara mara saya dikampung, yang hidup kami macam pelarian, tidur atas lantai sehingga adik beradik, saudara mara, termasuk ibu saya sendiri semua memandang rendah pada suami saya.

Pernah saya ceritakan sebelum ini, dari anak pertama sehingga anak ketujuh, tiada seorang pun keluarga saya menjenguk saya ketika saya sakit melahirkan. Malah anak kami yang meninggal itu saya uruskan bersama suami dan kawan-kawan sepejabatnya tanpa seorang pun dari keluarga saya menjenguk kami yang dalam kesedihan.

Pelbagai hinaan yang kami terima sehingga paras rupa saya dan anak-anak saya pun jadi umpatan. Malah, adik lelaki saya yang bongsu sanggup memaki hamun suami saya dengan panggilan anjing kurap bila kami meminta dia membayar fees suami saya kerana menolong dia disyarikat dia. Masa tu suami saya banyak tolong kerja-kerja disyarikatnya, jadi kami minta bayaran seperti yang dijanjikannya.

Namun semua itu adalah sebahagian dari asam garam kehidupan kita bernama manusia. Saya melihat mereka itu termasuk kawan-kawan saya yang dulu pernah menghina dan mencerca tidak senang pun hidup mereka. Malah hidup mereka sendiri jadi tak tentu arah dan kucar kacir.

Justeru itu saya percaya, jangan lah kita mencerca dan menghina orang lain kerana cercaan dan hinaan dari Allah s.w.t terhadap kita itu lebih hebat. Manusia itu lemah dan pasti ada kekurangan, siapa kita untuk mengata dan sekaligus menghukum mereka.

Monday, March 15, 2010

Solekan Pengantin


Ha gambar saya kat majalah MIDI dah keluar. Maklumlah Model 80an....tak kan nak masuk majalah remaja ..nanti ada yang migrain pulak. Tapi sapa kata tak boleh? Mana tahu kalau rasa boring-boring nanti bolehlah apply kerja kat Karangkraf sebagai makeup artis , mana tahu rezeki anak-anak...dapat jugak masuk remaja.

Lain betul lah orang lain makeup dengan sendiri makeup. Kalau makeup sendiri tak larat rasanya asyik dok nak menepek bedak. Lenguh rasa tangan. Tetapi makeup artis majalah ni kalau menepek bedak selagi tak lenguh tangan selagi tu tak nak berhenti.

So untuk Baizura di Ampang dan Kakak kepada Yati di Klang..bersedialah untuk berhujung minggu bersama saya di bilik solek nanti ya.

Sunday, March 14, 2010

Dunia Ini Kecil, Bumi Ini Bulat

Anda tahu betapa bergunanya networking, ramai kenalan, ramai contact dan yang sealiran dengannya. Banyak gunanya. Tidak rugi anda berbaik dengan ramai orang atau semua orang kerana satu hari mungkin kita perlukan pertolonganya. Atau mungkin satu masa, kita perlukan khidmatnya atau juga satu hari kita perlu berurusan dengannya.

Anda tahu betapa tidak bergunanya permusuhan, anti, suka cari pasal, suka cari gaduh, persengketaan, perdebatan, tidak puas hati dan kebencian. Apa keuntungan yang anda dapat hasil dari tindakan tersebut. Tidak ada apa keuntungan pun malah rugi tenaga, masa dan jiwa tertekan.

Bukan itu saja...hidup ini macam roda berpusing. Dunia ini kecil, bumi ini bulat..untuk apa mencemuh, bermusuh, anti, menimbulkan rasa benci, kerana kita tak satu hari nanti mungkin kita akan bertemu lagi, mungkin satu hari kita akan menjadi pekerja bawahannya, mungkin satu masa kita akan menjadi keluarganya, mungkin satu ketika kita terpaksa tinggal sebumbung dengannya.

Kalau tidak ada perkataan yang elok didengar lebih baik jangan berkata-kata.

Saya pun hairan, saya ni bukanlah celebriti, yang terpaksa mencari sesuap nasi hasil dari sumbangan para peminat melalui drama atau lagu. Orang kata 'public figure'. So segala tingkah laku saya tidak boleh walau sedikitpun menjengkelkan hati peminat.Kerana dengan tiket celebriti itu peminat berhak menghentam saya.

Saya juga bukanlah ahli politik yang sedikit sebanyak makan hasil cukai yang dikutip dari rakyat ...maka salah sedikit apatah lagi banyak pasti kena bersedia menerima sungutan dan dihentam oleh rakyat yang tidak puas hati.

Saya hanyalah tak lain tak bukan seorang yang pernah menjual nasi lemak tepi jalan, pernah jadi tukang masak restoran, pernah menjual aiskrim depan sekolah, menjual kek dan menjaga anak-anak orang. Rasanya tak perlulah anda sakit hati semata-mata bila saya katakan saya PALING. Hanya paling dikalangan adik beradik jer. Tak perlulah nak highlight perkataan cantik dalam blog saya itu sebagai membangga diri.Saya tak katapun rambut saya cantik.Saya cuma kata rambut saya mengancam...(nada gurau) Saya cuma kata bila orang kata rambut saya cantik, masa tulah saya nak sangat pakai tudung.


Ada seorang pelanggan saya yang bekerja di Bank, sanggup buang masa, tenaga dan persahabatan dengan meng e-mel saya dan menghentamkan hanya semata-mata tidak puas hati dengan ais krim yang dibelinya dari saya.Katanya, dia tak puas hati sebab ais krim yang saya buat tak sedap pun. Harga dahlah mahal 60sen. Katanya lagi emak dia di kampung (Kedah) buat lagi sedap dan harganya cuma 20 sen. Setelah membacanya, hati saya berkata-kata...kalau dah emak hang buat sedap, kenapa tak balik sahaja ke kampung hang di Kedah tu, dan order sahaja dari emak hang, kan murah 20 sen!.

Secara logiknya, kalau anda beli nasi lemak ditepi jalan lalu anda makan dan anda rasa tak sesedap mana, sanggupkah anda pergi balik kat makcik nasi lemak itu dan komplen mengata yang nasi lemak itu tidak sedap. Tak mungkin bukan?

Kalau anda rasa makanan yang anda beli dari satu kedai itu tidak sedap, lain kali anda tidak perlu beli lagi di kedai itu bukan? Keenakan makanan adalah perkara yang mungkin subjektif. Bagi anda tidak sedap, tapi mungkin bagi penjual nasi lemak itu, itulah nasi lemak yang paling sedap pernah dia buat. So kalau dah tak sedap lain kali jangan beli. Habis cerita. Tak ada sapa yang terluka.

Memanglah puas hati anda sebab dapat komplen. Tapi apa yang anda dapat? Hanya rasa tidak puas hati dapat anda lepaskan manakala ada orang lain yang merasa tersinggung oleh kata-kata anda.Ok fine..itu cerita peniaga tepi jalan yang mungkin tidak akan anda temui lagi.

Tetapi apa yang buat saya terkilan, dialah antara pelanggan yang saya pernah ajak masuk ke rumah, bersembang lama dengan saya, saya hidang kopi, saya hidang chocolate chip, saya hidang strawberi moist chocholate kek. Kalau pun sekali dia sakit hati sebab rasa tertipu kerana aiskrim saya yang tak sedap tu, tak perlulah buat orang tersinggung,.Sekurang-kurangnya, ingatlah besarnya hati saya melayannya ketika dia datang mengambil aiskrim.

Fikirlah sedalam-dalamnya.Kalau tak suka jangan order lagi. Tak perlu nak singgung hati orang. Tak dapat apapun. Hilang kawan.Hilang kenalan.Kurang networking.

Saturday, March 13, 2010

Adakah Nama Anda Sesuai Dengan Peribadi Anda

Saya rasa saya tak perlu faham kenapa ada segelintir manusia disekeliling kita ni begitu gemar mengutuk, mencaci cerca, menfitnah orang lain sesuka hati mereka kerana bagi saya mereka ini sedang berdepan dengan masalah jiwa.

Jiwa mereka kosong oleh itu mereka mahu memenuhi dengan menyibuk dalam kehidupan dan mencampuri urusan orang lain. Jiwa mereka sakit oleh itu mereka mahu orang lain merasa sakit juga dengan kata-kata mereka.Jiwa mereka bernanar sebab itu mereka mahu orang lain menghidu bau busuk hati mereka.Jiwa mereka tenang melihat orang lain tak senang.Jiwa mereka gembira melihat orang lain derita.

Memang sukar untuk mereka mengeluarkan kata-kata indah dan menyenangkan kerana mereka tidak terdidik begitu. Mungkin juga telinga mereka hampir tuli di asak dengan kata cerca yang kesat setiap masa. Ataupun mata mereka sudah buta melihat segala penderaan jiwa ataupun raga di depan mata.

Oleh itu untuk ibubapa yang mahu menimang cahaya mata, kalau kita nak bagi nama anak nama yang indah-indah....nama syurga, nama nabi dan sebagainya...didiklah mereka supaya nama yang indah itu sesuai dengan perwatakannya. Walau nama indah sekalipun...kalau sedari kecil...kita memaki hamun dia atau pun orang...pasti jiwa dia terganggu dan akan terbiasa memaki hamun orang lain apabila mereka dewasa. Walau nama syurga sekalipun kita namakan anak...kalau dia memerhatikan yang kita biasa berhasad dengki dengan orang lain...kesian anak-anak kita...sedikit sebanyak tak tertanggung dan terbawa nama-nama syurga olehnya.

Jadi beringatlah untuk menamakan anak-anak dengan nama yang elok sesuai dengan mendidik mereka agar mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang yang elok juga.

Contoh nama syurga nan indah yang tak terbawa oleh sesetengah individu adalah seperti dibawah ini :-


jannah said...
ramai sgt yang memuji sampai u jadi perasan.. isteri cantik baik konon.. seriously i ckp u takla cantik sgt. cuma putih jer lebih. hidung kemek. mata sepet.. lg nak perasan. suami u panas baran mungkin ada perempuan lain yg jauh lebih cantik, muda dr u menggoda diluar. kalau dia sayang u sgt u takkan kene jerkah nyer

jannah said...
ntah pape.. kalau jiran2 lain u baca mesti die tau problem jiran sebelah rumah u tuh.. xboleh simpan rahsia langsung.. lagi banyak i baca tulisan u lagi meluat. sorila xrespect langsung dah. dulu mungkin la.
February 11, 2010 8:37 AM

jannah said...
ramai sgt yang memuji sampai u jadi perasan.. isteri cantik baik konon.. seriously i ckp u takla cantik sgt. cuma putih jer lebih. hidung kemek. mata sepet.. lg nak perasan. suami u panas baran mungkin ada perempuan lain yg jauh lebih cantik, muda dr u menggoda diluar. kalau dia sayang u sgt u takkan kene jerkah nyer
February 11, 2010 7:45 AM

jannah said...
memang berlagak giler.. padahal biskut yang i beli kat u dulu tak sedap maner pun.. sumpah lillah sedara2 i semua ckp xla sedap mane pun. ha tula jangan berlagak lagi dr org suka teros jadi xsuka.
February 11, 2010 8:07 AM


jannah said...
anak2 u pon xpakai tudung.. pakai skirt pendek lg.. tak payah bebel disini mcm org baik
March 8, 2010 10:50 PM

Wednesday, March 10, 2010

Kesian Mulut Itu

Mulut busuk itu
mengejek
menghina
mencerca
mencari siapa silap
jelajah segala kekurangan
lalu tersenyum puas


Mulut lancang itu
mengumpat
mengutuk
mengata
memfitnah
tanpa sebarang asas
yang jitu dan jelas
lantas tertawa senang


Kemana dia pergi
mulut jahat itu selalu menyongsong
tak pernah tercicir langsung


Singgah di laman orang
jadi tetamu tak diundang
siap maki hamun macam mulut jalang


Bertandang dirumah orang
sah tak ada kerja
mencaci mencerca
lagak macam dia yang menyara


Adakah mulut itu sedang berdakwah
mengapa meletak tarafmu begitu rendah


Adakah mulut itu sedang berceramah
mengapa bongkak tak tahu berhemah


Adakah mulut itu sedang menasihat
mengapa dahsyat penuh hasad


Kesian mulut
Selagi nyawamu dikandung badan
selagi tanahmu belum menelan
selagi tuanmu macam syaitan
selagi itu kau mengikut arahan
walau tak ketahuan
tak tahu asal tujuan

Kesian...
jiwa sendiripun tak keruan
badan sendiri pun tak ketentuan
sanggup merempat mencari bahan

Mengintai ke sana
Mengendeng ke sini
Entah siapa lagi jadi sasaran.
Kesian...kau mulut

Tuesday, March 9, 2010

BILA AURAT TERTUTUP

Bagi saya Islam itu mudah. Orang-orang kita je yang sering buat Islam itu nampak sukar dan membosankan.Masih berkisar soal bertudung, pada kebanyakan perempuan, bagi mereka kalau mereka dah bertudung, mereka tak perlu nampak cantik. Mereka tak perlu menghias diri mereka cantik. So dunia mereka seolah-olah sudah berakhir kerana mereka bertudung menutup aurat.

Sebenarnya saya ada pendapat dan prinsip saya sendiri. Saya suka kelihatan cantik di depan suami walau pun saya bertudung menutup aurat ketika diluar. Tak mahulah ketika di rumah bila bersama suami, buka je tudung, rambut terkecut, pendek sejemput. Tak menghairahkan langsung.

Saya masih juga ke salon, merawat dan mencantikkan rambut semata-mata saya suka dilihat oleh suami, anggun dan menawan. Selain daripada saya sendiri memang gemarkan sesuatu yang cantik dan menawan.

Mungkin juga kerana saya banyak terpengaruh dan begitu terpegun dengan kecantikan perempuan-perempuan arab yang saban kali saya lihat di pusat-pusat membeli belah. Sekalipun mereka memakai purdah yang menutup mata, tetapi saya dapat mengintai yang mereka menyolek wajah mereka terutama mata mereka dengan begitu cantik sekali.

Jadi kalau anda memakai tudung menutup aurat, sebenarnya ingin saya tekankan di sini yang DUNIA BELUM BERAKHIR.

Monday, March 8, 2010

Ketika Aurat Terdedah

Dalam proses saya nak pakai tudung ni...macam-macam cabaran saya tempuhi.Kalau tak silap masa tu ialah 12 tahun yang lepas...proses peralihan itu memang sesuatu yang tak berapa nak lancar. Sekejap rasa nak pakai...sekejap rasa nak tak nak pakai.

Memang mencabar kerana masa tu iman memang goyah.Tambah lagi rambut saya yang memang mengancam.Bak kata sesiapa yang mengenali saya sebelum saya memakai tudung, pasti berkata, teringat u dulu yang vogue dengan rambut perang curly macam rambut shakira. Sebenarnya sampai sekarang pun saya memang memiliki rambut yang lebat, panjang, perang dan spiral curl.

Saya pula ada satu perangai, time orang puji-puji rambut cantik segala, masa tulah gatal kaki nak pergi salon, potonglah permlah, inailah. Sama jugak, masa orang dok kagum dengan kecantikan rambut saya yang curl-curl tu....masa tulah hati tak sabar-sabar nak bertudung. Duduk sorang sorang dalam bilik dok menerai segala tudung...pastu kejap-kejap turun bawah tanya anak-anak, "cantik tak kalau mama pakai tudung macam ni, ok tak?" Asyik dok menanya pendapat anak-anak...sampai anak-anak tak kuasa nak menjawab...mereka pun cuma cakap 'cantik....'.

Masa mula-mula pakai dulu...saya pun tak faham kenapa. Hati nak pakai tapi dalam masa yang sama asyik merungut dengan suami dan selalu sangat kata ' i ni bukan tak suka pakai tudung, tapi i tak tahan panas, pening macam nak pengsan rasa'. Masa tu masuk je kereta terus buka tudung.

Dah tu, anak-anak dara saya pula...asyik dok puji rambut saya cantik maka bertambahlah goyah hati saya untuk terus bertudung. Maka jawab saya, tulah rambut mama cantikkan rasa tak nak pakai tudung. Tapi, anak dara saya yang Hanis ni memang bersuara lantang...ma, salah atiitude macam tu. Kita tutup aurat bukan sebab nak nampak cantik, tapi nak tutup kecantikan. Kalau mama pakai tudung, kira mama terrorla sebab mama nak tutup kecantikan mama.

Dalam proses nak berjinak-jinak dengan tudung untuk menutup aurat saya....ada juga kawan-kawan yang memang tak boleh pakai attitude dia orang nih. Masa tu ketika pulang dari hantar anak sekolah agama, tudung masih melekat di kepala saya. Saya memakai tudung ketika itu kerana terdapat peraturan disitu berbunyi "ANDA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT BILA MASUK KE DALAM KAWASAN". Sekali pun kita keparat macam setan, tak kan lah tak tahu nak baca larangan tersebut. Kita nak masuk kawasan orang, kenalah hormat apa peraturan yang ditetapkan. Kalau kita nak naik bot, peraturan yang ditetap memakai jaket keselamatan tak kan kita nak ingkar. Kalau kita pergi majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya tak kan kita datang dengan skirt pendek, seluar pendek atau seumpamanya. Kita memanglah tak tahu malu, tapi tuan rumah yang menjemput kita tu nanti rasa malu dengan sikap kita yang tak tahu hormat majlis orang.

Berbalik pada kawan-kawan yang tak berapa nak berguna tu, dia tegur saya, hai dah pakai tudung ke? Semalam tengok tak pakai tudung. Maka saya menjawab...oh saya baru balik dari sekolah agama anak, kan nak masuk kawasan tu, diwajibkan pakai tudung.

Kawan Saya : "boleh pulak macam tu, i tak suka hipokrit...buat apa nak ikut orang...kalau kita tak pakai tudung. That said. Nak buat apa pakai sebab orang suruh pakai. Hee i tak reti nak berlakun-lakun ni...nak hipokrit-hipokrit ni.

Saya : Tak adalah, kita masuk kawasan orang kenalah respect peraturan orang.

Kawan saya : eh apa pulak nak paksa-paksa orang pakai tudung.

Saya : Dah u masuk kawasan orang...dia orang tak tengok u punya aurat tu...ikut jelah.

Kawan saya : Eh tak da lah....orang lain boleh la , i sori. Masa balik rumah mak mentua i kat kelantan pun..tak ada nyer i nak bertudung-tudung depan dia orang. I bukan hipokrit.

Saya ; Bukan masalah hipokrit. Just respect orang...kita di tempat orang. dia orang benci kalau tengok kita tak tutup aurat. So buat apa nak bagi orang benci kat kita.

Disebabkan kawan saya ni manusia paling tak mahu kalah kalau bercakap maka...akhirnya saya diam dan berlalu...lantak kau la labu....

Tapi sekarang, alhamdulillah...kalau dulu saya tak malu nak tunjuk rambut saya pada bukan muhrim...tapi sekarang saya rasa tak sanggup dan sangat malu.

Bagi saya, tak mengapa anda mengalami pelbagai dugaan, umpatan atau berperang dengan kemahuan sendiri seperti sekejap pakai sekejap buka, asalkan anda ada niat dan berusaha untuk memantapkan iman di dada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Kita pun manusia biasa, yang masih lemah dan tak cukup kuat lalu sering buat silap. Yang penting jangan hati kita menjadi hitam lalu tertutup dan sedikitpun cahaya tak dapat menembusi. Nauzubillahiminzalik.

Wednesday, March 3, 2010

Dia Memang Garang....Fuhhh

Bila dah tua-tua ni, anak-anak saya yang kecik-kecik inilah jadi penghibur hati. Kemana saya pergi, mesti selalu saya bawak Imran Hafiiz dan Alisya. Pergi main bowling, pergi tengok wayang, pergi beli stationery, pergi beli barangan seharian di TESCO, pergi makan di IKEA memang aktiviti rutin kami empat beranak.

Satu lagi yang saya bangga tentang anak saya (eceh eceh, bangga lagi, kang jangan sampai ada yang meloya pulak bila saya membangga-banggakan anak-anak saya). Mereka selalu jadikan saya tempat mengadu, bercerita dan bagi saya mereka memang lawak. Terutama Alisya, yang ber suara lemak merdu (sedap ikut suara saya kot). Tadi dah loya kali ini terus muntah hijau pulak kang.

Hafiz dan Alisya ni memang rapat. Kalau saya nak keluar tak bawak Hafiiz, Alisya tak nak ikut. Setiap masa berkepit. Dah tu tak habis-habis bersembang. Saya yang sedang concentrate buat kerja ni pun, tersenyum-senyum, bila dengar mereka mula bercerita apatah lagi cerita tentang cikgu mereka yang bernama Puan Hazlidah. Saya dah pernah jumpa dah cikgu ni. Orang dia comel jer, peramah dan tidak sombong bila dengan ibu bapa. Suara dia pun sangat kecik dan comel...bak kata Hafiz dan Alisya macam suara baby.

"Ma,ma, Puan Hazlida tu garang tapi kelakar, dah lah suara macam baby, tadi kan, masa dalam kelas, dia ajar Bahasa Malaysia dia marah sebab murid2 tak faham. Dia kata sambil menjerit, dalam satu ayat kamu kena guna satu format yang cikgu dah cipta!!! Kamu kena ikut format PARL iaitu person, aktiviti, reason and location. Jangan nak buat ayat bengong!!!. Ayat pendek- pendek, contohnya DIA SEDANG MATI.!!!"

Ataupun, jangan pulak buat ayat pendek bengong yang ulang2 aktiviti contoh, mak sedang kencing. ayah sedang kencing. abang sedang kencing. datuk sedang kencing. nenek sedang kencing ke!." Dalam hati saya, fuhhhh...real betul cikgu ni...

Geli, geli betul Hafiiz bercerita....terkekeh kekeh....dalam pada garang tu pun, dia orang terhibur betul dengan kelas Puan Hazlida.

Nanti saya cerita pulak pasal cikgu tu buat lawak kat kelas Alisya...Alisya ni sangat pandai ajuk balik apa cik gu dia cakap....memang kelakar...bukan sebab cikgu tu je yang kelakar...Alisya yang menyampaikan cerita tu pun kelakar jugak...kalau boleh saya nak rakam cerita dia...heee.

Ini Dunia Ku, Anak-Anak Dan Coklat

Walau pun dah berpuluh tahun saya terpalit dengan kecomotannya namun sejak setahun dua kebelakangan ini, hidup saya bertambah comot yang tidak terbendung. Dapur saya yang biasanya bersuasana putih melepak..telah bercampur ton warna coklat lalu jadilah ia macam bayi yang terjumpa coklat cadbury bawah meja.

Serba serbi dah jadi coklat. Kain buruk toksah ceritalah. Setiap kali nak kena rendam klorok.Hari-hari saya bergelumang dengan kek.Hari-hari bergelumang dengan coklat. Dulu selalu benar sang suami merasa tercabar bila saya buat kek coklat untuk anak-anak makan. Katanya 'hee...i paling tak suka bila you buat kek coklat, comot satu rumah'.

Tapi kerana saya isteri yang degil, segala rungutan itu saya anggap macam angin lalu jer.' Sorry ya, i got no choice my dear',

Saya ingat lagi masa saya kerja bank dulu pun, satu malam tak tidur nak kena siap kan empat biji kek coklat sekali. Pagi-pagi saya bawa empat kotak kek ke pejabat dengan menaiki bas. Aduh bayangkan, semua mata pandang saya. Dan mata saya pun pandang mereka balik. Tak jadi hal.

Sekarang bila hari-hari pegang coklat, buat benda lain pun saya tak berapa nak cukup masa. Masak memang dah jarang. Kemas rumah setakat sapu sikit-sikit je.Mop sekali sekala. Nak kata kemas detail tu memang tak da masa. Laman dah lama tak dapat sentuhan saya. Dah lama tak beli pokok. Dah lama tak beli baja. Masih tak jadi hal.

Cuma sekarang yang jadi hal fikiran saya adalah anak-anak saya yang berdua bongsu ni. Hafiiz dan Alisya. Saya keliru dengan apa yang seharusnya saya rasa. Rasa bangga atau rasa bersalah. Saya tahu anak-anak sangat memahami situasi saya bekerja keras cari wang. Hampir setiap malam tak cukup tidur sebab buat dan tunggu kek masak.

Sejak setahun dua yang lepas memang saya jarang basuh dan gosok baju sekolah dia orang. Tetapi yang pasti, bermula tahun baru ni, saya memang tak pernah basuh dan gosokkan baju-baju sekolah Hafiz dan Alisya. Kadang rasa kasihan kadang rasa bangga. Bukan apa kagum sangat dengan Alisya. Kalau baju dia kena warna atau sebagainya, dia dah pandai rendam guna klorok. Sama dengan kasut sekolah. Gosok baju pun nampak sempurna. Kerja-kerja sekolah langsung saya tak pernah tanya dan sentuh. Memang sentiasa ada kesedaran sendiri untuk menyiapkannya.

Bukan setakat tu, kira-kira kalau sinki penuh pinggan mangkuk pun, sambil menyanyi-nyanyi dia boleh menyiapkan membasuh pinggan mangkuk yang menggunung.

Selalu bila saya suruh basuh pinggan, dia akan merungut kerana pinggan mangkuk yang kotor banyak. Tapi saya selalu kata, 'tak pa Alisya basuh yang Alisya larat sahaja. Kalau dah tak larat berhenti' Tanpa disedarinya dia tetap dapat menyiapkannya.

Saya tahu, anak-anak langsung tak pernah berkira atau merungut tidak puas hati kerana mereka kena buat sendiri. Cuma saya sahaja yang rasa tak sampai hati membiarkan mereka yang masih kecil (bagi sayalah) buat semua tu. Tetapi oleh kerana saya bukan superwoman yang boleh buat sendiri semua tugas-tugas mengurus rumah dan mencari duit, maka rasa bersalah saya itu tiba-tiba bertukar menjadi rasa bangga sebab anak-anak gembira, seronok dan bangga saya jadi ibu mereka.

Tuesday, March 2, 2010

Bertemu Jodoh

Pengumuman-pengumuman,
siapa yang mahu bantu
tolong aku kasihani aku
tolong carikan diriku
kekasih hatiku
siapa yang mahu


Eh tak, tak, tak.....memang jauh panggang dari api. Umur 19 dah kahwin...tak kan nak buat pengumuman cari jodoh..macam buat pengumuman-pengumuman kat majlis-majlis kahwin nak panggil pak sedara mak sedara untuk sumbang suara kat kugiran kampung pulak. Lainlah kalau dah terlajak.....

Tapi ini nak buat pengumuman tentang hal kahwin jugak Baru-baru saya telah kehilangan buku catatan tentang semua pesanan, makeup pengantin, kek dan biskut hantaran.

Jadi sesiapa yang ada membuat pesanan untuk bulan Mac ini sila telefon Kak Nani segera untuk mengesahkannya.Terima Kasih atas perhatian anda.

Sekian. Wasalam.