Bismillahirrahmanirrahmin
Assalamualaikum
Mungkin jiwa saya ni emo.Walau begitu saya pun tak menyangka bahawa tulisan-tulisan yang telus mahu saya paparkan membuat orang lain emo juga....Alangkah...
Senang betul nangisnya. Tengok Ombak rindu gembeng, kememe, cengeng. Tengok Konsert D J Dave, Uji Rashid, sebak, sayu bila dengar melodi mendayu. Melodi yang benar-benar membawa saya ke zaman saya anak-anak lagi. Waktu itu apalah yang wujud di kawasan ceruk pendalaman selain dari sebuah radio yang mendendangkan lagu-lagu sezaman. Bila saya merasa begitu, saya jadi rindu.. Saya rindu membesar bersama arwah ayah, saya rindu membesar bersama adik beradik. Sedang kini, apabila masing-masing bawa haluan dan sikap yang tak keruan maka kami adik-beradik tidak lagi seperti itu...makan berkongsi satu pinggan, tidur berkongsi bantal. Kini banyak yang dah berubah... Hati pun begitu.. Masing masing dengan haluan masing masing.
Kemudian saya menangis lagi. Memenuhi seluruh hati. Gerimis bukan lagi mengundang namun terus bertandang. Jemputan menonton prebiu wayang Gerimis Mengundang pasti tak saya lepaskan. Terima kasih Khalisa di atas undangan.
Kendati jalan ceritanya yang ringkas namun sungguh mengesankan perasaan.
Marilah berkongsi rasa dengan saya.
Seharusnya menghargai teman-teman rapat juga adalah sebahagian dari hidup ini.....
Press Conference Untuk Yang Menjayakan Filem Gerimis Mengundang yang sedang ditayangkan.
Sempat saya bergambar bersama gepren Kamal Aldi...
Saya faham.......
Saya memang faham.....
11 comments:
Dear, saya pun merasa seperti apa yang you rasa. 100% sama, mungkin kita sezaman. Sedih dan menangisi sendirian kerana masa yang lepas tak mungkin kembali lagi. Masing masing menjaga keluarga masing masing, lama lama semakin jauh.
Dear, saya pun merasa seperti apa yang you rasa. 100% sama, mungkin kita sezaman. Sedih dan menangisi sendirian kerana masa yang lepas tak mungkin kembali lagi. Masing masing menjaga keluarga masing masing, lama lama semakin jauh.
salam kak nani.. semuanya cun melecun menjadi halwa mata ini...
boleh tahan cun si olivia ni
bederau darah ayesha tgk comment tadi.. terima kasih sudi jengguk blog Ayesha
saya kan sebenarnya tak minat kamal adli tau, tapi lepas kak nani up entry pasal teater gerimis mengundang kan, baru saya perasan hensem gak dia ni kan, hehe dan oklah not bad..
Cantik sungguh Olivia tu. Halus kulit dia :)
Untung auntie..
assalamualaikum Nani....bestnya dpt berjumpa dgn pelakon2 Gerimis Mengundang tu...:)
sya pon rindu zaman membesar bersama adik beradik.. zaman berkongsi segala-segalanya. rasa seperti nk kembali ke zaman itu..huhuh
kamal adli tu hensem lah
Post a Comment