Monday, July 25, 2011

Waktu Yang Tersia

bila segala tak lagi begitu
kau cuba cari perasanmu
mengapa ia dah pergi
kau cuba intai hatimu
mengapa ia tidak lagi di situ

memang kosong
memang tiada
kau cuba kembalikan
walau sepicing tetap tiada
walau sedikitpun tidak bersisa

dia masih ada di situ
kau tetap lagi di sini
tapi hati tak pernah bertemu lagi
rindu tak pernah bertaut lagi
kasih tak pernah sampai destinasi
mati begitu sahaja.

Sunday, July 24, 2011

SOLEKAN UNTUK BAKAL MODEL

Assalamualaikum...

Seawal jam 7 pagi mendapat panggilan telefon yang member kita si Fida dan Nida ni dah tersesat sampai ke jakel seksyen 7.

Setelah saya bagi direction sampai kat rumah saya lebih kurang 7.30. Ok saya mekapkan Fida dan Nida untuk fotoshoot. Selepas tu saya bergegas ke KL untuk mekap pengantin. Selesai tu saya balik ke rumah sekejap untuk siapkan tempahan kek dan bergegas ke Setapak untuk Mekap pengantin bersanding waktu malam.

Penat semalaman sebelum tu membuat pavlova dan minggu sebelum tu biskut raya untuk customer yang order nak sebelum puasa tetapi atas percaya saya buat tanpa mengambil deposit. Akibatnya mereka tak muncul-muncul untuk kuih raya yang 5 jenis dan pavlova tu.....











Sebelum dimekap....Nida sendiri yang ambil gambar....terima kasih Nida...kerana kamera saya dibawa Hanis merata dari KL Johor Kl semula.







Nida selepas diberi sedikit sentuhan oleh saya........dibelakang tu saya sedang mekapkan Fiza.







Fiza dan Nida yang dah sedia untuk pergi fotoshoot.












Beriya Nida minta saya bergambar walau muka sembab dan mata akak sepit macam nyonya bangun pagi....
















Nida ketika fotoshoot.















Fiza dan Nida yang tampak vogue bergaya...bakat baru dalam modeling.....



















Model 2000-an.......












Ok di sini iklannya....biasalah akak kalau tak buat iklan mana boleh tidur malam!!!!






SESIAPA BERMINAT DAN PERCAYA DENGAN BAKAT AKAKS....SILA TELEFON AKAKS UNTUK MEKAP PENGANTIN, TUNANG, DINNER, KONVO, FOTOSHOOT.






SIMPAN NO NI BAIK2 NYA : 012395 9779.












Sekian terima kasih.


















Friday, July 22, 2011

Praline Pecan Aiskrim Cheese Cake

Assalamualaikum.....



Terkecur-kecur....dahsat...sungguh pemandangan ni kan.

Ini memanglah bukan kuih desa....

Tapi anak-anak akak urban...mana nak taksub dengan makanan ala-ala desa ni.


Kalau cheese mecheese memang peberret ever....

Silalah....menjamu mata....kalau nak menjamu selera...buatlah sendiri. Sebab product ni akak tak jual.

Kalau nak resepi boleh...

-
-
-
-
-
-








































































-
-
-
-
-
-
-
-

tapi kena tanya Imran....lagipun dia kena ulang buat sekali lagi sebab ini resepi cipta-cipta...tetiba jer jadi...

apa lagi


di cuaca panas begini...


jom layan...

Biar Liar Jangan Liar.

Assalamualaikum...






Pagi-pagi lagi dah menyibuk kat blog sendiri....WALHAL....kek stroberi moist choc dari tadi dok terlentang minta dibuat facial...pavlova minta dicalit-calit mekap bagi tampil vogue bergaya....huhu




Ah sudah....tiba-tiba teringat kata-kata seorang kenalan "biar liar jangan liar"....APA TUHHH???



Ok liar yang pertama memang bunyi dia LIAR...tetapi liar yang kedua kalau bunyi dalam bahasa ibundaku...adalah LAIYER...bukan cake layer ya...huhu.


Maksudnya....Biar liar jangan penipu.


Dalam hati terfikir-fikir sambil basuh pinggan setinggi gunung jerai sebab sejak semalam tak sempat-sempat nak membasuhnya....asyik dok bertambah....."PANDAI JUGA KAWAN SAYA TU BERGURAU".

Tuesday, July 19, 2011

Hidup Ini Tak Banyak Pilihan

Assalamualaikum ....


Orang mesti pelik bila tengok saya. Orang mesti hairan bila fikir tentang saya. Orang mesti fikir kenapa saya ni macam semua benda pun nak buat...semua benda pun nak grab...

Cehh...boleh pulak saya baca apa orang fikir...apa orang rasa tentang hidup saya....

Semua saya nak buat...buat kek macam-macam, buat biskut macam-macam,jaga anak orang, makeup orang, business itu ini...

Siapalah sanggup jadi macam saya. Ramaikah yang sanggup. Sedang saya sendiri pun sering rasa tak sanggup. Bak kata Liana anak saya..."kalau saya ni robot pun boleh pecah!" Mujurlah Allah yang jadikan saya...maka kepadanya juga saya berserah. Segala kudrat saya adalah pemberian dari Nya.

Kadang kala pagi buta, jam 3 -4 pagi saya masih berdiri memukul telur sedang seisi rumah sedang nyenyak dibuai mimpi. Mengapa saya harus mendera diri begitu. Mengapa saya harus menyusahkan diri begitu. Kerana saya yang memilih begitu. Saya yang memilih untuk tidak cukup tidur atau berehat. Saya yang memilih untuk membuat mata bertambah cengkung dan badan tak cukup rehat. Saya yang memilih begitu kerana saya tiada pilihan lain.

Kalau saya ada pilihan, saya lebih suka jadi seorang perempuan yang dimanjai oleh suami, diberi apa yang diingini, dibawa pergi bercuti, membeli belah, makan-makan dan sebagainya....dan sebagai imbalannya saya mahu jadi isteri yang hanya masak-masak dan berhias untuk suami dan anak-anak.

Dalam hidup kita tak banyak pilihan. Kalau saya pilih untuk merehatkan badan, maka tak adalah biaya untuk saya menyara pelbagai perkara termasuk makan dan pakai anak-anak yang masih ramai bersekolah. Bukan sikit-sikit duit yang harus disediakan.

Dalam kes saya juga, saya hanya diberi satu pilihan untuk terus berjuang demi menyara anak-anak. Insyallah dengan segala redhanya Allah maka saya masih mampu mengutip sedikit semangat untuk menjadikan siapa saya hari ini.

Salah satu usaha saya adalah menjual kuih hari raya....menyambung tradisi setiap tahun, mudah-mudahan tahun ini dilimpahi rezeki anak-anak oleh Allah yang Maha Pemurah.

Saya berharap anda semua memberi semangat dan sokongan buat saya terus berdiri. Alhamdulillah dan terima kasih banyak pada pembaca blog saya yang budiman yang percaya akan produk dan hasil usaha saya yang tak kenal waktu rehat dan waktu tidur. Mudah-mudahan Allah juga memurahkan rezeki anda semua. Amin ya rabbal alamin...











Sesiapa yang masih berminat untuk membuat tempahan sila telefon saya 0123959779 atau emel shinarostam@yahoo.com.


Semua kuih berharga sama iaitu rm30 untuk 50pcs sebalang.


Bank di CIMB 12090001687526 dan mms resit setelah buat bayaran dan telefon saya untuk list nama kuih dan pengesahan tempahan.


Sekian terima kasih.



Wasalam.





Friday, July 15, 2011

Hantu Cermin

Assalamualaikum....


Pagi ni saya bangun awal seperti biasa. Di luar bunyi gemersik angin kedengaran sayu. Terus tuju ke dapur, pinggan mangkuk penuh di sinki. Malam tadi nyenyak betul tidur...sedar-sedar bunyi hujan turun.Buka dan selak daun tingkap luas luas.. Suka sangat melihat daun-daun tertunduk-tunduk kuyup ditimpa air hujan terasa dingin seluruh alam.

Sesekali menjenguk ke ruang makan kerana di situ ada cermin besar. Saya paling suka mengintai cermin sewaktu bangun dari tidur bila melihat wajah halus licin dan rambut yang cantik seolah-olah tersisir dan terasa masih lebat. Tak tahulah perasan sorang-sorang ke...tetapi bila lihat muka halus, rambut sihat memang suka betul pandang cermin lama-lama.

Setiap hari adalah bermula hari yang sibuk bagi saya...terasa macam 24 jam tu terlalu singkat. Tidur saya setiap hari selewat 2 pagi dan bangkit seawal 5 pagi. Sepanjang siang hari saya langsung tak dapat untuk melelapkan mata kecuali kalau keluar dan suami memandu disebelah.

Buat kek, keluar menghantar kek, keluar membeli barang, rumah memang tak pernah terkemas...kalau kemas pun hanya mampu ala kadar..cuit sana cuit sini sikit. Menghantar anak sana-sini.Mengandam pengantin, menjaga anak-anak orang namun saya masih curi-curi masa untuk menjahit tudung dengan hiasan bunga-bunga. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan datang ke rumah atau secara pos.


Mencuri masa untuk menghantar Hafiiz dan Alisya ke kelas Street Dance di Subang Jaya.



Inilah kolagen yang saya amalkan...berharga rm150. Sangat bagus untuk menjadikan kulit anjal, menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku, menurunkan berat badan dan membantu menyembuhkan sakit tulang atau eostoprosis (betul ke eja). Sesiapa yang berminat sila emel shinarostam@yahoo.com atau telefon saya 0123959779.



Walau dah dinihari saya masih mengalu-ngalukan kedatangan kawan-kawan semua termasuk yang baca blog datang mahu merasa dan menempah kuih raya.



Mehlah datang rumah...'ku menunggu'



Tempahan Strawberry Moist Choc Cake saya tetap saya terima bila-bila masa.




Kain tudung yang saya jahit sendiri. Sesiapa yang berminat boleh menempah dengan mengemel saya di shinarostam@yahoo.com atau telefon saya 012 3959779.



Terdapat dalam 2 warna. Light purple dan torqious. Material kain adalah


100% cotton. Terletak dan sangat selesa. Harga termasuk pos rm50. Kalau datang rumah harga rm40.


















Sekian terima kasih.


















Wasalam.



















Tuesday, July 12, 2011

Semua Tinggal Sebagai Memori

Assalamualaikum,


Ada orang makan kuih raya bukan sebab dia lapar atau nak makan. Tapi dia makan sebab bila dia makan dia terkenang tentang suasana yang nostalgic ketika berhari raya. Macam saya kalau makan kuih baulu panas-panas, teringat ketika kecik dulu dengan hati yang sangat berat berjaga lewat malam semata-mata kena paksa dengan emak jaga api bakar baulu menggunakan bara kayu arang.

Kejap-kejap api nak kena kipas supaya tidak terpadam. Tetapi dalam pada tu kejap-kejap kena serakkan bara tu agar baulu tak hangus. Sebenarnya part paling macam nak pengsan buat baulu ialah waktu pukul telur guna pemukul telur yang berhenjut-henjut tu dalam pasu yang berbentuk mangkuk.Macam nak nangis pun ada...rasa nak tertanggal bahu pun ada...tapi teruskan jugak kerja sebab emak garang macam singa lapar.

Biskut-biskut macam biskut arab, kuih makmur, kuih bangkit kelapa, biskut buah kana, tat nenas, dodol yang emak saya buat ketika menjelang hari raya waktu dulu-dulu memang dah tak pernah lagi saya jumpa waktu ni. Memang kuih muih sangatlah sedap kerana emak saya hanya menggunakan butter churn cap perempuan pikul tong yang ada di dalam tin itu yang kini telah dikatakan tidak halal. Memang saya nak sangat buat kuih muih hari raya yang pernah emak saya buat itu namun malangnya emak saya dah tak simpan resepi-resepi tersebut maka nostalgia tinggal nostalgia.

Dalam banyak perkara kita hanya dapat mengenang tetapi tidak akan dapat melalui semula. Apa yang pernah kita tinggalkan akan terus hilang tinggal sebagai memori walau hati masih terkenang-kenang. Itulah kehidupan....

Namun setahun yang lalu belum lama...kalau masih terkenang kuih muih raya saya tahun lepas, you all masih boleh order mengikut kesukaan. Di sini saya letakkan gambar-gambarnya...jika sesiapa yang berminat boleh pilih dan order.








Yang bulat putih tengah-tengah itu Biskut Arab.....kalau suka masih boleh order.


Yang paling kiri tu saya dah lupa nama dia...ok nama baru....Almond Flakes Cruncy masih boleh order.




Yang paling kanan nama dia Baby Peanut...pun masih boleh order...





Sekian terima kasih.


Wasalam.





Tuesday, July 5, 2011

Nostalgia Ramadhan



Bila saya dengar harga makan berbuka puasa secara buffet puluh-puluhan ringgit...saya bayang kalau keluarga saya seramai 8 orang ni mahu terlondeh poket saya....ok mungkin tak londeh sebab duit tak letak dalam poket....secara logiknya pasti datang purse tebal bila balik purse ringan..

Bayangkan puluhan hengget tu kalau darab 8 boleh jadi total ratusan hengget. Saya fkir-fikir dengan 500 hengget itu kalau saya pergi ke pasar beli udang besar2, segala macam seafood mungkin seminggu tak habis makan.

Ok kalau kita fikir macam tu maka, sampai bila-bila pun kita tak akan makan di luar.Setiap kali nak makan kat luar dengan harga macam tu kita dok calculate....
So kalau asyik dok fikir macam tu bilalah lagi saya nak bersantai-santai menikmati masakan orang lain, tukar inviroment, rehatkan badan, rehatkan otak. Kerja teruk-teruk cari duit...apa salah sesekali kita reward diri kita, kita happykan hati anak-anak kita.

Afterall ramadhan ada 30 hari, so takkan larat setiap hari nak masak dan berbuka di rumah. Mungkin kita larat tapi anak-anak sampai dah jemu kot dok tengok lauk dan inviroment yang sama. Apa kata kita pilih satu hari untuk bawa anak-anak atau keluarga atau pasangan kita.

So kalau nak buat apa pun harus ada perancangan awal agar dapat menjimatkan wang. Macam kalau nak tambang murah Air Asia, harus booking setahun lebih awal jadi dapatlah terbang sini sana bagai unggas dengan harga tak sampai 10 hengget (ini offer yang 9 tulah).

Walau ramadhan belum menjelma tapi kalau kita tahu merancang maka dapatlah save duit sket untuk berjoli berbuffet di bulan puasa.

Ni saja nak bagi info untuk kawan-kawan di luar sana, apa kata sebelum 15hb Julai 2011 ni, belilah pre-sales baucer dengan harga rm52++ untuk berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort...telefon - 03- 7804 1919 atau 0149270501 atau 0122765797

Dengan range dan variety makanan enak yang pelbagai lebih kurang 100 menu (tak larat nak tangkap gambor) terdiri dari makanan traditional, cina, india, thai dan barat....mana nak cari buka puasa buffet kat hotel murah macam ni beb.......

Memanglah perut tak leh nak terima semua....but still menjamu mata juga penting untuk terapi minda.....

Sila layan gambar dibawah......internet sungguh siput hari ni......









Tropicana Golf Resort Coffee House di Main Wing Clubhouse



Sebelum 15 haribulan Julai ya...



sompek Alisya....



Ni apa motif......







Salah satu muka yang cintakan makanan....








Muka ni pun.....suka ajak dorang......








Ais pun nak goyang tau....jangan ingat ela saja suka goyang dangdut...lagu bulan cinta....hoho
















Pilih-pilih...sayur capcai...sayur goreng...























Saya paling tergoda dengan roti jala tuang kuah deroyan.....inilah yang saya terkam dulu....grrrr








Saja nak upload gambar banyak kali sebab sukerrrrrr .....sedap sangat...














Apa da....alisya roti canai keh....







Gudang besau-besau.....













































Kue teow Kung Fu....dua kali tambah....







Ha kan dah kata...sapa bagi licin tuh.....
















Capati...ayam tikka....tika begini mencari-cari....










Bubur lambuk kampung baru....kampung lama tak main....














buffet tanpa kambing golek seperti bila cinta tak itu tak lagi bermakna....tak bermakna!!!






Gulai kawah....asam pedas melaka...




























Tart nenas yang dibuat, di gulung, dibakar....dan dimakan di situ juga....







Segala jenis bubur manis.....










Buah-buahan segar....









memang segar.....







Jus......










Peniaga air tepi jalan singgah sini....









tepung pelita...dikukus di situ juga...






pulut inti......







lepat labu....






kuih koci pulut hitam....








lepat pisang......
















potai dan joring kegemaran den.....



































tulang mu lembu......









sedut...slurpppp









Ini guwe punya....








Makan tak hengat.....







My peberet ever.....
























Nostalgia.....kuih dangai.......huhuk ingat masa kecik....