Wednesday, February 23, 2011

Hilang Tajuk

Selalu aku ingat kau adalah yang terbaik
pernah hadir dalam hidupku
selalu aku ingat begitu
selalu sangat

Selalu aku fikir kau cinta yang terhebat
pernah ada dalam hidupku
selalu aku fikir begitu
selalu sangat

Selalu sangat aku menyangka semua itu betul
tanpa mahu meneka hidup ini penuh dusta
selalu aku mengira begitu
selalu sangat

Selalu sangat yang ku ingat terbaik adalah yang terburuk sebenarnya
selalu sangat yang ku kufikir terhebat adalah kosong semata-mata
selalu sangat yang ku sangka benar adalah dusta belaka
selalu aku menerima semuanya tanpa prasangka
selalu sangat
selalu sangat.

13 comments:

Yuyu Zulaikha said...

Selalu Yuyu Ingat, yang ada di depan mata akan terus bersama..

tapi tidak, itu semua helah semata mata.


cewahh.. nak jugak :p

mama maman aka yana said...

hidup tak seperti yg kita idamkan... pasti ada dugaan...

Hajjah Noraini @Nanie said...

ALLAH mengetahui apa yang 'baik' utk diri kita..

Jiraiya said...

Errrkk..? knp x de gambor makanan kali ni..? selalunya ada..selalu sangat..

Misz-ella said...

Selalu sangat org salah faham dengan kita. Selalu sangat, kan kak.

Rindu sangat kat akak. Rindu kat red velvet .. mengidam kat bread butter puding. camna nak buat tu ye kak?

abeshazwani said...

wah...header dh baru. thumbs up!

leclatante said...

Such a sweet poem ;') Aunty you're so creative and talented la. Romantic too. :)

Look thin INSTANTLY like a ROYALTY with PREMIUM BEAUTIFUL only RM 90 ++ a month!

lily lotus said...

selalunya memang begitulah :)

Anak Wak Mail said...

tak elalu sangat lah..hehe..cantik picta2 diatas..=)

Anonymous said...

wah.. nice poem.. expresikan perasaan using poem is good way to do art. check mine too

warung

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, selalu sangat Ratna ingatkan diri jangan terpesong didalam pengiraan sebuah hidup ini. Kerana ragamam hidup ini bukannya kita seorang yang menentukan sesuatu itu akan menjadi baik atau disebaliknya.

Contohnya pabila berkawan selalu sangat ingatkan semuanya baik akan tetapi didurkai juga akhirnya jika masihi berkawan bermuka-muka, ber-double-double, ber-lining-lining, ber-layer-layer panjang kata ya ampun masing-masing amat cerdik bertopeng dan hanya bersikap ber-façade diluaran sahaja tampak baik, itu yang Ratna gerun-kan sangat!!

Walaubagaimanapun Nani, bak kata bahasa popular "rempah-ratus" didalam hidup ini terpulang keatas diri kita juga, jika nak rasanya lagi terangkat bubuhkan dalam se-kg jika nak rasanya lembut "mild" rempahnya bubuhkan dalam sesudu makan jadinya mahupun dengan darah-daging sendiri, merasai perasaan hampa terhadap mereka yang pandai dan cerdik bermain dengan sandiwara dongeng mereka yang sudah lapuk itu -lah yang dipusing-pusingkan demi semata-mata berasaskan "self-interest" itu. Maka itu selalu sangat terkena walaupun cubai cara yang terbaik.



JIka ianya mengenai kehampaan disebabkan oleh pasangan hidup, panjang huraian Ratna nanti!


Selalu sangat mengharap dibalas selalu sangat merasai hampa lagi kecewa terusan jiwa tidak aman dihantui oleh perasaan pertanyaan yang selalu sangat itu.

Wahai Ratuku, mungkin Ratna tersilap diatas "message" yang ingin Nani salurkan ini, akan tetapi dari pergertiaan Ratna barisan ayatan tersebut jelas sekali mengenai keraguaan yang diragukan selama ini tanpa dapat dijawab.

Salam manis manis madu.

NaniRostam said...

Assalamualaikum...semua..

Secebis puisi sekadar melagukan apa yang pernah tersirat dihari lalu.

nurul ayuni said...

salam kak nani, sy silent reader akak.baru jer.n sy suke baca blog akak. puisi akak, seakan terkena btg hidung sendiri.sy mcm phm ape yg akk rase dan lalui.hny org yg pernah melalui je akan betul2 phm maksud puisi tu.. klu btol lah ape yg ditulis dlm puisi ni bnr2 terjadi, ape yg buat akk kuat utk hadapi semua ni yer?..sekadar nk berkongsi rs..:(