Wednesday, February 23, 2011

Tips Memasak

Assalamualaikum...

Selalunya bila kita rasa kita tahu sesuatu perkara seperti memasak dan sebagainya, kita menyangka bahawa apa yang kita beritahu semua orang akan faham.

Sebenarnya tidak semua begitu. Jadi di sini saya terangkan serba serba sedikit sebahagian daripada cara memasak yang belum diketahui oleh banyak orang.

1. Untuk mendapatkan telur yang berurat halus seperti yang terdapat dalam nasi goreng cina atau butter prawn, maka telur perlu di pukul sehingga kembang dan tuang bancuhan telur ke dalam sedikit minyak yang telah panas dengan menuang dalam keadaan kedudukan yang agak tinggi dan perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan memegang sudip dan kacau di atas kuali dengan cepat menggunakan belakang sudip.

2. Istilah deep fry bermaksud menggoreng dengan minyak yang banyak dan menenggelamkan makanan tersebut.

3. Karamel bermaksud gula yang dihanguskan. Untuk membuat gula hangus yang simple, letak sebuah loyang di atas api dapur dan masukkan beberapa sudu makan gula dan panaskan sehingga gula menjadi keperang perangan. Untuk rasa yang lebih lemak boleh ditambah sedikit whipping kedalam gula hangus tersebut.

Kalau anda suka karamel daripada susu pekat manis. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis dan rebus tin itu selama 8 jam didalam periuk berisi air. Apabila tin susu dibuka anda akan dapati susu pekat manis bertukar warna coklat perang dan sedia untuk diguna sebagai karamel atau bahan manis pencicah.

4. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan gebu harus menggunakan hand mixer ketika memukul bancuhan telur dan sebagainya.


Selamat mencuba. Semuga anda semua mendapat manafaat daripada tulisan saya ini.

31 comments:

Sheherazade said...

oooo,patut la tak berurat omelet saya hehe

thanks so much pn nani

Mimie.Candy Cane said...

It helps a lot..thanx aunty...

Rinah said...

Tq auntie (:

D i L a said...

thanks anty..anty byk bg kami semua panduan yg kami byk xtau...anty..camne nak wat sos cream vanilla ya.

Fazlinil Irma said...

terima kasih kak nani sudi berkongsi tips yg berguna ni.

pssttt, akak tak buat kelas masakan ke? kalau ada sy nak angkat tangan join sekali.

skrg dah ada kat malaysia boleh la nak pergi. ;)

missbby said...

tq puan..interesting info..

Unknown said...

hand mixer tu camana

Unknown said...

hand mixer tu camana?

khairul farhan said...

Owh. bila lelaki belajar memasak.

Normaliza said...

boleh praktikkan pasni :)

Eza Faezah said...

wah... byk tips yg x diketahui... nak tnya, buat kek tu, memang kene pakai hand mixer ye??? if guna stand mixer, maknanya tak berapa cantik???
maaf, saya budak baru belajar.. heheh

Rina Rahamat said...

nice tips! :)

Ieka Nu-C said...

Time kasih puan nanie sudi share tips2 memasak nie..

Ieka Nu-C said...

TQ Puan Nani coz sudi share tips2 nie :)

Golden Rose said...

good info...thanks for sharing

Misz-ella said...

Tengs kak. tp terlalu advance utk org yg hanya suka masak simple simple mcm ela. hihi ..

Leana said...

Tq.. ilmu dapur yg sngt berguna ni :D .. tertanya - tanya jugak mcmane nk buat karemel tu.. tq.. (^-^)

Cik Lily Putih said...

hand mixer tak de dah meletop so kite pakai tangan je,letih jugak nak bagi telur kembang bila buat kek nie

rosealley said...

sangat berguna, thanks auntie:)

estee_8980 said...

susah jugak nk buat butter prawn tu, selalu buat mesti jd berketul2 je... anyway thanks for the tips..
singgah la ke teratak saya : estee8980.blogspot.com

Ibu Darwisy said...

untie, maksud untie yg mggunakan belakang sudip tu camane pulak..

UniCorn_|aDy said...

salam aunty...

u so cool... sy sangat2 suke baca tulisan aunty... n sy sgt adore sbb aunty sgt2 besh bleh masak masakan yg sedap2... nyum2~

^_^

missalongwani said...

salam aunty nanie..nak tanyer..xmeletup ke tin susu tu nanti kalu rebus tanpa tebuk sedikit pon tin tuh..bimbang jugak..takot2 meletop....kalu tak..saya na buat....

cik suka senyum said...

sangat berterima kasih pada aunty sudi kongsi tip2 ni semua...i'm very appreciate la aunty!!..

suziekuteri said...

Puan Nani, boleh tak nak request resepi masak asam pedas yang paling jadi, saya buat asyik-asyik xjadi jer....sian husband saya kene makan asam pedas yang kurang jadi.orang kate nak sedap bubuh bawang byk sket.tp still xsedap jugak

MK said...

thanks for the tips kak nani. saya mmg selalu fail buat butter prawn tu..slalu ketul2 je. tak jaring2

Anonymous said...

salam aunty

thanks for sharing tips :)

Unknown said...

salam aunty

time kasih sharing tips
lebiu muuahh..

DCKEY OJOLALY said...

heheheh akak ni tau2 aje..saya baru suh wat entry mcmana nak dapatkan telur yang berurat2 tu..mcm kat butter prawn...pernah wat..last2 tak jadi........mm apapun i should try base apa yg akak cakap tuu....lagi satu kan akak ada resepi wat apam yang merkah tu..yang moist gilerrrrr..apam yang kecit2 tu..comel2

jelly merah said...

terima kasih aunty...saya paham dah maksud caramel gula hagus tu >_<

mysha spring said...

salam aunty,..

owh br tau ada jugak karemal dr susu ea..biasa buat gula jer..bg aunty mane sedap antara karemal susu n gula?..