Friday, February 11, 2011

Harus Berani Berubah

Assalamualaikum......





Alhamdulillah...terima kasih tidak terhingga pada yang mempelawa saya. Saya sayang kamu. Nanti kalau saya pergi bercuti ke Melaka atau ke tempat-tempat lain insyallah boleh saya war warkan di blog.





Bila saya katakan apa sebab makan luar....jawapan hanya satu hidup harus seimbang. Sekalipun hebat memasak atau mahu berjimat, jangan belenggu fikiran...jangan terlalu kedekut... sekali sekala kita harus memanjakan diri, bersantai makan luar dan enjoy life.





Saya minta maaf sangat-sangat sebab banyak sms masuk yang tak dapat saya jawab. Di samping sibuk dengan aktiviti di dapur, dalam tahun ni dah dua kali telefon kena bar kerana tiada masa nak bayar maka ada sms yang bersusun tak terbalas oleh saya. Tambahan pula anak-anak semua dah sibuk dengan persekolahan dan saya tiada pembantu untuk membaca mesej dan tolong typekan replynya sekali hehe...Makanya... di sini saya jelaskan bagaimana cara paling mudah untuk menghubungi saya.





1. Telefon saya


2. Telefon saya


3. Telefon saya


4. Sms saya


5. Emel saya (shinarostam@yahoo.com)





Terima kasih banyak-banyak kerana menggunakan cara nombor 1, 2 dan 3 yang mana merupakan yang paling mudah dan berkesan untuk menghubungi saya.





Walau bagaimanapun saya akan saya cuba menjawab beberapa pertanyaan oleh pembaca blog yang saya hormati.





1) Mengapa saya kerap menggunakan buah keras dalam masakan saya?



Jawapannya : Buah keras merupakan agen pemekat dan melemakkan masakan.



2)Di manakah mascarpone cheese dan whipping cream mudah didapati?



Jawapannya : Di kedai menjual barang-barang membuat kek. Antara jenama cheese yang bagus adalah Kraft philidephia, whipping krim jenama Rich atau Value Pride dan mascarpone jenama Galbani.



3) Mengapakah saya suka menggunakan whipping krim dalam masakan saya.



Jawapannya : Boleh diganti dengan susu full cream, susu segar atau susu cair tetapi hasilnya tidak seenak menggunakan whipping cream.



4)Bagaimana saya menjaga bawah mata agar supaya nampak sihat dan tidak hitam?



Jawapannya : Jangan suka tidur siang.Selain itu tidak perlu berhabis dengan krim mata. Memadai merehatkan mata dengan hirisan timun, uncang teh atau selalu melihat tumbuh-tumbuhan hijau.



5)Apakah produk kolagen yang saya ambil dan bagaimana boleh mendapatkannya?



Jawapannya : Produk kolagen itu saya yang menjualnya. Tetapi kami masih menunggu supply dari France. Bila sudah ada nanti pasti saya akan beritahu segala kebaikannya di entri akan datang.



6)Bagaimana saya mengekalkan bentuk badan walau sudah berusia?



Jawapannya : Hidup ini harus ada excitement. Harus berani berubah,mencuba benda baru, perkara baru. Sentiasa bergerak dan bekerja kerana selesa, takut dan malas menyebabkan kita tua sebelum waktunya.

23 comments:

Uptown Lady said...

auntie nani, terima kasih utk jwpn soalan no 2 tu.. :)

semangat giler sy nak try buat red velvet ikut resipi auntie tu..tapi sy tak tau mana nak cari kedai yg jual brg2 utk buat kek kat klang ni..

last-last buat kek biasa je sebab esok ada reunion..x sempat nak redah sana sini cari whiping cream dgn cream cheese tu..

Sheherazade said...

berminat dgn produk kolagen tu,kulit saya dah lama saya abaikan

Unknown said...

aunty sy nak beli collagen..nnt dh ada aunty wat entri eh..hihihi

khairul farhan said...

Okay paling suka tips jangan tidur siang.

ummi_imani said...

suka entry nihh!!! thank you for sharing kak nani..ekcelli tak tau lah nak panggil kak nani or auntie nani tapi kita ikut appearance lah...blog lah ttg collagen tuh nanti ek? berminat tapi segan nak kol takut menggangu kak nani yg bz.hihi..

ibh_sue said...

Tq untie..share info2 berguna tu..
Untie mmg nampak muda..

Amy Wong said...

hebat laa aunty :)

picairin said...

suka jawapan yang keenam..xmau malas..huhu

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

harus berani berubah dan juga berani hadapi risikonya aunty. kalau hanya berani berubah tapi tak sanggup hadapi kesan perubahan tersebut, payah juga kan? stuju tak aunty?
amy pb2

Anonymous said...

umor auntie brape eh?
u look like 30 ++ ..
am i rite? :D

QASEEH HATIKU QASEEH said...

tkg masak yg sedap..mmg suka guna buah keras..mcm makcik sy..smpi nak bt kenduri kendara kena adjust dgn tym cuti makcik sy tu...:))

Mr. Swift said...

HAHA, mungkin saya tak perlukan entri kali ni. -_-'

XD

mmfarhana said...

Auntie,
Nak cadangkan n mintak tolong auntie buat entry pasal cara nak make-up dgn btol ek..
i like your make-up..simple n berseri2..
ha, jg dicadangkan utk auntie buat entry pasal "Tips Menaikkan Seri Wajah"..

asyura a.rahman said...

salam sis ... nak request buat entri pasal tips banyak2 ;) nak request jugak pasal cerita kesah rumah kat kg tu .

i love u .

Unknown said...

suka kesemua entri tu... ;)

nas said...

salam
my lovely mum,lama x dtg mjenguk blog ksygan nas ni. nas x pernah gunakan buah keras n 2day br nas tahu fungsinya utk apa. :)

nzh1979 said...

salam..
b4 this jd silent reader je..tak pernah pon komen..even di blog hanis ;)
seronok baca blog kak nani (saya bahasakan kakak la yek..mcm x sesuai plak nak panggil auntie..sbb nampak muda sgt..eheehe)

tq for the tips kak nani ;)

Mama Zara said...

sangat kagum dengan aunty :) harap sangat by age macam aunty, saya akan maintain lagi...hihiii

cik suka senyum said...

terfikir2 gak ni mase y sesuai nk tel aunty..hihi

cik suka senyum said...

wah aunty siap kongsi soalan beserta jawapannye sekali tu..

banyak belajar benda baru drpda unty..

suke..suke..hehe

thanksss aunty..

Tuan Din said...

kadang2 memiliki kesihatan & kesempurnaan bentuk badan nie juga adalah semulajadilah kan...?

Sukma SuKkma said...

Thanks auntie dgn tips2 kecantikannya..sgt teruja nk tunggu info tentang Kolagen heheh..

p/s: baru 28thn, sibuk nk kolagen..ok la tuh ek..:p

Anak Wak Mail said...

tak tidur siang,,tp selalu tengok komputer,,mata jadi letih..